Ramadhan 2013 - Day 3

Arini dah puasa ke enam baru aku terhegeh-hegeh nak update pasal puasa hari ke 3. Maklumla, weekend kan balik kampung. Beriye bawak balik laptop sekali sikit pun tak takda masa nak online ok. Asek la keluar ke sana ke mari... Sudahnya kena bahan je dengan Wan. hehehehe ;p

Jumaat lepas, kan aku nak balik Johor kan, so jadinya of course la tak masak. Beli saje. Pergi bazar kat Alam Megah borong makanan. Lepas tu settle terus balik. Gigih ok pergi bazar hujan-hujan without payung. Dah set in mind nak beli apa kiranye nampak je terus beli. Siap beli semua balik. Settle keje. Macam-macam ok aku beli.



Rojak ni terbeli sebab tengok dia punye cucur udang tu punyalah rangup ok. Masa dia potong-potong tu bunyi "krukkrakkrukrak". Punyalah rangup. Naseb baik boleh tahan rasanya. Licin... Rojak ni RM3.50 ye kat bazar Alam Megah.



Rojak yang telah di improve oleh Wan. Slumber dia potong salad-salad dalam peti ais and campur sekali. Sedap gak. Kalau tak buat camni, tak bermakan gak salad tu kan... So buatlaaa ye... Janji licin and tak membazir sudah.



Ini untuk wan. Mula-mula nak nasi ayam. Pastu tukar lak nak nasi ayam berempah bagai. Aku beli je yang ni. Tak tau sedap ke tak. Dia takde komplen means bolehla kot. Ada begedil lagi ok. Sebungkus RM6.00. Amek kau... Terbaiklah harga kan...



Untuk aku, laksa penang sudah... Sedap wo sampai Wan hirup-hirup kuah dia walaupun isi dah habis. Sebungkus RM 3.50 sahaja. Berbaloi la kan... Sebab licin...



Yang ni kuih yang menjadi pujaan hati dan perasaan aku. Dari 2nd puasa aku cari puasa ke 3 baru dapat ok. Tepung pelita terbaik la... Tepung Pelita 5 RM 2.00. Pun licin...



Jumaat lepas dia punya jem tu boleh muntah darah aku ok. Nak sampai ke rumah berejam. Padahal dah nampak dah rumah. Nak sampai tu yang payah. Jemnya dari Matsushita tu ok. Giler la. Kul 7 lebih baru sampai rumah. Naseb semua dah beli. Tinggal makan je. Wan siap potong buah epal dah. Sedap... Rangup.




Ini dia kesemua hidangan masa berbuka puasa ke tiga aritu. Penuh meja ok. Makan nya untuk dua orang je. Tapi makanan nya macam empat orang je kan??? hehehe Tapi alhamdulillah semua licin. Senang hati kitorang balik Johor kekenyangan lepas Isyak. Pastu ngantok. Ehem, siapalah tu kan??? ;p


Kitorang sampai rumah mama pun almost 2.00am dah tau. Pama pun tak sedar dah masa kitorang balik tu. Abang yang tunggu and bukak pintu. Masuk-masuk terus pergi dapur. Ada Domino's Pizza. Bantai dulu sekeping and minum air pastu tidur. Sahur kul5 camtu baru bangun. Macam-macam mama masak tapi aku lupa nak snap. Abaikan jela ye... hehehehe ;D


Semalam lepas Zohor around 3lebih camtu gerak balik KL. Destinasi yang dituju Puchong. Berbuka kat rumah nenek with aunty lak. Jalan clear je. Miracle sangat. Kul6 dah sampai rumah nenek ok... Alhamdulillah.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...