Kaw Kaw Burger Bakar

Meh sini pagi-pagi aku buat onar cerita pasal makan... hahahahaa~ Bagi yang berpuasa, sorry la ye. Ahkak pun puasa ni. Tapi lantak laaaa... Buat semangat untuk berbuka petang nanti ye... hehehehe~ Mohon jangan meleleh air liur dekat keyboard mahupun lappy korang ye... Tak kuasa aku nak tolong lap....

Ahad lepas, sampai-sampai je dari Pangkor (entry Pangkor hold dulu ye) terus la semangat nak pergi try Kaw Kaw Burger Bakar. Since aku duduk area Puchong je haruslah try yang dekat Puchong Utama je. Tak kuasa eden nak pergi WangsaMaju. hehehehe~ Alhamdulillah, beratur tak panjang. Kalau panjang pun bukan aku yang beratur kan... hihihihihi Order start at 6.45pm. So korang pepandai la budget masa korang untuk try burger ni....


Yang ni aku punya.... Almaklumlah, aku kan tak kuat makan. Jadi harusla amek single petti ke apa namanya.... Itu pun tak abis ok. Dah tu ada hotdog 3 ketul lagi dengan cheese bagai tak ke muntah aku nak makan semua??? Aku ni dahla kalau over capacity makan je muntah balik... Taknak aku cari penyakit....


Haaa... gambar terang lagi bersuluh... Nampak tak daging dia tu tebal macam mana???? Aku tak ley nak geget terus ok. Terpaksa cubit dan cuil sikit-sikit untuk makan. Maklumlah, gigi besi kan? Mana lepas nak geget besar-besar woo.. Mampus melekat semua kang... 


Haaaa... yang ni Koyum punye. Dua babe dia amek!!! Bapak tebal la... Pastu siap berjaya abeskan ok... Tapi kali ni dia yang belanja kan? So layankan jela... Dan dia jugak yang beratur. Dia jugak yang orderkan air semua... Aku??? Duduk senang lenang tunggu dia sambil tweet. hahahahah~ Dasar....

Ok, bagi korang yang nak try makan Kaw Kaw Burger Bakar kat Puchong Utaman ni, meh sini aku tolong guide. Kalau korang dari LDP nak ke Putrajaya, korang akan nampak flyover ada signboard putra perdana. Then naik flyover tu then u-turn la untuk ke laluan sebalah tu. Then terus turn left masuk ke Puchong Utama. Then nampak Carefour sebelah kiri. Korang terus je lagi. Jangan turn mana-mana. Sampai nanti sebelah kanan nampak macam food court tulis  Lokas Manaka, haa, korang turn right. Kat situ ada sedia tempat parking semua. Percuma!!! Kalau bawak anak-anak, ada tempat main untuk kanak-kanak gak. So tak perlu risau kena tunggu burger lama. Gerai paling first sekali korang akan nampak Kaw Kaw Burger Bakar. Kalau tak paham, boleh email ye....

Itu jerk...
SELAMAT MENCUBA...
PEROT KENYANG SUKA HATI...
T_______________________________________T
tapi apakan daya...
Puasa.....

1 comments:

Sheikh Papa-NtiQ said... [Reply to Comments]

Hi sza sza....saya baru jer upload pics dalam blog masa makan ngan famili kat Burger Kaw Kaw branch Puchong. Memang betul ramai orang. Masa tu takde kasik nombor so kene la beratur...
Senang2 tu jengok la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com konsep pasal makan jer 100% takde topik lain.
Kalu sudi tu follow yer blog saya TQ, TQ, TQ

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...