SINGAPORE - DAY 2 (Sentosa Island - MEMA)

Setelah sekian lama memerap entry pasal Singapore ni dalam draft, marilah aku kasik keluar semuanya bermula arini... Diingatkan disini, bermula arini ye. Bukan semua aku tibai abiskan arini. Harap maklum. So ni aku cerita pasal MEMA ye. Maritime Experimental Museum apatah.... hahahahaha~ Besh wey...


Mula-mula duduk kat depan kapal besar ni. Ada show sikit la... Dia cerita sejarah kapal-kapal bagai ni... Boleh bergerak ok kepala tu...


Mari kita melawat museum. Mesti korang rasa macam bosan kan museum? Tapi sumpah teruja ok. Sebab ada macam-macam aktiviti dalam ni. Sila cari orang tersembunyi. Keji kan aku menyorok belakang tu kacau Ain bergambar...hahahahaha~


Ni sejarah kat negara China lak. Kat dalam Mesuem ni ada macam-macam negara tau. Ala, macam kita belajar sejarah dulu tu... China la, Hong Kong la, Burma la... Pastu ada passport untuk kita cop satu-satu kat each negara tau. Cop tu unik giler. Pakai ukiran buluh. Tapi aku takda snap gambarnya. Sorry~


Lagi sekali posing. Belakang we all ni tempat macam wayang kulit la... Tapi versi Cina...


Ni dah kat Palembang. Nampak tak tulisan kat floor tu? Haaa... kat setiap negara ada tulisan camtu la....


Busuk ok bau ketiak patung ni.... hahahahaa Saja je aku mendajal kan?


Tengok ni, ada station dimana pengunjung boleh membuat aktiviti seperti mewarna, melukis dan juga buat kapal macam dalam gambar tu....


Cuba teka ni dekat area mana? Betul.... INDIA!!!!


Yang ni konpem korang semua tau... Of coz la negara Arab sebab ada unta kan? Yeaaaaaaaaaaaa...betul dan tepat sekali....


Sempat lagi posing dan main-main snap gambar kt wall kosong menuju ke bawah Museum


Helloooo, abang aku pun sebok je tiru aksi...


Korang tengok gambar ni ada terbayang atau fikir apa-apa tak? Ni kononnya macam bahtera Nabi Noh tu.... Dalam penuh haiwan... Pandai diorg buat kan?


Ni plak badak sumbu.... Cantik la tempat ni sebenarnya... Tak tipu...


Kat sini korang boleh try alat-alat muzik.... Tapi guna komputer yang disediakan la ye... Bukan petik gambus  yang kt dinding tu...


Aku beli tiket MEMA ni pekej sekali dengan USS. Harga tak silap RM178 dekat groupon la. Tapi kalau korang tak beli yang pekej nak walk in je pun boleh. Sebab tiket nya takdela mahal bebenor. Tak silap aku kalau convert duit Malaysia dalam RM5 ke RM10 je. Worth it la kan... :) Lagi pun muzium ni berhadapan Universal Studios tu jerk. Tak de la jauh nak menapak pun... 

Itu je untuk entry pasal MEMA ni. Nanti aku sambung cite pasal Singapore lagi. Kali ni mana tempat kitorang makan kat dalam Sentosa Island...Sebelum mengundur diri, sila menikmati gambar paling cute di alam ini....Bukan alam anda atau ALAMANDA ye. Tapi alam saya.... hahahahhahaa~









Yang paling comel...


Ok, bye....
*sambung muntah hijau*
T__________________________________T


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...