MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 #MLM2014 - Minggu ke 2

Tak sempat and lupa nak update pasal MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 #MLM2014 minggu pertama kita terus jela lompat ke minggu yang ke 2 ni ye... Minggu lepas seperti yang korang semua tau, berlaku dua penyingkiran... Sekali dua terus ok tersingkir... Aku pun dah lupa kumpulan mana yang tersingkir... Sebab tak terus update kan... Memang la lupa... 

Sekarang ada peluang update, marilah update sambil layan runningman... hahahaha Mentang-mentang malam minggu so kemain gembira tak tidur lagi... Cuba kalau hari kerja... Kirim salam je la jawabnya... Untuk minggu ni punya #MLM2014 aku terlepas tengok SYJ dengan VIRUS... Cis, ini semua gara-gara iklan cerita hantu kat channel ASTRO 134, MUSTIKA. Mohon pihak ASTRO tak payah la nak iklan cerita hantu... Stress aku. hahahahahaa 


Untuk minggu ni, bagi aku yang best kumpulan SHIRO, SEPAHTU, dengan yang lagi satu tu kumpulan apa eh... Yang sketsa kuda chris tucker dengan wak doyok tu... Haaa tu semua best. Yang lain tu biasa-biasa jela bagi aku... Kita tengok minggu depan macam mana ok...


BOTTOM 3 malam ni :

1) SAMURAI
2) WALA
3) COMEY


DAN YANG TERSINGKIR ADALAH....



JENG JENG JENG



MAAF...






TIADA PENYINGKIRAN MINGGU INI~!!!


Muzik-Muzik 29 Semi Final - PART 2 #MM29SF

Alhamdulillah berjaya gak aku tengok Muzik-Muzik separuh akhir yang ke dua. Haruslah tengok sebab malam ni banyak artis yang best berentap... Persembahan semuanya mantap. Tak sia-sia la tengok malam ni... Kepada yang tak dapat nak menonton separuh akhir yang ke dua ni, jangan risau. Biar aku yang update untuk korang ye...




Lagu-lagu yang bertanding malam tadi ialah :




1) ZIZAN & KAKA - INFINITI CINTA
2) I AM NEETA & NAJWA LATIF - KAU PERGI JUA
3) INDAH RUHAILA - PERCAYALAH
4) KRISTAL & RONI HYPERACT - PASTI SEMPURNA
5) ENCIK MIMPI - RINDUKANLAH
6) AMIR JAHARI - AKU JUGA MANUSIA
7) WARIS & HATTAN - GADIS JOLOBU
8) FYNN JAMAL - ARJUNA BETA
9)ENCIK MIMPI - AYUH TINGGALKANLAH
10) DAYANG NURFAEZAH - DIPINTU SYURGA
11) HAFIZ - MATAHARI


JENG JENG JENG....




Lagu terbaik untuk MUZIK-MUZIK SEPARUH AKHIR yang ke 2 #MM29SF ini jatuh kepada...



DAYANG NURFAEZAH dengan lagunya DIPINTU SYURGA!!!!



Memang meremang sangat la tengok dayang nyanyi tadi... Feeling sangat-sangat...Malam ni yang bertanding semua suara power-power la... Apa-apa pun tunggu keputusan minggu depan. Kita tengok lagu mana yang layak bertanding ke peringkat akhir...



SURAT MAH UNTUK SUAMI CURANG

Bila dah baca pasal suami curang, ramai yang respon. Ada yang baik dan ada juga yang mengutuk. Banyak yang boleh diperkatakan selepas membaca surat dari suami curang. Kali ni, aku terjumpa jawapan untuk surat suami curang tu dari MYSUPERKIDS. Sungguh bersahaja jalan ceritanya. Benar atau tidak wallahualam...Sekadar pengkongsian dan renungan bersama...


Surat jawapan Mah, isteri kepada suami curang – Kisah sebelum ini, si suami mengambil keputusan untuk tidak pergi kerja. Sebaliknya dia telah pergi menemui kedua ibu bapa Mah untuk buat pengakuan mengenai kesalahannya. Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah.
Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan. Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.
Abang yang dikasihi,
Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.
Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.
Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Kehamilan Shaklee, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?
Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar set-set Shaklee. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.
Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.
Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…
Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.
Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.
Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.
Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…
Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?
Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.
Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.
Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.
Bye abang.
yang benar,
Mah.
P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya. 

PENGAKUAN SUAMI CURANG

Sekadar renungan untuk diri sendiri... Dah viral pun. Aku pun baca sebab dapat email rencana dari SINAR HARIAN kat office... Jangan saling menuding jari. Kesilapan datang dari diri sendiri... Semoga dijauhkan...



PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

Hari Minggu Saya - ADAM HARITH

Pada hari minggu yang lepas, penuh dengan aktiviti. Jumaat malam Sabtu mummy and daddy Adam berebut-rebut nak tengok tv. Mummy nak tengok muzik-muzik separuh akhir #MM29SF and daddy nak tengok Maharaja Lawak Mega (MLM). Nasik baik #MM29SF start pukul9 malam and MLM start pukul sepuluh. So sempat la tengok kejap-kejap bila dua-dua dah start. Tapi kan, daddy bukan tengok sangat pun. Dia tidur tapi taknak mengaku masa mummy kantoikan dia...Tetap lawak mata nak tengok MLM. Last-last tv yang tengok daddy. hihihihi Apa pun tak boleh.



Hari Sabtu daddy work as usual. Adam tinggal dengan mummy and maksu. Maksu sejak balik German dia busy and kepala tingtong lagi. Jadi dia banyak duduk dalam bilik je. Mummy la yang layan Adam. Mummy ajak tengok kartun then mummy suka nyanyikan lagu ABC dan ALIF, BA, TA untuk Adam. Kadang-kadang mummy bacakan buku cerita. Adam excited sampai terkoyak buku tu. Naseb mummy tak marah. Cuma mummy cakap buku untuk baca bukan untuk koyakkan... Adam diam je sambil picit-picit and garu tapak tangan sendiri... Tengah hari daddy balik bawak nasi minyak and baryani yang dia masak. Nak pergi umah toklong dekat Alam Suria. Adam nak jumpa kakak Yaya lagipun. Adam mummy dah siapkan awal-awal tapi bila nampak mummy dah pakai tudung adam nangis-nangis nak ikot mummy. Adam ingat mummy nak tinggalkan adam. Tapi sebenarnya mummy and daddy memang bawak adam sekali. Lepas jumpa kakak Yaya, adam balik rumah atok dan wan kat Sg Buloh tu. Bila balik sana, semua nak kerumun Adam. Habis pipi Adam kene cium dan gomol. Tapi Adam suke sebab semua nak main dengan Adam. Ada abang-abang dengan kakak yang asyik-asyik nak dokong Adam je. Adam ketawa melekek-lekek sebab diorang baling-baling bantal Adam. Adam ingat bantal tu boleh terbang. Itu yang Adam suke sangat. Atok sampai tertumpahkan ubat dia habis semua kat lantai sebab berebut nak tengok Adam ketawa kuat-kuat. Kesian Atok. Naseb baik atok sempat tengok Adam gelak. Mummy bagi susu terus Adam minum sebab haus tau gelak banyak-banyak. Macam paham je mummy ni tau. Terima kasih mummy. Malam tu jugak balik rumah sebab daddy kerja on Sunday. Masuk je kereta Adam terus tidur. hihihhihi Kasi peluang mummy and daddy dating dalam kereta.



Ahad cuaca best jadi mummy bawak pergi swimming and main kat playground to kill time before daddy balik kerja. Dah lama tak dapat swimming sebab cuaca tak baik. Kali ni dapat swimming Adam tak sabar nak terjun. Mummy cepat-cepat pakaikan neck float sebelum Adam terjun sendiri. hihihihihi Puasla Adam kick the water ditemani mummy. Lama jugak mummy layan. Adam tak puas lagi sebenarnya tapi dah sejuk la. Mummy ajak main buai and slide pula lepas swimming. Ramai aunties kat situ tengok-tengok Adam. Ada ke dia cakap Adam macam Cina sebab sepet... Aperla. Sorry ye. Bukan macam Cina tapi macam Jepun kot sebab mummy asek tengok bos-bos Jepun dia kat office. hihihih Logik tak? Masa kat rumah Adam dah tak sabar nak tidur. Adam nangis kuat-kuat sebab Adam haus. Adam nak tidur tau mummy. Naseb baik mummy dah tau timing. Terus dia bagi susu and Adam pun tidur dengan lena. Syiok tidur pakai bedung zip yang mummy beli tu. Daddy ajak keluar pas Zohor tapi cuaca mendung terus kita semua tidur berjemaah. Lama sangat Adam tidur. Bangun-bangun terus mummy siapkan Adam. Mummy cakap nak pergi jumpa kawan Adam, Hannah kat KL. Hannah muda 2 bulan dari Adam. Geram Adam tengok dia. Mata dia bulat je. Dapatla main kejap sebelum daddy ajak balik.



Balik tu terus pergi IKEA sebab daddy cakap dah boleh beli kerusi makan (high chair) untuk Adam. Seronok dapat jalan-jalan dengan mummy and Daddy. Kadang-kadang oma dengan opa datang sini. Lagi la best sebab Adam tak pergi rumah ibu. Oma dengan opa je jaga. Nek mak pun datang jugak sekali sekala. Tak lama lagi Adam ada kawan baru. Uncle Mim and Aunty Ain nak dapat baby. Tak sabar nak jumpa dia. Okla, nanti ada masa Adam cerita lagi ye.



Bye
ADAM HARITH

Muzik-Muzik 29 Semi Final - PART 1 #MM29SF

Malam ni berlangsungnya Muzik-Muzik yang ke 29, semi-final pusingan pertama la kiranya. Kira malam ni ada 10 lagu yang dipertandingkan... Minggu depan, 21 November 2014 akan berlangsungnya #MM29SF pusingan ke dua pula dan pusingan akhir untuk #MM29SF akan berlangsung pada 28 November 2014. Ingat tau, Jumaat jam 9.00 malam. Lepas je Isyak bolehla terus mengadap tv. heheheehe Aku lettew :)


Ok, ni antara lagu-lagu yang telah dipertandingkan pada #MM29SF malam tadi :


1) HAZAMA - MALAIKAT
2) SHAHRIR (FAIZUL ZALY YANG NYANYIKAN) - DIA YANG KAU PILIH
3) MOJO - DIA YANG KAU PILIH
4) NAJWA LATIFF - HILANG
5) BLACK & RJ - SI PUTEH SI MERAH
6) ALIF SATAR - AKHIRI PENANTIANKU
7) AKIM AHMAD - DUNIA & SYURGA
8) SHILA HAMZAH - MASIH ADA CINTA
9) TOMOK & YANA SAMSUDIN - CINTA TAK PERGI
10) STACY - GILA


Dan Juara bagi pusingan pertama #MM29SF adalah SHILA HAMZAH - MASIH ADA CINTA



Pheeewitttttttttttttttttttt~!!!



Kalau dia tak menang haruslah kecoh semua orang kan... Tentu-tentu dia juara ASIA gitu kan... Aku tak sabar nak tunggu Fynn Jamal. Ok bye!!!


Cuti-Cuti Port Dickson, PRIMALAND RESORT & CONVENTION CENTRE (PRCC)

Few months back, pama dengan abang and kak ain pergi jalan-jalan Utara dan Langkawi. Tapi kitorang and adik tak dapat nak join sebab percutian last minute ni memang susah sikit since Wan kerja takde orang back up kan... So kitorang just hye hye bye bye jela... hihihihi Tapi, since nak jugak cuti-cuti dengan pama so kitorang pun plan cuti-cuti dekat-dekat jela janji ada pantai... So mana lagi haruslah ke Port Dickson. Adik pun kebetulan tengah nak final so dapatla release sikit and refresh otak...



Bila dah decide nak pergi PD, aku pun search and cari mana tempat yang availabe. Kitorang pergi Ahad and balik Isnin. Last-last decide untuk tidur dekat PRIMALAND (PRCC) je sebab itu yang available, affordable and adik nak main water park. So lets la kan layankan... Aku booking through AGODA.COM saja. Mudah dan cepat. Booking apartment dua bilik je. Cukup la untuk kitorang berlima. Ada hall semua dan paling penting ada peti ais. Please abaikan keseronokan kami bermain gelongsor itu. Adam duduk tepi mandi dengan Oma ye diam-diam...hehehehe



Since Sunday ramai orang check out lambat, so tak dapat la kitorang nak check in awal. Jadinya kitorang pergi melepak dekat blue lagoon. Syiok juga. Dah lama tak pergi area situ. Dah lain dah sekarang. Lepas tu pergi kat pantai untuk sesi bermain pasir dan bergambar sakan... hehehehe Nasib baik suami den layankan sajo. Adam tidur dalam kereta dengan oma dan opa dia... So dapatla main panas kejap tengah hari buta bergambar tepi pantai...



Malam tu kitorang pergi dinner makan seafood dekat sebelang Mayang Sari Resort tak silap nama tempat tu... Alhamdulillah puas hati makan. Tak sempat dan tak menyempat nak snap gambar ok. Lepas tu boleh plak ada open karaoke. Nasib baik adam slumber tidur sebab kepenatan mandi kolam petang tu kan... Lega. Dapat dinner dengan penuh nikmat... hehehehe Udang goreng tepung dia sedap sungguh... Bukan udang salut tepung ye... Kalau salut tepung tu dah macam cekodok la pula. Later tu, saja pergi town lepak Starbucks Waterfront PD. Syiok dan meriah la situ. Ada macam-macam aktiviti. Siap ada bubbles besar tu sekali...


Esoknya sambung lagi main water park sampai lebam. Then kul12 camtu baru siap-siap nak check out... Kemain ramai lagi orang nak check out. Naseb baik kitorang dah bayar online siap-siap. Jadi bila check out tinggal pulang kad and kunci je. Then settle. Berakhirla cuti-cuti yang dekat dengam pama and adik. First time buat adam mandi water park. Alhamdulillah dia suka and layan...









And...











Thank you buat suami yang sudi melayan isteri nak cuti-cuti spend time dengan family... Next time boleh repeat lagi... InsyaALLAH :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...