JALAN-JALAN CARI MAKAN & MISI MENTERNAK LEMAK...
*WOOT WOOT*
O'BRIENS, MIDVALLEY
Macam biasa. Tiap-tiap minggu adik aku nak balik. So haruslah aku pergi amek dia. Aku rasa dulu aku jarang la nak amek kan? But now aku tak kesah. As long as aku takde apa insyaALLAH aku amek. Even aku sengkek sekali pn aku tetap usahakan untuk amek dia. Itulah satu-satunya adik yang aku ada. Dialah madu dan dialah racun. Tak gitu??? hehehehehe~ Sabtu takde plan apa sebenarnya. Selalu sesi layan korea or movie je kat rumah. Then suddenly Abang Fendi and Kak Cica tweet tanya apa plan semua. Pastu cakap asek depa je booking aku kan? hahahahaha~ terasa ahkak tau....Then aku cakap okla bolehla join diorg window shopping. Siap suruh bawak baju standby ok in case balik lambat tidur je rumah diorang. Syiok sangat. Destinasi pertama sejurus sampai di rumah mereka haruslah menuju ke OU. Sekangkang kera je OU tu dengan rumah diorang. Masuk masuk je abang Fendi cakap lapar. Layankan jela. Lepas pusing-pusing cuci mata bagai teruslah lepak O'Briens. Cafe ni lebih kurang macam Subway la. Tapi aku rasa presentation dengan menu lain sikitla.... Harga lebih kurang yang pasti....
Ahad masa nak hantar adik balik hostel, haruslah layan sekali lagi O'Briens. Kali ni kat Midvalley pulak sebab tu yang paling dekat dengan hostel dia... Boleh tak semata-mata nak makan sandwich sanggup singgah Midvalley ok. Makan tak sampai sejam pun RM3 parking. Cis!!!! *dasar*
Kitorang order sorang satu ok. Tapi macam biasa, knowing me haruslah selera je lebih makannya tak seberapa ok. Baru macam 2 slice dah terkulat nak abeskan.... Tensyen je adik aku. Dapatlah tazkirah free. ahhahahahahaha~
Since aku order tuna melt kot tak silap, so ada set siap dengan frappucino Latte tak silap. Sebab ini set untuk Sunday ye anak-anak. Rasanya setanding la Starbucks. Nati korang tryla... Mana tau aku ni lidah buaya ke kan? Tak pandai rasa... hihihihihihihi
Sebelum makan, kasik snap semua angle gambar makanan ni. Meleleh air liur tatkala menatap gambar ni di petang hari ketika perut sedang berkeroncong untuk Anna... hahahahhahaa~
Sebelum pulang, terimalah goody bag untuk adik tersayang..... haahahahahahahha~ Goody bag sangat. Padahal sesi tapau untuk dia makan kat hostel. Baiknya kakak!!!! Tetttttttttttttttttttttttttt....
Sudah sudah....
Tak perlu drama swasta...
Walau dulu bertikam lidah, bergaduh tak kira masa, tapi skang dah lain...
Aku enjoy ada adik yang dh meningkat remaja macam skang.
Macam-macam boleh share.
Paling penting, aku cuba untuk berikan apa yang aku mampu pada dia sebab aku takda kakak.
Dan apa yang aku impikan kakak aku buat utk aku, itulah yang aku buat utk adik aku.
Love you sister!!!
Happy Sister's Day... #eh #pehaltu #takmemasal #tetiba...
ok, bye~!!!!
WARISAN SAMBAL OPAH, TAIPAN
Aku kadang-kadang blur tak tau nak ajak family aku makan katne setiap kali diorang datang sini tau. Kang bawak kat tempat aku selalu lepak dengan budak-budak office pitam pulak mereka kan...hahahhahaa~ So aritue, setelah seharian makan dan minum di shopping complex, marilah kita pergi try makan tempat lain. Aku yang seharian berjalan ni muak nak fikir tau setiap kali ajak pergi makan... Ishhhhkkkk, mencih. Since that day hujan lebat, aku pun decide la makan kat Warisan Sambal Opah. Yang penting pama cakap nak makanan panas-panas. Fuhhhhhhh, sejuk-sejuk macam skang ni terbayang ok char kuew tiaw ke, mee celup ke... Dapnyaaaaaaaaaaaaaa....
Inilah dia kedainya... Ada shisah juga disini kalau mahu... Tepuk dada tanya selera... :P
Nasi lemak panas bungkus daun pisang... Satu singgit tak silap. Pastu lauk korang boleh pilih la apa-apa...
Mama pilih sambal telur puyuh ni.. Adehhhh, kolesterol sangat ye...
Ayam goreng berempah dan paru goreng pun ada... Sila-sila jemput jamu mata...
Ni la pemandangan dalam kedai... Nampak tak yang ramai-ramai tu? Itu mereka tengah pilih lauk la tu...
Aku macam biasa konon taknak makan nasi malam.. So bantai Char Kuew Tiaw ye... Yummyyyyy!!!
Kalau korang nak try silalah ke Taipan. Dekat je dengan office aku ni. Nama je keje kat Shah Alam. Tapi Shah Alam dah sempadan USJ ok... So tak Shah Alam sangat la...hehehehe~ Apa tunggu lagi, rebutlah peluang sejuk-sejuk ni pekena benda panas... Nikmat I tell you!!! Harga reasonable... Takla melampau-lampau mana... Standard la. Mana nak dapat nasi lemak bungkus daun pisang harga singgit kan skang???? Ye dok???
Ini alamatnya...
No.2, Jalan USJ9/5P.
Kedai LOT TEPI...
USJ TAIPAN.
BERHAMPIRAN GEYLANG KOPITIAM DAN MURNI TAIPAN
Selamat Mencuba...
Till then...
xoxo~
p/s: arini macam biasa main badminton dan pingpong...buang lemak katanye... :P
MURNI TROPICANA, AMAN SURIA
Seronok gila bila makan free ni. Lebih-lebih lagi kalau kita diberi mandat nak pilih makan katne. hahahaha~ Aku macam biasa bagi jawapan selamat... Tak kesah mana-mana. Aku drive jerk. Dan pastinya la bila Nenek nak belanja aku suggestla tempat yang nenek tak pernah pergi... Kalau dia ok then selamat la... So, beberapa minggu yang lepas, rasanya masa cuti pertabalan Agong tu, punyelah lama kan... Aku bawak la nenek semua pergi makan kt Murni Tropicana. Sebabnya Murni ni je aku rasa proper dan juga bukak dari pagi ke malam ok... So, alang-alang nak hantar adik aku balik kolej kitorang pun sekali jalan la ke Tropicana...Korang tatap jela gambar-gambar makanan dan air eh? Kasi meleleh sikit... *LAP PIPI*
Ye, I love you too... Hahahaha Macam ba alif ngang pun ada mamat bangla tu. Ada ke bila cakap nak air I love you dia reply " i love you too". Perghhh, rasa nak tampar jerk...
Muka taukey mesti kena enterprem kan? hehehehe Thank you mak.. *aku panggil nenek mak*
My one and only sister with my aunty, Busu...
Nenek lagi sekali bersama Fatin...
Spaghetti Carbonara.... Sedap and creamy ok... Sepinggan tak silap belas-belas kot. Tapi sumpah banyak portion dia ok. Kena share la...
Ini mee raja.... Sedap uols. Adik aku yang order. Nenek suka ini...
View dekat Murni Tropicana ni cantik dan proper la... Kedai pun decoration nice...
Meja penuh dengan makanan.. hahahahhahaa Lapar la plak kan pagi-pagi ni tengok makanan... Padan muka diri sendiri...
Korang tekan je ni konpem waiter dia datang... Kalau tak bingit ok bunyi-bunyi...
Akhirnya berjaya juga diorang semua makan kat Murni...
Takpe lain kali insyaALLAH boleh makan sini lagi...
DAN PICTURE OF THE DAY.... *drum roll please*
slurppppppppppppppppppppp.... dapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
I MISS YOU!!!!!
hahahahhahaha~
ok, bye...
xoxo~
p/s: Gambar semua dari iPod.... tq~
OLE-OLE BALI, SUNWAY PYRAMID
Happy 29th Anniversary PaMa...
Dah 29 tahun hidup bersama...
Menempuh pahit dan manis bersama...
Menjaga dan mendidik anak bersama...
Bahagia dalam duka bersama...
Gembira dalam nangis bersama....
Dan terima kasih PaMa, kerana masih lagi bersama....
29 April 2012 adalah hari ulang tahun perkahwinan pama aku... Tapi we all celebrate awal sebab Ahad tu pama nak pergi sweet escape dah berdua. So Sabtu malam terus la pergi Sunway. Kononnya nak celebrate dekat Delicious. Sekali dia dah tak amek order ok. So terus ke Ole-Ole Bali. Ni papa yang pilih. So next time la ye kita ke Delicious.
Kemain lagi serius masing-masing main gadget. Gilerlaaaa....
Hahahahaha~ Muka abang tak boleh belah... Dia nak juga "V' sign bagai ni...
Masih lagi sebuk dengan BB dia... Mama memang camtu....
Ni papa yang order... Apa ntah nama dia.. Boleh tahan sedaplaaa.. Macam gado-gado tapi bukan ye....
Penuh meja dengan makanan.... Yummyyyy!!! Sedap....
Ni sebelum makan... Gambar selepas makan takda...
Baca doa dulu sama-sama before makan... Alhamdulilah..
Dah lepas makan we all still lepak situ lama-lama... Main gadget sambil borak-borak. Duduk kat bahagian luar ni sedap cuci mata....
Gambar candid... Korang layan jela... Aku tak tau nak bebel ape dah...
Adik aku saje je kan posing camni.. Konon nak jeleskan aku lettew.... Sorry... Tak dapat jack....
Sebab aku pun ada ok pic sweet macam dia... Malah lagi la sweet... hahahahaha~
Itu saja untuk laporan sambutan ulang tahun perkahwinan PaMa...
Semoga kekal bahagia selamanya insyaALLAH...
Love you guys always....
xoxo~
Bye~
p/s: nak kuar pergi masak-masak rumah paten...
KENNY ROGERS, IOI MALL, PUCHONG
Memandangkan aku tengah lapar sekarang ni, jadi marilah cuci mata menikmati makanan secara ilusi dan maya. Lap sikit air liur korang tu. Tak perlu nak menjejeh sangat. Malu orang kiri kanan tengok. hahahha~ kantoi di situ. Perut aku ni macam tau-tau jerk. Bila nampak gambar makanan kemain shuffle ye... Geram je aku. Sabar sikit ok. Jap lagi kita pergi makan. Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas aku memang takda plan apa pun. Selalunya kalau takda plan apa aku duk rumah jela. Nenek aku paling bahagia ok kalau aku takda plan. Sebab time ni la dia nak ajak pergi mana-mana. So, Sabtu lepas dia cakap nak pergi kerusi urut yang masuk duit tu. Aku mula-mula ingat nak pergi Alamanda tapi aunty cakap kat sana takda. So ayuh kita ke IOI MALL je ye. Kat situ melambak ada. Dah kasi puas nenek urut jalan-jalan. Then dia cakap nak makan. Kemain pusing-pusing sekitar IOI MALL ok. Nak makan apa jugak la nenek aku ni. Sekali dia stop depan Kenny Rogers ok. Kelasssssssssss tau nenek aku.
Tayang gambar jela eh? Kasik jejeh lagi...
Aku bagi nenek aku yang pilih... Kesian dia kan? Dia mula-mula order ayam and side dishes ni... Then, dia nak order pasta lak...
Ni ha pasta ni dia order. Bukan spegeti bolognese tau. Tapi kalau dalam menu Kenny Rogers tu dia yang No.2. Aku lupa lah namanya... Sorry ok.
Macam biasa, air pilihan. Semestinya Ice Lemon Tea. Lega tekak ahkak tau... Kantoi makan muffins bersepah.. hahahahhaa~
Nak tengok muka taukey kemain lagi fokus dekat makanan??? Kejap kejap.... Aku bagi korang tengok...
Betul ni?
Dah ready?
Sila lahhhhhhhhhh...
Inilah nenek aku... Taukey hari Sabtu lepas. *gumbiranya hati ini*
Walau aku penat, walau aku ada plan, walau aku tak berduit, aku cuba penuhi semua permintaannya... Sanggup korbankan masa, tenaga, wang, dan bahagia aku demi dia...
Sebab.... Dia banyak berjasa pada aku...
Terima kasih nenek (Tapi aku panggil dia mak)
SEMOGA AKU SELALU DIBERI PELUANG UNTUK BERBAKTI PADA DIA SELAGI MAMPU... InsyaALLAH~
*lap air mata*
WONDERMILK CAFE', DAMANSARA UPTOWN
Alhamdulillah....Aku sejak parking bermasalah ni aku semangat ok bangun awal dan pergi kerja...Hari ni kul7.15 aku dah keluar rumah. Sampai office pukul 7.30 bhai. Bahagia dan senyum sampai telinga je. Sebab masuk-masuk office aku orang pertama ok. Gelap gelita. Terpaksa la aku on suis semua.... Yahoooo, bahagia. Kak Yana pun cakap aku pertahankan datang awal. hihihihihihi~ Eh eh, bebel lebih-lebih plak. Ok la, macam biasa, arini aku nak tepek gambar makan-makan lagi. hahahahah~ First time ok try makan kat sini....
Terimalah, Wondermilk cafe :D
Melayan adik yang seorang. Naseb dia bawak camera poloroid dia... Dapatla tumpang sekaki bergambar...
Our starter... Rainbow and Red Velvet cupcakes. Yummmyyyyy~ Moist je rasa. And of course freshly bake from the oven. RM4.90 per piece tak silap. Not bad la kan...
Some of the view inside the cafe.. Feels like home bebeh...
Aku rasa decoration dia semua idea dan buatan sendiri oleh tuan kedai... Menarik tertarik kau memang tembam... Iye, aku tembam. Paham T____T
Ni view dari dalam cafe ke luar cafe... Nice kan?
Tengok ni... Sesuai juga untuk melepak bersama keluarga...
Ni kaunter dia... Masuk-masuk korang terus pilih cupcakes dulu. Nak makan kat sini atau take away pun boleh. Then baru proceed untuk order air atau makanan kalau makan kat sini...
Some of the menus.. Creative gitu. Antara tempat order dengan tempat makan dipisahkan dengan split level ye...
Dah order semua dan bayar boleh tunggu untuk amek makanan dan minuman kat kaunter tu. Kalau lambat dia akan hantarkan ke meja... So don't worry~
Ini alas tray diorang... Menarik kan? Rasa nak bawak balik je tau...
Sedapnyaaaaa cupcakes. Aku tak berapa suka cupcakes sebenarnya sebab manis. Tapi yang ni, aku makan abis ok.... :)
Ni set burger aku... harga dalam RM18.90 tak silap... Kenyang ok... Makan panas-panas memang terbaek....
Sebelum pulang, marilah bergambar kenangan di depan Wondermilk cafe walau semua pandang jerk... hahahahaha~
Selamat mencuba kawan-kawan.
Yang aku try ni dekat area Damansara Uptown...
+Wondermilk Damansara Uptown
41 Jalan SS 21/1A Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-77258930
Silalah yerk..
Jangan lupa bawak camera untuk posing kat sini....
Sekian....
bye!!!
p/s: gambar semua pakai iPod jerk... So abaikan the quality
DOME CAFE, THE CURVE
Selamat pagi... Salam sejahtera. Sari berita penting... wtfffff
*macam berita terkini tak?* ;p
Aku nak ucap tahniah kat diri sendiri hari ni. Sebabnya telah berjaya sampai awal tahap gaban ke office. Puncanya sebab nowadays parking kat office very limited sampai kena double park. So kalau lambat datang alamatnya memang kau parking kat depan guard nun jauh disana. hahahahaha ~ Tapi aku rasa worth it datang awal arini sebab dapat parking VVIP. Betul-betul depan pintu lobby office ok. Wahhh, tahniah zaza. Bravo.... *pheeeeeeeeeewitttttttttttttttttttttttttttttttt*
Meh sini pagi-pagi ni terlanjur awal aku kasik korang leleh air liur. hahahaha~ Aku rasa time ni aku lepak beberapa minggu yang lepas. Sepanjang hari ok we all pergi jelalah mall and also makan-makan dekat mall. So, mula-mula nak lepak Kluang Kopitiam dekat IKANO tapi papa tak nak. Dia nak lepak Dome ok. Perghhhhhhhhh, high taste la. Naseb la dia yang payung kan. So follow je la.... Ayuh ke Dome kita kat The Curve...Kebetulan hujan, so quite penuh la Dome....
Sempat lagi snap gambar Dome...
Pama sebuk tengok menu pilih makanan dan minuman. Aku macam biasa follow jela. Sebab makan selalu tak habis kan, jadi kita guna kaedah kongsi jela... ihihihiihihihi~
Ni adik aku. Kemain menelek menu. Pastu emo aku snap gambar. hahahahaha~ sorry, tak tau kenapa gambar tak boleh rotate. Tensyen aku. Siap dah tanya Kak Filla tau tapi dia pun tak tau napa.
Lepas order, sementara tunggu makanan kita bacalah magazine dulu yerk....
Ini pun aku snap... Hebat kan?
World's Finest Coffee gitu... Tapi aku tak minum kopi pun time ney. ahhahahahaha~ But pernah la yerk....
Minum petang, tapi mama order pizza... padahal lunch time dah melantak kot.
T_____________________________T
Club Sandwich papa lak yang order.... Yerlaaa layan... Nanti kang nak dinner lain plak. Macam aku tak tau.
Aku plak yang lapar ok buat entry ni. Iskkkkk, dugaan betul. Tekak ni nak telan aiskrim satu tong la rasa balik kerja ni. Mana eh? Baskin Robbin??? Ptuihhhhhhhhhhhhhhhh... Makan je kejenye...
Ok, selamat bekerja di hari Selasa kawan-kawan.... Semoga hari ni lebih baik dari semalam....
InsyaALLAH...
Sampai disini sahaja ye dulu...
Lain kali sambung lagi...
TATA TITI TUTU.......
xoxo~
B'S RESTAURANT, PULLMAN PUTRAJAYA LAKESIDE
*entry kali ni menjejehkan air liur. Ini serius!!!*
Sorry la kawan-kawan, aku rasa almost semua entry aku pasal jalan-jalan or makan-makan jerk. hahahaaha~ Nak ulas cerita-cerita terkini belum berkesempatan lagi. Banyak je topik sebenarnya boleh aku ulas. Tapi belum lagi kot. Lain kali ye...Entry kali ni fresh dari ladang. Sebabnya baru berlaku malam tadi. Sempena fiscal yang baru lepas ni we all achieve target, so bos-bos Jepun belanja makan besar. So, sepakat membawa berkat, we all pilih makan dekat B's Restaurant Pullman Putrajaya Lakeside. Nasib la Jepun setuju. Yerla, ofiz kat Shah Alam, dinner kat Putrajaya. Sporting laaaa... So sebab semalam hari Rabu and we all memang balik awal hari Rabu, teruslah set semalam makan besar.
Sampai-sampai haruslah posing ye. Eh, we all bukan kerja kilang. Girls semua kena pakai uniform. Tapi aku kan bajet diva so haruslah salin baju lain sebelum pergi dinner. Cantik kan?
Lagi sekali posing. Haruslah yang pakai baju biasa tu bujang trang tang tang dan muda gitew... Ahhhhhhhhhhhh, senggol-senggolan cubit-cubitan...
Ohhhh this is so candid ok... Otw nak menapak masuk dalam restaurant. Kalau korang nak tau, we all amek buffet. So start kul6.30pm dan habis kul 10.30pm. Korang bolehlah tibai sampai lebam....
Alahai, kat tangga pun jadik... Somelsnyaaaaaa... Tq ah ko chi tong...
I like it.... Kemain aku duduk sopan begitu... hihihihiihi~ *pitam mak mertua tengok agaknya* eh, ada ke???
Model sambilan ye untuk department aku jerk... Tak kuasa ahkak.... Cantik kan panoramanya....
Suka-suka. Sebab aku nampak kurus dan tinggi. Walau hakikatnya, biar aku jela yang tau... *tunduk muka dan geleng kepala*
Inilah bos-bos jepun aku. Paling ketua adalah Mori san (baju orange), then Hamabata san (belakang Mori san), Ishii (2 dari kanan) dan Tamaki san (last kanan) Bukan tak maki ye...
Cantik kan menara ni? Rasa macam dekat Aladdin punya set jerk.... Ke kat Cordoba???
Inilah view dalam B's Restaurant tu....Perghhhhhhh, kalau boleh nak snap je semua gambar.... :)
Sebenarnya cuak nak pijak lantai kaca tu... Takot tak dapat menampung berat kan? Tapi mak ok je... :P itu manager ye, Ms Yana.
Some of the decorations on the table....
Kelibat siapa la tu yang laju semacam. Nampak sangat lapar... hihihihi Kak Mai posing bersama buah-buahan...
Aku cuba menjadi pekerja baskin robbin... Ceduk ice cream....
Bagi sesiapa yang gemarkan cokelat, ini mesti menjadi pilihan utama. Pekat dan likat ok. Tapi aku tak rasa. Takot manis sangat....
Ini ada lagi makanan berunsurkan cokelat...
Ini pun sama... Banyak ok kek-kek dan lain-lain yang cokelat. Bukan sebab rentung tau cokelat nya...
Bagi yang diet macam aku, *tangan ke bahu, mata ke atas* bolehlah makan roti jerk.... memang rugi uols...
Bermacam-macam jenis sauce untuk dimakan bersama salad...
Salad yang segar dan fresh... slurppppppppppp *lap sikit air liur*
Ulam-ulaman yang bukan taste aku.... Ahkak tak makan sayur ye dik non...
Geng muda mudi baru nak start makan....
Ini portion Kak Nurul...
Yang ni aku punya... Brokoli and salad terkecuali ok...Ahkak makan sayur yang terpilih jerk...
Fettucini with cream sauce yang 4 kali we all amek. Punyalah sedap....
Sunset view from the balcony.... *berangan*
Atok Mori with me... Somelsnye....*lempang diri sendiri*
The Three Sisters - ala-ala charlie's angels la pulak kan... ahakssszzzz...
Sempat lagi posing dengan abang (ah ko) chi tong....
Three Sisters again... How lovely we are.... Shuweet sangat....
Ini paling nice kan? Meriah nya....
Masing-masing bila dah kenyang kemain lagi kan....
Energetic dan ceria muka masing-masing bergambar...
Napak sangat akulah manusia paling kenyang.... hahahahah~ *tuck in tummy*
Bergambar di rumput... Perghh, ala-ala salam taj mahal pun ada gak ni....
Serius cantik kan menara jam tu?
Korang tengok... Kat parking pun sempat posing tau. Punyalah menarik Pullman ney...
Keseluruhannya, event malam tadi memang happening sangat. Terima kasih kepada semua bos Jepun ku. Tak lupa juga buat team organiser yang sudi menyumbang idea dan tenaga untuk dinner kali ni. Marilah kita tingkatkan prestasi untuk makan sedap lagi next fiscal... InsyaALLAH~
Sebelum mengundur diri, haruslah ada aksi tuan punya blog kan?
Terimahlah....
Yang jauh jangan dikenang...
Ingat daku dalam doamu....
Sekian...
Yang menunggu bukan penunggu....
Assalamualaikum...
bye bye...
xoxo~
Chao chin chao...
p/s: setinggi-tinggi penghargaan buat Kak Nurul dan Kak Kuna atas kesudian mengambil gambar-gambar untuk diri ini...
MALI'S CORNER, DANAU KOTA
*ehem-ehem*
Tekak gatal.....
Ini cerita minggu lepas. Banyak sangat berjimba gini lah jadinya. Update lebih gambar je sebenarnya. hihihi Terlanjur family ada sini selama 5 hari, jadi haruslah setiap hari jalan-jalan cari makan je. hihihihihi Isnin lepas balik kerja borak dengan abang.
Scha : Abang, esok malam apa plan? Korang nak pergi mana?
Abang : Tak taula. Napa? Scha ada plan ke?
Scha : Jom try Burger Kaw Kaw kat Wangsa Maju nak? *sambil tunjuk gambar dan peta*
Abang : InsyaAllah...
So, Selasa malam lepas kerja terus siap-siap ke Wangsa Maju. Gigih ok cari burger kaw kaw ni. Sekali dah abes ok. Sedih je. Telan air liur je. Itu pun kemain ramai lagi dh beratur. Next time akan usaha lagi.
Inilah peta lokasi Burger Kaw-Kaw. Selamat mencuba ye kawan-kawan.
Yang ni owner kot. Aku cilok kt google je. Pastu tiba-tiba kawan aku cakap kt Puchong pun ada ok. So bolehla try. Dekat sikit.
Memandangkan Burger tak dapat, kita lepak la tempat lain ye. Lagipun abang memang mengidam nak makan. So terus la ke Danau Kota makan kat Mali's. Ini yang dinamakan Lain Dicari Lain Dijumpa. hihihihihihi
Sorryla yerk. Tuan punya blog sebok makan dan snap polaroid pictures sampai lupa nak snap gambar makanan.
Korang tatap jela eh sisa-sisa makanan. Tamak semua nya. Makan nasi lemak dan Char kuew tiaw. Air siap order dua plak tu. Anak sapo la...
Dua orang ni paling suka. Sorang sebab dapat penuhi tokak dia. Sorang lagi happy sebab first time makan kt sini. hihihihhihi~
Tokey pada malam itu. Haruslah snap kan? hihihihihi
Ok, gambar aku je takda. Sebab aku yang jadi camera girl kan? Pastu bila suruh orang lain snap gambar aku semua hancus. Gegar ok.Memang spoil betul la....
Ok, itu je nak cite... Banyak lagi entry pasal makan tak update lagi sepanjang minggu lepas. Belum lagi Weekend yang baru je lepas ni. Adehhhhhhhh, pitam....
Till then, xoxo....
p/s: ada orang tu kena cucuk amek darah terus pengsan!!! ok, bye.... *tutup muka*
IKEA CAFE
*HAPPY BELATED BIRTHDAY ZACK*
Eh, sungguh tiba-tiba kan? Apa motif sebenarnya nak wish ni? Ok, biar aku (pasni nak pakai aku la) explain sikit pasal Zack ni. Aku kenal dia time degree. First sem degree kiranya. Asalnya aku kenal housemate dia dulu, Feen. Then baru aku kenal si Zack ni. Memang rapatla juga dengan mereka. Until now alhamdulillah kami still berkawan. Nak dijadikan cerita, Jumaat aritu tiba-tiba Zack kol. Dia tanya apa plan esok. Means Sabtu la kan? Aku cakapla takda apa kot. Then dia cakap kalau free jomla hangout. So aku kata insyaALLAH. Apa-apa aku roger dia. Sumpah wey time ni tak fikir or ingat langsung pasal birthday dia. Sorry bro... :( Plan asal nak pergi Sunway je sebab terlanjur adik aku nak ambil barang kt kawan dia depan Summit USJ kan? Tapi bila dah pergi ambil barang, aku tukar plan. Aku mesej Zack kalau pergi IKEA boleh tak? Terus dia kol aku cakap boleh and nanti dia tunggu je kat sana. Korang tahu tak, jem teruk ok dari USJ tu nak pergi ke Damansara. Itu pun aku lalu NKVE. Yang kelakar kan, aku macam lupa pasal IKEA sales tu. Memang patut pun jem. Dekat sejam ok menakong Zack tunggu aku and adik aku.
So, sampai-sampai kol Zack sebab dia nak tumpang letak helmet dalam kereta. Alang-alang dah nampak dia, terus jela angkut dia masuk dalam kereta then cari parking sama-sama. Alhamdulillah kejap je dah dapat parking. So terus ke food court. Aku dengan adik aku macam biasa la order meatballs. Zack tak makan daging. So dia makan Chicken Grill kot. Menu baru kat IKEA.
Benda wajib yang mesti order. Brokoli. hahahahha~ Even kaler hijau tapi aku makan dan suka. Aku kan tak makan sayur hijau-hijau ni. But this one, the only exception. Cewahhhhhhh! Macam lagu dah ney.
Adik aku poyo. Malu katanya. Yummy, kek DAIM sedap!!!!
Inilah dia birthday boy. Masa ni still aku tak ingat lagi ok pasal birthday dia. Padahal aku siap mentioned umur dia tahun ni berapa semua. hihihihi Apa punya perempuan daaa...
Hahahaha adik aku tak puas hati. Dia nak jugak snap gambar aku buruk-buruk. Tapi.... Well, kamera suka aku kot. Haruslah cantik... hihihihihi
Yang ni muka tak puas hati...
Ok, dah licin licau silau dah semuanya. Sebab semua lapar. hihihihihi Zack tukang perabis kek ok.
Haahahahahah~ kalau dah dasar gedoyot tu kan Zack, buat aksi macam mana pun still nampak gedoyot :p Lepas makan kitorang jalan-jalan kt the curve. Zack melayan jelah aku dengan adik aku macam biasa.
Korang nak tau bila yang aku ingat birthday Zack? ahhahahaha dah balik rumah and settle semua on lappy tengok FB baru teringat ok. Itu pn aku tengok FB Zack semua wish dia. Terus jerit-jerit dekat adik aku yang aku lupa birthday Zack. Kena marah ok dengan adik sendiri. Then terus dan-dan post kt wall Zack "Seronok tak keluar tadi? Nati kita hangout lagi ye. Nak wish tadi malu la... (pdhal lupa) <----- yang ni aku tak taip. Happy Birthday Zack. Tiba-tiba dia terus FB chat aku. Tanya mana tau ni. Aku cakapla mesti la aku ingat sebab semalam birthday abang aku. So arini birthday dia la. Beza sehari je lagi pun. HAHAHHAHAHAHA~ hebat kan aku drama?
Kitorang ada masuk kedai Daiso tau.
Tak... Bukan beli apa-apa pun. Sungguh ni tak beli.
Cuci-cuci mata je tengok barang. Berangan untuk masa depan nanti.
Sekali terbuat perangai pulak ok.
Malu tak malu la kan? hihihihihihi
Nahhhhhhhhhhh... Hamek ko!!!
Zack, sejak bila you can be so cute eh????? hahahahahahhaa
Aku suka gambar diorang ni.
Itu je nak cite.
Nanti ada cite aku cite lagi eh?
p/s: aku kalau boleh nak cite yang best-best je kt blog ni.....
HOMEMADE BURGER
Bila hidup membujang, mulalah kreatif. Macam-macam nak cuba dan nak makan. Apa yang ada dalam fridge semua dicuba buat. Asal kenyang sudah. Orang bila demam tekak perit selalu nak makan bubur kan? Tapi perempuan ni kelas ok!!! Demam-demam duk mengidam burger Ramlee tepi jalan tu. Tapi hujan lebat kan? Kenalah usaha sendiri didapur tanpa perlu keluar rumah. hihihihhi rajin kononnya lettew. Senang rupanya masak ni. Yerla, sekadar masak burger memang la mudah dan cepat. Jimat masa dan tenaga.
Inilah dia Burgembira saya!!!
Haipppppppp... Belum lagi. Kita mulakan dari awal ye kawan-kawan.
Mula-mula mestilah ada beli daging burger kan? Mine is ayam ye. Itu pasal dia putih gitu. Sediakan pan kemudian letakkan sedikit planta...Letak sikit buat syarat supaya tak melekat dekat pan...
Tengok tu...Minyak keluar dari daging ayam tu. Tu pasal tak perlu letak banyak planta. Sila abaikan warna nya ya.... hihihihihi *sambil masak sambil tengok tv*
Ni la bahan-bahan yang perlu untuk buat burgembira ni. Roti pakai Gardenia biasa je pun boleh. Sediakan sayur-sayuran seperti timun, salad dan tomato. Oh ya, roti kalau nak sedap sapu planta dan bakar sekejap.
Lepas tu sapukan sos dan mayonese pada kedua-dua belah roti. Then letak sayur dan siap!!! Yummyyyy...
Inilah dia rupa Burgembira saya.... *meleleh air liur*
Ngap ngap ngap.... dah sedap makan tinggal separuh baru snap pic lagi. hihihihihihi~
Selamat menjamu selere...
Selamat mencuba...
*sambung ngences*
T_____________________________________T
lapar
p/s: abaikan kualiti gambar. snap guna BB je...
MAK JAH KOPITIAM, PUTRA HEIGHTS
Selamat tengah hari kawan-kawan. Makan apa lunch tadi? Kenyang? Puas hati? Teman alhamdulillah kenyang dan puas hati. *burppppppppppppppp* sendawa... Excuse me! hehehe Meh sini arini nak berpantun sikit. Alaaaaaaaaaaaa... bagi la peluang. Sikit je...
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati....
Muhahahhahahahaa~ Ntah pape je motif nak berpantun. Tadi masa lunch we all pergi try makan dekat Kopitiam Mak Jah. Area Putra Heights je. Boleh plak terjumpa kawan lama. Dia dating dengan awek dia. Eh eh, tak baik cakap dia tak pergi masjid. :P Dia balik awal la... Sila berfikiran positif ok. Malu-malu nak tegur dia so tulis kt FB dia... Lepas tu baru la sama-sama terpandang dan say hi... hehehehe ~ tapi segan nak bergambar dengan dia sebab awek dia pandang jerk.... Jeles lettew... Tergugat lettew. :P hahahahhaa~ *bingai*
Ni motif nak tunjuk air ke nak tayang muke? hihihihi cantikla pulak gambar ni kan? Air sirap selasih uols... Hilang haus terus. Sejuk je tekak. Dulu-dulu tak panggil sirap selasih. Dulu-dulu panggil air telur katak. Euwwwwwwwwwww!!!!
Ni la my meal untuk lunch. Bubur je... Sedap ok. Cuma habis semua hirisan halia perempuan ni asingkan.... Punyala tak suka halia...Sanggup tu asingkan... Nampak macam simple je kan? Macam tak menarik kan? Nanti dulu belum habis lagi.
Ada telur masin dan juga jeruk lobak. Eh, lobak jeruk ke jeruk lobak??? Mana eh??? Korang faham-faham sendiri jela... Telan masuk mulut licin je kan...Kalau lapar telan apa pun sedap kan? :)
Inilah KALI PERTAMA (haruslah tepek title disini. Barula ada connection gitu) menjejakkan kaki di Kopitiam ni siap makan habis ok. Tamatlah riwayat bubur nasi di dalam perutgendut perempuan ni.
*boleh ending macam ni ala-ala karangan aku semangkuk bubur nasi?* T_______________________________________T
#muntahhijau
Inilah KALI PERTAMA (haruslah tepek title disini. Barula ada connection gitu) menjejakkan kaki di Kopitiam ni siap makan habis ok. Tamatlah riwayat bubur nasi di dalam perut
*boleh ending macam ni ala-ala karangan aku semangkuk bubur nasi?* T_______________________________________T
#muntahhijau
Suka la decoration kat kedai ni.
Dua tingkat ok.
Atas dan bawah.
Boleh pilih mana-mana yang berkenan dihati.
Boleh refer FB Mak Jah Kopitiam
Selamat Mencuba....
xoxo~
p/s: member (perempuan ni) perasan gambar dia snap cantik... tu je nak report. ok bye!!!
TONY ROMA'S, PAVILLION
Assalamualikum semua... Dah hari selasa. Kejap je sudah nak masuk bulan baru. Alhamdulilah. Semoga rezeki bertambah hendaknya. *kenyit mata* ; ) Kali ni nak cerita pasal keluarga. Semua sayang keluarga kan? Tak kesah teruk macam mana sekali pun air yang dicincang takkan putus. Kasih sayang sesama keluarga tu tetap ada walaupun jauh dimata tapi akan selalu dihati. Jadi, bila dah besar-besar dan bekerja, masing-masing dah buat haluan sendiri. Bila ada hari tertentu dapat kumpul ramai-ramai spend time together rasa indah je. Walau tak bertegur sapa kadang-kadang, walau marah tak tentu hala namun kita tetap serasa bersama. Inilah yang dinamakan kasih sayang. Kualiti ni yang perlu ada dalam setiap keluarga. Tanpa kasih-sayang manusia boleh hilang pertimbangan dan macam-macam lagi. Apatah lagi bila berlaku perebutan harta dalam keluarga lebih-lebih lagi bila parents sudah tiada... Jadi, bila kita ada keluarga sendiri, didiklah dan berilah kasih sayang yang sewajarnya. Sayang bukan bererti tidak tegur kesilapan anak ataupun tidak cubit/pukul kalau buat salah. Faham kan? *meleleh*
Sementara ada kesempatan, perempuan ni bersama keluarga telah meluangkan masa bersama. Misi utama adalah untuk meraikan hari lahir seorang yang bergelar BAPA. My otomen. hihihihihi Jom kita lihat serba sedikit aksi "Serasi Bersama" :) *muntah hijau*
HAHAHAHA padan muka muka blur. Yang ni from my camera. Jadi of coz gambar saya tiada.
T___________________________________T
Amboi, birthday boy kemain suka lagi. Ohhh lupa. Ni masa we all jalan lalu sky walk (sorry, tak tau nama) from KLCC to PAVILLION.
Lagi sekali percubaan birthday boy. Ternyata gagal. hahahahahahaha
*sorry dad*
Comelnya.Ok, yang kulit paling cerah tu pemenangnya adalah...Iye, perempuan ini. *dabik dada* hahahaha
Mula-mula nak makan kt Chili's KLCC but then diorang nak pergi PAVILLION so end up celebrate kat Tony Roma's la... Posing dulu. Serasi Bersama
*cinta sampai mati*
Tak sempat transfer gambar dari kamera abang. uhhuhuhuhhu~ Nasibla ada sendiri punya.
Serasi Bersama.... From left, adik, me and the one and only brother. xoxo~
THE MENUS...Sampai 3 ok. Rambang mata.
Naseb dapat rasa air ni dekat sini. FRAMES dah tutup. :( sedih dah...
Ni air pineapple apa ntah. Sorry tak ingat nama.
This one is mango something something. Also can't recall.
Dia bagi roti ni dengan garlic spread free....
Ini dia starter yang we all pilih. Eh silap. Its my mom's choice. :) I love it!!! Rangup tau...
See, lapar terus ok ni.. Naseblah dekat Shah Alam takda Tony Roma's
This one is Panini. I shared it with my sister.
This one is recommended by the waiter. Tibai jela. Orang lelaki kan nak nasi. hihihihihi Kesimpulannya, kalau nak sedap order steaks ok. But for me, I prefer Chillli's lagi la. hihihihih~
Ok, dah settle makan semua. Time to find birthday present. Satu Pavillion pusing ok.
Mula-mula pergi Braun Buffel. Punyalah lama kat sini sampai dapat air ok. Ingatkan dia dah tetapkan hati nak hadiah Braun Buffel. Tapi tak jadi pula.
Bila bosan mula lah snap diri sendiri dekat glass tempat letak wallet dalam kedai ni. hehehehe
Ajak my mom pula posing sama. =)
Dad bought this. hihihihi Caramel. No nuts ok. Gigi besi tak boleh la keras. We all makan sepanjang jalan from KLCC to PAVILLION. *seronok*
Finally, my dad dah pilih hadiah dia. Tapi of coz we paid for him. hihihihihi Nak tau dia pilih apa?
Kejap.... Kejap.... *scroll down*
Betul ke ni nak tau?
Alaaaaaaaaaaaa.... ke dah tau?
Sikit lagi....
Dah nak sampai dah....
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....Tarakuchachacha.... *lompat katak*
Bergaya bapak aku ok~!!!! *mata ke atas, tangan ke bahu* ok bye....
HOMEMADE EGG STEAK
Assalamualaikum dan salam hari Isnin korang. hahahahah~ Macam mana weekend? Meriah? Fuhhhh seronoknya. Sebagai pembuka selera di hari Isnin dan Minggu yang indah ini marilah kita berkongsi rahsia. hahahahah~ Takda la rahsia mana. Takda kena mengena pun dengan entry ni kan? Of course la.... Ok, back to the topic.
Korang pernah tak teringin? Alaaaaaaaaa.... Bukan teringin yang mengidam tu. Ni teringin yang macam dah lama tak dapat so buatla sendiri. Opssszzz, buat sendiri ok!!! Sabtu lepas lepas balik dari Sg Buloh macam lapar tapi tak nak makan heavy. Tengah tengok TV pastu boleh pula terbayang egg steak (tibaila namanya). So mula la pergi dapur sedia bahan. Simple je dan kenyang. Tak caya? Tengok gambar dan stepnya. Ini baru permulaan ok. Akan datang lebih gempak. :P
Ini dia kentang yang sudah dikupas dan dipotong mengikut bentuk wedges. Ni konon-konon nak buat wedges la sebab fries takde kat rumah.
Yang ni terpulang. Sebab perempuan ni tekak mesti nak ada rasa pedas sikit jadi dia bubuh garam dan rempah kari secukup rasa. Perghhhhhhhhh... sedap wo.
Ini hasilnya setelah digaul rata bahan-bahan tadi. Lepas tu korang goreng telur mata lembu dulu. Dah siap barulah goreng wedges ni. Kalau ada baked beans boleh tibai makan bersama. Tapi sebab dah lapar tak sempat cari baked beans terus tibai je. Nenek dengan aunty pun makan sama ok. Hasilnya.....
Jeng Jeng Jeng...
Nanti cuba... Kalau sesekali teringin....
YUM YUM YUM....Dapnye.....
Ok, kan dah lapar semula. Bila nak lunch ni
T__________________________________T
TIPS: Goreng telur dulu baru goreng wedges tau. Sebab kalau goreng wedges dulu nanti minyak dh kotor pula bila nak goreng telur. Eh, berbelit la kan? Lantak. Selamat teringin!!!! xoxo... bubbyeeeeeeeeeee~ hihihihihihi
KENNY ROGERS, ALAMANDA, PUTRAJAYA
Yummmyyyyyyyyyy~ Tengok kek je boleh buat mata juling sebab lapar tau. Ini kek hasil air tangan dan kasih sayang Kak Ain. Dia sekarang dah business kek & pastry. Pasni kalau korang berminat bolehla roger. Ini carrot cake ye. RM 45.00 tak silap dia kata. For me, lebih sedap dari SR. *tekak lain-lain kan*
Inilah kami. Yang dapat berkumpul bersama hanya 7 orang sahaja. Dari kiri sekali; Riena, Wawa, Add, Yana, Wani, Kak Ain and of coz perempuan demok. hihihihhihi *gelak kecik-kecik*
Alahai...Memori sungguh pose begini la. Yana, you make me think of him ok. Posing sebijik sama. hihihihi
Sudah penat order, kita posing la dulu kan? Belum sampai masa dan ketika untuk makan. Alahai, comelnya ibu mengandung tu. Gerwammmmmmmm.... InsyaAllah one day kan? *geget kuku*
Ini turn Wani, Riena dan Wawa pula. Posing jangan tak posing. Bakal tunangan orang yang tengah tu kemain lagi berseri-seri muka. Tak lama lagi je dah.... Semoga selamat semuanya. Amin~
HAHAHAHAHHA~ Hamek kau. Malam ni semua entry ada tepek gambar makanan. Menjejeh dan terus menjejeh ye. Ya Ampun, makroni cheese tu mendayu-dayu je macam memanggil gitu.
Haaaaaaaaa... Pok Cik monang moto yo. Itu kerja keras pokcik masuk MLM. *zasssssssssssssss* hihihihi hasil kutipan rakan taulan.
Alaaaaaaaaaa somelnye semua. Lepas habis licin makan ayam dan kek, marilah kita bersama-sama mengabadikan kenangan setelah sekian lama tak berjumpa :)
Mentang-mentang baru seorang ahli yang preggy, yang lain kemain excited lagi. Tengok la perempuan ni. Hover tau muke tak control excited. Melopong ha....
Jalan-jalan teman Kak Ain cari kasut dan window shopping masuk ROXY. T__________T kembali meleleh air liur. Dia ni semua nak meleleh la... Ngences ape? hihihihihi *depan ROXY pn jadi bergambar*
Choppppp... Ibu mengandung pun nak juga. 3 girls and a boy ok. Dalam perut tu boy. hihihihihi Hello Kitty tak sesuai ye Add dengan baby boy. Next time ok baby girl. :)
Yang ni selain cuba bermain pusat dia juga cuba untuk berangan jadi ibu mengandung. Bukan sekarang la tapi. Tapi berangan tetaplah berangan. Masuk Mother Care perempuan ni yang lebih sudu dari kuah ok.
Macam biasa, kalau takde aksi comel tak sah kan? hihihihihihi
Silalah...Jemput-jemput lihat dan tatap!!!
1,2 and....
T.H.R.E.E :)
Hye... Saya suka kasut pink tu. Ini aksi untuk fokus pada heels tu bukan perempuan demok ni.
T______________________________________________________________T
CHILLI'S, BANGSAR SHOPPING CENTER
Bila perut menyanyi riang menari tango mulalah kita buat perangai. Tengok gambar makanan pun menjejeh-jejeh air liur jatuh... Sampai menitis dekat keyboard. Buat malu je ok. Buruk perangai tau. Tapi demi air liur menjejeh tu, ku turutkan jua untuk bagi korang semua turut menjejeh bersama... hahahaha *gelak kejam*
Semalam, lepas je bersuka-ria menyanyi riang di kotak merah, perempuan ni dengan rasa indah bahagia perut meronta-ronta nak makan sedap telah menghasut adik dia untuk turut sama menjalankan operasi "makan sedap". Inilah idaman hati. Chili's dekat Bangsar Shopping Center.
I tweeted adorable Vivy that night as above pasted tweet, and to my surprised she replied ok!!! Woot...woot... My sister is so damn jelly *jeles* about it. I'm so happy. Tq Vivy....
This is my one and only sister. We went through a lot... And of course there's ups and downs in our relationship. Adik beradik mana tak gaduh kan? hihihihi I love you sister... :)
And of course, perempuan ni pun nak juga posing... Sedap nya air tu. hihihihihi Tak sabar nak tunggu makanan sampai. Asek pandang kanan kiri je....
Yeayyyyyyy... The food are served. hihihihi Kemain menjejeh air liur tengok gambar ni. Lap sikit la mulut tu please.... Malu la orang pandang. Kan kan?
Perempuan bajet slim dan tak demok ni order Lamb Shoulder. hahahahha Kemain kan order? Padahal ini dinner ok. Ape benda nak diet nya??? *lantakkkk*
This is what my sister ordered. Nachos. Jalepago ke ape ntah namanya. Lupa la... Sumpah sedap ok. Lamb tadi pun sedap. TAK LIYAT!!! Itu yang penting... :)
Ok, kalau korang order this Nachos, silalah jangan tamak nak order sorang satu. Order satu untuk satu family pun cukup la. Sebab ni consider starter jerk. Gila apa nak tibai sorang makan Nachos ni sampai lebam. Mampuihhhh laaa...
Lamb Shoulder ni pulak for me, tak bolehla makan sorang. Tak abis ok. Ni portion untu dua orang boleh kot. Tapi kan, tapi kan... Nampak tak mashed potato tu??? OMG~!!! Sumpah sedap ok. Sangat sedap. The gravy is marvelous sangat. Plus the black pepper sauce kan, alamak... Memang meleleh lah.
Ok, jom meleleh dan menjejeh sama...
T__________________________________________________________T *lapar*
p/s: Hope pasni dapat jumpa vivy la.... *dreaming*
CHAWAN, BANGSAR
Taraaaaa..... Semalam nak dijadikan cerita after sending my sister back to her hostel, we went to CHAWAN just to lepak there for a while. After all, they never been here before. So, why not kan? Ohhh, lupa. CHAWAN ni terletak di Bangsar. Berhampiran atau berhadapan dengan Bangsar Village. Inilah dia rupa menu CHAWAN. Boleh tahan menarik kan? Teruja nak cuba? Sila-sila bersila...
See, semua benda perempuan ni nak snap gambar tau. Rasa macam cantik pula. Actually, If I'm not mistaken, I heard about CHAWAN from JJCM. Or maybe my sister since she's studying in Bangsar and Bangsar is like her second home, so of course she knows everything here. Besides, my family and I love to go CHAWAN every time we visit or send my sister back to hostel.
Muka keras dan keliru melihat menu. Sampai tak tau nak minum dan makan apa. Kalau nak tau, dekat CHAWAN ni ada lebih 15 jenis kopi dari 15 jenis daerah di Malaysia tau. Gempak tak gempak la kan? Special and recommended drinks kat sini adalah Frappe Kemaman atau kopi Kemaman pun ok. Semalam I try Kopi Batu Pahat, my hometown. Boleh tahan la sedapnya.
Ini bukan nak snap gambar lelaki berbaju kuning atau pun perempuan berbaju maroon itu. Tetapi nak snap view of their kitchen counter *eh, ye ke tu namanya?* tu je... Menarik la for me.
Yang ni pun sama. Bukan sengaja nak snap lelaki berbaju biru tu. Cuma nak tunjuk kaunter bayaran dia sahaja. Lupa nak snap gambar toilet. Toilet bersih dan menarik. Tak macam toilet dekat kopitiam seperti Old Town or Old Taste. hihihihihihi
Siap ada tumbuh-tumbuhan lagi. Decoration dan landscape dekat CHAWAN ni memang boleh membuat hati tertawan tau. Tapi kesian pokok-pokok ni. Hari-hari bau asap sebab pelanggan ramai smoking kt area sini.
Jeng jeng jeng... Menu pilihan hati sekadar untuk testing je. Roti bakar sambal. Sedap tapi pedas. Teringat dulu masa sekolah rendah selalu beli roti sambal dekat kantin. Masa tu RM 0.20 je. Sekarang roti sebegini harganya dah RM 2.50 ok.
Haaaa... Untuk air pula, ada kopi Kemaman, kopi Batu Pahat dan Frappe Kemaman. Yang tengah itu Frappe Kemaman ye... Kanan sekali is mine, kopi kampungku. hihihihihi :) Average kopi ni sekitar RM 5.00 hingga RM 7.00 tak silap. Sejuk, panas atau ice-blended lain harganya. Chewahhhhh... Ada macam JJCM tak? *kelas kau Maria* MARIA SHARAPOVA
Yang ni apa motif? Sekadar nak tayang telefon bimbit mahal atau apa? Takkkk... Sebenarnya nak tunjuk yang dia juga ada dalam gambar ni walaupun hanya sedikit tangan/jari serta telefon bimbit. Itu sahaja. Nak tayang gambar sendiri malulaaaa... Sebab macam sememeh je kan? Yerlaaaa, tunjuk jugaklaaa.... Ready???
Kejap, kejap... Betulkan apa yang patut.
Ok, sudahhhh....
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.... *si gemok* YE, ITU SAYA!!!! Bye....
P/S: UPDATE PASAL SINGAPORE TAK HABIS LAGI DAH UPDATE BENDE LAIN... T________T
HOME MADE ROTI JALA WTIH CURRY
Hellooooo... Its Saturday! Yaa... I know all of you are having some quality time at home, on you bed or even dating... Uhuhuhu As for me, I'm here in my office. Its not that I'm too workaholic or something. I'm trying to save my Annual Leave for something fun and enjoyable. Get it??? Hihihihihi So let's start my Saturday with mouth watering picture.... Yummmyyyyyy :)
0 comments:
Post a Comment