ANNIVERSARY PAMA KE 29
Happy 29th Anniversary PaMa...
Dah 29 tahun hidup bersama...
Menempuh pahit dan manis bersama...
Menjaga dan mendidik anak bersama...
Bahagia dalam duka bersama...
Gembira dalam nangis bersama....
Dan terima kasih PaMa, kerana masih lagi bersama....
29 April 2012 adalah hari ulang tahun perkahwinan pama aku... Tapi we all celebrate awal sebab Ahad tu pama nak pergi sweet escape dah berdua. So Sabtu malam terus la pergi Sunway. Kononnya nak celebrate dekat Delicious. Sekali dia dah tak amek order ok. So terus ke Ole-Ole Bali. Ni papa yang pilih. So next time la ye kita ke Delicious.
Kemain lagi serius masing-masing main gadget. Gilerlaaaa....
Hahahahaha~ Muka abang tak boleh belah... Dia nak juga "V' sign bagai ni...
Masih lagi sebuk dengan BB dia... Mama memang camtu....
Ni papa yang order... Apa ntah nama dia.. Boleh tahan sedaplaaa.. Macam gado-gado tapi bukan ye....
Penuh meja dengan makanan.... Yummyyyy!!! Sedap....
Ni sebelum makan... Gambar selepas makan takda...
Baca doa dulu sama-sama before makan... Alhamdulilah..
Dah lepas makan we all still lepak situ lama-lama... Main gadget sambil borak-borak. Duduk kat bahagian luar ni sedap cuci mata....
Gambar candid... Korang layan jela... Aku tak tau nak bebel ape dah...
Adik aku saje je kan posing camni.. Konon nak jeleskan aku lettew.... Sorry... Tak dapat jack....
Sebab aku pun ada ok pic sweet macam dia... Malah lagi la sweet... hahahahaha~
Itu saja untuk laporan sambutan ulang tahun perkahwinan PaMa...
Semoga kekal bahagia selamanya insyaALLAH...
Love you guys always....
xoxo~
Bye~
p/s: nak kuar pergi masak-masak rumah paten...
WEDDING BLOGGER, PEEJBURHAN
Sorry... Aku rasa aku paling lembap sekali nak buat entry ni. Sorry la yerk. Aku semalam walau tak kerja tapi aku busy la. Busy la melayan keluarga tercinta. Aku mengukur jalan ok. Dari KLCC hingga ke AEON Bukit Tinggi... Ha, jauh tak jauh la kan aku berjalan.... Lantak, layankan jela... Belum lagi aku cerita malam tadi pergi melantak kat William's. Haahahahhaa~ Itu nanti aku cerita ok. Kali ni bagi laluan dulu kepada wedding PEEJ yang vogue sangat. Aku suke ok. Pelamin dia nice sangat. Simple but exclusive. Baju dia lagilahhhhh... Meletup-letup. Eh, orang pertama sekali yang aku contact masa otw nak pergi wedding peej is Kak Filla tau. Aku siap berwhatsapp bagai dengan dia. Siap cakap malu nak tegur bagai. Tapi dia selumber ajak duduk semeja. Adik aku la cakap jangan mengada nak malu ke apa. Tegur je semua. So aku pun tegur la semua. hehehehehe~
"Hye, Kak Filla. I'm zaza." wtffff.... malunyeee... Tapi takpe asal dapat bergambar sama. Banyak ok posing maut kami. Amani a.k.a Ani garang tau. Tak bagi aku pegang-pegang dia. Salam pun dia tak bagi. Mengada betul. Geram ok. Rasa nak geget pipi dia.
Lagi sekali posing sebab yang tadi muka Amani macam marah. Now dapat la snap yang ok. TQ again kak Filla...
Dan lagi... Nampak sangat aku amek gambar dengan Kak Filla melambak ok. Ani macam-macam aksi ok dia buat...
Now, bergambar bersama Kak Ceera plak... Anak dia, Keisha senyap je ok. Tak takot orang. Main-main pipi dia pun senyap je. Suke la....
Gambar yang ni baru comel. Tengok muke Ani tu. Ada-ada je kan? Mula-muka kak Filla dokong dia belah kanan ok. Pastu dia tak suke sebab sebelah aku kan, jadi kak Filla dokong dia belah kiri baru ok... Tensyennn tau.. Bukan aku garang pun. hihihihihihi~
Dan ini, Sepet adik bongsu Kak Ceera. Dia ni peramah ok. Sporting sangat-sangat. Aku suka...
Sempat lagi posing candid ok... Nasibla ada adik aku. Sorry la korang, aku takda partner nak bawak. InsyaALLAH tahun-tahun depan ke ada la.. hahahahahaha~
Inilah dia gambar yang dinanti-nantikan... Akhirnya dapat juga bergambar bersama ok... Nasebla timing kena untuk saing-saing yang lain-lain tu... Seronok sangat ok..
Terima kasih kepada ahli keluarga Peej...
Makan minum dewan semua best...
Aku sampai ingat pergi wedding ni malam ok.
Sebab rasa macam sejuk dan lampu-lampu bagai...
Aku ralatla tak dapat posing dengan Noy... Sumpah cantik...
Dan terima kasih tak terhingga kepada my bro & my sis sebab sudi temankan...
Tak lupa juga buat bloggers yang lain...
Sorry kalau ada yang tak kenal...
Sekian....BYE~
P/S: Ni je gambar yang ada... Adik saya tak snap gambar banyak.... Mengada :(
MAJLIS AQIQAH ALYA ZULAIKHA
Alhamdulillah bertemu
Wey, korang perasan tak, sekarang kan, mak bapak kalau buat majlis kemain lagi grand nya. Aku rasa ni bukan faktor duit ke apa la. Tapi lebih kepada TREND. Orang sekeliling kita yang membuatkan mak bapak atok nenek zaman sekarang kemain lagi beriye buat majlis... Sebabnya kalau buat majlis biasa-biasa orang keliling duk sebok mengata macam-macam kadang-kadang. Itu yang membuatkan kita pun kadang-kadang jadi mangsa keadaan. Ok ok, aku malas nak bebel panjang. Ni aku pergi majlis aqiqah dua pupu aku a.k.a anak saudara la kan? Betul tak? Sebab ni anak kak long (sepupu) aku. So, kira aku aunty ler. heheheheh suka suki mak bapak tiri kucing aku je kan? hahahaha~ aritue sebenarnya dah buat dah kat rumah tokbah. Tapi memandangkan Alya ni cucu sulung mak long (mak kak long) dan juga mama bedah (mak mertua kak long) jadinya mama bedah pun nak jugak la buat majlis.Kemain ok majlisnya. Siap pelamin bagai. Dah macam majlis tunang dah aku tengok. Meriah uols....Diorang buat majlis ni pagi around 10.30 camtu. Sebelum zohor dah settle dah... Ada berzanzi, bacaan yassin, marhaban sikit... Meriahlaaaaaa~
Haaaa.. tengok ni. Kemain lagi pelamin bagai ok.... Untungla Alya....
Ni Alya Zulaikha... Sedap namanya. Secomel dia... Nasebla tak mengamuk masa potong jambul tu... Diam jerk...
Geram tengok budak ni. Kemain suke lagi duduk dalam buai bunga-bunga kan?
Time-time majlis macam ni mulalah aku ditanyakan macam-macam soalan. Nasib aku cool. Cool ke? hahahahah~ soalan cepumas macam biasa la kan? Sabar aunty-aunty ku. Kalau boleh sekarang jugak nak ada baby. Tapi takotla nak kahwin. Cane tu??? hahahahahaa~
Semoga Alya Zulaikha membesar dengan sehat dan menjadi anak yang solehah.
Takmo nangis-nangis ye...
Nanti ajak mummy awak duduk overseas ye.
Sejuk sikit....
Sekian....
xoxo~
CSD DINNER 2012
*entry kali ni menjejehkan air liur. Ini serius!!!*
Sorry la kawan-kawan, aku rasa almost semua entry aku pasal jalan-jalan or makan-makan jerk. hahahaaha~ Nak ulas cerita-cerita terkini belum berkesempatan lagi. Banyak je topik sebenarnya boleh aku ulas. Tapi belum lagi kot. Lain kali ye...Entry kali ni fresh dari ladang. Sebabnya baru berlaku malam tadi. Sempena fiscal yang baru lepas ni we all achieve target, so bos-bos Jepun belanja makan besar. So, sepakat membawa berkat, we all pilih makan dekat B's Restaurant Pullman Putrajaya Lakeside. Nasib la Jepun setuju. Yerla, ofiz kat Shah Alam, dinner kat Putrajaya. Sporting laaaa... So sebab semalam hari Rabu and we all memang balik awal hari Rabu, teruslah set semalam makan besar.
Sampai-sampai haruslah posing ye. Eh, we all bukan kerja kilang. Girls semua kena pakai uniform. Tapi aku kan bajet diva so haruslah salin baju lain sebelum pergi dinner. Cantik kan?
Lagi sekali posing. Haruslah yang pakai baju biasa tu bujang trang tang tang dan muda gitew... Ahhhhhhhhhhhh, senggol-senggolan cubit-cubitan...
Ohhhh this is so candid ok... Otw nak menapak masuk dalam restaurant. Kalau korang nak tau, we all amek buffet. So start kul6.30pm dan habis kul 10.30pm. Korang bolehlah tibai sampai lebam....
Alahai, kat tangga pun jadik... Somelsnyaaaaaa... Tq ah ko chi tong...
I like it.... Kemain aku duduk sopan begitu... hihihihiihi~ *pitam mak mertua tengok agaknya* eh, ada ke???
Model sambilan ye untuk department aku jerk... Tak kuasa ahkak.... Cantik kan panoramanya....
Suka-suka. Sebab aku nampak kurus dan tinggi. Walau hakikatnya, biar aku jela yang tau... *tunduk muka dan geleng kepala*
Inilah bos-bos jepun aku. Paling ketua adalah Mori san (baju orange), then Hamabata san (belakang Mori san), Ishii (2 dari kanan) dan Tamaki san (last kanan) Bukan tak maki ye...
Cantik kan menara ni? Rasa macam dekat Aladdin punya set jerk.... Ke kat Cordoba???
Inilah view dalam B's Restaurant tu....Perghhhhhhh, kalau boleh nak snap je semua gambar.... :)
Sebenarnya cuak nak pijak lantai kaca tu... Takot tak dapat menampung berat kan? Tapi mak ok je... :P itu manager ye, Ms Yana.
Some of the decorations on the table....
Kelibat siapa la tu yang laju semacam. Nampak sangat lapar... hihihihi Kak Mai posing bersama buah-buahan...
Aku cuba menjadi pekerja baskin robbin... Ceduk ice cream....
Bagi sesiapa yang gemarkan cokelat, ini mesti menjadi pilihan utama. Pekat dan likat ok. Tapi aku tak rasa. Takot manis sangat....
Ini ada lagi makanan berunsurkan cokelat...
Ini pun sama... Banyak ok kek-kek dan lain-lain yang cokelat. Bukan sebab rentung tau cokelat nya...
Bagi yang diet macam aku, *tangan ke bahu, mata ke atas* bolehlah makan roti jerk.... memang rugi uols...
Bermacam-macam jenis sauce untuk dimakan bersama salad...
Salad yang segar dan fresh... slurppppppppppp *lap sikit air liur*
Ulam-ulaman yang bukan taste aku.... Ahkak tak makan sayur ye dik non...
Geng muda mudi baru nak start makan....
Ini portion Kak Nurul...
Yang ni aku punya... Brokoli and salad terkecuali ok...Ahkak makan sayur yang terpilih jerk...
Fettucini with cream sauce yang 4 kali we all amek. Punyalah sedap....
Sunset view from the balcony.... *berangan*
Atok Mori with me... Somelsnye....*lempang diri sendiri*
The Three Sisters - ala-ala charlie's angels la pulak kan... ahakssszzzz...
Sempat lagi posing dengan abang (ah ko) chi tong....
Three Sisters again... How lovely we are.... Shuweet sangat....
Ini paling nice kan? Meriah nya....
Masing-masing bila dah kenyang kemain lagi kan....
Energetic dan ceria muka masing-masing bergambar...
Napak sangat akulah manusia paling kenyang.... hahahahah~ *tuck in tummy*
Bergambar di rumput... Perghh, ala-ala salam taj mahal pun ada gak ni....
Serius cantik kan menara jam tu?
Korang tengok... Kat parking pun sempat posing tau. Punyalah menarik Pullman ney...
Keseluruhannya, event malam tadi memang happening sangat. Terima kasih kepada semua bos Jepun ku. Tak lupa juga buat team organiser yang sudi menyumbang idea dan tenaga untuk dinner kali ni. Marilah kita tingkatkan prestasi untuk makan sedap lagi next fiscal... InsyaALLAH~
Sebelum mengundur diri, haruslah ada aksi tuan punya blog kan?
Terimahlah....
Yang jauh jangan dikenang...
Ingat daku dalam doamu....
Sekian...
Yang menunggu bukan penunggu....
Assalamualaikum...
bye bye...
xoxo~
Chao chin chao...
p/s: setinggi-tinggi penghargaan buat Kak Nurul dan Kak Kuna atas kesudian mengambil gambar-gambar untuk diri ini...
LUCKY DRAW BLOG PEEJ
*drum roll please*
Ce teka ce teka... hihiihihihi~
Ok, biar aku cerita. Kan aku pernah blog pasal tabiat aku pagi-pagi masuk kerja kan? Korang boleh bacan entry pasal tu disini kalau tak ingat ok. So, nak dijadikan cerita, peej ada buat contest la kononnya. Bukan la contest pun sangat. Dia lebih kepada lucky draw. Jadi, sebagai orang yang setia baca blog dia, haruslah aku ambil kesempatan ini untuk join. Gigih ok aku komen. Sebab dia akan pilih 20 orang je untuk pergi wedding dia. Perghhh, betul-betul insan terpilih ok. Sekali harini dia tweet dia dah upload the winners. Aku siap tweet dia cakap cuak nak tengok. Cuak-cuak pn aku tengok la kan? Kata nak menang.
JENG JENG JENG!!!!
I'm the lucky number 5 ok....
*hidung kembang kempis ok*
Sampai sudah la nampaknya tersenyum-senyum lepas baca entry pasal menang lucky draw ni... hihihihihii sorry la, xboleh cover ok bab hidung tu. Dah nak terkembang sendiri. Nak buat camne kan? Redha jela... Nak kata aku komen meletup tu tak la jugak kan... Tapi seikhlas hati yang penting...
Nak tau aku komen apa?
Alhamdulillah, terpilih...
Inilah komen nya.... tak boleh blah ok. Siap ada hope bagai.... hihihihihihi
Jadi, since ini pertama kali gitu aku menang dan pertama kali jugak join contest a.k.a lucky draw ni, seharusnya excited lebih la... Sorry la ye kalau over excited gitu. Apa-apa pun, tahniah kepada pemenang. *ehem-ehem* aku lettew.... Kepada yang kurang berjaya, usaha lagi...
Terima kasih tak terhingga buat peej ;D
p/s: sekarang juga aku email address aku kat dia...
EARTH HOUR 2012
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Jumaat. InsyaALLAH, kita jumpa lagi minggu depan dan mingu-minggu seterusnya Jumaat. Ok, arini aku nak cerita satu benda. Korang nak tahu ke tak nak tahu aku tetap nak cerita. Hihihihihhi~ Seperti yang kita semua tahu, esok 31 Mac 2012 adalah “EARTH HOUR”. Kalau aku tanya confirm ramai cakap korang tahu kan? Tapi berapa orang je sebenarnya yang support? Masing-masing diam kan? Yerk… aku tau. Korang sayang nak off kan lampu semua kan? Sejam je kot. Apa la sangat kan? Eh, aku ni cakap orang aku ni support ke tak kan? Of coz la aku support. Alhamdulillah so far sejak “EARTH HOUR” diperkenalkan aku support ok. Dari Universiti lagi gitu. Cheeewahhhhhhhh… Jadi, jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lain, aku rasa tahun ni ada kelainan bagi aku. Sebabnya…………. Hihihihihhi Suspend tak? Hihihihihii
*scroll down*
TARAAAAAAAAAAAAAAAA….
Company aku eh silap. Company tempat aku kerja bagi lilin untuk setiap orang ok sempena “EARTH HOUR” ni. Haaaa… baru betul kn? Kiranya diorang awal-awal lagi create awareness pasal benda ni ok. Poster ditampal disetiap department gitu. Tak cukup tu siap dapat memo lagi. Then dapat lilin lagi ok. Eh, lupa nk bagitau. Tahun ni kitorang sambut ulang tahun yang ke-100 company tempat aku kerja. Hihihihihihihihi~ so meriahhhh gitu uols. Ok saje nak tayang kat korang lilin aku dapat ni. Sayang nak guna. Tapi bukan bermakna tak support ok.
JOM KAWAN-KAWAN. MARI KITA DUDUK BERGELAP SELAMA SEJAM MALAM ESOK. ROMANTIK GITU!!! AHHHHHHHHHHHHHH…. Sengol-senggolan cubit-cubitan… *merepek*
LETS SUPPORT “EARTH HOUR”
AND SAVE THE PLANET
BROUGHT TO YOU BY – PEREMPUAN INI. Xoxo~ ok bye~ hihihihihiihihhii
BIRTHDAY ZACK
*HAPPY BELATED BIRTHDAY ZACK*
Eh, sungguh tiba-tiba kan? Apa motif sebenarnya nak wish ni? Ok, biar aku (pasni nak pakai aku la) explain sikit pasal Zack ni. Aku kenal dia time degree. First sem degree kiranya. Asalnya aku kenal housemate dia dulu, Feen. Then baru aku kenal si Zack ni. Memang rapatla juga dengan mereka. Until now alhamdulillah kami still berkawan. Nak dijadikan cerita, Jumaat aritu tiba-tiba Zack kol. Dia tanya apa plan esok. Means Sabtu la kan? Aku cakapla takda apa kot. Then dia cakap kalau free jomla hangout. So aku kata insyaALLAH. Apa-apa aku roger dia. Sumpah wey time ni tak fikir or ingat langsung pasal birthday dia. Sorry bro... :( Plan asal nak pergi Sunway je sebab terlanjur adik aku nak ambil barang kt kawan dia depan Summit USJ kan? Tapi bila dah pergi ambil barang, aku tukar plan. Aku mesej Zack kalau pergi IKEA boleh tak? Terus dia kol aku cakap boleh and nanti dia tunggu je kat sana. Korang tahu tak, jem teruk ok dari USJ tu nak pergi ke Damansara. Itu pun aku lalu NKVE. Yang kelakar kan, aku macam lupa pasal IKEA sales tu. Memang patut pun jem. Dekat sejam ok menakong Zack tunggu aku and adik aku.
So, sampai-sampai kol Zack sebab dia nak tumpang letak helmet dalam kereta. Alang-alang dah nampak dia, terus jela angkut dia masuk dalam kereta then cari parking sama-sama. Alhamdulillah kejap je dah dapat parking. So terus ke food court. Aku dengan adik aku macam biasa la order meatballs. Zack tak makan daging. So dia makan Chicken Grill kot. Menu baru kat IKEA.
Benda wajib yang mesti order. Brokoli. hahahahha~ Even kaler hijau tapi aku makan dan suka. Aku kan tak makan sayur hijau-hijau ni. But this one, the only exception. Cewahhhhhhh! Macam lagu dah ney.
Adik aku poyo. Malu katanya. Yummy, kek DAIM sedap!!!!
Inilah dia birthday boy. Masa ni still aku tak ingat lagi ok pasal birthday dia. Padahal aku siap mentioned umur dia tahun ni berapa semua. hihihihi Apa punya perempuan daaa...
Hahahaha adik aku tak puas hati. Dia nak jugak snap gambar aku buruk-buruk. Tapi.... Well, kamera suka aku kot. Haruslah cantik... hihihihihi
Yang ni muka tak puas hati...
Ok, dah licin licau silau dah semuanya. Sebab semua lapar. hihihihihi Zack tukang perabis kek ok.
Haahahahahah~ kalau dah dasar gedoyot tu kan Zack, buat aksi macam mana pun still nampak gedoyot :p Lepas makan kitorang jalan-jalan kt the curve. Zack melayan jelah aku dengan adik aku macam biasa.
Korang nak tau bila yang aku ingat birthday Zack? ahhahahaha dah balik rumah and settle semua on lappy tengok FB baru teringat ok. Itu pn aku tengok FB Zack semua wish dia. Terus jerit-jerit dekat adik aku yang aku lupa birthday Zack. Kena marah ok dengan adik sendiri. Then terus dan-dan post kt wall Zack "Seronok tak keluar tadi? Nati kita hangout lagi ye. Nak wish tadi malu la... (pdhal lupa) <----- yang ni aku tak taip. Happy Birthday Zack. Tiba-tiba dia terus FB chat aku. Tanya mana tau ni. Aku cakapla mesti la aku ingat sebab semalam birthday abang aku. So arini birthday dia la. Beza sehari je lagi pun. HAHAHHAHAHAHA~ hebat kan aku drama?
Kitorang ada masuk kedai Daiso tau.
Tak... Bukan beli apa-apa pun. Sungguh ni tak beli.
Cuci-cuci mata je tengok barang. Berangan untuk masa depan nanti.
Sekali terbuat perangai pulak ok.
Malu tak malu la kan? hihihihihihi
Nahhhhhhhhhhh... Hamek ko!!!
Zack, sejak bila you can be so cute eh????? hahahahahahhaa
Aku suka gambar diorang ni.
Itu je nak cite.
Nanti ada cite aku cite lagi eh?
p/s: aku kalau boleh nak cite yang best-best je kt blog ni.....
WEDDING MAKCIK, AYU
Weekend haritu perempuan ni busy. Melampau busynya. Sampai tak sempat lepak dengan kawan-kawan. Sorry ye~ Bukan sengaja, tapi ada hal lain yang perlu didahulukan...Ewaaahhhh! Macam ni, al-kisahnya, mak cik saudara a.k.a teman sepermainan dan sekelas telah menamatkan zaman bujangnya. Auwwww, dia kahwin dulu nampaknya. Alhamdulillah, hanya dengan sekali lafaz, dia sudah sah menjadi isteri. Memang meriah sangat-sangat. Biasalah, orang Johor kalau kahwin takda tol memang tak sah. Perempuan ni pun sempat la tadah tangan mintak tol. Lumayan jugak. hehehehe~ so, inilah gambar-gambar yang sempat di snap sejurus selepas acara akad nikah.
Tahniah korang. Moga kekal bahagia selamanya. Even kira depa ni makcik dan pakcik kepada perempuan ni, tapi sebab sebaya panggil nama jela. hehehe
Aloolololo....somelnya letak bunga dekat telinga pengantin lelaki ni.
Sama kecil sama padan...
Alaaaaaaaaaaa... perlu ke lihat semua drama ni?
STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!
Jadi apa kena mengena title post ni sebenarnya??? Iye, perempuan ni adalah pengapit kepada makcik dia. So, paham-pahamla gambar perempuan ni takda. Dia sendiri yang jadi photographer tak berbayar buat si pengantin baru...
UNTUNGLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
T__________________________________________T
*MEROYAN SORANG-SORANG*
Ok, bye....
xoxo~
*srottttttt srottttttttttttt*
Lap Hingus....
BIRTHDAY FADZRIN (GJ)
Happy Belated Birthday Fadzin...
2nd March 2012 aritue adalah birthday Fadzrin.
We all sempat makan-makan before gerak pergi Redang....
Kesian birthday boy tak ikut.
So, kami sebulat suara untuk belikan hadiah untuk Fadzrin dekat Redang tu....
hehehehehehe~ harap-harap dia suka...
Nak tau hadiah apa?
Betul ni nak tau?
Tak menyesal?
hehehheheheh~
Kejap eh?
Scroll lagi...
Dan lagi....
Sikit lagi...
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...
Si penyu yang kelemasan terperangkap dalam kotak sehari semalam...
Naseb baik birthday boy suka. Rupanya memang dia dah lama mengidam. Alololololo, manjanya....
Till then, xoxo...
:)
p/s: Bila kita ikhlas memberi, "pulangannya" memang priceless. How I wish i could see his face open up the gift. T_______________T
BIRTHDAY MAK & ABAH
*woot woot* Assalamualaikum.... *sambil ketuk pintu* hahahahah~ Kalau ikot title post arini semua nak feeling tajuk lagu kan? Fedulik hapa. Janji bahagia... Almaklumlah semenjak dua menjak tiga menjak ni kegiatan test suara tu begitu meluas ye kawan-kawan. Jadi haruslah dimanfaatkan. Dah kata perempuan ni karaoke bergerak. Tu pasal semua lagu tajuk lagu dia tahu. hihihihhi~ *mata ke atas, tangan ke bahu*
Buat yang di dalam atau di luar negara tu, inilah dia.....penawar rindu padamu...seoranggggggg!!! *high pitch* hahahahah merdu sey. *belon meletop* angkara pitch terlalu tinggi. Ok, stop. Dah merepek dah ni. Just nak share apa perempuan ni buat di hari minggu. Ini berlaku pada hari Sabtu ye. Di pagi yang indah, niat untuk bangun lambat dibatalkan. Sebelum bergerak ke Sg Buloh, bawa nenek pergi kedai jahit dulu. Sekali tutup ok. Fuhhhhhhh, lega. *jahat kan?* Pastu terus ke Sg Buloh. Jem masyaALLAH LDP di hati Sabtu. Menyesal tak lalu Gutrie. Tapi takpe, semuanya membahagiakan. Alhamdulillah.
Sebelum sampai ke destinasi, singgah dulu tapau KFC, idaman ku selalu. tuttt tuttt~!!! Eh, ni zaman dulu punya slogan. Sekarang, apa eh? Its finger licking good eh? hihihihi Tak cukup tangan ok nak hangkut semua.
Dah simpan KFC dalam kereta, moh ler kita tapau kek Chocolate Indulgence. Nak tapau Cheese Cake tapi takut birthday boy and girl tak makan pula.
*Senym-senyum simpul* Muka bangga tapau banyak untuk keluarga yang tersayang. Cheeewahhhhhhhh...
Sampai-sampai je, budak tiga orang ni tak sabar nak makan. Yerla, makan la dulu. Tapi mata tetap ok nak tengok kartun. Ishkkk ishkkk ishkkk...
Kartun apa ntah. Dengan perempuan ni sekali terjebak ok. One whole day kot tengok kartun. Gelak sakan. Melayan budak 3 orang tu. Makin banyak cakap. Seronok yang amat.
Tengokla ni, orang semua dah siap makan, dah siap kemas dia masih nak makan lagi. Macam mana nak habis kalau cubit sikit masuk mulut pastu iklan baru telan. ahhahahahahaha~ Ni pun kena ugut habiskan. Kalau tak, say no to chocolate indulgence. hihihihihihi kesian dia.
Yeayyyyyy!!! Kemain suka sebab nak makan kek dah. Bantal musyuk tetap ada ok.
Kepada mak dan abah, selamat hari jadi. Semoga panjang umur, sihat tubuh badan, murah rezeki dan bahagia selamanya. InsyaALLAH.
Sorry, lilin tu buat ada-ada je sebab budak gegurl sorang tu sibuk nak tiup lilin. Padahal bukan birthday dia pun. Layan jela.
Tengok muka budak tu, senyum pun taknak. Sebab dah penat menunggu nak tiup lilin. Nasib baik paklong dia ada lighter.
Yeayyy!!! Dua-dua semangat tiup tapi gegurl tu tak sempat tiup dah terpadam ok. Punyalah mengamuk. Terpaksalah hidupkan semula lilin tu. Kacau budak ni. Geram-geram sayang tau.
P/S: Birthday mak 24FEB, birthday abah 26FEB and papa 27FEB...Sorry gambar abah dan perempuan ni takde. Abah ke kubur. Perempuan ni jadi mamarazi so of coz tiada dalam gambar. hihihihihih ok bye. xoxo
"HADIAH paling bermakna adalah ucapan, ingatan dan keikhlasan hati dan itu yang ku mampu"
SEM 2011, WORLD CULTURAL NITE
Maaf. Entry ini sememangnya sudah basi. Iye, betul. Tapi takda la lama sangat. Disember 2011 kira boleh telan lagi kan? Goreng pun sodappppp *tekan tubi* eh silap... Ok, ok... Just nak share pasal Annual Dinner tempat kerja je. Korang pun mestila ada kan? Mesti lagi grand kan? hihihihihi Sama-sama la kita menatap gambar-gambar tak seberapa ni ye.
Ini dia venue Annual Dinner tahun 2011. Holiday Villa Subang. Macam tahun 2010, Annual Dinner dekat Shah Alam Convention Center. Kelass sangat. Tapi kali ni pun apa kurangnya. Boleh tahan la. Makan sodap sebab ada kambing golek. I loike.... My favourite tu.... Mau tak menambah bila makan... Tapi cover line suruh budak-budak laki ambilkan makanan. hihihihihi Nasebla air tak payah kena amek. Waiter depa serve kan. Tak ke seronok tu.... *angat tangan) Waiter, water please.... *MUNTAH HIJAU*
Kalau tahun 2010 temanya Rock, tahun 2011 temanya adalah World Cultural Nite. Haaaa... Bukan 1Malaysia ok. Nak buat 1Malaysia kang yang Jepun, Thailand, Australia tu kecik hati pula kan? So, nak tak nak buatla tema World Cultural Nite. Barulah WORLD, MAWI~!!!! hahahaha *lempang diri sendiri*
Company ni kira ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara tau. So, malam tu diorang semua sporting. Siap pakai pakaian tradisional tempat kelahiran tau. Colours of Rangoli gitu. hihihihi Kat atas tu adalah invitation card. Tapi yang tu bukan perempuan ni punya la...
Yang hujung sebelah kiri tu abaikan eh? Tak mengikut tema. Dah macam nak pergi main bola pun ada. Yang dua orang sebelah kanan tu jugak yang very the sweet gitu... Auwwwwwwwww!!! I loike.... Punyalah ayu dan comel. Padahal tinggal ready nak joget BANGGRA *betul ke eja?* je... Maklumlah punya semangat pakai baju Punjabi.. Habis Punjabi tak pakai baju. Miahahahhaaha....
Tekunnya. Walaupun bukan exco atau committee tapi perempuan ni kan rajin. Sebok menolong dan terpekak terlolong... hahahahaha itu tipu ye. Tak nampak gambar ni? Berdedikasi gitu buat kerja. Cameraman snap pun tak perasan. Cuma perasaan je. hihihihihi
Sambil-sambil buat kerja, sambil-sambil posing... Barulah majulah sukan untuk negara, keluarga, bangsa dan masyarakat... Demi negara yang tercinta, kucurahkan bakti penuh setia...CUTTTTTTTTTTTTTT~!!! Stop ok... Itu dah ke laut dah.
Posing tunjuk goodies plak. Itu botol air Tupperware ok. Buka Tipuware. hihihihihi Mahal wooo... Nasebla company bagi as a door gifts. Kalau nak beli memang tak la. Harapkan mama je belikan. hihihihhihi Ya ampun, punye mantul pipi perempuan tu. Glowing sangat sampai dua biji telur ha nampak... Ishkkk ishkkk ishkkkk... *sedut pipi*
Haaaa... diorang ni semua sporting dan best. Seronok je kerja. Kawan-kawan pun gila-gila. Naseb tak gila sampai masuk Hospital Bahagia. Ok, kalau masa tahun 2010, perempuan ni menang LCD TV 40 inch (GRAND PRIZE) gitu, tahun ni dia menang jugak. Apa? LED TV??? Ohhh tidak. Agak-agakla. Dia menang table fan. Kiranya ada menang la kan. Alhamdulilah. Rezeki semua tu. InsyaALLAH tahun ni dan tahun-tahun seterusnya bolehla menang lagi hadiah.
P/S: Kalau korang nak attend Annual Dinner kt office mengikut tema, make sure korang tak over la membeli. Mix and match apa yang ada pun boleh. Janji follow tema. Lagi baik kalau dapat cari pakaian yang boleh dipakai lepas dinner juga. Macam si tudung purple tu kan, dia beli baju Punjabi untuk dinner. Tapi tak bazir. Tau sebab apa? Sebab ari Jumaat dia boleh guna. Bukan buat pergi kuil la... Ishkkkkk, lempang kang? Jumaat kan tak pakai uniform, so bolehla pakai baju formal or baju tradisional. Haaaa, kan jimat tu. Peace NO War... :)
0 comments:
Post a Comment