Ye, memang macam-macam boleh berlaku dalam masa sekelip mata sahaja. Just like "snap" *ala-ala beyonce* macam-macam boleh berlaku kan? Semua orang selagi hidup di dunia ini takkan terlepas dari semua ni. Aku juga turut tidak terkecuali. Tapi benda-benda yang berlaku sebenarnya adalah pengajaran dan pengalaman buat diri kita mahupun orang di sekeliling kita. Makanya, walau apa pun berlaku dan terjadi, haruslah bersyukur dengan segala yang kita miliki kerana tidak semua orang memiliki segalanya yang kita miliki. *ingatan untuk diri sendiri*
Kalau minggu lepas kita tertawa riang training netball and enjoy sports carnival, minggu ni kita duduk diam pula. Macam tak percaya sesuatu perkara tu boleh berlaku dalam sekelip mata je. Kalau semalam kita makan dan bermesra bersama, mungkin harini kita mengadu, menangis dan peluk erat sesama sendiri. Itulah yang dimaksudkan dengan Sekelip Mata...
Semalam, lebih kurang pukul 11 pagi, Kak Nurul text aku mintak tolong hantar pergi klinik sebab dia sakit perut lain macam. So aku terusla isi borang and berdesup bawak dia pergi klinik. Sampai klinik dan jumpa doc, terus doctor refer pergi hospital. Dengan tak bawak handbag semua so patah balik pergi office ambil wallet at least kan dan terus ke KPJ yang terhampir. Daftar dan tunggu dan tunggu then nurse suruh aku masuk tengok Kak Nurul. Masuk je tengok dia tanya doctor cakap apa semua. Then dia cakap tak tau. Tak lama lepas tu, sempat lagi kitorang berlawak and gelak bagai sebab nak tenangkan diri kan, doctor pun datang. Dia cakap kena terus admit and kena puasa terus. Masa ni aku dah tau dah mesti kena operate. Tapi macam biasa la, pesakit mana nak ngaku sakit. Dan-dan cakap dah baik and nak balik. Terus kene bebel dengan nurse. Lepas settle urusan admission dia aku balik office sebab nati petang datang lagi bawak barang-barang dia semua.
Sampai-sampai je tengok dia tengok tidur tak tidur. Rupanya dah operate. Alahai, kesiannya. Takda siapa yang menunggu time die operate. Tapi takpela. Alhamdulillah semua dah selamat. Cuma dia masih kena puasa lagi malam tadi.
Kesian budak ni. Sampai dah operate pun masih geleng kepala tak percaya perut dah kena tebuk. Aperlaaaaaaaaa.... Walau tak kronik pun, cuak tetap cuak kan? Kalau pagi boleh senyum gelak sama tibe-tibe petang dah kena bedah... Memang sekelip mata. Mau dia nak percaya kan?
Kepada Kak Nurul, semoga cepat sembuh. Kalau nak nangis sila nangis sekarang. *ok, yang ni keji* hahahahha~ Jangan risau-risau sangat ok. Takda hal la setakat pergi balik hospital tu kan... Macam biasa, nati claim invoice. lalallalalalalalaa~ Nanti kita makan cili potong berjemaah lagi ye. Terbaekkkk~
Get well soon!!!!
Next week ada larian.
Tinggal laaa...
Bye bye~
*sambung gelak*
2 comments:
keji oi...btway..thanks a lot..
tapi pempuan tu mcm kurus sket kot..tettttt!!!
comfirm la i x join larian..sekian..(mencih oh..)
Kejis ckit je...tak pe kan??? ;p tak join larian???? Alhamdulilah
Post a Comment