*SEBELUM START ENTRY NI, NAK BUAT PENGUMUMAN. SIAPA-SIAPA YANG NAMPAK ATAU TERLIHAT MOTOSIKAL KAWASAKI NINJA BERNOMBOR PENDAFTARAN JND 7172, SILALAH MENGHUBUNGI AKU ATAU PUN REPORT DI BALAI POLIS BERDEKATAN. INI KERANA MOTOSIKAL ITU ADALAH MILIK KAWAN BAIK AKU. SEKIAN*
Cuti-cuti sekolah ni syiok je aku rasa. Bukan sebab aku takda anak nak kena hantar pergi sekolah ke apa tau. Tapi sebab highway semua lengang je and tak jam macam selalu kalau nak pergi kerja. Macam contoh arini kan, aku keluar rumah lewat dari selalu tau. Dekat kul8 baru keluar rumah. But still manage to reach office around 8.15 macam tu. See, I love school holidays gitu... Tenang sikit pagi-pagi. Yerla, even aku lalu tol ELITE and tak lalu LDP dah, but still jam ok kadang-kadang, expecially Monday and Friday. Begitulah naseb jika kerja tempat berjauhan dari rumah. Sedia jela duit tol and minyak. hihihihihihihi~ Apa-apa pun, still rasa bersyukur sebab ada orang lain yang lagi rumit keadaannya. Kan? Tak gitu?
Meh sini aku share sikit rutin aku di hujung minggu. Ini kalau aku takda hal la kan... But selalunya alhamdulillah aku available je nak buat. Every Sunday, dekat area rumah ada pasar malam tau. Besar wo pasar malam tu. Macam-macam ada jual. So, memang tugas aku la bawak nenek dan sorong troli pergi pasar malam. Siapa-siapa nampak ada gadis (cheewahhh.....) sorong troli merah disamping seorang nenek, silalah tegur. Ye, gadis itu adalah aku!!! haaahahahhahaahhaaa~
Pasar malam ni dia ada dalam lima baris kot panjang-panjang. Selalunya aku skip la baris pertama sebab banyak jual baju and tudung je kan? So terus la ke baris ke dua... Kat sini mulalah pencarian harta karun. Eh, bukan-bukan. Pencarian barang-barang untuk masak selama seminggu. hehehehe~ Mula-mula tengok buah-buahan dulu. Kalau takde yang berkenan terus pergi tempat ikan. hahahaah~ Ada sekali tu musim durian agaknya, banyak gila ok durian. Aku kan manja and mengada, bau durian sikit pun tak boleh. Bukan tak boleh apa, cuma pitam je kalau bau.
T________________________________T
T________________________________T
Nak dijadikan cerita tengah jalan-jalan sorong troli boleh tak aku nak pitam. Perghhhhhhhhhh, menyirap je nenek aku. Tak sempat dia nak borong aku dah terduduk tepi jalan. hahahahhahahahah~ ba alif ngang... Malu ok....
Aku setakat nama-nama ikan takda la fail sangat kan. Kalau ada grading aku bolehla dapat A- cikgu cakap. hahahahaha~ Kira ok la kan? Takde la buta ikan sangat. Ni kang lantak semua kau tibai ikan kembung. Muahahahhahaha~ Padahal ikan selar kuning. Giler tak giler la kan? Eh, korang perasan tak, barang-barang kat pasar malam ni fresh-fresh macam ikan, ayam, daging and sayur. Tapi aku tak tau la kat tempat korang macam mana. Tempat aku fresh je aku tengok. Dan lagi satu, kalau barang-barang basah ni aku rasa mahal sikit la compare kalau kita beli kat pasar borong or pasar besar kan? Korang rasa macam mana?
Lagi satu, macam baju or t-shirt kan, aku rasa pasar malam ni mahal la. Takdela cuba korang bayangkan, kalau sehelai dekat RM30-RM40 kan, wey, boleh dapat t-shirt PADINI ke apa ok kat shopping malls. Bukanlah aku nak memperlekehkan orang beli barang pasar malam ni. Cumanya in terms of the value of the money, aku rasa why not beli barang yang sama harga tapi with brand and quality kan? Lagi worth it. Seriusly, aku rasa siapa-siapa yang shopping kat pasar malam sumpah kaya ok.
See, mutu dan kualiti sayur-sayur ni setanding kat Cameron Highland gitu... hahahahahaa~ Matikla aku perasan. Konpem kena kutuk nanti. Banyak pilihan tau. And normally yang meniaga kat pasar malam rumah aku semua Melayu la. Bangga pun ada gak. Sayur-sayur semua seikat RM1.00. Tempat korang dapat lagi tak macam tu? Ada sekali tu aku bawak nenek pergi pasar pagi kat KLANG. Punyalah jauh ok. Bangun sikit punya awal wa cakap lu. Tapi redha jela. Kesian kat nenek kan? Jadi misi bangun lambat terpaksa dibatalkan. Kat pasar pagi tu aku macam jakun ok. Mana taknya, semua yang meniaga ikan, sayur, ayam ke apa adalah INDIA. Pelik tak pelik la... Ke aku sorang je yang jakun sebab tak pernah jumpa kes macam ni???? hahahahahha~ Kalau korang agak-agak beli tak ayam ke daging ke ikan ke from them???? Muahahahhahahah~ Lu pikir la sendiri eh....
Oklaaaa... itu jelah hujah aku arini...
Kang ada masa aku sambung update pasal pulau ye...
Selamat bekerja kawan-kawan....
Tingkat prestasi kurangkan kontrovesi...
ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS~
ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS~
0 comments:
Post a Comment