Pulau Perhentian - Tips & Expenses

Dah alang-alang aku dah abes update pasal trip Perhentian tu, baiklah aku sambung dan abeskan terus sampai ke expenses bagai kan... Senang la kalau nak refer ke apa kan? 

Meh aku mulakan dengan some tips. Ni tips dari pengalaman aku la ye. Korang jangan lak nanti maki dan marah aku kalau tips aku ni tak membantu. heheheheh~ :)


1) Silalah booking seawal yang mungkin. Bukan apa, dikhuatiri full semua tempat naya ok.

2) Tak semua tempat (resort/chalet) boleh booking ye kawan-kawan. Korang kena pandai la cari. Tapi yang Shari-La ni dia terima booking ye.

3) Pilih lah tempat (resort/chalet) yang selesa dan ada elektrik 24jam. Bukan apa, panas ok kat pulau. Korang cuba bayangkan kalau siang hari dia tak provide electricity??? Tak ke berlengas korang.

4) Jangan pergi time peak or cuti sekolah kalau nak murah. Eloknya pergilah time weekdays. Barulah syiok sebab selain murah, orang pun tak ramai. Takda la snorkeling nampak kaki manusia je kan...

5) Bawak cash money secukupnya. Kat pulau tu nak cucuk tembok (ATM) celah mana kan? Mintak maap ye... Nan Hado.

6) Beli dan rajin-rajin sapu sunblock or sunscreen protection. Seeloknya yang SUNPLAY SPF130 tu. Selain texture dia yang macam air, ia juga water proof dan tidak berminyak ye macam brand yang lain.

7) Bawak la alatan snorkeling dan fin korang sendiri jika ada. Sebab macam biasa la yang diorang sediakan kadang-kadang tak menepati piawaian korang. 

8) Dinasihatkan supaya holiday beramai-ramai. Bukan sahaja the more the merrier tapi juga super saver. Jimat la duit kan sikit. 

9) Tak perlu nak bawak barang banyak-banyak sebab nanti buat penang je korang bawak tapi tak guna pun. Sebabnya kalau dah pergi snorkeling sah-sah pakai swimming suit or swimming attire je kan... Jadi 3hari snorkeling 3 harila pakai baju yang sama. Jimat baju gitu.

10) Bawaklah camera waterproof jika ada. Sebab masa snorkeling korang boleh menikmati kecantikan dan keunikan ciptaan Allah swt di dasar laut tau. Kalau tak menyesal ok. Nemo, penyu, shark semua pun boleh nampak dengan jelas dan snap gambar dengan adanya camera waterproof.


Ok, itu je kot rasanya yang mampu aku fikirkan tentang tips sepanjang berada di sana... Kalau ada nak tambah atau betulkan silalah berbuat demikian di ruangan komen ye... Terima kasih banyak-banyak.



Now, kita terus ke expenses. Berapa banyak yang poket korang rabak.

Ni kos-kos darat untuk di kongsi 4 orang :

MINYAK KERETA PERGI/BALIK (VIOS) - RM 140
TOL PERGI/BALIK (SHAH ALAM/BENTONG) - RM 25
PARKING SEPANJANG BERADA DI PULAU - RM 28

TOTAL ALL (1) - RM 193.00 (SHARE 4 ORANG)


Ni kos-kos sepanjang berada di pulau untuk setiap orang :


PENGINAPAN - SHARI-LA RESORT
ROOM - SUITE WITH A/C (QUAD SHARING)


CANDAT SOTONG (BOT) - RM 70
ADDITIONAL NIGHT - RM 70
(Time ni takda dinner sebab malam tu pergi candat sotong, breakfast dah makan kat rumah Kakak Kak Kuna before naik bot, and lunch makan sendiri kat Maya)
3D2N FULL BOARD PACKAGE - RM 365
(Breakfast SHARI-LA, lunch & dinner kat Maya)
ADDITIONAL SNORKELING TRIP (PULAU RAWA) - RM 40

TOTAL ALL (2) - RM 545.00 (PER PERSON)

JUMLAH KESEMUANYA (1) DAN (2) - RM 593.25


Sekian, itu sahaja.
Terima kasih.
Sebarang pertanyaan atau keraguan jangan malu jangan segan untuk email or komen je ye.
InsyaALLAH akan dilayan.
Bye bye

1 comments:

fatin nabilah hatta said... [Reply to Comments]

tq sis! such a nice tips.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...