Perlawanan Persahabatan...

*UHUK UHUK UHUK UHUK*
BATUK MENJADI-JADI NI...
JANGAN PERISTIWA LAMA BERULANG KEMBALI SUDAH LER....TAKOTTTTTTT!!!!



Hye tawan-tawan *bajet comel* :) Sekarang kan aku *terus tak comel* busy untuk sukan office kan? So training jangan cakap laaa dia punya semangat kan? Sampai hari Sabtu pun training ok. Minggu depan, bermulalah Sports Carnival Sharp di BANGI. So segala Sharp kat Malaysia ni akan bertanding ye. Kalau setakat kedai jual barang Sharp depa tak join ye. Itu hanyalah agent. heheehehhhe~ Nak dijadikan cerita, semalam first time kitorang test market. Cheeewahhhh!!! Market katanya. Saja buat friendly match dengan budak-budak gomen kat Putrajaya dapatla mendedahkan team dengan perlawanan sebenar kan...


So semalam since balik awal dari hari-hari lain, terusla rombongan cik Bainah (kapten netball) ke Presint 18, Putrajaya. Semangat ok. Semua pakai tshirt yang sama. Baju dapat percuma masa family day aritu. Posing dulu sebelum warm up.


Ini adalah aksi memanaskan badan (walaupun dah panas sebab cuaca very the panas kan) sebelum perlawanan ok. Siap lari keliling padang tiga pusingan you know... Gempak tak gempak laaaa...


1,2,3,4,5,6,7,8,8 LAGI....hahahahha yang ni aku tipu. Kitorang main kira je sampai 10. Slumber sangat. Walau tak terer warm up tetap warm up.


Kak Nurul, what are you doing???? Orang suruh warm up dia betulkan seluar dia pulak ye... hahahahhaah~ Kemain semangat aku angkat kaki...


Yang ni orang suruh buat lain, tapi lain yang aku buat. hahahahha~ Lantak. Nampak sangat dah tak boleh nak forecast focus. Semangat membara ok.


Orang kuat. Satu-satunya lelaki yang follow kitorang dari office. Tukang angkatkan sekotak air. hahahahah~ Ah Ngo, thank you for your support. Even I tau you datang untuk Nicole. Sweet giler...


Time ni semua tengah kepoh-kepoh. Tapi tiba-tiba ada orang tu tengah training shoot la.... OHHHHH MAIIIIII... Very the semangat uolssss... Aku lettew.... *tutup muka* MALUNYEEEEEEEEEEEEEE!!!


Format permainan adalah 7minit then break 3minit. Kiranya 4 kali la kitorang main. Score korang jangan tanya berapa la eh? Walau kalah tapi takda la sampai kosong je ok. Ada mata la. Penat ahkak jaringkan tau. Masa ni dah abes main. So beratur ramai-ramai nak salam-salam and say thank you. Diorang ni juara piala kementerian ke apa. Hebat sangat.


Sebelum pulang, eloklah kiranya kita bergambar satu team bersama rakan-rakan yang hadir untuk memberi sokongan dan tunjuk ajar. Terima kasih sangat-sangat. Jasa korang amatlah dikenang. Abaikan gambar skema ini ye.


Gambar Happening pula. Wahhhhhhh, akulah paling comel disitu *lempang laju-laju* Dahla hitam ada hati nak mengaku comel. hahahahaha~


Walau apa pun, perlawanan semalam sedikit sebanyak memberi banyak pengajaran pada kami. InsyaALLAH esok ada lagi friendly match dengan PROTON. hahahahahahhaahahahaha~ Belum apa-apa aku dah gelak.


Korang fikir la sendiri eh kenapa...
Sekian... 
Adiosss amigossss...
xoxo~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...