Siapa nak FREE?


Eh, semalam kan aku buat perangai. Kemain meroyan kat twitter. Konon bajet macam politicians ok. hahahahaha~ Koyum cakap sesuai. hahahaha Ganti Big Mama gitu? Keji giler perangai. Alaaa, aku bukan meroyan apa pun la.... Aku just meroyan benda-benda betul. Tak tahan nak keluarkan idea aku pasal isu hangat PTPTN tu. Aku pun berhutang jugak dengan PTPTN. Tapi aku bijak sikit la. Sebabnya aku bayar. heheheehehe ;D Mari aku share dengan korang antara hujan-hujah aku malam tadi kat Twitter yang mendapat Retweet dari Followers :



"Kepada yang sebok nak PTPTN free, apa perasaan korang bila kerja tapi takda GAJI???"


"Aku rasa korang yang nak free PTPTN ni pemalas!!! Semua nak free... Hello, masuk toilet pun bayarlaaaaa"


"Kepada yang nak FREE PTPTN, nak sini aku pinjam 3K setiap 6bulan. Tapi aku taknak bayar kau balik. Kau ingat kau sorang je boleh nak free2???"


"Agak-agak kalau kat dunia lepas hutang PTPTN, kat akhirat nanti boleh lepas ke??? #justsaying"


"Masa kau tak dapat PTPTN, kemain lagi kau merayu siap tipu-tipu gaji parents, bila dah dapat ini balasannya??? Dasar manusia tak beruntung"


"Aku nak suruh diorang yang nak FREE2 ni duduk negara lain la... Baru diorang sedar diri agaknyaaaa.... "



Cukupla eh? Tak yah la aku type semua... Kang muntah pulak korang. Tak payahla korang sebok nak berarak bagai... Buat lecak ketiak je wey. Dapat upah ke selangkah RM1??? Aperlaaaaaaaa... Pergi study la wey... Lain kali sebelum sign agreement PTPTN tu jangan gelojoh sangat. Kena ingat kau tu berhutang. So buat cara berhutang. Aku malu la wey... Aku bengang sebab aku ni seagama dan sebangsa dengan korang-korang yang sebok berarak mintak FREE!!!!



Cissssssssssssssssssssssssss cake metul lah....
Loan kereta, loan rumah semua nak free tak??? Meh sini aku bagi free pelempang sekor-sekor....Nak sangat free kan....



ok, bye...



p/s: sorry, entry meluahkan perasaan je ni.... akibat kekenyangan.

Majlis Aqiqah...


Alhamdulillah bertemu kita lagi kita di pagi Jumaat yang indah... Syukur kerana masih lagi bernafas di bumi Allah swt ni. Semoga hari ini dilimpahi keberkatan dan juga rahmat dari yang Maha Esa. Baiklah, itu sahaja sedikit sebanyak tazkirah saya pada hari ini....*panggggggggggggg* Ada gaya ustazah tak? 


Wey, korang perasan tak, sekarang kan, mak bapak kalau buat majlis kemain lagi grand nya. Aku rasa ni bukan faktor duit ke apa la. Tapi lebih kepada TREND. Orang sekeliling kita yang membuatkan mak bapak  atok nenek zaman sekarang kemain lagi beriye buat majlis... Sebabnya kalau buat majlis biasa-biasa orang keliling duk sebok mengata macam-macam kadang-kadang. Itu yang membuatkan kita pun kadang-kadang jadi mangsa keadaan. Ok ok, aku malas nak bebel panjang. Ni aku pergi majlis aqiqah dua pupu aku a.k.a anak saudara la kan? Betul tak? Sebab ni anak kak long (sepupu) aku. So, kira aku aunty ler. heheheheh suka suki mak bapak tiri kucing aku je kan? hahahaha~ aritue sebenarnya dah buat dah kat rumah tokbah. Tapi memandangkan Alya ni cucu sulung mak long (mak kak long) dan juga mama bedah (mak mertua kak long) jadinya mama bedah pun nak jugak la buat majlis.Kemain ok majlisnya. Siap pelamin bagai. Dah macam majlis tunang dah aku tengok. Meriah uols....Diorang buat majlis ni pagi around 10.30 camtu. Sebelum zohor dah settle dah... Ada berzanzi, bacaan yassin, marhaban sikit... Meriahlaaaaaa~



Haaaa.. tengok ni. Kemain lagi pelamin bagai ok.... Untungla Alya....


Ni Alya Zulaikha... Sedap namanya. Secomel dia... Nasebla tak mengamuk masa potong jambul tu... Diam jerk...


Geram tengok budak ni. Kemain suke lagi duduk dalam buai bunga-bunga kan? 



Time-time majlis macam ni mulalah aku ditanyakan macam-macam soalan. Nasib aku cool. Cool ke? hahahahah~ soalan cepumas macam biasa la kan? Sabar aunty-aunty ku. Kalau boleh sekarang jugak nak ada baby. Tapi takotla nak kahwin. Cane tu??? hahahahahaa~



Semoga Alya Zulaikha membesar dengan sehat dan menjadi anak yang solehah.
Takmo nangis-nangis ye...
Nanti ajak mummy awak duduk overseas ye.
Sejuk sikit....



Sekian....
xoxo~

Melayan Nenek...

Memandangkan aku tengah lapar sekarang ni, jadi marilah cuci mata menikmati makanan secara ilusi dan maya. Lap sikit air liur korang tu. Tak perlu nak menjejeh sangat. Malu orang kiri kanan tengok. hahahha~ kantoi di situ. Perut aku ni macam tau-tau jerk. Bila nampak gambar makanan kemain shuffle ye... Geram je aku. Sabar sikit ok. Jap lagi kita pergi makan. Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas aku memang takda plan apa pun. Selalunya kalau takda plan apa aku duk rumah jela. Nenek aku paling bahagia ok kalau aku takda plan. Sebab time ni la dia nak ajak pergi mana-mana. So, Sabtu lepas dia cakap nak pergi kerusi urut yang masuk duit tu. Aku mula-mula ingat nak pergi Alamanda tapi aunty cakap kat sana takda. So ayuh kita ke IOI MALL je ye. Kat situ melambak ada. Dah kasi puas nenek urut jalan-jalan. Then dia cakap nak makan.  Kemain pusing-pusing sekitar IOI MALL ok. Nak makan apa jugak la nenek aku ni. Sekali dia stop depan Kenny Rogers ok. Kelasssssssssss tau nenek aku.


Tayang gambar jela eh? Kasik jejeh lagi...


Aku bagi nenek aku yang pilih... Kesian dia kan? Dia mula-mula order ayam and side dishes ni... Then, dia nak order pasta lak...


Ni ha pasta ni dia order. Bukan spegeti bolognese tau. Tapi kalau dalam menu Kenny Rogers tu dia yang No.2. Aku lupa lah namanya... Sorry ok.


Macam biasa, air pilihan. Semestinya Ice Lemon Tea. Lega tekak ahkak tau... Kantoi makan muffins bersepah.. hahahahhaa~



Nak tengok muka taukey kemain lagi fokus dekat makanan??? Kejap kejap.... Aku bagi korang tengok...

















Betul ni?



















Dah ready?





















Sila lahhhhhhhhhh...































Inilah nenek aku... Taukey hari Sabtu lepas. *gumbiranya hati ini*


Walau aku penat, walau aku ada plan, walau aku tak berduit, aku cuba penuhi semua permintaannya... Sanggup korbankan masa, tenaga, wang, dan bahagia aku demi dia...
Sebab.... Dia banyak berjasa pada aku...
Terima kasih nenek (Tapi aku panggil dia mak)


SEMOGA AKU SELALU DIBERI PELUANG UNTUK BERBAKTI PADA DIA SELAGI MAMPU... InsyaALLAH~
*lap air mata*

WONDERFUL DAY AT WONDERMILK

Alhamdulillah....Aku sejak parking bermasalah ni aku semangat ok bangun awal dan pergi kerja...Hari ni kul7.15 aku dah keluar rumah. Sampai office pukul 7.30 bhai. Bahagia dan senyum sampai telinga je. Sebab masuk-masuk office aku orang pertama ok. Gelap gelita. Terpaksa la aku on suis semua.... Yahoooo, bahagia. Kak Yana pun cakap aku pertahankan datang awal. hihihihihihi~ Eh eh, bebel lebih-lebih plak. Ok la, macam biasa, arini aku nak tepek gambar makan-makan lagi. hahahahah~ First time ok try makan kat sini.... 




Terimalah, Wondermilk cafe :D



Melayan adik yang seorang. Naseb dia bawak camera poloroid dia... Dapatla tumpang sekaki bergambar...


Our starter... Rainbow and Red Velvet cupcakes. Yummmyyyyy~ Moist je rasa. And of course freshly bake from the oven. RM4.90 per piece tak silap. Not bad la kan...


Some of the view inside the cafe.. Feels like home bebeh...


Aku rasa decoration dia semua idea dan buatan sendiri oleh tuan kedai... Menarik tertarik kau memang tembam... Iye, aku tembam. Paham T____T


Ni view dari dalam cafe ke luar cafe... Nice kan?


Tengok ni... Sesuai juga untuk melepak bersama keluarga...


Ni kaunter dia... Masuk-masuk korang terus pilih cupcakes dulu. Nak makan kat sini atau take away pun boleh. Then baru proceed untuk order air atau makanan kalau makan kat sini...


Some of the menus.. Creative gitu. Antara tempat order dengan tempat makan dipisahkan dengan split level ye...


Dah order semua dan bayar boleh tunggu untuk amek makanan dan minuman kat kaunter tu. Kalau lambat dia akan hantarkan ke meja... So don't worry~


Ini alas tray diorang... Menarik kan? Rasa nak bawak balik je tau...


Sedapnyaaaaa cupcakes. Aku tak berapa suka cupcakes sebenarnya sebab manis. Tapi yang ni, aku makan abis ok.... :)


Ni set burger aku... harga dalam RM18.90 tak silap... Kenyang ok... Makan panas-panas memang terbaek....


Sebelum pulang, marilah bergambar kenangan di depan Wondermilk cafe walau semua pandang jerk... hahahahaha~




Selamat mencuba kawan-kawan.
Yang aku try ni dekat area Damansara Uptown...


+Wondermilk Damansara Uptown
41 Jalan SS 21/1A Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-77258930



Silalah yerk..
Jangan lupa bawak camera untuk posing kat sini....
Sekian....
bye!!!



p/s: gambar semua pakai iPod jerk... So abaikan the quality 

Jemputan....

*cerita bergambar*
Sangat budak sekolah...



Kad kahwin ni aku dapat agak lama dah la... Around two weeks ago tak silap...Cuma arini aku baru berkesempatan nak ulas... hihihihihi Ni adalah majlis perkahwinan blogger. Ingat tak yang aku ada menang lucky draw tu? Lucky No. 5. Haa.... Ni la dia hadiah nya. Dapat pergi ke majlis perkahwinan blogger kesukaan dan kegemaran ramai peejburhan tu. Dah macam iklan susu cap teko lak statement aku ni tibe-tibe kan? Aku tak beli hadiah lagi wey... Tak tau nak beli apa. Harap-harap aku sempat la pergi. Sebabnya 29 April tu adalah ulang tahun perkahwinan pama. Ohhh, MELAYU sangat sebut ulang tahun perkahwinan. hihihihihi Tak gitu? Apa-apa pun aku teruja ok nak pergi. Siap dah ajak adik aku teman. peejburhan dia jemput aku & partner tapi aku kan mana ada partner wey... So aku ajak jela adik aku eh? Kalau tak pun aku ajak abang aku. Abis cerita.... hahahahahha~

Kepada peejburhan yang dah naik seri LEMON nya, semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang majlis berlangsung. Harap dapat la ketemu dan salam peluk cium semua. hihihihihi Jangan gelabah ok. InsyaALLAH kita jumpa ye....




p/s: tak sabar nak jumpa dot dot... *mampus kena lempang*

Say YES to HELLO KITTY MALAYSIA


A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!



I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty items in Malaysia for a really long time…


And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!



They are having pre-launch right now and as a special
pre-launch offer, you can have RM5 voucher and bonuses like
Cute 3D Hello Kitty Model at zero cost. If you don’t believe me
check it out for yourself here, while it’s still available:






This special pre-launch offer is valid only till the launch day,
after which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and claim all voucher
and bonuses now:






If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.


I DID tell you it’s a limited offer :)






Aku Berkenan la...

Orang kalau dah berkenan mulalah tangan gatal kan? Bukan gatal apa. Gatal google image cari gambar paling cun then jadikan desktop. Perghhhhhhhhhh. Terliur la tengok... Benda paling latest aku berkenan sekarang adalah kereta. Kereta bukan sebarang kereta. Dulu pernah berangan nak ada Honda Jazz. Tapi pama cakap kereta HONDA ni manja. Sudahnya memang sampai sekarang tak pakai Honda. Motor honda kapcai pun aku takda yerk...Aku ni jiwa vrooom vrooom la. Sebab tu sanggup berhujan dan berpanas tengok MotoGP atau F1. Drift pun aku pernah pergi tengok tau. Tapi skang aku berkenan tengok HONDA CR-Z ok... Mana-mana pergi kalau ternampak even tengah drive boleh teleng kepala aku ni. Mesti cool gila bawak kereta ni. Tak cantik dan tak cun pun takpe. Asal kereta cool dan macho macam ni konpem ada ramai mamat terpikat. haahahaha dasar!!!!

Meh aku cerita serba sedikit kenapa aku suka kereta ni... (Gaya advertiser) Walaupun kereta ini kedekut hanya kerana memiliki dua pintu, aku suka sebab kereta ni ada gaya tersendiri. Luas pun luas. Selalu kan kereta dua pintu sempit kan? Tapi ni luas ok. Bonet kereta pun luas. Ibarat boleh letak dua biji golf set. Tapi its a two seater car ok. Bukan macam Proton Satria boleh sumpat 5 orang. Lepas tu bentuk kereta nya aerodynamic sesuai untuk aku yang suka speeding. Dah dapat saman baru insaf sikit. Sikit jela tapi. Ada banyak storage dalam kereta ni tau. Bukan setakat tu je, reka bentuk Aerodynamic kereta ni ada style ok. Tak macam kereta-kereta lain. Dahla, aku malas nak cerita dan pumpang lebih. Bukan aku beli pun kereta ni. Cuma minat dan berkenan jerk. Kalau aku cerita pasal teknologi dan keupayaan kereta ni lagi lah korang pening. Bajet HONDA bayar aku lah buat cerita pasal CR-Z ni? OHHHH NEHI... tidak ye tuan puan....



Jadi skang aku proceed terus ke gambar kereta yang aku berkenan ni.... 
Renung-renung dan mimpi-mimpi selalu.
Mana tau tiba-tiba mampu memilikinya...
InsyaALLAH~

*lap air liur dipipi*




Sekian,
Aku yang berangan....

SINGAPORE - DAY 2 (Sentosa Island - MEMA)

Setelah sekian lama memerap entry pasal Singapore ni dalam draft, marilah aku kasik keluar semuanya bermula arini... Diingatkan disini, bermula arini ye. Bukan semua aku tibai abiskan arini. Harap maklum. So ni aku cerita pasal MEMA ye. Maritime Experimental Museum apatah.... hahahahaha~ Besh wey...


Mula-mula duduk kat depan kapal besar ni. Ada show sikit la... Dia cerita sejarah kapal-kapal bagai ni... Boleh bergerak ok kepala tu...


Mari kita melawat museum. Mesti korang rasa macam bosan kan museum? Tapi sumpah teruja ok. Sebab ada macam-macam aktiviti dalam ni. Sila cari orang tersembunyi. Keji kan aku menyorok belakang tu kacau Ain bergambar...hahahahaha~


Ni sejarah kat negara China lak. Kat dalam Mesuem ni ada macam-macam negara tau. Ala, macam kita belajar sejarah dulu tu... China la, Hong Kong la, Burma la... Pastu ada passport untuk kita cop satu-satu kat each negara tau. Cop tu unik giler. Pakai ukiran buluh. Tapi aku takda snap gambarnya. Sorry~


Lagi sekali posing. Belakang we all ni tempat macam wayang kulit la... Tapi versi Cina...


Ni dah kat Palembang. Nampak tak tulisan kat floor tu? Haaa... kat setiap negara ada tulisan camtu la....


Busuk ok bau ketiak patung ni.... hahahahaa Saja je aku mendajal kan?


Tengok ni, ada station dimana pengunjung boleh membuat aktiviti seperti mewarna, melukis dan juga buat kapal macam dalam gambar tu....


Cuba teka ni dekat area mana? Betul.... INDIA!!!!


Yang ni konpem korang semua tau... Of coz la negara Arab sebab ada unta kan? Yeaaaaaaaaaaaa...betul dan tepat sekali....


Sempat lagi posing dan main-main snap gambar kt wall kosong menuju ke bawah Museum


Helloooo, abang aku pun sebok je tiru aksi...


Korang tengok gambar ni ada terbayang atau fikir apa-apa tak? Ni kononnya macam bahtera Nabi Noh tu.... Dalam penuh haiwan... Pandai diorg buat kan?


Ni plak badak sumbu.... Cantik la tempat ni sebenarnya... Tak tipu...


Kat sini korang boleh try alat-alat muzik.... Tapi guna komputer yang disediakan la ye... Bukan petik gambus  yang kt dinding tu...


Aku beli tiket MEMA ni pekej sekali dengan USS. Harga tak silap RM178 dekat groupon la. Tapi kalau korang tak beli yang pekej nak walk in je pun boleh. Sebab tiket nya takdela mahal bebenor. Tak silap aku kalau convert duit Malaysia dalam RM5 ke RM10 je. Worth it la kan... :) Lagi pun muzium ni berhadapan Universal Studios tu jerk. Tak de la jauh nak menapak pun... 

Itu je untuk entry pasal MEMA ni. Nanti aku sambung cite pasal Singapore lagi. Kali ni mana tempat kitorang makan kat dalam Sentosa Island...Sebelum mengundur diri, sila menikmati gambar paling cute di alam ini....Bukan alam anda atau ALAMANDA ye. Tapi alam saya.... hahahahhahaa~









Yang paling comel...


Ok, bye....
*sambung muntah hijau*
T__________________________________T


Lepak-ing at DOME CAFE

Selamat pagi... Salam sejahtera. Sari berita penting... wtfffff 
*macam berita terkini tak?* ;p


Aku nak ucap tahniah kat diri sendiri hari ni. Sebabnya telah berjaya sampai awal tahap gaban ke office. Puncanya sebab nowadays parking kat office very limited sampai kena double park. So kalau lambat datang  alamatnya memang kau parking kat depan guard nun jauh disana. hahahahaha ~ Tapi aku rasa worth it datang awal arini sebab dapat parking VVIP. Betul-betul depan pintu lobby office ok. Wahhh, tahniah zaza. Bravo.... *pheeeeeeeeeewitttttttttttttttttttttttttttttttt*

Meh sini pagi-pagi ni terlanjur awal aku kasik korang leleh air liur. hahahaha~ Aku rasa time ni aku lepak beberapa minggu yang lepas. Sepanjang hari ok we all pergi jelalah mall and also makan-makan dekat mall. So, mula-mula nak lepak Kluang Kopitiam dekat IKANO tapi papa tak nak. Dia nak lepak Dome ok. Perghhhhhhhhh, high taste la. Naseb la dia yang payung kan. So follow je la.... Ayuh ke Dome kita kat The Curve...Kebetulan hujan, so quite penuh la Dome....


Sempat lagi snap gambar Dome...


Pama sebuk tengok menu pilih makanan dan minuman. Aku macam biasa follow jela. Sebab makan selalu tak habis kan, jadi kita guna kaedah kongsi jela... ihihihiihihihi~


Ni adik aku. Kemain menelek menu. Pastu emo aku snap gambar. hahahahaha~ sorry, tak tau kenapa gambar tak boleh rotate. Tensyen aku. Siap dah tanya Kak Filla tau tapi dia pun tak tau napa.


Lepas order, sementara tunggu makanan kita bacalah magazine dulu yerk....


Ini pun aku snap... Hebat kan?


World's Finest Coffee gitu... Tapi aku tak minum kopi pun time ney. ahhahahahaha~ But pernah la yerk....


Minum petang, tapi mama order pizza... padahal lunch time dah melantak kot.
T_____________________________T 



Club Sandwich papa lak yang order.... Yerlaaa layan... Nanti kang nak dinner lain plak. Macam aku tak tau.


Aku plak yang lapar ok buat entry ni. Iskkkkk, dugaan betul. Tekak ni nak telan aiskrim satu tong la rasa balik kerja ni. Mana eh? Baskin Robbin??? Ptuihhhhhhhhhhhhhhhh... Makan je kejenye...





Ok, selamat bekerja di hari Selasa kawan-kawan.... Semoga hari ni lebih baik dari semalam....
InsyaALLAH...



Sampai disini sahaja ye dulu...
Lain kali sambung lagi...




TATA TITI TUTU.......
xoxo~

Mengadu...

Aku rasa weekend cepat je berlalu. Tak pernah rasa cukup ok. Ada je aktiviti atau hal yang perlu dilakukan kalau weekend tu. Adehhhhhhhhhh... Aku arini nak mengadu la. Jadi entry kali ni takkan ada satu pun gambar untuk korang. Diharap, korang mampu bertahan. Esok lusa insyaALLAH aku update ye... Harini aku rasa letih... Letih segalanya... Dari mental hingga ke fizikal. Aku flu (allergic something) dari Jumaat lepas sampai ke semalam pagi baru ok. Biasa kalau dah flu tu mata rasa nak tertutup je... Nak bukak mata tak mampu ok. Sebab air hidung yang keluar semakin berjejeran jika buka mata dengan luas. Adehhhhhh.... So aku tibai segala ubat allergic, demam, antibiotik semua dengan harapan Sabtu sembuh. Tapi silap ye. Bangun pagi bersin tak berhenti. Nenek pulak ajak keluar. So layan dia keluar walau sambil drive bersin-bersin mata tertutup tak nampak pemandangan jalan. Balik keluar sambung lagi tibai ubat dan tidur. Bangun-bangun craving coffee so ajak kazen and aunty lepak The Loaf... Balik lepak sambung lagi makan ubat dan tidur. Semalam aku keluar dari pagi sampai malam baru balik rumah. Now pergi kerja badan letih, minda letih, suara dah bertukar ala-ala garau gitu. Banyak benda best nak share tapi ni aku mengadu dulu eh? Pendek kata arini serba tak kena. Lunch tak makan. Bantai tidur depan PC. Now kepala tingtong.






Sekian....
Sehingga bertemu lagi...
InsyaALLAH....
XOXO~









p/s: perempuan yang kadar allergic dalam darah melepasi tahap maksimum sampai tak boleh baca memang macam ni... sob sob sob T______________________________________________________T

Pullman Putrajaya Lakeside - CSD DINNER 2012

*entry kali ni menjejehkan air liur. Ini serius!!!*

Sorry la kawan-kawan, aku rasa almost semua entry aku pasal jalan-jalan or makan-makan jerk. hahahaaha~ Nak ulas cerita-cerita terkini belum berkesempatan lagi. Banyak je topik sebenarnya boleh aku ulas. Tapi belum lagi kot. Lain kali ye...Entry kali ni fresh dari ladang. Sebabnya baru berlaku malam tadi. Sempena fiscal yang baru lepas ni we all achieve target, so bos-bos Jepun belanja makan besar. So, sepakat membawa berkat, we all pilih makan dekat B's Restaurant Pullman Putrajaya Lakeside. Nasib la Jepun setuju. Yerla, ofiz kat Shah Alam, dinner kat Putrajaya. Sporting laaaa... So sebab semalam hari Rabu and we all memang balik awal hari Rabu, teruslah set semalam makan besar. 


Sampai-sampai haruslah posing ye. Eh, we all bukan kerja kilang. Girls semua kena pakai uniform. Tapi aku kan bajet diva so haruslah salin baju lain sebelum pergi dinner. Cantik kan?


Lagi sekali posing. Haruslah yang pakai baju biasa tu bujang trang tang tang dan muda gitew... Ahhhhhhhhhhhh, senggol-senggolan cubit-cubitan...


Ohhhh this is so candid ok... Otw nak menapak masuk dalam restaurant. Kalau korang nak tau, we all amek buffet. So start kul6.30pm dan habis kul 10.30pm. Korang bolehlah tibai sampai lebam....


Alahai, kat tangga pun jadik... Somelsnyaaaaaa... Tq ah ko chi tong...


I like it.... Kemain aku duduk sopan begitu... hihihihiihi~ *pitam mak mertua tengok agaknya* eh, ada ke???


Model sambilan ye untuk department aku jerk... Tak kuasa ahkak.... Cantik kan panoramanya....


Suka-suka. Sebab aku nampak kurus dan tinggi. Walau hakikatnya, biar aku jela yang tau... *tunduk muka dan geleng kepala*


Inilah bos-bos jepun aku. Paling ketua adalah Mori san (baju orange), then Hamabata san (belakang Mori san), Ishii (2 dari kanan) dan Tamaki san (last kanan) Bukan tak maki ye...


 Cantik kan menara ni? Rasa macam dekat Aladdin punya set jerk.... Ke kat Cordoba???


Inilah view dalam B's Restaurant tu....Perghhhhhhh, kalau boleh nak snap je semua gambar.... :)


Sebenarnya cuak nak pijak lantai kaca tu... Takot tak dapat menampung berat kan? Tapi mak ok je... :P itu manager ye, Ms Yana.


Some of the decorations on the table....


Kelibat siapa la tu yang laju semacam. Nampak sangat lapar... hihihihi Kak Mai posing bersama buah-buahan...


Aku cuba menjadi pekerja baskin robbin... Ceduk ice cream....


Bagi sesiapa yang gemarkan cokelat, ini mesti menjadi pilihan utama. Pekat dan likat ok. Tapi aku tak rasa. Takot manis sangat....


Ini ada lagi makanan berunsurkan cokelat...


Ini pun sama... Banyak ok kek-kek dan lain-lain yang cokelat. Bukan sebab rentung tau cokelat nya...


Bagi yang diet macam aku, *tangan ke bahu, mata ke atas* bolehlah makan roti jerk.... memang rugi uols...


Bermacam-macam jenis sauce untuk dimakan bersama salad...


Salad yang segar dan fresh... slurppppppppppp *lap sikit air liur*


Ulam-ulaman yang bukan taste aku.... Ahkak tak makan sayur ye dik non...


Geng muda mudi baru nak start makan....


 Ini portion Kak Nurul...


Yang ni aku punya... Brokoli and salad terkecuali ok...Ahkak makan sayur yang terpilih jerk...


Fettucini with cream sauce yang 4 kali we all amek. Punyalah sedap....


 Sunset view from the balcony.... *berangan*


Atok Mori with me... Somelsnye....*lempang diri sendiri*


 The Three Sisters - ala-ala charlie's angels la pulak kan... ahakssszzzz...


Sempat lagi posing dengan abang (ah ko) chi tong....


Three Sisters again... How lovely we are.... Shuweet sangat....


Ini paling nice kan? Meriah nya....


Masing-masing bila dah kenyang kemain lagi kan....


Energetic dan ceria muka masing-masing bergambar...


Napak sangat akulah manusia paling kenyang.... hahahahah~ *tuck in tummy*


Bergambar di rumput... Perghh, ala-ala salam taj mahal pun ada gak ni....


Serius cantik kan menara jam tu? 


Korang tengok... Kat parking pun sempat posing tau. Punyalah menarik Pullman ney...


Keseluruhannya, event malam tadi memang happening sangat. Terima kasih kepada semua bos Jepun ku. Tak lupa juga buat team organiser yang sudi menyumbang idea dan tenaga untuk dinner kali ni. Marilah kita tingkatkan prestasi untuk makan sedap lagi next fiscal... InsyaALLAH~





Sebelum mengundur diri, haruslah ada aksi tuan punya blog kan?
 Terimahlah....










Yang jauh jangan dikenang...


 Ingat daku dalam doamu....


Sekian...
Yang menunggu bukan penunggu....
Assalamualaikum...
bye bye...
xoxo~





Chao chin chao...


p/s: setinggi-tinggi penghargaan buat Kak Nurul dan Kak Kuna atas kesudian mengambil gambar-gambar untuk diri ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...