MY TARGET - ONE DISH A WEEK
*HYE KAWAN-KAWAN... KITA SEKARANG TENGAH NAK BELAJAR MASAK. SO, MARILAH SAMA-SAMA BELAJAR MASAK DENGAN KITA*
hahahhahhahahahahahaha~
POPIA GORENG WITH SAUCE
Since family aku datang Sabtu lepas, aku semangat nak buat popia goreng. Terus la beli bahan-bahan then buat apa yang patut. Sedap giler. 50pcs aku tibai buat semua. Laris ok. Tadi pagi last goreng habis. Now dah teringat-ingat balik kat popia goreng. Slurpppppppppppppppp....
T_______________________________T
1) Inti popia goreng. Bahan-bahannya adalah :
- udang basah
- udang kering (dikisar)
- isi ayam (didadu kecil)
- kobis
- sengkuang
- kacang panjang
- carrot
- cili merah sebatang (dihiris)
- 2biji telur
- bawah putih
- bawang besar
- halia
- gula sesudu kecil
Mula-mula tumis dulu, bawang putih, bawang besar, halia yang dah diblender. Memandangkan kat rumah ni semua nya dah diblender siap-siap, jadi aku main masukkan sikit-sikit je ikot suke. hihihihihihi Agak-agak settle bolehlah masukkan bahan-bahan yang lain. Segala kobis, sengkuang, kacang panjang, carrot tu semua korang mayang dulu ye. Erti kata lain hiris la kot. Telur last sekali. Dah sebati and masak semua, pecahkan telur dalam mangkok lain dan kacau macam nak buat telur dadar tu. Then baru masukkan dalam kuali dan kacau/gaul sehingga sebati dan rata. Siappppppppppp!!!! Transfer inti letak kat tapis sebab nanti dia berair. Dah sejuk barulah boleh gulung dengan kulit popia. Lekat pakai tepung yg dicampur air sikit. Barulah bila goreng tak terburai popia tu....
2) Sos popia. Bahan-bahannya adalah :
- sos cili
- gula
-garam
- air masak
Buat sos ni korang try sikit-sikit dulu. Kang kalau banyak sangat tak jadi bazir lak. hahahahah~ takla... Main-main je. Korang buat ikot la nak banyak mana. campur kan bahan-bahan tu semua dan kacau sampai larut gula and garam tu.
Itu je cubaan memasak untuk minggu ini.
Kita jumpa lagi minggu hadapan.
Cheewahhhhhhhhhhhhh!!!!
Selamat Mencuba...
:D
CHICKEN GRILLED WITH BLACK PEPPER MUSHROOM SAUCE
Helloooo.... I'm back. Sorry, aku tak sempat nak update blog siang ni. So ini malam aku kasi fungsi sikit aku nye laptop yang hidup segan mati tak mahu ni. Kalau korang nak tau, nak buat entry ni pun lebih sejam ok. Giler laaaaa.... Tapi aku gagahkan jugak sebab nak tunjuk aku nye semangat ni. hehehehe~ Jom kita masak...
1) Marinate ayam (make sure ayam telah dibuang tulangnya ye). Bahan-bahan untuk marinate ayam ialah:
- chopped garlic
- dry oregano
- paprica powder
- olive oil
- salt
- pepper
Ok, bahan-bahan ni semua korang masukkan ikot sesedap rasa la. Aku pun tak tau macam mana nak sukat sebab aku main tibai campak je semua bahan dan gaul kan. Lepas aku gaul then simpan dalam tupperware and perap dalam peti ais. Dah settle perap beberapa jam barulah korang grilled kan macam dalam gambar diatas ye.
Taraaaaaaaaaaaaaaa.... Chicken Grilled yang dah siap. Tapi aku tak jirus sos plak. Takpa aku still bagi recipe untuk sos nye ye....
2) Black Pepper sauce with Mushroom. Bahan-bahannya ialah :
- 2biji kentang
- sedikit bawang goreng
- serbuk black pepper Meggi (aku guna brand ni)
- 1sudu sos cili
- 2camca gula
- sos tiram secukup rasa
Mula-mula korang kopek kentang dah potong bulat-bulat dan goreng. Lepas goreng dan dibiarkan sejuk, bolehlah blend beserta sedikit bawang goreng tu. Campur air sikit sehingga agak-agak kentang tu tenggelam dah boleh blend. Settle blend masukkan dalam periuk and campur air lagi kalau terlalu pekat. Pastu baru masuk semua bahan-bahan yang lain. Dah mendidih tu boleh la letak cendawan butang yang dah dihiris kalau nak. Korang alter la ikot tekak masing-masing. hehehehehe :D
Selamat Mencuba Kawan-kawan!!!
xoxo~
0 comments:
Post a Comment