PERHENTIAN TRIP - SHARI-LA RESORT

*EHEM-EHEM*


Finally, barulah dapat update blog. Sorry la ye tak dapat update blog lately. Jadi hari ni aku usahakan sedikit. Cheewahhhhhhhhh, sikit katanya. Tapi sumpah gambar banyak giler ye. Buat permulaan biarla aku update pasal accommodation sepanjang aku di Pulau Perhentian. Sudah bersedia??? hehehehehe



SELAMAT DATANG KE SHARI-LA ISLAND RESORT
PULAU PERHENTIAN KECHIL, TERENGGANU....



Ini dia rupa paras jeti di Perhentian Kechil ni... Kalau korang duduk kat Shari-la kan, kira depan je.. Dekat la kiranya...


Ini view from the jetty. Nampak tak ada signage Shari-la tu??? Aku nampak air laut biru-biru hijau je... Dasar suka laut!!!!


Inilah laluan dari jeti untuk ke resort. Jauh tak jauh sangat la... Tapi kalau korang enjoying the view sumpah tak rasa jauh mana pun...


 Haaaaaaa... kalau malas nak google ke apa, boleh tengok la bilik-bilik dia kat gambar ni..  Boleh nampak kan? Nak tengok rate sila lah ke website resort ye...


Petang or malam kalau nak makan kat sini indah wey viewnye....


View from the resort... Barulah nampak keseluruhan jeti. Cantik kan?


Taraaaaaaaa... Bilik kitorang. Duduk empat orang. Besar ok. Ini quad sharing, Suite room. KELASSSSSSSSSSSS SANGAT!!!


Masuk-masuk pintu entrance ada sepasang sofa ok... Kitorang buat tempat solat la area ni...


Yang ni hall depan TV... Giler besar kan? Siap ada pintu lagi untuk ke balcony...


Ni plak area wardrobe and dressing table. Luas giler... Ada banyak cermin tau dalam bilik ni. Sebelah kiri tu toilet.


Kondisi dalam toilet... Memuaskan betul? *thumbs up*


Ni tandas pula... sorry senget. Tak boleh nak edit dah...


Ini balcony... Menghadap ke luar... Besar wey... Duduk empat orang kira puas laaaaa... Siap boleh jemur bajur bagai....


Kalau ada sebarang pertanyaan boleh la tanya aku. Macam biasa email je kat email address dekat my profile sebelah kanan blog ni.... InsyaALLAH akan dilayan...


Kalau tak pun, boleh terus ke website resort ni.


Keseluruhannya, makan not bad, tempat tinggal best, layanan mesra... Superb la senang cite.
Pantai pun syiok sangat-sangat....



Apa tunggu lagi, book la sekarang....


p/s: Nampak macam tak bermaya je entry kali ni. Maaf ye tuan tanah puasa. ok bye. hahahahaha~

CELARU....BUKAN CELAH YOU



Setelah meng-google, inilah dia hasilnya bila search CELARU. Dan inilah jugak yang aku rasa sekarang kot. Entahla... Aku pun tak tau. Apa benda ntahnya dengan aku ni. Semua benda buat tak kena ok. ATM CARD letak mana pun lupa. Kunci kereta pun lupa. Semua lah lupa. Aku rasa kan, kalau boleh hidung ni tanggal-tanggal pun, aku mesti lupa ok nak pasang hidung pergi kerja. Gilaaa!!!!! Rompong ok. Serius geli. Mau satu office ni tutup-tutup hidung dengan muka sebab GELI! Aku pun geli ok. Memikirkan takda hidung dan rompong je kan? Surelaaa nampak lendir ke apa. Eh, panjangnye merepek. Tapi kira oklaaaa.. Aku minggu lepas, lagilah ntah apa-apa. Pergi pam tayar kereta tapi sebenarnya aku kempiskan ok. Bukan isi angin. Makin keluar angin tayar tu aderla. Then tengah drive baru sedar. Terus la pergi station minyak yang lain. HAHAHAHAHAHA~ 


Dahlaaaaaaaaaaa... Hentikan la semua ni. Jom makan cokelat. Aku banyak stok ni.... hahahahahaha~ Lagi satu, arini aku tak main badminton. Baju sukan or baju jimba pun aku tak bawak. Semua terkejot ok. Sebab orang yang kuat sukan tiba-tiba malas nak bersukan. OITTT, suka laaa nak sukan ke tak nak der... haahahahhaahahah~



Mungkin arini nak sesi releasekan CELARU ni kot....
JOM TEST SUARA!!!!
Ok, bye...
*belum apa-apa hujan dah turun ni*
T___________________________________T
SENTAP TAHU!!!!



Laporan...

*Burpppppppppppppppppppppppppppppp*


Alhamdulillah.... Segala puji bagi Allah swt yg telah memberi kami makan dan minum serta peliharalah kami dari azab api neraka... Amin~ Eh, teringat pula waktu tadika dulu. Kemain semangat baca-baca doa semua ni ok. Doa sebelum dan selepas makan, Doa masuk dan keluar tandas dan macam-macam doa lagilah... Aku arini makan nasi ok breakfast. Since semalam aku balik training netball dah malam and nenek masak lauk sedap, but still takleh nak makan sebab "konon" DIET kan, so aku pun melantak la pagi ni. Nasi puteh panas-panas letak kicap sikit dengan asam pedas ikan mayong!!!! Perghhhhhhhhhh.... superb. Dia punye leleh xhengat ok....Opssssszzzz, sorry buat korang terliur. Nasib aku tak sempat snap gambar. Kalau snap lagilah korang meleleh ok. Siap menjejeh-jejeh air liur kat keyboard masing-masing kan? hahahahahhaa~



Lagi satu, kan aku skang busy training netball untuk sukan company bulan depan kan, so siapa join sukan dapat pelepasan balik awal ok SEBAB kena pergi training. hehehehehehe Syiok ok training netball. Aku rasa la, aku ni giler bersukan kot. Kalau boleh masuk banyak acara kan, aku rasa badminton, bowling, pingpong, tenis semua aku tibai. hahahaha~ tapi, since netball tak cukup player so I'm happily join the netball team. Ehem-ehem, aku GA (GOAL ATTACK) ok. So korang pandai-pandai la lukis awan aku jadi GA camne. Hopefully masa actual day team aku tak kecundang, InsyaALLAH, Amin.


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Semalam aku sebok tweet pasal nak coklat sebakul la apa la kan? Tapi siapa jela nak melayan and sanggup bagi kat aku kan? Jadi, aku semalam otw nak pergi training telah singgah ke 7E. Satu plastik ni aku borong coklat dekat RM20.00 ye... Hebat tak??? Kalau banyak choice lagi banyak aku borong agaknya.


Ini dia hasil tangkapan dan borongan semalam. Masuk je 7E dengan sekelip mata je aku dah grab macam-macam dan terus bayar. Sampai padang je tibai makan kitkat semua. Pastu tibai crispy plak. Ohhhh, heaven sangat. FYI, aku sejak bergigi besi ni tak minat cokelat yang ada kacang bagai ok. Bukan sebab melekat, tapi nati kacang-kacang tu susah nak gigit la... Kerasssss ok!!!! Jadi aku gemar cokelat yang kosong. Kalau ada isi pun haruslah yang biskut or crispy rice saja. Sekian...




EH EH, LUPA NAK GEBANG. Semalam main netball team aku menang. Aku score 12 goals (kalau netball panggil goal ke jaringan eh?). Yang 3 lagi GS aku sumbangkan. Chewahhhhhhhhhhh....~




Itu je laporan aku...
Ni perut dah menggelodak ni.
Permisi ye..
Buk jaja mau ke tandassssssssssssssssssssssssss!!!!
Ok,bye....
See (berenjes sebut) you.....
xoxo~



p/s: Tokbah aku masuk hospital semalam. Semua adik-bradik papa balik. Aku nak balik tp papa tak bagi. Doakan ye... Amin

Sesi Mengepaw

Macam biasa. Tiap-tiap minggu adik aku nak balik. So haruslah aku pergi amek dia. Aku rasa dulu aku jarang la nak amek kan? But now aku tak kesah. As long as aku takde apa insyaALLAH aku amek. Even aku sengkek sekali pn aku tetap usahakan untuk amek dia. Itulah satu-satunya adik yang aku ada. Dialah madu dan dialah racun. Tak gitu??? hehehehehe~ Sabtu takde plan apa sebenarnya. Selalu sesi layan korea or movie je kat rumah. Then suddenly Abang Fendi and Kak Cica tweet tanya apa plan semua. Pastu cakap asek depa je booking aku kan? hahahahaha~ terasa ahkak tau....Then aku cakap okla bolehla join diorg window shopping. Siap suruh bawak baju standby ok in case balik lambat tidur je rumah diorang. Syiok sangat. Destinasi pertama sejurus sampai di rumah mereka haruslah menuju ke OU. Sekangkang kera je OU tu dengan rumah diorang. Masuk masuk je abang Fendi cakap lapar. Layankan jela. Lepas pusing-pusing cuci mata bagai teruslah lepak O'Briens. Cafe ni lebih kurang macam Subway la. Tapi aku rasa presentation dengan menu lain sikitla.... Harga lebih kurang yang pasti....



Ahad masa nak hantar adik balik hostel, haruslah layan sekali lagi O'Briens. Kali ni kat Midvalley pulak sebab tu yang paling dekat dengan hostel dia... Boleh tak semata-mata nak makan sandwich sanggup singgah Midvalley ok. Makan tak sampai sejam pun RM3 parking. Cis!!!! *dasar*


Kitorang order sorang satu ok. Tapi macam biasa, knowing me haruslah selera je lebih makannya tak seberapa ok. Baru macam 2 slice dah terkulat nak abeskan.... Tensyen je adik aku. Dapatlah tazkirah free. ahhahahahahaha~


Since aku order tuna melt kot tak silap, so ada set siap dengan frappucino Latte tak silap. Sebab ini set untuk Sunday ye anak-anak. Rasanya setanding la Starbucks. Nati korang tryla... Mana tau aku ni lidah buaya ke kan? Tak pandai rasa... hihihihihihihi


Sebelum makan, kasik snap semua angle gambar makanan ni. Meleleh air liur tatkala menatap gambar ni di petang hari ketika perut sedang berkeroncong untuk Anna... hahahahhahaa~


Sebelum pulang, terimalah goody bag untuk adik tersayang..... haahahahahahahha~ Goody bag sangat. Padahal sesi tapau untuk dia makan kat hostel. Baiknya kakak!!!! Tetttttttttttttttttttttttttt....





Sudah sudah....
Tak perlu drama swasta...
Walau dulu bertikam lidah, bergaduh tak kira masa, tapi skang dah lain...
Aku enjoy ada adik yang dh meningkat remaja macam skang.
Macam-macam boleh share.
Paling penting, aku cuba untuk berikan apa yang aku mampu pada dia sebab aku takda kakak.
Dan apa yang aku impikan kakak aku buat utk aku, itulah yang aku buat utk adik aku.
Love you sister!!!
Happy Sister's Day... #eh #pehaltu #takmemasal #tetiba...




ok, bye~!!!!

Cuci Mata Survey Idaman Hati

Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!! Amacam weekend??? Seronok tak??? Gomo Klate Gomo jela aku dengar kan... Mana-mana aku pergi penuh ok Bendera Klate. Hok yang naik moto pun sebok bawah bendera besar Klata apa kes??? Mengganggu kosentrasi penunggang motosikal dan juga aku la kan??? Pastu kemain jem sana-sini kan? Semua nak pergi stadium tengok bola lettew... Ingat aku tak tau??? Walaupun aku tak pergi stadium, tapi aku tengok siaran langsung kat stadium ASTRO ok. Kira stadium jugak la kan? hahahaha~ Aku berharap SIME DARBY menang sebenarnya. Tapi apakan daya. Kang kalau SIME DARBY yang menang, habis semua penyokong SIME DARBY tak sempat pulang ke pangkal jalan... Eh silap, pulang ke rumah la. Mau kena kroyok kt stadium. hahahahahaha Kang berita muka depan bus pemain SIME DARBY dibakar penyokong Klate... Ohhhhh NOOOO!!!! Ada hikmahnya semua ni berlaku. Alhamdulilah Klate menang. Kepada SIME DARBY, tahniah ahkaakkkk ucapkan... Tahun depan cuba lagi. Cheeeeeeeeewahhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Wey, korang tengok tak muka Apex??? Jambu giler kan rambut dia cmtu...hahhahahaahah Aku tetap suka Norshahrul ok... *gatal* hahahahaha~ Malam lepas tengok bola, kitorang pergi lepak kg.Baru. KONON nak makan pulut ayam. Aku kan jakun tak pernah makan bende tu. So kazen aku ajakla lepak Kg.Baru. Mak aihhhhh, tak payah cakap la sesaknye camne. Aku rasa aku macam berada di Klate. Semua baru balik stadium ok. Penuh semua kedai pakai jersi Klate. Dah tu buat macam kedai die. Yang belakang aku borak dengan membe die nun jauh di belakang tu slumber je ok. TAU BINGIT TAK??? Aku lempang kang laju-laju. Mentang-mentang semua geng2 dia berani buat perangai cmtu. Cuba la pergi TGI FRIDAY ke BUBBA GUMP ke buat perangai cmtu kalau berani.. Mau kena halau ok. Siap pekej terajang dan pelempang...!!! Kelassssssssssssssss....

Eh, aku ni dah sembang Mak Lang rupanya. Lari topik giler ok. Sabtu window shopping dengan kereta baru  Abang Fendi bagi kat Kak Cica. Destinasi pertama, OU!!!!! Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Banyak ok aku berkenan. Coach ada clearance sales. DKNY aku suke beg, purse and wedges one set. Gilerlaaaaaaaaaaa....Tapi rilek lu. Tak boleh gelojoh nak membeli. Bak kata abang aku, Birthday Bulan 6 so beli bulan 6 ye. hahahahahhaa~ Baiklah abang.... Adik ikot cakap abang. GELISSSSSSSSSS!!!!


Yang ni hasil tangkapan gambar sahaja ye. Aku minat Coach Madison ni. Kalau beli kat US tak jejak pun 2K. Dekat butik OU ohhh maiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... 2K lebih ok. Terus kak cica cakap kalau nak beli nanti kirim je kawan abang fendi... hehehehehehehehe~ TING TING TING!!!! Ada matching wallet tau... Meleleh air liur... TAK PE!!! SABAR DULU...


Yang ni cun tak??? Ni masa semalam we all pergi Melium kat area Sg Besi kot. Dia ibarat macam JPO tu la... Macam-macam ada ok. TOD'S, FENDI, FURLA, BOSS, RIZALMAN, JUICY and macam-macam lagi. Aku suka Juicy yang atas ni gak. Ada satu jelly beg Juicy PINK colour pun aku minat. Tapi adik aku cakap too childish la pulak...


Takpe... MISI CUCI MATA SURVEY HANDBAG akan disambung lagi pada minggu ini kot insyaALLAH. Selagi belum birthday, selagi tulah aku asek google and survey jela. hehehehehe~ TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUU... Mari kita tengok siapa yang kena...

Oklah, nati aku gebang lagi ye...
Bye!!!!

PENGALAMAN CANDAT SOTONG - PERHENTIAN ISLAND

*SORRY.... AKU BARU SEMPAT UPDATE PASAL TRIP PERHENTIAN ARITUE. BUT STILL SATU-SATU LA YE... KORANG TATAP LA DULU ENTRY CANDAT NI*



ok, as previous entry aku ada entry pasal another sweet escape kan? Haaa... meh sini aku sambung cite. Sebenarnya tujuan asal trip pergi Pulau Perhentian adalah untuk candat sotong. Tapi as u know la GJ (GENG JIMBA) ni kan, kalau dah alang-alang ke Pulau Perhentian takkan la nak candat sotong je kan? Of coz la kitorang takkan melepaskan peluang keemasan ini. Lepas candat sotong tu terus sambung pekej snorkeling 3HARI 2MALAM ok kat PERHENTIAN. So, pasal pekej dan harga semua nanti aku cite ye. InsyaALLAH :) Korang doa jela aku mampu update semua... hahahaha *gelak syaiton* Candat sotong dijadikan acara pada malam pertama sejurus sampai di Perhentian. Kelas BM aku kan? Korang boleh? hahahhaha *kejis* Wey, sampai-sampai je terus la masing-masing tdo dulu ok kumpul tenaga untuk candat malam tu. Beriye kumpul tenaga. Nati korang tengok jela ending macam mana. hahahahaha~



Setelah kumpul tenaga dan tidur dengan kadar yang secukupnya (cukup ke?) kitorang pun bersiap-siap untuk ke jeti. Bot candat kul7 nak gerak tak silap. Ni adalah sebahagian daripada geng trip kali ni. Ko tengok muke masing-masing. Tak boleh cover dia punye excited tu. Haaa... nak cakap aku lettew kan??? hahahahaha~ Iye, memang!!!!


Pemandangan dari Jeti Perhentian Kecil ye kawan-kawan... Tenang je kan? Alhamdulillah... Ni kira nak sunset dah kiranya.... Dapatla nikmati pemandangan nak sunset...


Close-up. Aku rasa time ni air pasang la... Sebab air sampai nak ke kedai-kedai makan tu ha.... Nampak tak? hehehehehe~


Pemandangan menunggu ahli-ahli candat cukup ye kawan-kawan. So sambil tu posing-posing dan nikmati pemandangan dan pandangan... hahahahahaha~ 


Inilah dia bot candat kami.... Cool giler kan? Adventure kan? hahahaha sanggup tak korang naik? Aku slumber la... Besh wooo.. Ko kalau dengar bunyi enjin dia konpem pekak terus telinga. Lebih-lebih lagi kalau duduk kat belakang tempat enjin tu. Tototoottottottttootttttt bunyinye....Bergegar jantung ko tau tak.


Boleh duduk kat atas bumbung ni tau. Tapi aku tak dapat nak rasa la... Hanya boatman je konker ok... Kalau dapat duduk atas ni syioknyeeeeeeee.... Takkan kulupekan la pengalaman ni...


Ini dia ahli-ahli trip. Pelbagai generasi ok. Golongan bapa-bapa dan ibu-ibu turut ada. Yang pasti golongan muda-mudi la konker the trip kan???? hahahhaha~ Time ni semua maintain lagi... Indahla dapat naik bot nelayan kononnya...


Masing-masing sebok posing ok. Aku bot jalan je terus menguap la, ngantuk la... Bengang betul. Padahal petang dah bantai tidur ok... Rasa nak lempang diri sendiri je time tu. Puas dah aku cubit-cubit lengan sendiri konon nak hilangkan ngantuk tapi tak berjaya.... So sad :(


Time ni bot nak sampai dah tak silap. Nampak tak lampu gantung-gantung tu??? Itulah penarik sotong-sotong sebenarnya... Tak, bukan sotong akan terkam lampu tu ye adik-adik. Tapi lampu tu akan buat sotong menuju ke bot la... Konsep nye begitu....


Ko tengok muka aku!!! Dah abis excited la tu konon nak candat sotong? Konon jadi orang pertama keluarkan senjata untuk candat... hahahahahha~


Ni Iqbal-suami kepada Husna. Dialah hero malam tu!!!! Nak tau kenapa??? Tungguuuuuuuuuuuuuu ok. Jap lagi aku cite....


 Yang ni konon bajet HERO je... HAKIKATNYA???? hahahahahha~ malas la nak cakap.... Lotehhhh!!!! walaupun aku taip je kan tp still lotehhh ok....


Haaaa... ni apa motif aku xtau. Aderla tu gurau senda atas bot malam tu. Aku sebok candat so tak amek port sangat....hahahhahaa~ sebokkk la sangat kan???


Subhanallah... Indahnya ciptaan Allah swt kan? Bulan penuh dan terang ok. So korang dapat bayangkan tak air laut malam tu macam mana??? Ombak kuat nak mati ok... ko jangan harap dapat berdiri masa candat... Ko cangkung pun rasa tak stable ok. Nak tumbang je rasa...


Pemandangan dan panorama selepas beberapa jam di tengah laut. Korang agak kenapa???? Masing-masing dah start uwek sana uwek sini. Aku mengambil langkah bijak untuk baring dan lelapkan mata kejap... hahahahahhaa~ korang tunggu jap lagi apa kesudahannya....


 Lampu kat bot tu terang giler kan? Patutla sotong tertarik nak datang kat bot.... Mesti sotong-sotong tu fikir cahaya bulan? ahahahaha Apakah???


 Haaaaaaaa... kan aku dah kata dia la HERO malam tu... Ini baru sekor ok... Jumlah malam tu dia dapat aderla lima ekor.... Hebat betul. Lagi satu, dia HERO sebab dia sorang je bertahan dan tak tidur...


Yang ni lagila... Merenung masa depan... hahahaha opszzzz, takla... Dia ni mula-mula aku tengok dia jengah-jengah dan tonggeng-tonggeng tepi bot. Ingatkan sebok tengok sotong kan? Rupanyaaaaa... UWEKKKKKKKK!!! Muntah daaaa... Tapi pandai dia cover line... Syabas pajin..


Yang ni plak boleh tak dia cakap camni, "Lee, aku rasa aku macam nak muntahlaaa...Kalau aku muntah ko jangan gelak eh?" hahahahha boleh tak tanya camtu??? Dasar EGOIS.... hahahahaha~ :p sorry bro...


Ada satu lagi dialog ok.... Time ni aku rasa almost midnight dah...ke dah midnight. Iqbal cakap dengan boatman tu... "Pakcik, rasanya dah boleh balik dah ni kot. Semua pun dah tak larat dah tu. Saya pun dah dapat banyak dah ni. Kire oklaaa" Terima kasih Iqbal kerana memahami...hihihihihihi~
















Korang tau kenapa?????









































Konon tidur kejap ye kak???? Aku terus tidur sampai balik ok. Dah tak pedulik dah bape ekor sotong korang dapat ke apa... Ko tengoklaaa, bergelimpangan sebenarnya tidur berjemaah ye kat depan bot ni... Nasib aku bawak sweater.... Boleh cover muka... Eh silap... Mulut sebenarnya!!!! GIGI KEDEPAN kan? So kena la paham kalau tidur tak dapat cover mulut tu kenapa...






Tapi aku tak muntah ok.....





FINE...
OK, BYE!!!!




P/s: later insyaALLAH aku sambung cite pasal trip ni ye...sekian saja...xoxo~

Cuak ke bebeh....

Adehhhhhh.... Letih. *prappppp* Bunyi luruskan pinggang. Perghhh, lega gila ok. Alhamdulillah hari ni main ping pong dengan penuh semangat. Ada kemajuan ok. Menang banyak kali... Macam dadah lak ping pong ni. Kalau tak main rasa tak best jerk... Sambil-sambil type ni sambil-sambil dengar lagu Kembang Perawan by Gita Gitawa. Memang kenangan betul lagu ni. Terus ingat rumah sewa time degree. Kawan-kawan time degree. Aktiviti time degree... Ohhhh rindu nya... Segalanya tentang degree life terus mengimbau kembali... Mana taknye, 5 tahun aku bermustautin di daerah Segamat tu. Segala pelusuk dan semua yang ada aku rasa aku dah tempuh kat sana. Ada sekali time diploma tu, aku buat part time untuk lecturer la. Buat survey. Satu borang dapat RM2.00 tak silap aku. Aku kene pergi ke bandar dan jelajah dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Malu tak malu itu belakang cerita la. Yang penting aku kene settle kerja ni. Korang ingat senang ke??? Silapppp laaaa... Tak semua orang suka ok nak isi borang survey bagai ni. Aku dengan pakai kemeja dengan seluar slack siap ber-heels bagai jalan ke semua kedai tau. Pastu satu-satu aku kena explain dan juga tebalkan muka laaa... Cuak ke bebeh ok... Tapi aku buat semua tu sebab aku nak gain self confidence and experience. Lagi satu aku nak dapat markah lebihla konon dengan lecturer tu sebab sudah volunteer kan buat survey ni... Ada baiknya la sebab aku yg pemalu ni boleh kuarkan suara dan bertanya dengan mesra dekat tokey-tokey kedai... Berpeluh ketiak jangan cakapla wey. Time diploma mana ada bawak kereta lagi kan? So bus kuning la aku hadap... Hahahahaha sungguh nostalgia ok... Alhamdulillah aku dapat A subjek lecturer tu.


Time degree masyaAllah heaven semacam ok. Bukanla aku enjoy tak tentu pasal sampai lupakan terus pasal study. Ohhhh no no no!!! Aku duduk umah sewa. Satu umah tu 7orang. Kesemua 7orang itu adalah classmate aku. Jadi kau cuba bayangkan kalau kesemua 7orang tu ponteng kelas??? Hahahaha konpem lecturer perasan ok!!! Jadi kitorang mengambil langkah bijak dengan take turns ye setiap kali nak ponteng. Hahahaha sungguh keji perangai masing-masing. Lepas tu bila masuk kelas, kesemua 7orang tu nak duduk sederet ok. Kalau duduk belakang, sederet kat belakang tu geng kitorang. Sama gak kalau duduk depan. Cuba bayangkan kalau kat lecture hall tu yang besar kitorang duduk paling atas lecturer perasan ok bila tak datang. Nampak sangat geng aku feymes. Hahahaha *tangan ke bahu mata ke atas* walau aku study kat Segamat, tapi aku tetap pergi tengok movie ok. Nun di Melaka sana. Setiap minggu konpem pergi. Kadang-kadang seminggu sampai 3kali... Giler tak giler la... Sampai orang jual ticket movie kat Melaka tu ingat aku budak Melaka. Berdekah betul... Esok test ke exam ke tapi kalau ada yang menggatal ajak aku pergi Melaka, aku on je ok. Lagila gilosssss.... Perangai jimba tak sudah kan? Walaupun begitu...cehhh, tak menahan. Aku mengamalkan konsep "macam mana banyak pun aku huha-hoha, study pun kene sama banyak" ok. Oleh itu, weekdays aku akan bertungkus lumus buat assignment ataupun homeworks or anything related to studies. Jumaat malam aku dah start jimba. Tak pun Sunday aku make sure aku study la. Cover balik apa yang aku dah jimba tu. Hehehehe ;)


Banyak lagi sebenarnya nostalgia mahupun pengalaman aku tak kira la manis, masam, pahit mahupun masin telah aku lalui sepanjang bergelar seorang pelajar universiti. Semua yang berlaku tu alhamdulillah sedikit sebanyak memberi kesan dalam perjalanan hidup aku. Aku yang sekarang ada kerana semua pengalaman dulu itu. Yang pasti, aku tak sedikit pun rasa menyesal tentang kisah aku sebagai seorang pelajar universiti. Sebabnya aku rasa zaman universitilah zaman aku explore macam-macam. Aku gunakan peluang tu sebaiknya. Tak semua orang dapat kan? Pendek kata, enjoy your life, live your live like there's no tomorrow for you, appreciate everything or everyone around you for at least you won't regret any one day and be brave to take the opportunities around you...

Till then... 
Xoxo




P/s: sorry, tajuk takde kene mengene dengan cerita... Hahahaha dulik hapa aku.... Bye!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tawaran Hebat...

*Alamak, mama BBM lak...*
hahahahhahahahaa~ sungguh selingan...
ok, done...Sambung semula...



Korang, aku ada benda nak share ni. Tawaran hebat ok... Siapa siapa free dan ada niat suci murni nak membeli-belah barang elektrik bolehla grab peluang ni...Jangan ketinggalan ok...Siapa-siapa duduk Shah Alam ke Putra Heights ke bolehla rebut peluang ni...Aku tak perlu lagi nak beli sebab belum ada keperluan. hahahahahhaha~ Jadi aku buka peluang ni untuk korang sebab tak semua orang tau pasal benda ni... Lets grab it now!!!! *ntah hape-hape je*


WAREHOUSE STOCK CLEARANCE
12 MAY 2012
9.00AM UNTIL 3.00PM
ONE DAY ONLY!!!
CASH & CARRY




Maaf, gambar tak boleh nak rotate.. Aku sampai skang sumpah tak faham kenapa... Hampeh metul.
So korang tatap jela eh gambar senget ni...




p/s: anyone know how to solve this problem? Nak tanye pasal clearance stock ni pun boleh... Email me please... (izzah.zober@gmail.com) TQ~

Tunggu dan menunggu...



FINDING NEMO...


FINDING NEMO...


Hollaaaaaaaaaaaa... I'm back to reality!!! 
Back to work with a lot of things to do... 


Ape kehe aku speaking ni??? Tak sesuai ok dok speaking ni. Hok ni memang tak boleh blah sangat. Amboi amboi amboi, sejak balik dari Na na na na na Ganu kita ni aku tersakap Ganu la pulak kan? hahahahhahaa~ abang aku lagi tak boleh blah. Sikit-sikit cakap mu wak gapo??? pfffttttttttttttttttttttt.... wadehel kan??? Lempang laju-laju baru tau. Korang, sumpah aku enjoy sangat-sangat sepanjang trip ok. Syiok giler la... Giler pun tak rasa syiok macam ni... hahahahha~ Macam biasa, kitorang sawan snorkeling sangat-sangat. Sampai nak check out pun sempat lagi men-sawankan diri ok. Hebak tak hebak la.... *pangggggggggggg* sakap Ganu lagi... Maafkan saya. Saya terbiasa... Padahal baru 4-5 hari duduk sana terus melekat la kan? Kak Kuna konpem bangga tau. Yerla, dia kan orang Besuk *sebut as Besut* HAHAHAHAHA~ Aku siap makan budu lagi ok. Terbaek!!!! *thumbs up* Macam-macam aku nak update sebenarnya... Korang nati muntah kedarah la baca entry trip aku kali ni... 



Tapi sebelum tu :



Mohon sabar dulu ye....
Mohon tunggu untuk beberapa ketika...
Mohon selalu jengah blog ni..
Mohon mohon mohon...
*Bermohon sembah sembah berhajat...*
opszzzz... Ternyanyi Noraniza Idris lak...
I'm Sorry *versi Amer Raja Lawak*



Aku baru masuk kerja semalam jadi aku busy sangat...
Banyak benda kene settle.
Tambah-tambah lagi pasal hal Family Day, Sports Carnival...
Kerja aku yang tergendala tu lagi...

Adehhhhhhhhh... Banyak wa cakap lu...
Tapi aku suka aku busy....
Lagi satu, camera aku buat hal kat sana...
So aku tibai camera abang aku and budak-budak lain.
Jadi amek masa ye nak collect semua gambar-gambar tu....
Korang mohon bersabar dan tunggu ye...


Sehingga bertemu lagi di entry yang lain....
Aku cuba dapatkan secepat mungkin gambar-gambar semua...
Later aku share ok pasal expenses and tips bagai...


Bye Korang...!!!
Ayuh kita kerja dengan semangatnya....
xoxo~

Another Sweet Escape - TEASER~

*SEMANGAT MAKAN PENGAT*


Malam ni lepas kerja, aku akan mulakan perjalanan...
Semoga aku dan ahli rombongan selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang ke rumah semula...
Tahun ni, misi pulau ye...
Jadi, ini pulau ke dua yang kami pergi....
Nantikan update aku sekembali dari sana...








PULAU PERHENTIAN, I'M COMING!!!!
WAIT FOR ME....



*lompat-lompat main tali skipping*

Penangan Peejburhan

Perghhhhh....Perghhhhhhhhhh....Perghhhhhhhhhhhhhh....
Sungguh dasyat ok...
Ibarat tsunami pun ada ni tau...
Aku terkejut ok tengok...
Kalau korang pun aku rasa konpem terkejut punye la....
Mau tak terkejut kan?
Semuanya penangan PeejBurhan ok...
Nak meleleh air hidung ni sebab terharu....
*tangan ke bahu mata ke atas*





Wey, aku rasa ni semua sebab Peej link kan kat blog dia wey. Kak Filla pun sama ada link kan blog aku kat blog dia tau. Aku kan new blogger. Bukan famous amous sangat pun. Biasa-biasa jerk. Baru-baru belajar dan menjinakkan diri dalam dunia blog ni kan...Tapi tiba-tiba begini aku tadah tangan sujud syukur la kan? Mau taknya bersyukur...Tak pernah-pernah beribu-ribu lemon camni tau....Walaupun bagi korang ciput je tapi its huge for me tau *lap hingus*. Terharu I tell you~


Yerla, aku ni bukan la macam blogger lain yang dah berkecimpung dalam bidang ni bertahun-tahun. Aku baru je mula ok... So tak boleh lagi la nak challenge depa. But I'm happy enough diorang sudi berkawan dan bermesra dengan aku...Seronok jugak kan jumpa bloggers ney... Happening sangat ok...Sorryla kalau korang rasa aku poyo ke apa. Alaaaa, bagila peluang wey. Ni first time tau dapat pageviews banyak camni. Walaupun hanya pageviews kan, tapi still aku happy. Ntah apa-apa nak happy kan... Suke laaaa....


Terima kasih buat Peej, Kak Filla atau sesiapa punla yang sudi mengunjungi blog ini. Jasamu kukenang. Cheeewahhhhhhhhh.... *kelip-kelip mata* Aku cuba buat yang terbaek untuk blog ni. Boleh korang dapat info ke ilmu ke kan? Ye dok? hehehehe~ Terima kasih jugak kepada readers Peej dan Kak Filla sebab aku pun merasa tempiasnya...Muahahahhahaa~





Sekian...
Majulah sukan untuk negara
*sungguh tiba-tiba*
Bye...
Chao Sin Chan....
#eh?

p/s: aku nak pergi shopping untuk office jap lagi. bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...