Another Surprises???

OMG!!! Semalam adalah hari penuh dengan kezutan gitu.... hahahahaha~ Rezeki orang berpuasa agaknya semalam kan? Happy sangat-sangat. Macam ni, Jumaat lepas, Kak Nurul dia ada cakap suruh pergi mailing room tuntut hadiah. Tapi aku ni kan skema kan? Tak percaya. Eh silap. Sebenarnya taknak berharap. Yerla, mana tau April Fool ke kan? hahahahhaha~ Ba Alif Ngang lak lawak aku ni... So aku slumber je balik tanpa pergi ke mailing room.


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba semalam Kak Sue (officemate) dia letak parcel atas meja aku. Dah semua orang tau (eh, semua ke?) pasal birthday aku. hahahahha~ Malu tau. Terus email kak Nurul say thank you semua. Nak bukak dan2 tu jugak seganla kan... Kang ramai lak nak tau.


So, semalam balik rumah tak sempat mandi semua bergegas ok bukak hadiah dengan nenek.. Mula-mula tengok kotak atas ni ingatkan Kak Nurul hadiahkan puzzle kan? Memang aku rajin sangat nak buat puzzle....
*tangan dibahu mata ke atas*


Sekali bukak, buku ok. Aku pernah cakap kat Kak Nurul nak pinjam baca buku ni dulu. Pastu terus lupa. Tak sangka lak dia hadiahkan buku ni. Hadiah paling bermakna bagi aku.... Terima kasih kak... Zaza hargai sangat-sangat...


Ni lagi satu surprise ok. Semalam, masa balik kan, otw pergi kat kereta dari jauh nampak ada bungkusan kat cermin kereta depan tu... Lepas tu aku tengok la number-plate kete kan. Yerla, mana la tau bukan kereta aku kan? Sekali memang kereta aku la. Slumber pandang kanan kiri depan belakang tengok ada orang yang mencurigakan tak.. Tapi takda ok. So amek and simpan dalam kereta.


Masuk kereta tengok dalam paper bag tu ada kertas. Buka kertas tu ada tulis "HAPPY BIRTHDAY" and "GJ". Ok, sah. Memang geng aku. Cuma tak tau siapa jerk. Tapi bila tengok tulisan ni tulisan komputer, sah-sah mesti budak lelaki. Tapi sorang pun tak mengaku ok. Ade ke cakap guard jambu tu yang bagi... Hampeh!!!


TARAAAAAAAAAAAAAAAAA.... Comel kan hadiah ni. Diorang tu sebenarnya yang comel bagi aku hadiah patung kembar ni... Tapi kalau korang tengok paper bag tu pun konfem korang cakap cute sebab pinky2 and ada ribbon ok.


Makanya, pagi tadi before pergi kerja gigih aku letak kat kereta. Hilang terus macho si Samad ni. Jadi paling comel lak pasni....


See, dua-dua patung aku letak kat kereta ok. Haruslah Samad sekarang jalan kepit je kan? Punye lah comel sangat. Auwwwwwwwwwwwww!!!!


Terima kasih kawan-kawan...
Terima kasih atas ucapan dan hadiah...
Bukan harga yang jadi ukuran...
Tapi nilai ingatan dan kenangan tu yang paling aku terharu....
Terima kasih sangat-sangat...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...