Thai Garden Restaurant, Sri Kembangan

Sebelum puasa aritue, kitorang ada plan untuk lepak dan makan-makan kat THAI GARDEN ni tau. Macam biasa la dengan abang eman, husna & iqbal and of course aku & wan. Kitorang saje nak makan sini sebab nak support Kak Shari nya business la kira. Plan punya plan punya plan, last-last aku & wan and abang eman je pergi. Sehari sebelum tu dah roger kak shari. Bukanla nak mintak diskaun ke apa, we just wanna have some fun and lepak-ing bersama jerk... 



Wan and abang Eman kemain suke hati gumbira lagi ye... Aku la yang kena snapkan gambar.... Nyampah tau. Siapa tuan blog sekarang cerita ni???? hahahaha Takpe kita bagi la chance kan kat depa....




Haaaaaaaaaa..... kau ado??? Aku pun nak jugak kan posing.... Sedapnya air tembikai... Puasa-puasa ni terliur la plak tengok balik gambar ni tau...



Kak Shari kemain lagi nak serve kitorang. Bila tanye menu menggelabah gelak-gelak taktau. hahahaha Lawak giler Siap jadi waitress sekali hantar makanan dan minuman kitorang. Lepas tu slumber duduk join makan sekali... Syioklaaaaaa....



Macam-macam kitorang order malam tu... Ikan siakap stim asam boi (perghhh, sedap gilos siap hirup lagi kuahnya), kerabu kangkong (most wanted ok), tomyam campur (pekat dan kaw-kaw), butter prawn (slurppppp) and also tofu jepun masak apa ntah lupe. Memang terbaik and kena dengan tekak kitorang la.... Kalau korang tengok menu konpem korang pitammmmmm!!!!



Sempena bulan puasa ni, THAI GARDEN dibuka seperti biasa. Siapa-siapa yang berada di sekitar Puchong, Putrajaya mahupun, Sri Kembangan bolehla berbuka puasa di sini.



Siap ada stall lagi untuk menyemarakkan lagi hidangan berbuka puasa korang. Ada stall untuk air dan bubur untuk dihidangkan kepada para pelanggan...



 Tak cukup dengan penambahan stall, THAI GARDEN juga ada tambah tempat dengan view yang menarik untuk dinikmati oleh para pelanggan. Sumpah, kalau aku berbuka kat sini, aku awal-awal lagi chop nak duduk kat area sini. Cosy je Angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati pemandangan dari atas bukit..



Pihak THAI GARDEN juga menyediakan Air dan Bubur percuma untuk anda berbuka puasa. Kiranya kalau korang datang lambat untuk order makanan pun, bila masuk waktu berbuka korang bolehla ambil bubur dan air yang disediakan kat stall-stall kat sana... Best kan??? Meriahnya.... Aku tak sabar nak datang berbuka lak nanti...



Ada ala-carte and also set menu macam dalam gambar ni. Korang boleh pilih ikot suka dan ikot tekak korang laaa.... Kalau taknak amek set, amek ala-carte sudah. Boleh tamak.... Opppszzz, tak baik tamak-tamak. Bulan puasa ni syaiton takde kang korang lak ganti... Bahaya!!!!







Ni semua antara menu-menu yang boleh didapati di THAI GARDEN tau. Banyak lagi sebenarnya. Cuma aku tak larat je nak tepek kat sini. Boleh la pakat ramai-ramai ajak adik abang pakcik makcik mak ayah semua makan kat sini... Berbaloi-baloi...

Lagi satu, korang tak perlu risau pasal nak solat kat mana masa Maghrib nanti. Sebabnya ada surau dekat area THAI GARDEN ni. Just walking distance je. If tak biasa area situ, bolehla tanye pihak THAI GARDEN nanti. 


Apa lagi???? Jomlaaaaa berbuka di THAI GARDEN ;D



Untuk pertanyaan lanjut boleh refer :

Facebook - https://www.facebook.com/pages/Thai-Garden/397931800300525

THAI GARDEN
NO.19-1, JALAN BPP 5/1,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan.

013-372 7006

Atau google maps je pun boleh :


7 comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Good writing skills & nice review...keep it up...!!

Schazaza Zober said... [Reply to Comments]

@Anonymous thank you so much FOR reading.... really appreciate it. ;D

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi , after read your blog on the said.. rasa pulak nak pergi. insyallah this coming thursday.

Schazaza Zober said... [Reply to Comments]

@Anonymous so macam mana? dah pergi try? hehehehe :)

Schazaza Zober said... [Reply to Comments]

@Anonymous so macam mana? dah pergi try? hehehehe :)

Mud Bahulu D'Qaseh said... [Reply to Comments]

sebalah malam ada choleq tak sis?

Mud Bahulu D'Qaseh said... [Reply to Comments]

sebalah malam ada choleq tak sis?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...