Melayan Nenek...

Memandangkan aku tengah lapar sekarang ni, jadi marilah cuci mata menikmati makanan secara ilusi dan maya. Lap sikit air liur korang tu. Tak perlu nak menjejeh sangat. Malu orang kiri kanan tengok. hahahha~ kantoi di situ. Perut aku ni macam tau-tau jerk. Bila nampak gambar makanan kemain shuffle ye... Geram je aku. Sabar sikit ok. Jap lagi kita pergi makan. Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas aku memang takda plan apa pun. Selalunya kalau takda plan apa aku duk rumah jela. Nenek aku paling bahagia ok kalau aku takda plan. Sebab time ni la dia nak ajak pergi mana-mana. So, Sabtu lepas dia cakap nak pergi kerusi urut yang masuk duit tu. Aku mula-mula ingat nak pergi Alamanda tapi aunty cakap kat sana takda. So ayuh kita ke IOI MALL je ye. Kat situ melambak ada. Dah kasi puas nenek urut jalan-jalan. Then dia cakap nak makan.  Kemain pusing-pusing sekitar IOI MALL ok. Nak makan apa jugak la nenek aku ni. Sekali dia stop depan Kenny Rogers ok. Kelasssssssssss tau nenek aku.


Tayang gambar jela eh? Kasik jejeh lagi...


Aku bagi nenek aku yang pilih... Kesian dia kan? Dia mula-mula order ayam and side dishes ni... Then, dia nak order pasta lak...


Ni ha pasta ni dia order. Bukan spegeti bolognese tau. Tapi kalau dalam menu Kenny Rogers tu dia yang No.2. Aku lupa lah namanya... Sorry ok.


Macam biasa, air pilihan. Semestinya Ice Lemon Tea. Lega tekak ahkak tau... Kantoi makan muffins bersepah.. hahahahhaa~



Nak tengok muka taukey kemain lagi fokus dekat makanan??? Kejap kejap.... Aku bagi korang tengok...

















Betul ni?



















Dah ready?





















Sila lahhhhhhhhhh...































Inilah nenek aku... Taukey hari Sabtu lepas. *gumbiranya hati ini*


Walau aku penat, walau aku ada plan, walau aku tak berduit, aku cuba penuhi semua permintaannya... Sanggup korbankan masa, tenaga, wang, dan bahagia aku demi dia...
Sebab.... Dia banyak berjasa pada aku...
Terima kasih nenek (Tapi aku panggil dia mak)


SEMOGA AKU SELALU DIBERI PELUANG UNTUK BERBAKTI PADA DIA SELAGI MAMPU... InsyaALLAH~
*lap air mata*

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...