Its all about me...

*EXCITED NAK CERITA*
Mati la kena kutuk dengan korang... Tapi takpe la kan? 
Nak tahu kenapa aku xcited giler????
Meh sini aku cerita kenapa...


Jumaat lepas, 8 Jun 2012 genaplah usia aku 25 tahun... hehehe Takpe reveal umur sebab muda lagi. Wahhh, gitu. Pandai-pandai la korang hitung umur aku untuk tahun-tahun akan datang. hehehehehe~ Jumaat tu takde special celebration pun. Sebabnya aku keje kan. And nobody pun nak celebrate birthday kan? Memang sadis ler. Balik kerja pun terus balik rumah. Aku tidur ok!!! Nampak sangat birthday yang membosankan... Tapi kembali ceria bila my family sampai Puchong malam tu. Semua nyanyi and wish kat aku ok. Abang lagi la siap buat gaya penguin. Sumpah lawak. Abang and adik bagi hadiah malam tu jugak. Nati aku share kat entry lain hadiah-hadiahnye ye.


So, Sabtu lepas is all about me. Totally my day la senang cerita. Semua ikut and follow je aku. Lepas kenduri rumah Riena terus serbu KLCC. Alhamdulillah dapat parking betul-betul depan entrance. Terbaek la kan... Masuk je terus menuju ke Kate Spade kot. Eh silap, butik Cole Haan. Tengok-tengok and try-try tapi takde yang berkenan. Then teruskan pencarian ke Coach lak. Lama dalam tu. Then ada yang berkenan. Tapi hold dulu. Then abang cakap takpela. Survey kat Pavillion pun takpe. So, serbu DKNY dulu. Sebab aku sudah aim satu kasut.


1st choice kasut takda size lak... So pilih yang lain. Pama cakap cantik so try and try. Fikir dan fikir dan terus slumber jela beli. Btw, bukan duit aku kan lagipun. So haruslah beli dengan senang hati. Kata hadiah birthday kan? Sorry ye, gambar ni diorang yang snap kan. Muka pun tak ready ok. They are so happy for me. And aku lagilah super duper happy.


Then jalan kaki lalu sky bridge ke Pavillion. Masuk-masuk je haruslah serbu Coach terus. Mula-mula dah sedih dah sebab tak banyak choice sangat. Tapi sekali bila naik tingkat atas lagi la rambang mata ok. See, I'm a daddy's girl. Banyak ok yang aku pilih then tunjuk kat pama untuk approval. Nampak tak mama? Dia dah tak kuasa nak melayan. hahahaha~ Naseb la papa ada.


Aku rembat dua barang kat sini. Satu handbag and satu lagi wrislet. hehehehe~ Time ni semangat ok suruh orang tu bungkuskan sebab its a birthday present aku cakap.Bersungguh la dia masukkan dalam kotak and ikat ribbon... I iz happy of coz..


Comel kan dia ni... Dia la yang melayan aku. hehehehe~ Dua-dua nya pun aku suruh masuk kotak... Barulah feeling birthday.... Padahal belated sudah....


Sementara tunggu papa bayar, kita posing la dulu. Jadikan kenangan dan memori terindah untuk masa akan datang...


Yeayyyy!!! Muka happy giler dapat hadiah birthday. Ada lagi sesi membeli hadiah lepas ni ok. So haruslah serah kat abang barang yang dibeli. Tak senang nak shopping lagi... heheheheh~


Then terus keluar pergi Sephora area Fahrenheit88 tu. This time pilih hadiah from mama lak... Rasa dunia ni aku yang punya sambil senyum sampai telinga.... Habis shopping semua dah almost 7pm. Tapi papa nak jugak pergi minum petang sebelum dinner. Siap argue dengan mama lagi. So kita layankan jela. Dia belanja lagipun. hehehehe~ Tapi kan, masa nak keluar KLCC tu something happen ok. Nak menangis dah. Aku yang bayar parking pastu amek duit baki. Pastu bila abang mintak tiket parking aku blur ok. Tak ingat langsung letak mana. Semua dah cuak dah. Naseb tak kena marah. So macam orang bodohla tekan interkom kat mesin aku bayar tu. Sekali orang tu cakap aku tak amek tiket ok. hahahahahha~ BA ALIF NGANG kan? Dia suruh pergi office and jumpa dia la. Dalam hati dah doa supaya tak kena bayar apa-apa. Nasebla brother tu paham ok. Happy semula... :)


Maka lepas settle semua, kita ke NZ GARDEN ye... Pekena roti MILO garing yang terbaik dari ladang dan air barli taknak biji. hahahahaha~ Apa pelik aku ni pun aku tak tau la....Biji barli pun tak makan...


Muka happy finally dapat minum and makan. Tadi masa shopping tak rasa lapar lak... hehehehe Now baru beriye nak makan bagai...


Tengok mama and abang. Kemain khusyuk lagi dapat makan. Mama sampai besarkan mata. Ntah apa yang dia borakkan dengan papa tu....


Then makan-makan and buat apa yang patut. Pastu papa tanya abang nak pergi dinner kat area mana senang sebab nak makan Chilli's. Setelah fikir sewajarnya abang cakap Bangsar jela. Jadi ke Bangsar Shopping Centre untuk dinner.


Waiting list ok kat Chilli's BSC ni... Tapi tak pe. Kejap je pun menunggu. Dapat table je terus order makananan dan minuman. Then papa suruh adik snap gambar aku dengan diorang... Suke!!!! 


Gambar diorang plak. Thank you pama for a wonderful birthday gifts and treats ever... Love you so much!!!


With abang pulak. Terserlah ok handbag aku tu. Merahnya makngah. Shining gile muka masing-masing. Nasebla... Seharian keluar kan? Haruslah berkilat....


Candid pictures... Cantik la plak. Kesian adik takda pic dia pun dalam camera abang. Sebab dia yang tukang snap gambar kan? haahahhahaha~


Mesti korang fikir kan kitorang minum je ke and tak makan? HAahahahaha Takla sampai macam tu. Kitorang order makan ok. Cuma aku dah malas nak upload kat blog. Leceh nak transfer. Lepas licin bedal makanan semua kitorang tambah air and lepak lagi. Layan tenis French Open final. Sharapova lawan Errani.... hehehehe~ Tapi tak sampai abes la sebab adik dah pening.


Overall, you guys totally made my day.
Terharu sangat-sangat dengan layanan pada hari tu....
Tak kan dapat dibalas sampai bila-bila...
Love you guys so much.
I will not forget this moment ever.
Till then...
xoxo~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...