TRIPS

Ruang ini diadakan adalah untuk rujukan penulis blog dan juga rakan-rakan yang sudi mengunjungi blog ini. Semuanya adalah kenangan penulis blog bersama keluarga, kawan-kawan mahupun saudara mara samaada bermalam atau pun tidak. Boleh dijadikan rujukan atau "kaunter pertanyaan".

Sebarang pertanyaan atau memerlukan info boleh email kepada :

izzah.zober@gmail.com

Terima Kasih






PULAU PERHENTIAN - DAY 1


MONDAY BLUES??? Oh no no no... Macam mana weekend korang? Buat apa jerk? Layan Super Spontan final tak? Aku of coz ler layan. Zizang menang uolsss... Siap nangis lagi.... I like!!!


Eh, eh... Lagi sekali la eh mukadimah...


Happy Monday uolsss!!!!!! Amacam??? Happy tak gaya aku??? Wakakakakaka~ Kelassss sangat ok. Oleh kerana terlalu lama memeram cerita pasal trip ke Pulau Perhentian tu, so adalah kiranya lebih baik hari ini aku mulakan sedikit... Chewahhhhhh!!! Sebenarnya dah mula pun kan? Cuma takda sambungan je lagi... So arini lets continue it... Yahooooooooooooooooo!


*PITAMLA KORANG LAYAN GAMBAR BANYAK-BANYAK*

Macam biasa, kitorang gerak dari Shah Alam Jumaat malam. Lepas isyak la lebih kurang. Paham-paham la. Kalau dah nama lepas isyak, selagi tak subuh pun kira lepas isyak kan??? So, kul11 jugak baru we all gerak. From Shah Alam, ada 2 kereta ye. Maka, berkonvoi la kami ke Besut, Terengganu.



Sampai-sampai Besut kitorang singgah rumah kakak Kak Kuna dulu. Sebab ahli rombongan dari Johor and Tampin dah selamat tidur kat rumah kak. Maka kami yang makmum terlewat ni hanya breakfast jela ye. Sempat juga ziarah ayah kak Kuna. First time jumpa depa. Syiok sangat. Then gerak pergi jeti. Kat sini we all tunggu driver-driver parking kereta kat tempat selamat. So posing la dulu ye...


Settle je simpan kereta semua, jalan kaki la pergi Jeti Perlancongan Kuala Besut. Chewahhhhhhh.... Sorry, gambar aku tak banyak sebabnya aku tiba-tiba dapat rasukan ablasa untuk jadi camera woman.... yeehaaaaa!!!


Kalau dah Melayu tu, janji Melayu memang jadi la kan... Kul9 patut naik bot terus jadi pukul 10lebih ok. Amek ko!!! Melayu sangat 
*tangan ke bahu mata ke atas* 


Haaaaaaaaaaa... baru ada satu gambar aku! Posing maut ok. Ni pun ngendeng abang tolong amekkan. Naseb dia layan ok. Cun kan view nye... Nak kata orangnya cun pun boleh... Takde hal... hihihihihihi 
*lempang laju-laju*


Yeayyyyy!!! Gembira dah naik bot. Speed bot yang melambung kaw-kaw tak hingat ok. Kalau mengandung dah gugur dah tau. Bukan terberanak tapi tergugur kandungan. Punyalah hebat lambungan nya...


Tengok muka aku. Akulah orang paling excited ok. Comel la plak kan... Ini lah dia ahli-ahli rombongan. Satu bot ni semua ahli rombongan we all je. Driver bot termasuk sekali la eh? :P


Yeayyy, akhirnya sampai juga. Dari jeti Kuala Besut ke jeti Perhentian Kecil ni dalam 45minit macam tu... Not bad la kan...


Sementara tunggu hal check in, marilah kita istirehat di bawah pokok di tepi resort ye... Indahnya.. Korang tau kitorang duduk kat Shari-La kan? Best uols....


Sampai-sampai and siap je masuk bilik semua terus siap-siap mandi and kuar lunch. Kitorang amek pekej lunch and dinner kat Maya ni. Sebab ni tempat kawan kak kuna. Makan sodap woooo..


Tengok muka masing-masing... Happy dapat makan sodap... Lapar ok time ni... Mau semua pun makan licin. Siap tambah-tambah nasi lagi...


View from Maya... Panas giler tau time ni. Tengah hari kan? Of coz la panas... Air tengah nak pasang time ni...


Kan aku cakap panas giler kan? Kau tengok makcik saleh ni.. Naik rentung kulit dia siap bersidai lagi tengah panas tau.. Tak paham aku.... 


Bukan makcik tadi je ok. Kau tengok ni, tak macam ramai lak bersidai kat sini kan? Tak tau panas agaknye... 


 I'm so hot you know.... OHHH MYYY ENGLISHHHH!!! Not ME being a hot stuff ye. But the weather is super hot... Berkerut muka nak amek gambar tau...


Lepas lunch we all balik bilik semula. Ada yang terus nak sambung sawan mandi laut. Aku macam biasa la lepak dalam bilik tengok TV and borak-borak sebab kena rehat sepenuhnya. Malam we all pergi candat sotong. Pukul7 bot gerak... Ekspedisi candat sotong aku dah settle cite kan? Kalau lupa boleh refer sini ye :)



Itu je update untuk hari pertama di Pulau Perhentian. Akan disambung lagi nanti... InsyaALLAH...


 Till then, xoxo~




SHARI-LA RESORT, PULAU PERHENTIAN

*EHEM-EHEM*


Finally, barulah dapat update blog. Sorry la ye tak dapat update blog lately. Jadi hari ni aku usahakan sedikit. Cheewahhhhhhhhh, sikit katanya. Tapi sumpah gambar banyak giler ye. Buat permulaan biarla aku update pasal accommodation sepanjang aku di Pulau Perhentian. Sudah bersedia??? hehehehehe



SELAMAT DATANG KE SHARI-LA ISLAND RESORT
PULAU PERHENTIAN KECHIL, TERENGGANU....



Ini dia rupa paras jeti di Perhentian Kechil ni... Kalau korang duduk kat Shari-la kan, kira depan je.. Dekat la kiranya...


Ini view from the jetty. Nampak tak ada signage Shari-la tu??? Aku nampak air laut biru-biru hijau je... Dasar suka laut!!!!


Inilah laluan dari jeti untuk ke resort. Jauh tak jauh sangat la... Tapi kalau korang enjoying the view sumpah tak rasa jauh mana pun...


 Haaaaaaa... kalau malas nak google ke apa, boleh tengok la bilik-bilik dia kat gambar ni..  Boleh nampak kan? Nak tengok rate sila lah ke website resort ye...


Petang or malam kalau nak makan kat sini indah wey viewnye....


View from the resort... Barulah nampak keseluruhan jeti. Cantik kan?


Taraaaaaaaa... Bilik kitorang. Duduk empat orang. Besar ok. Ini quad sharing, Suite room. KELASSSSSSSSSSSS SANGAT!!!


Masuk-masuk pintu entrance ada sepasang sofa ok... Kitorang buat tempat solat la area ni...


Yang ni hall depan TV... Giler besar kan? Siap ada pintu lagi untuk ke balcony...


Ni plak area wardrobe and dressing table. Luas giler... Ada banyak cermin tau dalam bilik ni. Sebelah kiri tu toilet.


Kondisi dalam toilet... Memuaskan betul? *thumbs up*


Ni tandas pula... sorry senget. Tak boleh nak edit dah...


Ini balcony... Menghadap ke luar... Besar wey... Duduk empat orang kira puas laaaaa... Siap boleh jemur bajur bagai....


Kalau ada sebarang pertanyaan boleh la tanya aku. Macam biasa email je kat email address dekat my profile sebelah kanan blog ni.... InsyaALLAH akan dilayan...


Kalau tak pun, boleh terus ke website resort ni.


Keseluruhannya, makan not bad, tempat tinggal best, layanan mesra... Superb la senang cite.
Pantai pun syiok sangat-sangat....



Apa tunggu lagi, book la sekarang....


p/s: Nampak macam tak bermaya je entry kali ni. Maaf ye tuan tanah puasa. ok bye. hahahahaha~





CANDAT SOTONG, PULAU PERHENTIAN

*SORRY.... AKU BARU SEMPAT UPDATE PASAL TRIP PERHENTIAN ARITUE. BUT STILL SATU-SATU LA YE... KORANG TATAP LA DULU ENTRY CANDAT NI*



ok, as previous entry aku ada entry pasal another sweet escape kan? Haaa... meh sini aku sambung cite. Sebenarnya tujuan asal trip pergi Pulau Perhentian adalah untuk candat sotong. Tapi as u know la GJ (GENG JIMBA) ni kan, kalau dah alang-alang ke Pulau Perhentian takkan la nak candat sotong je kan? Of coz la kitorang takkan melepaskan peluang keemasan ini. Lepas candat sotong tu terus sambung pekej snorkeling 3HARI 2MALAM ok kat PERHENTIAN. So, pasal pekej dan harga semua nanti aku cite ye. InsyaALLAH :) Korang doa jela aku mampu update semua... hahahaha *gelak syaiton* Candat sotong dijadikan acara pada malam pertama sejurus sampai di Perhentian. Kelas BM aku kan? Korang boleh? hahahhaha *kejis* Wey, sampai-sampai je terus la masing-masing tdo dulu ok kumpul tenaga untuk candat malam tu. Beriye kumpul tenaga. Nati korang tengok jela ending macam mana. hahahahaha~



Setelah kumpul tenaga dan tidur dengan kadar yang secukupnya (cukup ke?) kitorang pun bersiap-siap untuk ke jeti. Bot candat kul7 nak gerak tak silap. Ni adalah sebahagian daripada geng trip kali ni. Ko tengok muke masing-masing. Tak boleh cover dia punye excited tu. Haaa... nak cakap aku lettew kan??? hahahahaha~ Iye, memang!!!!


Pemandangan dari Jeti Perhentian Kecil ye kawan-kawan... Tenang je kan? Alhamdulillah... Ni kira nak sunset dah kiranya.... Dapatla nikmati pemandangan nak sunset...


Close-up. Aku rasa time ni air pasang la... Sebab air sampai nak ke kedai-kedai makan tu ha.... Nampak tak? hehehehehe~


Pemandangan menunggu ahli-ahli candat cukup ye kawan-kawan. So sambil tu posing-posing dan nikmati pemandangan dan pandangan... hahahahahaha~ 


Inilah dia bot candat kami.... Cool giler kan? Adventure kan? hahahaha sanggup tak korang naik? Aku slumber la... Besh wooo.. Ko kalau dengar bunyi enjin dia konpem pekak terus telinga. Lebih-lebih lagi kalau duduk kat belakang tempat enjin tu. Tototoottottottttootttttt bunyinye....Bergegar jantung ko tau tak.


Boleh duduk kat atas bumbung ni tau. Tapi aku tak dapat nak rasa la... Hanya boatman je konker ok... Kalau dapat duduk atas ni syioknyeeeeeeee.... Takkan kulupekan la pengalaman ni...


Ini dia ahli-ahli trip. Pelbagai generasi ok. Golongan bapa-bapa dan ibu-ibu turut ada. Yang pasti golongan muda-mudi la konker the trip kan???? hahahhaha~ Time ni semua maintain lagi... Indahla dapat naik bot nelayan kononnya...


Masing-masing sebok posing ok. Aku bot jalan je terus menguap la, ngantuk la... Bengang betul. Padahal petang dah bantai tidur ok... Rasa nak lempang diri sendiri je time tu. Puas dah aku cubit-cubit lengan sendiri konon nak hilangkan ngantuk tapi tak berjaya.... So sad :(


Time ni bot nak sampai dah tak silap. Nampak tak lampu gantung-gantung tu??? Itulah penarik sotong-sotong sebenarnya... Tak, bukan sotong akan terkam lampu tu ye adik-adik. Tapi lampu tu akan buat sotong menuju ke bot la... Konsep nye begitu....


Ko tengok muka aku!!! Dah abis excited la tu konon nak candat sotong? Konon jadi orang pertama keluarkan senjata untuk candat... hahahahahha~


Ni Iqbal-suami kepada Husna. Dialah hero malam tu!!!! Nak tau kenapa??? Tungguuuuuuuuuuuuuu ok. Jap lagi aku cite....


 Yang ni konon bajet HERO je... HAKIKATNYA???? hahahahahha~ malas la nak cakap.... Lotehhhh!!!! walaupun aku taip je kan tp still lotehhh ok....


Haaaa... ni apa motif aku xtau. Aderla tu gurau senda atas bot malam tu. Aku sebok candat so tak amek port sangat....hahahhahaa~ sebokkk la sangat kan???


Subhanallah... Indahnya ciptaan Allah swt kan? Bulan penuh dan terang ok. So korang dapat bayangkan tak air laut malam tu macam mana??? Ombak kuat nak mati ok... ko jangan harap dapat berdiri masa candat... Ko cangkung pun rasa tak stable ok. Nak tumbang je rasa...


Pemandangan dan panorama selepas beberapa jam di tengah laut. Korang agak kenapa???? Masing-masing dah start uwek sana uwek sini. Aku mengambil langkah bijak untuk baring dan lelapkan mata kejap... hahahahahhaa~ korang tunggu jap lagi apa kesudahannya....


 Lampu kat bot tu terang giler kan? Patutla sotong tertarik nak datang kat bot.... Mesti sotong-sotong tu fikir cahaya bulan? ahahahaha Apakah???


 Haaaaaaaa... kan aku dah kata dia la HERO malam tu... Ini baru sekor ok... Jumlah malam tu dia dapat aderla lima ekor.... Hebat betul. Lagi satu, dia HERO sebab dia sorang je bertahan dan tak tidur...


Yang ni lagila... Merenung masa depan... hahahaha opszzzz, takla... Dia ni mula-mula aku tengok dia jengah-jengah dan tonggeng-tonggeng tepi bot. Ingatkan sebok tengok sotong kan? Rupanyaaaaa... UWEKKKKKKKK!!! Muntah daaaa... Tapi pandai dia cover line... Syabas pajin..


Yang ni plak boleh tak dia cakap camni, "Lee, aku rasa aku macam nak muntahlaaa...Kalau aku muntah ko jangan gelak eh?" hahahahha boleh tak tanya camtu??? Dasar EGOIS.... hahahahaha~ :p sorry bro...


Ada satu lagi dialog ok.... Time ni aku rasa almost midnight dah...ke dah midnight. Iqbal cakap dengan boatman tu... "Pakcik, rasanya dah boleh balik dah ni kot. Semua pun dah tak larat dah tu. Saya pun dah dapat banyak dah ni. Kire oklaaa" Terima kasih Iqbal kerana memahami...hihihihihihi~
















Korang tau kenapa?????









































Konon tidur kejap ye kak???? Aku terus tidur sampai balik ok. Dah tak pedulik dah bape ekor sotong korang dapat ke apa... Ko tengoklaaa, bergelimpangan sebenarnya tidur berjemaah ye kat depan bot ni... Nasib aku bawak sweater.... Boleh cover muka... Eh silap... Mulut sebenarnya!!!! GIGI KEDEPAN kan? So kena la paham kalau tidur tak dapat cover mulut tu kenapa...






Tapi aku tak muntah ok.....





FINE...
OK, BYE!!!!




P/s: later insyaALLAH aku sambung cite pasal trip ni ye...sekian saja...xoxo~





TEASER PULAU PERHENTIAN

*SEMANGAT MAKAN PENGAT*


Malam ni lepas kerja, aku akan mulakan perjalanan...
Semoga aku dan ahli rombongan selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang ke rumah semula...
Tahun ni, misi pulau ye...
Jadi, ini pulau ke dua yang kami pergi....
Nantikan update aku sekembali dari sana...








PULAU PERHENTIAN, I'M COMING!!!!
WAIT FOR ME....



*lompat-lompat main tali skipping*



BUKIT TINGGI, PAHANG

Korang pernah tak pergi Genting ke Cameron ke Bukit Tinggi ke semata-mata nak minum-minum kat sana? Minum disini bukan mabuk-mabuk ye adik-adik. Biasa dia!!! hihihihi Minum disini bermaksud minum coffee or tea la. Adoyaiiii~

Nak dijadikan cerita, masa balik dari Kuantan, mama tiba-tiba cakap tak pernah pergi Bukit Tinggi. So abang cakapla nak singgah ke tak. Mama cakap kalau tak sempat takpa. Yerla sebab diorang semua nak balik BP lepas drop we all kt KL. So bila sampai simpang Bukit Tinggi tu abang belok ok. Yahoooooooooooo!!! Gembira tak terkata.... Yerla, sebabnya perempuan ni pun tak pernah pergi.... hihihihihihi~ So mendaki la kereta abang naik Bukit Tinggi tu. Terus tutup aircond dan open window ye. Sejuk kaw2... Hujan gerimis lagipun. Bertambah la sejuk.


Ni dia ticket untuk masuk ke Bukit Tinggi. Ingatkan per car. Rupanya per person. Tapi kira mampu lagila. Mama yang bayar lagipun. hihihihihi RM12 ye kawan-kawan per person and per entry.


Then parking kereta kat area nak pergi Japanese Garden tu. Pastu naik trem. hihihihihi sejuk giler time ni sebab hujan gerimis kan...


Sila abaikan muka berminyak dan sememeh ini ye. Bukan saya tapi dia... hahahahahaha~ *kutuk adik kita*


Ni la dia rupa Cottage ala-ala France tu. Nama penuh lupa la. Sorry ye. Acik dah tua. hihihihihi~


PAMA - Honeymoon with kids katanya. Eh, kids ke children eh? Takpe tibai. Janji semua faham.


Acik pun nak juga.... Geli je panggil acik. hihihihihi~


Selamat datang ke Perkampungan ala Perancis. 


Bersama one and only sister.... hihihihihi 
*nasib tak nampak rendah sangat diriku ini*


Lagi sekali berkasih sayang. Auwwwwwwwwwwwwww!!! 
*berangan nak ada suami yang loving macam papa*


Pemandangan indah di sekitar "France"


Lagi satu... Pemandangan indah gitu.


Sementara pama dan abang busy tanye pasal hotel and tempat makan, mari kita posing dengan askar ini. hihihihihi


Ni semua ni sebenarnya hotel tau. So yang bawah hotel semuanya kedai-kedai la.


Tempat ni sangat la sesuai untuk mereka yang sukakan ketenangan. Baca novel kat sini syiok wooo....


Angsa ni sebenarnya besar giler ok. Tapi bila snap dari pandangan atas tak nampak sangat besarnya. huhuhuhuhu~



Itulah sepetang di Bukit Tinggi. InsyaALLAH, kalau ada rezeki kami akan ke sini. Tapi kali ni bermalam pula. Semoga pama, abang dan diri sendiri selalu dimurahkan rezeki dan dijayakan segala projek. Amin. InsyaALLAH.



KUANTAN, PAHANG - PART 3

Ok, kita sambung semula entry pasal Kuantan Trip. Sorry, kind of busy. Don't have the time to update until now. hihihihihi ;D


Pagi Ahad, we all decide tak nak breakfast dekat hotel. Sebabnya nak breakfast kat tepi pantai. hihihihi So, kami pun pergi lah ke Teluk Cempedak. Kali ni no McD ok. Nak makan lain. Abang nak Burger King tapi tak buka lagi la. So we terus je makan kat kedai bawah Burger King. Cantik tau kedainya.


Yang ni kelakar kan? Nama kedai burger tu burgembira. Tapi malam je dia buka. Masa breakfast tu takda la. Ohhh lupa, nama kedai makan untuk breakfast ni Treeunder. 


Inilah antara gambar-gambar view dalam kedai makan ni. Cantikkan?


Sesuaila dengan konsep dia sebab tepi pantai kan? Haruslah ala-ala Hawaii...


Ada Ice Monster. Takot nak rasa. Sebab Monster kan? hihihihihihi 


Aksi pama. Aperla yang diorang tengah tengok sebenarnya....


Inilah minuman sarapan pagi perempuan ni. Three Layer. hihihihi Ada satu cerita kelakar ok pasal air ni. Masa tu balik rumah BP. Lepak mapley. Adik tanya, "Three Layer ada?" Anney tu angguk2. Sekali sampai air apa tau, TEH HALIA!!!! haahaahahahahaa~ bunyi je seakan sama. Rasa jauh sekali ok.


Posing bersama air kegemaran. muahahahhahaha~


Cuba teka ni air apa? Papa cukup tak berkenan kedai ni serve air dalam kole macam ni.


Taraaaaaaaaaaa... TEH TARIK!!!!


Sarapan pagi perempuan ni - ROTI TELUR. Lepas je breakfast terus gerak pergi Pantai Balok sebab nak ziarah nenek saudara.


Kita posing dulu ye. Ni bukan rumah nenek saudara tu. Tapi rumah anak dia, mak ngah la kiranya pangkat dia pada we all. Cantik kan rumah dia.


Adik pun sibuk nak juga. Yolaaaaaaaaaaaa...


Ini sebelum balik. We all borak-borak lagi. Sayu betul nenek and makngah tu bila we cakap nk balik. Tak sempat makan minum dia kata.








Mesti korang pelik kan kenapa takda gambar nenek and makngah tu.


















Kejap la... Mesti ada punya. 





















Tapi kelakar sikit la gambar nya....
















Sila cover gelak ye....






























Tak baik tau gelak kaw2...


















Inilah gambar dari kiri, makngah, nenek,mama dan papa.


Sorry nek, terpaksa lukiskan tudung. Pink colour lak tu. hihihihihihii






Apa-apa pun. Sebenarnya dah lama terpisah dengan keluarga di belah Pantai Baluk ni. Sejak arwah atuk meninggal baru we all cari semula saudara mara dan jejak kasih. Ni pun makngah cakap, sebenarnya mama ada cousins dekat ChiangMai. Susah sikitlah nak cari.Bukan sorang dua. Tapi adalah dekat 6 orang. InsyaALLAH, kami akan usaha untuk mencari mereka.



KUANTAN, PAHANG - PART 2

Ok, seperti yang dijanjikan. Kita sambung entry pasal Kuantan ye. Sebenarnya lepas balik dari TC (Teluk Cempedak) tu we all terus pergi Berjaya Megamall. Konon nak pekena Starbucks la. Tapi pama cakap malam-malam sikitla kita lepak sebab Starbucks tutup kul12 malam tu. hehehehe~ So lepas ronda-ronda dalam mall terus we all pergi Tanjung Lumpur untuk dinner. Yahoooooooooooooooooo!!!! Perempuan ni siap tweet bagai sebab taktau kedai mana yang best. Yerla, kan tak makan petai. Haruslah berhati-hati kan? 


Inilah kedai yang menjadi pilihan. Punyalah ramai dan beratur ok. Iye, memang tak makan petai. Tapi time order nanti boleh mintak no petai ye pakcik.


Kalau korang lalu di persisiran Tg.Lumpur ni, kedai ni yang paling 1st sekali. Lepas tu 2tingkat ok. Kalah Umbai... hihihihi


Inilah nama kedai tu. Ana Ikan Bakar Petai. Jenuh jugakla nak beratur. 


Full house ok malam tu. Punyalah famous Amous...Eh, merepek sudah.


Antara ikan-ikan yang menjadi pilihan...


Kesimpulannya kat sini, kalau korang datang kena chop table dulu ok baru boleh pilih ikan and others. We all bijak sikit. Sorang chop meja sorang beratur. Dah dapat meja just BBM. hihihihihi anak sapo la ni... :P


Antara hidangan malam tu. Ikan kerapu 3 rasa... Sayur kailan. Bwekkk, I kan jakun. Tak makan sayur hijau-hijau ni. hihihihihi


Ikan siakap bakar... Tapi hampa. Dia letak petai. 
T___________________T
Pama la sebuk asingkan petai dan sambal petai tu. Gigih ok sebab tengok anak dia dah buat muka sebab lapar tapi tak dapat menikmati hidangan.


Udang bakar.. Pun sama letak petai. Padahal jenuh explain taknak petai. hishhhhhhhhhhh... Nak order lain lambat ok. Sebab manusia ramai ya ampun...Sambung nangesh.
T__________________________________T


Sotong goreng tepung terbaek.... Yang ni sodap. Happy dapat makan sebab takda petai. Kalau ni pun dia letak petai memang nak kena bom depa semua.


Hidangan lebih nikmat jika dinikmati bersama yang tersayang. *SROTTTTTTTTTTTTTTT* lap hingus....


Hasil karya perempuan ni... hahahahaha~ korang tadah jela tengok ye. Ada banyak view tau.


Lagi sekali gambar ikan.... 


Adik dan ikan... muahahahahhaahha~ *gelaksyaiton*


Mamat ni allergic seafood tapi apa ada hal... Sekali sekala katanya. Yerla tu...


Alhamdulillah... licin :)


Tauke besar malam itu. Thank you pama... Len kali belanja lagi.hihihihi


Lagi sekali posing bersama ikan... Klasik gitu... Rare!!!!


Si perempuan tak makan petai... 


Perempuan ni drama tau... Tengok la tu. Comel la tu candid gaya gitu...


Dah kenyang mari balik hotel... We all stay here. Family room~


Our room... :)


Sebelum tu, mari kita posing depan cermin.... Tengok camera ye ma.. hihihihi










Dan ada lagi gambar #win malam tu....

















Terbaek lah....






















Sabar la dulu...




















Sikit lagi....































Daddy's girl... 
*sama kilat*


Ok, bye... Tu je so far...


Nati sambung update lagi...

xoxo~



KUANTAN, PAHANG - PART 1

Seronok bukan bila dapat bercuti dan mengembara ke tempat-tempat menarik lebih-lebih lagi dengan yang tersayang... Tak kesah la dalam atau luar negara sekali pun. Yang penting dapat menghabiskan masa bersama. Alhamdulillah my family suka cuti-cuti dan jalan-jalan bersama. So, sebagai anak, kita tumpang tuah la kiranya. hihihihi Thank you to pama for this lovely and awesome trip. Happy tak terkata.... Kali ini, kita jalan-jalan ke Kuantan. Tapi singgah sebentar di Lanchang sebab ada kenduri kahwin. Lepas tu, terus sahaja ke Kuantan!!! Yahooooooooo~


Ini dia pemandangan dari bilik hotel. Cuba teka hotel apa ni?


Yang biru coklat tu adalah Berjaya Megamalls. Boleh jalan kaki je dari hotel. Sampai je bilik hotel terus mandi dan solat. Then kita teruskan perjalanan.


Tak complete rasanya kalau ke Kuantan tanpa menyinggah dan menikmati rojak ayam di Taman Gelora. Inilah dia Pak Lah Rojak & Nasi Ayam. Betul-betul sedap....


Pemandangan di sekitar gerai Pak Lah...


 Tu dia rojak ayam... *sorry, dah makan sikit baru ingat nak snap gambar* hihihihihi


Kuah dia pun sedap.... Pekat gitu...


ABC pembuka selera gitu... *share dengan abang*


Budak gusi bengkak.... Pun nak posing jugak!!!


Mai secawan!!!! *lempang laju-laju*


 Budak perut gedoyot tahan nafas. hihihihihihhi ;D 


Lepas makan jom kita jalan-jalan tepi pantai... FYI, Taman Gelora ni tepi pantai je. Seronok sangat!!!


Sekarang bukan honeymoon tapi familymoon la sebab pama sekarang suka berjalan-jalan dengan anak-anak. Lebih meriah katanya.


Candid....


Lagi candid... *bersilang-silang kakiku*


Lagi lagi dan lagi candid...hahahaha~


Cantikla perempuan ni snap gambar... *muntah hijau*


Ni pun sama... ye dok??? hihihihhi


Us without adik... hihihihihi~


Subhanallah...tenangnya....


Mendamaikan bukan? :)


Terhangat dan hangit di pasaran???? Anyone??? ;p


Meriah bergambar sendiri... hihihihi


Kelas bapak aku!!! Kemain suka bergambar....


Stop sebentar di court tenis Taman Gelora ni. Banyak kenangan dekat sini sebenarnya...


KARISMA UiTM tahun berapa eh? Tak ingat dah. Tapi we all berkampung di sini. Seronok sangat.


Balik lawan tenis boleh jalan-jalan tepi pantai then terus pergi Teluk Cempedak. Indahnya kenangan tu....


Rindu nak main tenis. Rindu team tenis... 
T_____________T


Apa lagi... Ke Teluk Cempedak kita. Ayuhhhhhhhhhhhh!!! *skema*


Dah sampai... Nun jauh disana tu. Jem ok....


Area sini dah macam dekat Kuta, Bali dah rasanya... Meriah sangat-sangat.


Macam-macam ada ok. Burger King, McD, KFC....


Eh, ada banyak lagi nak cite pasal trip Kuantan...
Nanti sambung lagi ye...



Tungguuuuuuuuuuuuuuu~!!!!!!!!!!!!!!!

*bersambung....*
insyaALLAH...



PULAU REDANG, TERENGGANU - TIPS & EXPENSES



Ok, ok... Ni nak share dengan korang la some useful *maybe la* tips untuk Redang. FYI, we all ambil 3DAYS 2NIGHTS SNORKELING PACKAGE dekat REDANG BEACH RESORT. Tapi rate package yang we all ambil ni memang murah sebab ini promo early birds. Rasanya masa bulan Disember lagi we dah bayar booking. Nak ambil yang normal rate tak mampu ok. Early Birds promo RM350 per person. Siap makan minum, accomodations, snorkeling trip without alatan. Cuba korang tengok normal rate untuk 2012 ni. Mahal ok. So, kalau nak murah, pergi bulan March or September. Untuk pekej, korang boleh klik sini untuk keterangan yang lebih lanjut. Harga jauh beza ye dengan promo.

Ini pula dia punya jadual la sepanjang berada dekat resort. Makan semua ok sangat-sangat. Siap ada BBQ ok. Then depan resort dekat dengan pantai tau. Takde la penat sangat nak pergi beach. For all of us, we all satisfied la dengan service depa. Alhamdulillah....

Now, about expenses pula. Macam we all aritue drive by car. Ada 3 kereta sebab yang newlyweds tu tak nak car pool. So yang balance dua kereta tu bubuh la 3 orang setiap dalam kereta. Bukan apa, nak jimatkan masing-masing je. Ni kiraan untuk per person la. From Shah Alam to Kuala Terengganu. Depends on the car jugak ye. Kalau MYVI lagi jimat minyak la kot.

Minyak - RM 170

TOL - USJ TO JLN DUTA (RM4.60 X 2 = RM 9.20)
        DUKE (RM2.00 X 2 = RM 4.00)
        GOMBAK (RM5.00 X 2 = RM 10.00)
         BENTONG (RM3.00 X 2 = RM 6.00)
        KARAK EXIT JABOR (RM 21.00)
        ENTER KARAK GAMBANG (RM 19.60)

PARKING - RM 12.00

TOTAL - RM 253.80 /3 = RM 84.60

So, ini lah roughly expenses perjalanan kami. Pumpangpumpang adalah dalam RM 500.00. Tapi yang pekej tu kan korang dah bayar awal-awal. So takdela rasa berat sangat kena keluar duit sekali banyak. 


ok, itu jela nak share.
Apa-apa boleh tinggalkan komen ye.
Selamat...~

xoxo~



p/s: Ingatan!!! Lain orang lain taste ye. Kalau korang pergi tempat ni and review tak sama janganlah salahkan perempuan ni. Sorry ye. Mungkin taste kita berbeza. xoxo~



PULAU REDANG, TERENGGANU - LAST DAY



 Sekarang tengah lunch hour kat office. So sanggup tak makan sebab nak kasi habis update. hihihihi Nati insyaALLAH ada satu lagi entry pasal tips dan expenses ke sana ye. Jadi korang bolehla prepare budget. Takdala nanti sengkek je memanjang. Sekali sekala kasik enjoy la... heehhehehe~ Since ni last day, so sedih la nak tinggalkan Redang. Rasa tak puas sebenarnya.Tapi manusia kan, mana pernah puas. Demam pulau melampau-lampau...


Gembira??? hahaha dalam hati pedih ok nak kena balik....


Gambar ni disnap semula sebab konon nampak perut gendut.


Comelnya gambar ni.... Sementara tunggu ferry datang...


Lagi sekali bergambar...


Kali ni ada Kak Reen...


Inilah view ferry dan boat yang we all naik...


Mih mih mih... *senyum comel* Alahai... anak siapa la ni...




Nampak tak we all macam lenggang kangkung je naik boat? Sebabnya bag we all staff hotel yang tolong bawakkan ok... Bahagianya!!!


Cuba perhati, gambar siapa yang takda pula sekarang? Untung tak keluarkan camera. Sebabnya semua gambar akan ada dalam camera diorang.


Cool gila gambar ni. Ada dua scene yang berbeza... Kiri drama romantic. Kanan cinta segi tiga. muahahhahaahha~ :P


Slumber naik ferry duduk luar ye. Tak kelas la duduk dalam.... :P


Yang ni pn besh. Thanks kak Reen snapkan gambar... Candid gitu!!!


 Cuba teka perempuan ni termenung fikir masa depan ke dia tidur??? hihihihihihi *_* sedapnya tidur...


Sebelum sampai ke Jeti, haruslah bergambar kenangan bersama...


Muka-muka ceria baru balik pulau... Balik-balik gembira hitam legam.


Kemain ceria si hitam dan berbelang ni... hahahahahaha *gelak jahat*


Otw balik Shah Alam, pastilah menyinggah di setiap tempat makana. First stop, Pantai Kelulut makan SATAR. Then cari kopok. Last sekali, roti paung. arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... T______________________________________________________T






Till we meet again Redang... InsyaALLAH.
Counting the days for the next sweet escape...
Will miss every single moment in Redang....





Till then, xoxo....
T_____________________________________T
Rindu Redang




PULAU REDANG, TERENGGANU - DAY 2

Now kita sambung pasal trip ke Redang... Yang ni second day. Memang banyak gambar ok. Ni pun dah pilih-pilih tau. Hope korang enjoy la tengok gambar-gambar ni. Mana tau korang berkenan bolehla riki-riki harga dengan budak perempuan yang dah pergi Redang ni. Mih mih mih *gelak manja* Bangun awal sangat-sangat ok. Ngantuk ke penat ke korban la sebab bukan selalu kan dapat pergi Redang. Konon nak tengok sunrise. hahahahaha~ Dah kata konon kan, konpem la tak dapat... *gelakkan diri sendiri*



Subhanallah... Cantik kan....Alhamdulillah hari ke 2 ni panas ok. Tak hujan. Dapatla merasa tanned kan? :) 
*perasan tak tangan tu macam tengah pegang kapal*


Credit to Kak Nurul for this beautiful picture of mine... I loike...~


Ni lagi terbaek kan? Punya la lama stay kat kayu ni. Semata-mata nak posing macam-macam gaya. Kat sini je dekat sepuluh gambar ok. Just the picture of me. Belum yang lain-lain lagi....


Yang depan tu adalah lagoon ok... Kat situ is the other side of Redang.


Alahai, punya lah sweet gambar ney. Tangan kiri tak boleh blah kan?


Subhanallah... Cantiknya ciptaan NYA


Lagi sekali gambar candid....Tapi cun sey gambar ni. Candid pun candid la...


Yang ni pic resort kat area long beach. Tapi we all tak stay kt Laguna ni. We duduk kat sebelah Laguna, Redang Beach Resort.


Bergambar di batu-batu. Sanggup ok mendaki...


Comel la budak dua ni...


Haaa... yang ni la pic yang jadi header blog ni skang. Rambang mata nak pilih ok. Sebab banyak gambar dan semua cantik-cantik.


Time ni otw nak pergi snorkeling. Sumpah tak perasan beach boy join sekali.


Haaaa, yang ni hamek ko. Sekali semua join we all bergambar ok...


Ni kat Marine Park. Tempat wajib untuk snorkeling ye kawan-kawan.


See, banyak ikan kan? Ini baru sikit.


Cantik dan style gambar ni. Maklumlah perempuan ni yang tolong snap. *tangan ke bahu, mata ke atas*


P.E.A.C.E :)


Banyak kan ikan? We all bagi roti so ikan banyak datang la. Siap kena terkam dengan ikan sampai luka ok...


Selamat Datang katanya. Padahal nak balik dah ni baru sebok bergambar. Perhatikan perempuan berpario biru itu. KELAS KAU MARIA!!!!


Yang ni ceria semacam. Yang depan peluk-peluk tu HALAL ok. Dah kahwin pun tahun lepas. Jangan JELLY la...


Kembali ke atas boat dan balik ke resort.


Since ni malam terakhir kat Redang, so adalah BBQ. KAMBING uolsss....


Tengok tu... Beriye perempuan ni ber- BBQ


Muka terkejot sebab panas ok asap tu...


Dah penat melantak kita bersukan la pula. Main kerom...


Meriah giler ok main kerom. Kecoh tak terkata. Yang pasti ada pemenang dan pengalah. 

Tau siapa menang???













Nak tau tak???


























Nakla eh???
























JENG JENG JENG...

























Untung siapa dapat dia...































Serba serbi boleh... *muntah hijau*



























Pemenangnya adalah....





































JUARA KEROM DI REDANG!!!
















AUWWWWWW~!!! Rasa nak terkam dan lempang je....


hahahhahaha~

Silalah beratur kalau nak sign autograph...
:P

ok bye...
Till then, xoxo...




p/s: korang tunggu entry last day ye... Kejap je lagi.



PULAU REDANG, TERENGGANU - DAY 1

Hollaaaa.... I'm back.... Seperti yang dijanjikan, perempuan ni baru ada masa nak update pasal Redang. Bawak bertenang ye kawan-kawan. Sawan pulau dan ombak masih ada lagi ni. hahahahha~ Entry kali ni of coz banyak gambar. So korang tatap jela eh? Kalau taknak pun tutup jela tak payah susah-susah nk paksa mata tu tengok. hihihihiihi~ Dah sedia??? Baik... Kita mula sekarang....

Perjalanan bermula Jumaat malam. Sebab nak sampai Kuala Terengganu Subuh kan... Jadi haruslah gerak lambat-lambat asal selamat. Alhamdulillah memang selamat pergi dan pulang.



Sebelum memulakan perjalanan, pastikan perut diisi ye... Jangan makan lambat, nanti terimalah natijahnya. *ada cerita disebaliknya ok* Sambut birthday mamat baju biru belang-belang tu.... Psttttt *bisik-bisik* birthday boy tak pergi... Kena tinggal. hahahahahha~


Haaaa.... nampak x? Bila lalu Kerteh hujan-hujan lebat pun sanggup lagi turun posing dekat sini. Gelap pun gelap la. Janji yang belakang tu nampak berapi....


Fuhhhhhhhhhhhhh.... Panas ok kat sini. Even malam-malam dan hujan masih terasa bahang nya. Camne la depa yang kerja kat sini kan? Mau rentung kulit...


Alolololo.. comelnyaaa semua....


Masa ni tukar driver ye. Kak kuna drive. So haruslah posing dalam kereta...


Lagi sekali posing sebab yang first tu Kak Kuna tak puas hati. Eh eh, lupa nak cerita. Masa the day we sampai kat Jeti Kuala Terengganu a.k.a Jeti Syahbandar tu, ada LTDL ok... Haruslah sesak. Pitam nak fikir nak lalu mana dan parking mana. Naseblah redahhh aja...


Sampai-sampai jeti jumpa travel agent terus ambil tiket semua. So bergegas masuk dan tunggu pintu buka untuk ke feri.


HAAHAHAHAHHAA~ Tak senonoh ini budak....

 Kamilah yang pertama masuk feri. So duduk depan sebab senang nak keluar nanti. Dekat dengan barang-barang lagipun... Perjalanan ke Redang almost 2 hours ye. Dahla hujan lebat, ombak punya bergelora. Tengok dekat cermin air tinggi dah sama level dengan tingkap feri ok. Terus baca doa...


Since feri ni besar, so tak boleh la sampai ke pantai. Jadi ada boat dari resort yang ambil we all. Dekat je. 


Punya lah besh reosrt ni sampai bag semua diorang angkat kan dan diorang payungkan ok sampai ke lobby untuk reception.


See, dari pantai ke lobby masih berpayung... kelass kau Maria..


Yang ni dengar staff dia briefing sebab we all ambil full board snorkeling package kan? So kena dengar la properly... But this girl kan, very funny...


Taraaaa... This is where we stayed for 3 days 2 nights bebeh..


Ni masa nak lunch. Kesian Kak Kuna. Dia mabuk-mabuk time ni. Bukan sebab perbuatan lelaki ok. Tapi sebab ombak kuat dan bergelora... Lepas lunch, masuk bilik dan siap-siap terus untuk aktiviti seterusnya...


Its snorkeling time ok!!! Sebab hujan jadi xclear sangat bila snap gambar dalam air. Kalau panas barulah cantik.


Dah pergi snorkeling sempat lagi terjun snorkeling sendiri kat depan resort tu. Seronok sangat.... Tepi-tepi ni pun banyak ikan ok... Teruja kaw-kaw


Ini antara view-view masa dekat Redang.... Bersihnyaaa pantai.


Subhanallah.... Sumpah cantik kan?


Ini pemandangan dari cafe resort. Cantik kan?


 Akhirnya.... matahari kembali tersenyum. Semoga hari esok labih senyuman darimu sang matahari...



Ok, sampai sini dulu... Akan update pasal hari ke 2 nanti... InsyaAllah :)




RED LINE BUS, SENTOSA ISLAND, SINGAPORE

So so sorry....Tau dah lapuk dah entry ni. Tapi janji arini nak habiskan semua. uhhuhuuhu~ Bawak bersabar ye semua. hihihihi Ok, kita terus sambung lagi la. Kali ni malas nak celoteh banyak. Nak tepek gambar je banyak-banyak. Orang malas!!!! Yang ni pasal public transport kat dalam Sentosa Island. Kan we all masuk sentosa via cable car kan, so nak ke mana-mana naiklah public transport. Masa ni from Luge & Skyride tu nak ke Sentosa Resort World sebab kat sana ada MEMA. Nak tau apa MEMA nati next entry ok. 


Gulp gulp *bunyi telan air* Haus ok. Jalan kaki from Luge & Skyride pergi ke bus stop. Well, memandangkan kt bus stop ni ada macam jenis bus, so korang kena tengok peta betul-betul. Since nak ke Resort World, we kena naik bus RED LINE. FOC ok. Yahoooooooooooooo!!!


Masih minum lagi perempuan ni. Nampak sangat bus lambat sampai... Ke haus sangat???


Haaaaaaaaaa.... minum lagi. Sila perhatikan gaya dia minum. Macam lebih dari seteguk ok. Non-stop. 


Ni Effa a.k.a Ayong. We all pergi Singapore nak melayankan dia la. Dia dah balik NZ dah ni. Rindu dah...


Iye... Minum lagi!!! *bengang* Ni abang la yang suke suki snap gambar. Salahkan orang lain. hihihihihii


Akhirnya baru dapat naik bus. Jakun kan? So kena la snap gambar dalam bas juga. hihihih *mata juling* hahahaha~


Alolololo... Ayu nya. Suka benar dapat bergambar dalam bas.


Oppa and Epul pun sama. Diorang ni ikut je mana perempuan ni pergi. Maklumlah, kan tourist guide.


Turn cameraman la pula nak posing kan? Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...


Akhirnya sampai jua... Turun bus betul-betul dekat bawah area car park Resort World. Naik tangga karen terus la sampai sini.... Yihaaaaaaaaaaaaa~


Nak jugak!!! Orang nak bergambar sorang pun tak senang. Asik la nak posing sama.


Tak tahu yang mana satu!!!! Keliru.... Posing dulu. Tiang pun tiang la.... Masa ni kami bertiga paling lambat ok sebab keep on berhenti snap gambar. hihihihihi *gelak puaka*


Letih asik la posing je... Dah dah la tu... Nak sambung cerita lain jugak... hihihihihi





















Bosan??? Layan gambar jela eh??? Takda modal nk taip panjang-panjang. hihihihi xoxo





TIPS: Make sure korang ambil peta Sentosa ok. Kalau tak tau pergi mana-mana kaunter pertanyaan je. Diorang guidekan. Pastu kan, vending machine diorang best. Ada jual macam-macam. Duit kertas pun boleh guna. Takda hal punya. Bhaiiiiiiiiiiiiiiiii



LUGE & SKYRIDE, SENTOSA ISLAND, SINGAPORE

Assalamualaikum semua... Hello Hello. Apa khabar? *skema* hihihihi Sorry la selagi tak habis update pasal SINGAPORE ni hadap jela korang baca entry and tengok gambar. hihihihih Macam la ramai yang follow blog perempuan ni. *perasan* Ok, kali ni kita sambung cerita. Lepas je sampai dekat Imbiah Lookout Point via cable car tu, terus we all nampak Luge & Skyride ni. Apa lagi... Teruja la kan... Mula-mula baca information. Lepas tu pergi tanya kat counter. Dah settle tanya ahli rombongan. Semua setuju? Jom... Lets go and try it!!! Awesome bebeh.... Terus membaca baru tau details pasal tempat ni. 


Inilah pemandangan di depan kaunter ye. Nampak kan signboard besar tu? Sorry, perempuan ni terlalu sibuk gather information dan usha lelaki hot. So takde gambar dia posing depan ni ok. Abaikan jela...


Yeayyyyyyyyyyyyy!!! Sudah bayar dan dapat ticket bolehla teruskan excited dengan mencari helmet paling comel dan sesuai untuk kepala masing-masing. hihihihi Fyi, kepala perempuan ni muat pakai yang kids punye. Pink gitu!!! Auwwwwwwwwwwwwwww... *haruslah matching dengan outfit*


Tengok dan lihat... Betapa panasnya dekat Singapore tu. Tapi masa try benda ni tak panas sebab ada pokok-pokok banyak. Redup ok. Sumpah angin banyak. Kita posing lagi. Without me of course. Sebab terpaksa dan dipaksa jadi jurugambar pula. T__________T


Ok, fine!!! Lagi sekali posing without me. T_________T Malas nak adjust lighting. Padan muka gambar tak cantik. Nampak sangat tak ikhlas tau dia ni. hihihihi


Epul and Oppa. Dua orang ni gayat dan takot sikit. Nasebla  kan? Kalau dengan perempuan ni semua nye dia nak cuba. Jadi semua yang follow haruslah turut serta. Berani taknak? Nak kena bahan? TAHAN ke? hihihihi *gelak jahat*


T_______________________________T 
GAMBAR BLUR. SEDIH. OK FINE!!!!


This is one of the view ok. Selepas bermain luge tu. Cantik kan? Dapat tengok view hampir seluruh Sentosa Island tu.


Inilah rupa SKYRIDE nya. Macam kita kalau nak main Ski tu kan kena naik benda alah ni. Macam ni la lebih kurang.


Macam ni lah rupa Luge tu. Boleh racing juga kalau mahu. :)


Lama juga tau naik skyride ni. Nati dekat satu point ada camera korang posing la comel-comel. Lepas tu boleh beli gambar tu. Tak silap beli satu SGD12 kot. Kalau beli tiga jadi SGD24.


Ok, standby nak terjun ke tepi. hihihihihi 


Tengok Oppa baju merah tu. Sampai nak terkucil ok sebab nak cepat sangat. *padan muka*


Sebelum tu, jerit kuat-kuat suruh cameraman snap gambar dulu sebelum dia terjun ke tepi. hahahahaaha *buli*









Sebelum itu, kasi satu la gambar baik punya... *gaya dafi*














JANGAN GELAK!!!! Gelak kecik-kecik takpe. Dibenarkan....
























AYU TAK???? *gadis ayu*


ALAHAI... Sejuk mata memandang. *muntah hijau*


Rasanya, perempuan ni selalu takde penutup kata kan? Tapi takpa. Dia dah belajar dah. Kali ni ada ok penutup. Sebelum tu, korang kalau pergi Sentosa Island, MESTI cuba tau Luge & Skyride ni. Sebabnya, dia ada dekat SINGAPORE, NEW ZEALAND & CANADA je. Jadi kenalah cuba. Tak mahal pun. 

Harga as below :

SGD12.50/PERSON - 1 x Luge & Skyride

SGD18/PERSON - 2 X Luge & Skyrides

SGD22/PERSON - 3 X Luge & Skyrides

SGD30/PERSON - 5 X Luge & Skyrides

Eh, dah macam salesperson lak dia ni. Ok, ada family combo jugak sebenarnya. Boleh click sini untuk details ok. Ingat, MESTI cuba tau. Kalau tak rugi. Selamat Mencuba... xoxo~



TIPS: Kalau cuba benda ni, terus boleh ke pantai tau. Nak puas hati ambil yang SGD18 tu. Pilih route yang jauh ok. Barulah berbaloi-baloi.



JEWEL CABLE CAR, SENTOSA ISLAND, SINGAPORE

Assalam.. Bertemu kembali. Kali ni baru ada kesempatan dan peluang untuk sambung update tentang SINGAPORE. Maaflah ambil masa sikit. hihihihihi Kali ni nak cerita pasal Sentosa Island. Macam USS aritue, pun kat dalam Sentosa Island je but we all drive kan? But kali ni we pergi Sentosa Island guna cara lain. Sebab nak masuk Sentosa Island ada banyak cara ok. Menyelam tu tak boleh lah kot. Tak pernah ada orang buat lagi. hihhihihi Pilihan dihati kami ialah dengan menaiki JEWEL Cable Car =)



Lihatlah perempuan ni muka bahagia tapi bahaya sebenarnya berdiri di dalam gondola ni ok. Tapi dia kan slumber yaya bajet berani gitu. So layankan jerk la... Besar jugak tau dalam gondola ni. Boleh muat 8 orang. Tapi we all berenam jerk.


Eh eh, tiba-tiba dah sampai Sentosa Island. Takde cite mula akhir tiba-tiba sampai kan? ahahahah Lantak la korang. Den malas nk edit lagi. Ok, kalau naik cable car pergi dekat Sentosa Island ni dia akan stop dekat Imbiah Lookout Point. Ni last station la kiranya. Untuk two-way perjalanan dikira SGD26 ok... Pandai-pandai la korang darab. :P


Mari kita posing lagi dalam cable car. Maklumlah cameraman kan abang sendiri. So suruh jela dia snap gambar banyak-banyak. Bila lagi kan? hihihihihi


Fuhhhhhhhhhhhh, cantik kan pemandangan ni. Banyak gila cable car. Ada macam-macam jenis gondola tau. Ada yang boleh dinner kt dalam tu, tengok sunset la, propose awekla. Canggih kan? We all naik yang biasa jerk. Jadilah kan?


Haaaa... nampak tak bangunan tu? Itu second station la kiranya. Ni Harbour Front Tower 2. So kalau nak pergi VivoCity bolehla stop dekat sini. Kalau taknak boleh teruskan perjalanan. Opszz, nati ada tips dekat bawah ye.


Pemandangan dari cable car. THE MERLION... Rawrrrrrrrrrrrrrrrr~!!!!!!!!!!!!!!


Ini pula HARD ROCK HOTEL SENTOSA ISLAND... Bapak besar ok.
*nanti abang nak belanja kan?*


WOWWWWWWWW... CASINO bebeh!!!! Yang ni dekat RESORT WORLD. Ala-ala Genting tu.


 Ini sebenarnya pintu masuk JEWEL CABLE CAR STATION dekat Imbiah Lookout Point. Nak masuk akan lalu kedai cenderahati. Kat sini t-shirt dia cantik-cantik ok. Siap ada yang bling-bling gitu.


Nampak tak cahaya oren-oren belah kanan tu? Sunset wo.... Dapat la menikmati sunset dalam gondola ni.


Subhanallah...Cantiknya pemandangan ni. Kan? Sekelip mata je ok matahari ni terbenam. Kuasa Allah swt.


Sisa-sisa terakhir posing sebelum turun dari cable car buat kali terkahir maybe. hihihihi kesian cameraman takde gambar dia banyak. Sorry ok. Next time jela.


Taraaaaaaaaaaaa... Sudah sampai ke destinasi di mana kami parking kereta. Kereta tak kena bayar parking pun. Masa mula nak pergi sini punyalah payah nak cari jalan masuk. Nasebla usaha itu tangga kejayaan. Kepuasan ok bila dah jumpa.


Dekat Mount Faber ni lah kitorang naik cable car. Bukan apa, kalau naik dekat sini lebih berbaloi la. Sebab lagi jauh kan and lagi lama la duduk dalam cable car tu. Berbaloi la sikit bayar SGD26 tu. Kan kan?


STOPPPPPPPPPPPPPPPP!!!! Nak juga. Kat sini something kelakar terjadi. Ada satu uncle ni dia jogging sambil kentut. hahahaha Buruk perangai ok. Tapi yang bestnye dia confident bhai. Kau hado? hihihihi



p/s: Sila naik cable car dari Mount Faber untuk lebih berbaloi ke Sentosa Island. Kalau taknak, boleh naik dari Harbour Front Tower 2. Sumpah pemandangan terbaek. Toilet dia lagi cantik. Tapi gambar dalam BB malas nk upload. Sorry. Enjoy... xoxo~


UNIVERSAL STUDIOS STORE, SINGAPORE

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Bertemu kembali dalam update SINGAPORE. Punyalah lama baru perempuan ni nak terhegeh-hegeh update post pasal SINGAPORE. Padahal banyak gambar melambak ok. Takpe... Now perempuan ni dah duduk ketat-ketat depat komputer riba *LOL - skema* untuk mengadap blog. hihihihihi ok, stop merapu merepek. Ni nak share pasal Universal Studios Store.

Bila korang masuk-masuk USS nanti, konpem korang pitam sebab nampak macam-macam yang diorang jual. Dari soft toys sampaila ke botol air atau apa-apa. Tapi korang jangan la menggelabah nak terus beli-beli. Kang nanti menyesal. Dekat setiap tempat dalam USS tu pun ada jual macam-macam tau. Kalau nk beli barang kat setiap tempat tu pun boleh. Takda masalah. Janji poket masyuk.. hihihihihi



Kalau tak nak beli kat setiap tempat yang korang main ride seperti TRANSFORMERS, FAR FAR AWAY and others, korang boleh terus fokus dekat Universal Studios Store ni. Sumpah besar ok. Sangat-sangat. Semuanya ada jual kat dalam store ni. So, jangan sedih la kalau terlupe beli kt store yang dekat TRANSFORMERS or FAR FAR AWAY (ini contoh tempat-tempatnya) tu. As for me, most of the souvenirs I bought it from this store above. Sampai tutup ok kat dalam tu. Memang tak betul!!!



Haaa.... Yang ni bukan dekat dalam USS ye. Yang ni beli dekat Hard Rock Cafe. Okla, dah alang-alang cite pasal Hard Rock ni mehla cite sekali kan? Dekat sentosa ada dua kedai Hard Rock. Satu dekat Hard Rock Cafe dan satu lagi dekat lobby Hotel Hard Rock. Dua-dua best. Tapi dua-dua store design berbeza tau. So, kalau korang nak puas hati, better korang pergi survey dua-dua store then baru beli. Tiru macam saya ok... Get it??? hihihihihi *muntah hijau*


Perempuan ni dia tamak. So dia beli dua t-shirt. Satu USS punya satu Hard Rock punya. Memang mengarut. Mahal lak tu ok. Tapi dah minat mengumpul baju Hard Rock and negara-negara yang dilawati kan? Cehhh.... Negara katanya. 


Yang ni bukan perempuan ni punya ye. Tapi orang lain yang punya. Dia cuma beli jerk. hihihihi Agak-agakla kan. Takkan nak beli baju USS sampai 2 helai kot. Better beli benda lain.


Yang ni lanyard USS. Sebenarnya ada banyak design ok. Cuma hati tertarik dan rasa menarik dengan yang ini Ohhhhh lupa nak bagitau pasal harga... Jap-jap harga boleh refer bawah la eh? So, korang boleh budget and standby duit la... Mudah kan? I'm happy to share.

T-Shirts - SGD20 to SGD40 (Dewasa punya la. Tapi masa beli aritue dia ada promo. Buy 2 free 1)
Tumbler - SGD10 to SGD15 ( I bought Shrek punya untuk my sister. Sorry takda gambar)
Lanyard - SGD10 to SGD15
Pen - SGD2.90 to SGD10.90 
Shopping bag - SGD3.90 to SGD4.90. (I bought it coz I'm a collector)
Lain-lain - Tak tahu ;p hihihihihi


P/S: Kalau untuk beli-beli ni semua rasanya SGD100 to SGD150 cukupla. Depends korang nak beli apa. Dekat luar USS pun ada booth jual barang USS. Tapi tak sebanyak kt dalam la. Ohhh, lupa. Boleh guna credit card bagi yang ada. Perempuan ni debit card pun dia takda. So memang semua guna cash la. Sentap tau takda CC. Tak boleh borong sakan. T_____T

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE


WELCOME TO UNIVERSAL STUDIO, SINGAPORE
Anyone who want to go to Singapore, here are some information that I would like to share. Hope you guys enjoy. Anything, you can always drop a comment and I'll try to reply.... InsyaALLAH

1) Went to Singapore by car

- we went to Singapore by car (MPV). Kira kalau ramai jimatla naik kereta.
- make sure ada autopass. Untuk bayar parking & entrance masuk Singapore
- autopass is SGD10 card sahaja. Kena top up la. Boleh topup dimana-mana kedai 7eleven berhampiran
- masuk Singapore SGD5/car tak silap. Dia charge ikot berapa kali keluar masuk la.


2) USS ticket


- we bought the USS ticket dekat Groupon.
- kalau beli dekat website USS pun boleh.
- lebih murah kalau guna credit card.
- pilih tarikh yg sesuai sebab blackout date, peak and non-peak harganya berbeza-beza. Boleh rujuk calendar USS kt page Resort World Sentosa.


3) Where to park at USS


SEE, Ada petunjuk arah nak pergi USS from car park

Dah masuk car park follow sign board je.

- ok, we all parked the car inside the Resort World Sentosa punya car park. Dia charge SGD26 per day. Kira ok la kan? Sebab bila ramai-ramai satu kereta divide sorang berapa je kan? As for me,sorang SGD6 sebab kami berenam kan?
- bayar semua guna autopass. Masa masuk parking nanti kena masukkan autopass kt machine. Sama juga masa nak keluar.

Before that, bergambar dulu ye...

Fuhhh, berasap macam sejuk... PADAHALLLL!!! :P


4) USS Map

THE REAL VERSION OF USS MAP

- masuk je entrance jangan lupa ambil map. Bukan apa, memudahkan perjalanan nanti. Boleh bincang nak pergi mana dulu. Maklumlaaa teruja kan masing-masing.


5) HALAL food

Posing dulu sebelum MAKAN

KIDS MEAL DAPAT LUNCH BOX WOODY WOODPECKER.

- dekat map, ada senarai semua tempat makan yang HALAL dan TAK HALAL. Silalah pilih mengikut tekak dan citarasa anda... We all aritue makan dekat FAR FAR AWAY... Goldilocks namanya. Besh la makan dalam tu. Ala-ala macam dalam Castle Princess Fiona je.
- average makanan nya okla sebab fast food kan... harga pun boleh tahan. 
- range harga makanan satu set dalam SGD10 - SGD15. Set termasuk air large, burger or ayam goreng dan fries.

6) Water supply

- jangan lupa bawak botol air. Tak kesahla tupperware ke tipuware. Janji boleh isi air. Nak beli bekas kt dalam USS pn boleh. Sedia jela SGD. hihihihi ada merata-rata dan banyak water station kt dalam USS. Kat semua tempat ada disediakan water cooler. Tinggal nak isi jela.

7) Toilet

- haaaaa... yang ni nak kena prepare fizikal dan mental. cheewahhhh... Almaklumla, negara depa ni jimat air (kan Johor dh stop supply). So toilet semua takda air. Kalau ada pun satu je yang ada bidet (betul ke eja?). Itu pun kan toilet paling last la... So make sure bwk wet tissue and botol air. Boleh tadah kt sinki dan guna masa "shishi" or "berry"

8) Surau

- alhamdulillah ada surau dalam USS ni. dekat area SCI-FI City. Kiranya kalau kita nak simpan barang dalam locker kita akan jumpa punya surau. MasyaALLAH, punya la kecik dan sempit surau dia. Yang nak guna punyalah ramai kan? So paham-paham jela. Tempat paip wuduk ada satu je ok.... Motif??? Kan dah kata depa jimat air... ishkkkkkk


MADAGASCAR



1st STOP - MADAGASCAR


We all decided to start from the left side of the park. So, Madagascar, here we come!!! :) *teruja sampai sekarang* 


Tips : Dekat luar each place/concept, ada duration of waiting. So, korang bolehla pandai-pandai timing and budget masa. Pergi mana-mana yang jadi tumpuan dulu mcm ROLLER COSTER & Transformers Ride :)



Muka teruja masing-masing

Sebelum tu, ukur ketinggian dulu. hahaha...


View bila dah naik ride ni

 FAR FAR AWAY


Nampak x perempuan teruja??? hahaha

Dekat dalam FAR FAR AWAY ni ada 4 tempat boleh pergi or main. Ada Dragon Roller Coaster, Shrek 3D Show, Donkey Live and ape ntah lagi satu... Lupa sudah sebab tu mainan kanak-kanak. :)


Queue for Dragon Roller Coaster (tibai nama)

Haaaa.... dekat sini line up 5minit je ok. Haruslah like kan? Pastu boleh plak ada satu nenek tua (Chinese) yang bertongkat jalan ketar-ketar kena pimpim naik sama ok ride ni... Wa caya sama lu la nyonya... Nak sign please.... *selak baju* hahahahaha

Ok,drama la dulu kt Far Far Away ni...

So cute... anak sapa la ni...


lagi lagi lagi....
GELAP KAN? NI DALAM CASTLE NAK TENGOK 3D


Napak tak Castle tu? Haaa... kat dalam tu la boleh tengok SHREK 3D... Besh ok. Bila Shrek bersin, merembes terus kat muka ok.... Padahal air je. Kerusi gerak-gerak masa Shrek naik kuda. Seronokkknyaaaaa.... Keluar je situ ada DONKEY LIVE and mainan kanak-kanak tu la...



JURASSIC PARK a.k.a LOST WORLD


WELCOME TO JURASSIC PARK *teeheeeee*

Masa dekat sini, kitorang mula-mula just posing-posing bergambar je... Sebab dah nak pukul 3PM. Nak tengok show kt WATERPARK. So layanla pic posing ye....


Konon TAKOT...

ISHKK... :( 

Kempunan nak main dekat dalam JURASSIC PARK ni... Jomla pergi lagi kawan-kawan... uuhuhuhuuhu


YEAY, Paling last keluar USS ok malam tu

Masa ni dah malam... almost 10PM... Guards semua escort we all sampai kat depan... yerla, semua dah kosong ok. Tapi kami slumber yaya lagi main-main and posing...


WATERWORLD

BERGEGAS Ke WATERPARK

Dekat WATERWORLD ni, ada live show. Pukul 3petang. Tapi tak sure setiap hari ke apa. Rasanya weekends and Public Holiday je kot. Tapi memang kaw-kaw besh...


PUNYALAH RAMAI MANUSIA
Masuk-masuk je beriya cari tempat duduk kat depan-depan. Kononnya nak tengok dekat-dekat la kan? hahahahaha rasa nak gelakkan diri sendiri lak.... Nak tau kenapa? 


WE ARE LUCKY SEBAB DUDUK DEPAN *muntah hijau*

Sebabnya, duduk depan sekali (blue bench) akan basah kuyup ok... diorang akan simbah-simbah air and masa show diorg akan sengaja percikkan air. Dan adalah sangat bertuah sebab basah kuyup bila abes show. hahahahaha~ yang pakai raincoat and payung pun basah jugak...


SCI-FI CITY
BATTLE STAR GALACTICA : HUMAN VS CYLON


Teruja tak? Giler kentang kan yang ni... Tapi tak menyesal ok naik. Sekali main nak main lagi sekali.Sekali cuba pasti nak cuba lagi... Sekali rasa pasti nak rasa lagi... Weh, bapa banyak sekali da??? hihihihihi

TERUJA NAK NAIK HUMAN VS CYLON
Tengok muka masing-masing teruja kan? And I'm the most excited kid in the world. Kid la sangat kan? Siap repeat ok naik....

SEBAHAGIAN PEMANDANGAN GALACTICA

TIPS : Kepada yang bawak beg, camera, topi atau segala harta benda, jangn risau tak dapat naik/main galactica ni. Sebab dekat SCI-FI city ada disediakan lockers (ada banyak) untuk pengunjung. 110 PERTAMA free. Lepas tu baru bayar. Mula-mula key in birth date & fevret kaler. Nati machine tu akan recommend locker. Then masukkan barang-barang semua (make sure ambil duit dalam SGD50 utk bayar locker & nk beli apa-apa)  dan tutup sehingga ada bunyi "tuckkk". Haaa, dh kunci la tu bila ada dengar bunyik tu. Now, berbahagialah bermain ROLLER COSTAAAAAAAAAAAAAAAAAA....enjoyyyy~!!!


THE MUMMY

MEMANG BESH!!!!

Ok, now cerita dekat ANCIENT EGYPT plak. Kat sini ada indoor roller coaster yang GULAP GULITA ok.... Tanjat gegirl dan boboy naik tau. Dahla tak nampak apa... Tau tau junam jerk... Memang terbaek.
2 ORANG TU MEMANG SELALU LAJU-LAJU KE DEPAN

WELCOME TO ANCIENT EGYPT 
Kat sini semua barang-barang tak boleh bawak masuk. Kang terhempas sapa nak jawab? Thats why ada disediakan locker. So bolehla simpan barang-barang. InsyaALLAH selamat.

GAMBAR SATU GROUP NI COOL

HENSEMNYE DIA....TINGGI LAK TU!!!

Bila masing-masing dah dapat main, apa lagi, mari beratur bersama-sama untuk bergambar dengan watak-watak cerita THE MUMMY... hensem kan? cantik kan? hihihihihi janganla puji saya.... *perasan*


TRANSFORMERS RIDE

INILAH YANG DINANTI....

Paling teruja adalah this ride. Sanggup ok line up for 60 minutes just to ride this thing. Tapi sangat berbaloi la... Seronok sangat-sangat.... Rasanya mcm berada dalam perut Optimus Prime masa dia lawan dengan Megatron. hihihihi Punyalah feel kan?


AWESOMEEEEE~!!!!!

Ni gambar dengan BumbleBee sebelum beratur untuk this awesome ride... Rasanya memang kena pergi lagi la... InsyaALAH dimurahkan rezeki... Amin...


SAMBIL LINE UP SAMBIL POSING

Oklaaaa, ni last gambar sebelum off lappy dan tidur... hope korang enjoy and dapat info from this post. :)

Nanti nak sambung update lagi pasal USS ni....!!!


p/s : Kecik hati la tengah syiok update sekali tak perasan yang part atas sekali ter-delete ok. Ni masih fikir nak type semula ke atau abaikan je... hahahahaha

P/SS: sorry for any grammar or spelling mistakes.... Tee Hee ^_^


PULAU KAPAS


yuhuuuu... disebabkan bosan yang teramat sangat kat office ni, so melambak la post untuk arini... Arini je... Esok lusa xtau lagi.... :)

Tengok title tu pn dah boleh agak dah betapa banyaknya trip tahun lepas kan? Sampai jadi "TRIPS" ha... Ada "s" ok...

Actually, masa pergi Kapas ni, betul-betul lepas pergi Kenyir. Dah alang-alang kan, macam rugi je kalau tak pergi Kapas sebab dekat je. So, we slumber yaya jerk. Masa ni guys tak ikot sebab diorang nak balik. Jadi gurls jela ada. Kami berempat. Ni 1st ever trip I drive jauh ok... syiok giler la road trip kali ni... Dapat tidur kt kapas semalam pun jadila. Since pergi time non-peak kan, so pulau tu macam we all je yang punya. hahahahahah~ heaven ok...

Sampai je Kapas, checked in macam biasa. Pastu as a driver, apa lagi, bantai tidur la.. Letih bhai... Dah bangun mandi semua lepak-lepak duduk tepi pantai... Sun bathing katanya... Hitam kaw kaw... Tapi xde hal la. Esoknya baru we all pergi round island and snorkeling. Bayangkanlah ikan banyak nak mati... Aman je snorkeling waktu ni sebab kami berempat jerk...

So, bawah ni antara gambar-gambar masa dekat Pangkor... Tapi kitorang ada singgah Gemia Island tau masa round2 island tu... Tapi tu next post jela eh? Tak nak combine la...



alaaaa... bila la dapat pergi lagi








p/s : if anyone nak tanye details ke pasal trips dalam blog ni, boleh la mintak and i'll email you ok...


TASEK KENYIR







Tahukah anda Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia? Ya (skema pula), betul. Ia dibina untuk menjana kuasa elektrik sebenarnya di Asia Tenggara. perghh perghhh... Asia Tenggara tu. Kewujudannya telah menaikkan taraf ekonomi penduduk sekitar yang terkenal dengan Jagung Manis dan menaikkan nama bandar Kuala Berang. haahhaahahha~ ok, dah stop la being skema kan? Bosan ok...



Ni masa kat Kuala Berang. Sempat la we all jalan-jalan beli kuih-muih kan pasar pagi dia. eh, betul ke pasar pagi? Sumpah jakun ok... Al-maklumla budak bandar kan? Tengok plak kuih pelik-pelik. Lagila cuak nak makan.





Ni lah dia pemandangan bot dan sebahagian dari Tasik Kenyir. Oh lupa nak bgtau. We all sewa bot ni ye. Tidur ke makan ke semua dalam bot ni. Haaaa, seronok ok. Jangan risau, kat bot ni ada toilet dan dapur untuk masak. Tempat tidur pun ada. Tapi tilam jela. Tidur berjemaah ye. Tapi tidur xtidur sangatla sebab kan tujuan nak memancing. Haruslah berjaga malam kan? hihihihi Ok, since malas nak cite panjang. Sila la menjamu selera tengok gambar-gambar sepanjang dekat sana. :) Enjoysssssssssssssss....
















ok bye...


pstttt : sorry, tak banyak idea nak tulis. Gambar melambak tapi malas.

3 comments:

Lynn said... [Reply to Comments]

Assalam dik..eh acik..eh..

Salam kenal..kak lynn terjumpa blog nie bile search pulau perhentian..harap sudila berkenalan dengan akak ni ye..

Bubye..

schazaza said... [Reply to Comments]

wslm kak... :)

salam kenal juga buat akak...
saya sentiasa sudi berkenalan...


:)

thanks anyway for viewing my blog...

marziana said... [Reply to Comments]

wsalam kak

salam perkenalan. boleh saya tahu macam nk join candat sotong ni..bulaan berapa yg sesuai..ni no saya kak 017/5002006. ana

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...