Hye korang... Salam Jumaat. Aku rasa this week aku tak update blog sangat. Busy and macam-macam hal berlaku. Aku try la share satu-satu nanti ye... Don't worry. Pada yang jengah blog or komen-komen, terima kasih banyak-banyak. So far aku tak pernah lagi tak balas komen korang. Korang nak tanya lebih-lebih boleh email aku terus. InsyaALLAH aku reply. Kepada Sarah Mohamad yang tanya kamera apa yang aku pakai untuk gambar underwater masa pergi Perhentian, aku dah reply kat komen. Terima kasih sebab komen and google. hihihihihi~
Aku rasa tulisan aku dari dulu sampai sekarang tak berubah la... Tak kisahla tulisan untuk isi borang ke, buat notes kerja ke, tulis kad ke or apa-apa mesti lebih kurang sama je. Aku ni nak kata tulisan cantik bebenor, idoklaaa. Tapi kemas tu pasti. hahahhaa *jelingtajam* yerla, aku kan kemas orangnye. Kotor sikit tak boleh, comot sikit tak boleh. Kalau tengok buku-buku aku time study konpem korang menangis tengok. Bukan apa, kemas sangat. Pastu colourful sangat ok. Menarik je nak baca. Itu yang ramai suke pinjam nota aku. hehehehe
Ha, macam ni. Aku buat notes kerja. Amacam? Tak cantik kan tulisan? Tapi kemas kan??? Haaa... kira ok la tu. Orang kata dari tulisan ni la kita boleh tau seseorang tu macam mana kan? So, sekarang kira aku orang macam mana??? hehehehehhe~ *senyum tak perlu kata apa-apa*
Aku rasa aku memang macam ni la. Kalau buat notes ke tulis apa ke mesti beriye nak pen warna macam-macam. Well, aku kreatif kononnya. Dulu cita-cita nak jadi arkitek atau interior design. Ada jugak nak jadi apa-apa yang related dengan Arts, tapi cita-cita pama lagi penting. So kita follow jela. Lebih afdhal orang kata. Alhamdulillah, tiada proses pengangguran berlaku dalam hidup aku.
Korang yang kerja macam aku hari-hari mengadap komputer, ada try tulis and tengok sendiri tulisan korang yang sekarang tak? Cuba korang tulis. Konpem macam hape je tulisan. Sekarang kan mana pakai tulis-tulis ni. Semua bantai type-type kat komputer kan??? Pilih jela nak font apa. Sampai surat cinta pun agaknya nak type bagai... Tak feeling sungguh!!! hahahahaha~
Apa-apa pun, tulisan melambangkan peribadi seseorang. Dan tak semestinya tulisan cantik tu bijak dan tulisan buruk itu bodoh kurang bijak ye. Sebabnya, tryla korang tengok tulisan doctor macam mana. ahahahaha aku bukan nak kutuk doctor, tapi sumpah wey tulisan doctor paling tak paham. ahhahaha~
MARILAH KITA BELAJAR MENULIS DI BUKU GARIS TIGA
OK,BYE
0 comments:
Post a Comment