Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor

Macam biasa weekend kalau takde apa program kitorang biasanya balik rumah mak (mertua) di Sg Buloh. Normally Jumaat lepas maghrib la kitorang gerak. Makan-makan dulu kat mana-mana macam biasa barula balik rumah mak bila dah kenyang. Almaklumlah dekat je rumah mak tu. Jadinya lambat-lambat pun takpe. Otw, pergi rumah mak tu, borak la...



Wan : Ahad ni kita pergi Jeram nak?
Scha : Huh??? Jeram??? Nak watpe??? *suke buat tanjat tau*
Wan : Yerla, aritue nak pergi tak jadi kan... So kali ni pergi la.
Scha : Alaaa, dah lupe pun pasal hal Jeram. Nape nak pergi gak? Layat eh?
Wan : Aahlaaa... Kesian kang orang tu leleh-leleh...
Scha : Abes tu bo makan tak nanti? Ke go makan sorang? 
Wan : Ok, kali ni bo tibai je semua...



Woot woot... Wan dia allergic to seafood. While aku plak hantu la dengan seafood ni. Takkk, bukan aku jadi hantu seafood la. Tapi aku penggemar seafood walaupun sometimes adala allergic juga. Tapi dulikla. Sakit makan ubat. Ye dok??? hehehehe So, marilah makan seafood...



Kitorang gerak dari umah mak (Sg Buloh) lepas asar. Lalu LATAR dekat saje. Tak sampai setengah jam pun... OTW tu ada sedikit jem lepas Bukit Rotan sebab ada kemalangan. Then smooth dah. Since taktau nak makan kat kedai mana, so aku cakap makan kat Aroma Ikan Bakar. 



Aroma ni dia tepi pantai macam ni la. Besar ok tempat dia. If korang first timer (aku la tu) korang kena book tempat duduk dulu. Dah dapat no meja bolehla pergi beratur untuk pilih seafood pilihan dihati. Chewahhhhh. Tapi aku beratur pilih seafood dulu while wan pergi cari table kosong. Then bila turn aku menggelabah kol wan sebab I is tak tau nak pilih macam mana... hehehehe~ *anje angat* 



Settle pilih memilih, kitorang pun pergi cari table. Sebab tadi wan tak dapat tempat lagi. So pergi cakap kat budak tu nak table untuk 2 orang. Dapat duduk kat area Jeti. So mengadapla pantai which memang aku nak sangat. Boleh la nikmati sunset (panas wo) sambil posing-posing tunggu makanan sampai kan...



Ni view pantai kat Aroma dari jeti tempat kitorang punya table. Aku suke view ni. Syiok je. Ramai gak yang snap gambar kat sini. Aku dengan wan photoshoot sendiri la... Then nak ambil gambar berdua kesian. Mintak tolong ada satu akak pakai baju pink ni, sekali dia punya ikhlas snapkan gambar tu punyerla gegar ok. Takpela. Kitorang senyum je. Mungkin dia cuak ke bebeh kot...



Kalau korang nak tau, kat sini ada macam-macam tempat korang boleh pilih. Nak duduk dalam ke luar ke tepi laut ke jeti ke gazebo ke apa semua pun boleh. Tapi yang pondok buluh-buluh tu kene bayar tau. Yang gazebo kot namanya RM 20. Tapi besar and luasla. Duduk bersila. So kampung style i tell you. Yang pondok kecik lak RM10. So ikot korangla nak makan kat mana. Janji kenyang.



Tara... Ni tempat kitorang punye table. Okla kan... Dekat dengan surau lagi pun. So korang boleh la solat kat surau bila masuk waktu Maghrib. Toilet pun ada. Bersih and selesa la... Tak perlu risau ok. Kalau tak bawak telekung pun takpe. Kat surau melambak ok. Terpulangla. Aku bawak telekung sendiri.


Sunset is coming.... Tak dapat pergi laut, mandi-mandi dapat makan tepi pantai macam ni pun bolehla... Syukur alhamdulillah... Ok, makanan sampai pun tak la berejam mana... Aku makan lepas maghrib je sebab nak take turn solat dulu kan... Then baru makan... Nikmat woi...



Ikan Jenahak 3 rasa... *terliur*


Sotong Goreng Tepung


Ketam Bercili


Ikan Jenahak Bakar


Butter Prawn


Scha & Wan masak kicap... Eh, silap. hehehe Yang kicap tu belah kanan je. Yang belah kiri tu hantu kicap. Semua makanan nak makan dengan kicap. hahahahaha~ Panas wo mengadap sunset. Tu pasal berkaca mata hitam gitu... Poyooooooooo!!!! Biarlaaaaaaaaaa....



Sebelum mengundur diri, kasi chance la aku tayang photoshoot by SchaWan...


AROMA IKAN BAKAR
Pantai Jeram, Kuala Selangor,
Selangor
017-316 3117



Selamat Mencuba... *kenyit mata*


p/s: Chef cakap tempat ni sedap. Boleh datang lagi pasni. Yeayyy~!!!


2 comments:

nana zarina said... [Reply to Comments]

Baru nak gi cuba esok... tengok post ni lagi la tak sabar rasanya...
www.villavitaminibu.blogspot.com

Anonymous said... [Reply to Comments]

3177 ker 3117???

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...