Sembang Jumaat...

Fuhhhh... Agak berabuk jugakla blog aku ni kan??? Sorry semua. Aku kind of busy lately then pergi holiday so memang tak layan blog la... Maaf ye. Later aku update pasal holiday ye. Kali ni tak banyak gambar sangat sebab pergi dengan pama n nenek je jadiknya aku jela keje snap gambar diorang. Papa asal snap gambar aku manjang blur. Sudahnya aku fed up. Terus cakap " Tak payahla pa... Sha snap lain kali je ". Haahaahaaa Maksudnye apa? Nak kene pergi lagi la tu... *kenyit mata kat orang tu* hihihiihihihi



Ok ok... Aku rasa arini aku nak merepek sikit. Bukan la merepek apa cumanya aku nak luahkan pandangan je dengan korang semua. Sembang harini pasal isu hari tua. Yes, semua orang pun akan menempuh hari tua insyaALLAH jika diberi kesempatan. Cumanya setiap yang ditempuh ke usia tua tu berbeza-beza. Ada yang bertuah sebab keluarga ada disisi dan ada juga yang kurang bertuah sebab hanya menumpang kasih di rumah orang-orang tua. Kadang-kadang aku terfikir, takdir ke semua tu atau itu hanyalah rezeki masing-masing??? But after all, kita tak boleh sesekali menyalahkan takdir. Apa-apa pun haruslah diri sendiri dulu yang dipersalahkan... Muhasabah diri. Apa keburukan dan kekhilafan kita sebenarnya sampai diduga sebegitu. Tapi haruslah memanjatkan kesyukuran sebab setiap yang diduga tu ada hikmahnya dan mungkin juga untuk dinaikkan darjat iman kita...



Kenapa aku cakap semua ni??? Sebabnya aku pun akan tua jugak. Dan aku pun ada ibu bapa. Aku takot kalau-kalau aku jadi anak yang tak tau mengenang jasa ibu bapa dan abaikan tanggungjawab ke atas mereka. Itu antara perkara-perkara yang aku risau. Sebolehnya dan semampunya aku akan cuba buat yang terbaek untuk mereka. Bukan la mengharapkan balasan untuk aku dilayan sebegitu di usia tua kelak tapi memang itu yang mereka layak dapat dari aku. Walaupun tak mampu bagi harta benda dan duit banyak tapi cukuplah kalau dapat beri perhatian dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka. Membahagiakan mereka sehabis boleh... Mungkin sekarang aku boleh cakap semua ni tapi akan datang bila aku ada keluarga aku sendiri, macam mana kalau aku berubah??? Parents aku, parents in law aku (insyaALLAH) semua aku kena jaga segalanya... 



Banyak contoh-contoh kita boleh tengok sekarang. Tak kesah la dalam tv ke FB ke atau pun kat keratan surat khabar. Banyak kes-kes yang berlaku antara anak-anak dan ibu bapa. Ada ibu bapa yang rumahnya hanyalah di tepi kaki lima sedangkan anak-anak berumah banglo. Sedih kan camtu??? Ada juga anak-anak yang sanggup tipu ibu bapa hanya untuk hantar mereka ke pusat jagaan orang-orang tua... Kecewa dan hancurnya hati aku kalau anak-anak aku berbuat begitu pada aku. Betul la orang cakap, ibu bapa berdua boleh jaga anak seramai mana sekali pun tapi belum tentu anak yang ramai tu boleh jaga ibu bapa yang hanya satu tu... Nauzubillah....Selisih...



Aku berdoa, berharap dan berusaha untuk jadi anak yang terbaik untuk keluarga aku... Bila ada in laws insyaALLAH akan begitu juga. Bagi yang nak berkahwin, aku rasa, bawaklah calon jumpa parents dulu. Kalau parents tak suke, tak setuju atau menghalang janganla kita bantah dan memberontak. Ibu bapa tiada penggantinya. Sedangkan calon tu kita boleh lagi cari and usahakan. Apa jadi kalau kita teruskan jugak which means kita kahwin gak??? Perkahwinan tanpa restu ibu bapa tak berkat. Macam mana nak hidup bahagia dengan calon pilihan kalau macam tu??? Sekarang mungkin kita tak paham. Nati bila ada anak-anak kita sendiri akan alami semua ni.



Jadilah anak-anak yang boleh ibu bapa harapkan meniti hari tua mereka. Tak kesah macam mana sekali pun mereka di hari tua, cubalah untuk membahagiakan mereka dan menerima mereka seadanya. Kerana mereka jugalah, kita ada apa yang kita berada sekarang. Kerana mereka juga, hidup kita mudah dan senang alhamdulillah... Semoga kita semua jadikan apa yang berlaku di tv mahupun di dada akhbar sebagai contoh dan pedoman... InsyaALLAH...



Selamat mencuba untuk jadi yang lebih baik...
Sabar dan tabah...
Menerima dan bersyukur...
Renung-renungkan...
Dan selamat beramal...



Assalamualaikum....

*gaya ustazah*
mihmihmihmihmih...




Tinggal La Dua...


Masa aku sekolah menengah tingkatan 4 and 5 dulu, aku ada geng baik... Baik dalam macam-macam hal la. Baik ponteng sekolah, chow kelas, baik siap homework semua la baik dengan geng ni la... Aku, yun, cik lam, fatin, and linda. Arwah dayah kelas lain jadi kitorang jarang dapat ponteng sama. Tapi asal ada peluang konpem arwah dayah akan datang menyelit kat kelas. *Rindunya...al-fatihah* Aku dulu jadi macam mastermind la bab-bab yang nakal ni. Tapi aku kire baik sebab kalau nak nakal tu aku buat sorang-sorang je. Tapi budak-budak ni bijak, dia tau punye taktik aku. Since kitorang masing-masing duduk area tepi pintu kelas, memang senang la menyelinap keluar. 

Sampai kitorang form 5 pun perangai ni menjadi-jadi. Tapi bukan semua kelas pun kitorang chow. Kelas-kelas cikgu yang terpilih je... Macam fizik, fizik, fizik... ehhh, bapa banyak kali fizik ni??? Sebabnya cikgu fizik ni asal aku tanya dia marah, dah tu suruh baca textbook. Biol apa??? Baik aku study sendiri. Sebab tu asal kelas dia aku tawaf keliling sekolah. ahahaahah~ Masa form 5 ni, aku macam biasa duduk sebelah fatin. Yun and cik lam sebelah kiri aku. Linda duduk depan aku sebelah dengan jepun. Time takde cikgu kitorang buat concert sambil buat homework. Diorang kalau aku nyanyi lagu jiwang-jiwang suka buat-buat terperanjat. " Eh, minah salleh ni tau jugak lagu melayu kan??? " Kongajo namanya tu... Main kasar kan??? Dari sekolah sampai ke tusyen semua sama-sama...

Tapi skang cik lam dah kahwin. Dah ada anak satu. Nak masuk dua dah insyaALLah. Fatin pun dah kahwin. Anak satu. 1st December aritue Linda plak kahwin. Dayah dah takde. Dia dah pergi jauh. Tapi kitorang selalu rasa dia ada. Kadang-kadang borak-borak macam dia ada join sekali. Now, tinggal aku dengan yun je yang belum berkahwin... Walaupun geng dah makin kurang, tapi asal ada peluang kitorang cuba untuk get together. Macam skang, aku dengan yun jela yang selalu gak meet up sebab dekat. Yang lain tu kitorang whatsapp or fb je...



Aku dan yun. Kali ni, kitorang gathering kat rumah Linda. Aku, yun, cik lam dengan fatin. Linda konpem konpem ada sebab tu kan majlis dia...hehehehe


Aku, yun dan cik lam... Semua pakai speck. Linda pakai speck, fatin pun pakai speck. Tapi fatin skang poyo buat-buat tak rabun. So dia xpakai speck konon lagi cun la kan??? Padahal rabun!!!


Dekorasi kat bilik perantin Linda. Jumaat malam sebelum Linda nikah, aku dengan yun lepak bangi rumah kakak lam. Kitorang sleepover sama ok... Best giler. Masing-masing kepoh gaya taknak tidur. Padahal anak lam selamat la tidur. Terima kasihla Chenol sebab takde malam tu. Dapatla kitorang tidur dengan anak bini ko...


Semangat giler ok kitorang nak pergi nikah linda. Malam tidur lambat sebab ngobrol je orang jawa cakap. Then pagi-pagi dah bangun sebab takot lambat. Sebelum pukul9 dah sampai Seremban. Tengok linda baru nak pkai lense. Cantik inai dia kan???


Linda cakap tema kuning. Tapi cik lam ni mengada. Baju kuning takde hijau biru yang dia tibai... Lantakla labu... Janji ko bahagia... Kesian gak Linda time pagi tu sebab semua pun kelam kabut. Catering tak sampai-sampai... Make up pun aku yang tolongla dengan kakak dia...


Angah (suami Linda) ceh... Time ni kemain malu-malu lagi tau. hahahahha Kitorang suruh hold lama-lama sebab nak snap gambar... Happy moment ever. Hanya sekali lafaz alhamdulillah selamat linda jadi isteri angah...

Selesai majlis nikah Linda... Nati aku update yang pasal bersanding lak ye...


Sekarang, tinggal la dua orang je yang belum berkahwin. Aku dan yun. Kalau sekarang asek berkepit je nati kalau salah seorang kahwin camne la agaknya yang lagi sorang tu...Tapi kan yun, aku insyaALLAH selagi boleh dan mampu akan aku usahakan untuk tolong or jumpa kau... Aku selalu ada untuk ko... Apa-apa pun ok...


*lap hingus*
bye...


Mom's Birthday Celebrations...

29.11.2012 aritu adalah birthday Mama... Aku rasa kali ni pama datang KL adalah yang paling lama and tak tidur langsung rumah nenek. Sebabnya papa belanja mama tidur hotel dari birthday Mama which is Thursday sampai la Sunday baru diorang balik BP. Well, since aku and adik sedia ada kt KL, kitorang pun kacau daun la nak tidur hotel sama gak. hehehehe~ Kitorang memang suke sangat tidur kat hotel. Tu pasal excited semacam. Tapi time ni abang belum datang lagi sebab dia kerja. Sabtu baru dia datang dengan Ain.


Mula-mula memang takda plan langsung untuk birthday Mama. Last kitorang surprised her on her Birthday is in 2010. Masa tu aku baru abes convocation and kitorang terus dinner kat Victoria Station Jalan Ampang. Memang terharu giler la mama. Last year tak surprise but still sambut sebab takot Mama dah boleh detect surprise-surprise ni. But this year, aku plan semua and bincang dengan abang, adik and of coz papa sebab Papa taukey makan malam tu... hahahahaha~ Kitorang pakat untuk tak wish Mama on her Birthday tapi abang macam tak sampai hati lak. So kitorang wish lambat-lambat la. Still abang and papa tepat kul12 malam keluar bawak Mama ngeteh McD sebab tu je yang bukak 24jam kat BP. Then papa bagi mama sejambak bunga rose that night. Kemain romantik la kan??? 



Kitorang decide untuk sambut birthday Mama on Saturday night sebab semua orang pun ada malam tu... So booking tempat and plan everything. Fikir nak bagi hadiah apa semua. Mama of coz have no clue at all. Jumaat and Sabtu aku g Seremban sebab Linda kahwin but rushing balik untuk birthday dinner Mama la... Naseb sempat ok...Balloons beli pink and white (helium) and ikat kat kerusi. But kerusi mama special ada dua balloons. Satu pink and satu tulis  "Happy Birthday Mom"



This was the decorations that night. Kitorang tempah balloons and cake kat Pavillion sebab nati nak pick up senang and dah dekat dengan Dua Residency. Comel kan??? Love love lagi tau... Sebenarnya anak nya yang terlebih excited. Sebab tak dapat masa birthday sendiri so kita luah la masa birthday orang lain... hahahahhaa~ kesian giler statement camni...



Ini semua food yang kitorang order malam tu... Ada yang aku dah lupe nama dah... ahhahhaah~ This one is chicken chop. Abang yang order. Tak leh nak order steak kang tanggal besi lak...



Fish & Chip dengan papa memang tak boleh dipisahkan... Mana-mana pergi konpem order bende ni... Naik muak kitorang tau... Beriye tengok menu and nak pilih kemain lama... End up benda ni jugak yang die order...



Ini Ain punya. Sebabnya semua yang dia terlintas nak order kitorang dah order. So dia pun malas nak pening-pening and order je Bolognese ni... Abes cerita... Tak payah pening-pening lagi...



This is of coz mine... Kemain creamy lagi tau... Mana tak berlemak je badan ni... hahahaha~ Takpela, birthday celebrations je kita tibai kaw kaw ye... Hari lain sila lah puasa... hahahahahaa~ *sentap tau*



Lamb apa ntah namanya... Birthday girl (mama) order this one.... Layankan jela... Janji dia happy dapat makan ni... Naseb baik memenuhi selera dia... If not kecewa dia agaknye... Dahla lapar kan??? opszz, yang lapar tu aku sebenarnya.....



Last but not least is alamak... Tak ingat namanya sey... Ini adik yang order. Boleh tahan sodap la... Aku rasa je... Kenyang ok nak makan banyak-banyak and rasa semua orang punye.... hihihiihihi~ Kang tak boleh nak jalan balik lak...



 The birthday cake... Of coz ikot taste aku and adik. Dah kitorang yang tempah kan??? hehehehe Ice cream cake perisa chocolate mint from BR.... Sedap ok. Licin terus. Well, aku datang sendiri from Seremban. Adik datang naik teksi sebab dia yang kena collect cake and also the balloons dekat Pavi. Abang, Ain, Papa and Mama datang dari hotel. Kira abang la main peranan. Adik sampai dulu then baru aku. Sepanjang nak tunggu diorang sampai aku BBM dengan Ain untuk make sure semuanya perfect. Dah pesan dah lalu pintu mana and semua-semua la. Bile cakap dah parking aku and adik nyalakan lilin and bawak cake pergi berdiri depan pintu masuk kat basement carpark. Tunggu punya tunggu sekali diorang masuk dari main entrance ok. Boleh??? Tensyen aku... So terus pergi tempat kitorang and nyanyi birthday song untuk Mama. Dia punya terharu and speechless kan sampai tak duduk ok. Berdiri and tercegat je sebab terkejut... Memang priceless sangat la moment tu... Hadiah kitorang dah beli masa dengan Mama sebab dia masa tu tengok-tengok handbag. Masa nak bayar kitorang la yang bayar. Settle.



 Happy Birthday, Mama... Papa pula yang excited terlebih... Kemain suke lagi nak snap gambar dengan balloons.... hahahaha Mama keep on saying thank you and cakap tak sangka at the age of 50 dia dapat semua ni... Terharu sangat katanya... Alhamdulillah. Makin tua makin sweet la diorang ni... Seronok tengok...



 Its me (abaikan muka bajet cute itu) selaku ketua projek... hahahahaa~ Malam tu memang enjoy habis la... Semua pun seronok and kekenyangan. Abang sampai tertidur kat traffic light bukit bintang otw nak balik hotel. Giler apa???? Patutla tunggu-tunggu tak sampai-sampai...



Family Portrait on Mom's (50) Birthday Celebrations. Perfect!!! Suke sangat gambar ni... Nati nak cuci la and frame kan... InsyaAllah bahagia ini kekal sampai bila-bila... The memories will remain in our hearts and minds...






























Last but not least....

Tuan punya blog la kan??? Bila lagi nak posing....hahahaha






Kitorang celebrate dekat Delicious Jalan Tun Razak. Malam tu Amylea nyanyi and main piano... Best sangat. Kalau weekend dia tutup lambat. Kalau korang nak pergi details as below ok...Boleh call jugak kalau nak buat reservations or tempah apa-apa...Tempat best and cozy. Sesuai untuk family gathering or dating... Makanan not bad and harga pun worth it la...

Delicious, Dua Residency
Lot 1.1, Ground Floor, Dua Annexe,
No 211, Jalan Tun Razak,
50450, Kuala Lumpur.
Tel : 03 2166 2066

Parking : RM5.00 per entry (basement)


Sebab Tekak, Badan Binasa...

Banyak-banyak benda dalam dunia ni, aku rasa makanan la yang menjadi all time favourite semua orang. Tak kesah la dewasa ke kanak-kanak ke belia ke rakan tua je atau apa je... Warung ke restoran ke hotel ke semuanya sanggup pergi kalau makanannya best... Betul tak? Lagi-lagi bila tengok rancangan jalan-jalan cari makan, makin terpengaruhla semua orang... Well, dah tengok si Iqram tu pun makan menyelerakan, mau tak kita sendiri pun terliur... Konpem la nak pergi cuba try test jugak kan???

Tapi... Sebab terlalu ikotkan sangat nafsu makan dan sebab tekak jugaklah sebenarnya badan kita binasa... Korang tak caya??? Pergi timbang berat masing-masing... Agak-agak maintain ke makin bertambah-tambah berat??? Konpem wa cakap sama lu berat bertambah kan???? hahahaha~ Don't worry. Jangan malu dan jangan segan sebab tuan punya blog ni pun sama dengan je dengan korang semua... hahahahaa~ Meh gelak ramai-ramai meh... Susah sebenarnya nak control berat especially bila umur-umur meningkat ni even belum berumah tangga sekali pun... Tak tipu ok. Macam aku, since aritue aku sakit lutut tak boleh nak bersukan, aku risau berat naik. Jadinya aku puasa, diet jangan cakap la camne aku diet kan... Tak makan nasi... Lepas pukul7 malam pun tak makan... Tapi hasilnya??? Ciput je... hahahaha Korang kene disiplin la sebenarnya.... Macam aku ni kira sisiplin je... Sipi-sipi nak disiplin namanya...





Sebab apa tau...Sebabnya....












JENG JENG JENG...





























WALAU PUN DIET...



















TAPI ASAL NAK MAKAN JE KONPEM....
































AKU TIBAI INI....


T_____________________________________________T



Sebelum berlumba-lumba masuk perut aku....



Hasilnyaaa selepas beberapa minit...







Now, rasakan.... Padankan muka diri sendiri... Tak payah nak meleleh sangat la ye... Sendiri punya tekak kan??? Sendiri la tanggung berat badan bertambah-tambah tu...




Ok, bye...




Sekarang jugak nk jolok anak tekak and makan julap...
*lari pergi pantry cari julap*


12.12.12

Pagi-pagi tadi masa otw pergi kerja macam biasa aku dengar radio HotFM. Sebabnya ada AM CREW kan... Diorang bebel kat radio cakap arini ada ramai orang daftar kahwin... Aku dah macam pelik... Arini bukan nya public holiday. Apasal ramai daftar kahwin??? *masa ni still pending* Sekali rupanya arini 12.12.12. Der....Apesal la lembap bebenor aku ni kan??? hahahaha Lawak laaa... Lepas tu ada caller ni kol dia happy arini sebab dapat bonus. Yang kelakarnya kan, bukan dia yang dapat bonus ok. Tapi staff dia yang punye bonus. Dia lak yang happy kemain. Nampak sangat nak paw lettew... AM CREW terus gelak2 kan dia... Nak promote dia kerja as exec lettew diorg cakap... Then tiba-tiba ada caller ni kol. Dia cakap dia happy sangat arini. Wahhh, aku dah xcited nak dengar cerita happy dia. Sekali korang tau tak apesal dia happy??? Rupa-rupanya, dia couple dengan BF dia arini... WTH???? hahahaha Motif sangat... Boleh tak cakap die couple kul2 pagi tadi melalui SMS je... Aku terus tukar channel radio lain. Geli nak dengar. Ni konpem kanak-kanak lagi ni. Aku rasa kalau manusia matang takde la nak xpose bende-bende macam ni kat radio. Lagi satu, couple je kot. Korang rasa macam mana???? Malu lak aku dengan kaum aku sendiri...


Jadinya aku mengambil kesempatan arini untuk update blog. I iz busy uolss... Tak sempat nak update blog. Lagi satu, mood nak update pun xde. Lappy suam-suam kuku terus terbantut proses nak update blog. Jadi tunggula aku dapat lappy percuma ke kan??? Baru rajin nak update blog... Woot woot.... Oh lagi satu, skang aku busy preparation untuk annual dinner office aku... Which is this Friday. Nati apa-apa aku update ye...


Korang if ada interesting story pasal 12.12.12 ni jomla share dengan aku... hehehehe tumpang happy and bahagia sama-sama... Nati follow instagram aku ye which is aku rajin update... ahhahahaha~


ok, bye~
later ok...



p/s : I iz stress with my weight uols..... :(


A Life Saver...

Aritue masa baru balik dari hometown aku demam.... Hidung meleleh-leleh and bersin tak berhenti... Then rasa nak tidur je... Tak larat sey. Tekak pun payau je. Nak makan tak lalu... After bangun and mandi semua Yun kol... Tanye kat mana semua sebab kereta die masuk bengkel. So die tersadai kat bengkel. Terus la cakap tunggu jap aku datang amek...Cuba bayangkan kalau berada kat tempat dia mesti mengharapkan someone datang amek die... And guess what???? You got me... I'm your life saver yunk... Don't worry. Selagi boleh diusahakan dan tolong, insyaALLAH aku ada...


Since semua lapar tak makan lagi kitorang terus la pergi Ole-Ole melantak kat Pak Li Kopitiam.... Nana and Yun order Nasi ayam lemon. Pak Li nye menu yang paling menjadi sebutan ramai tu la... hihihihiihi Pastu diorang order chocolate blended which is so sedap I tell you.... woot woot... And aku????


Aku yang tekak payau hidung meleleh-leleh makan la bubur ayam ni... Nasebla boleh telan and mampu untuk dihabiskan... Dah kata lapar kan??? hahaahahah~ Minum air hot honey lemon tea... Giler manis wa cakap lu.... Manis berdenting sey... Terkenyit-kenyit mata ni tahan manis...


"Ok, tolong... Saya dah pening makan banyak sangat..." hahaahaha Nana, nana... Kau ni tak leh blah tau... Hamek ubat aku snap pic candid ko... hehehehe~ Kitorang bertiga je time ni. Nana kazen yun memang follow jela yun ke mana-mana je pun Yun pergi kecuali tandas...


Sahabat dari kecil and still counting until now... Hopefully will last forever... Semoga kau ditemukan jodoh yang baik dan sempurna perilaku dan bahasanya insyaALLAH... Apa-apa pun, aku sayang ko...


Muka bahagia dapat makan bersama.... Ada hikmah sebenarnya kereta Yun masuk bengkel... Dapat makan and spend time sama... Susah nak dapat peluang macam ni sebab masing-masing busy kerja kan???


Sebelum pulang, terimalah Chatime sebagai penutup selera tekak payau ni...
hahaahhaaaa~
Wi-fi dia laju gilerrrrrrrrrrrrrrrr~!!! I loike...


p/s: I'm counting the days you know... to meet you!!!


Meeting Up With the Aweks & a Baby

Salam Maal Hijrah semua... Semalam tak sempat nak update pasal Maal Hijrah... Cumenye kenangan Maal Hijrah paling aku ingat masa PLKN dulu... Aku dulu PLKN kat Melaka je. Dekat je kan? So bila Maal Hijrah kitorang semua kene berarak kat area Alor Gajah... Jauh gak la... Sambil berarak sambil selawat and nyanyi lagu "Satu Muharam Detik Permulaan...." tu which happened to be aku tak tau tajuk lagu apa. Tapi kalau suruh nyanyi konpem lulus.... Chewahhh~!!! Itulah kenangan Maal Hijrah bagi aku... Budak lepasan SPM lagi time tu... Apa je yang tau kan??? heheehehe~

Ohhh btw, Maal Hijrah tahun ni jatuh pada birthday nenek aku. Kalau ikot kelender orang puteh 15 November la... Nati la aku share pasal birthday die.. InsyaALLLAH...


 So semalam, ada girls meet up... Tengok la yang tengah tu. Kemain xcited lagi... Dagu panjang gakla... Actually sebelum ni ada plan nak jupe tapi masing-masing busy... But semalam semua sepakat agree untuk jumpa... Cuma kesian kat Yana sebab dia kerja kul1 petang tu...Jumpa kat Alamanda je uols... Dekat dengan semua. Just Kak Aen je jauh...Sebab dia duduk PD yet willing to drive and meet us... Thanks kak... 


 Add sampai lambat sebab dia kan ada baby... So urusan dia lebih sikit la... Sementara tunggu add, kitorang duduk kat bangku depan MNG and borak-borak and snap gmbar... Masing-masing pakai seluar warna-warna... Sorang hijau, sorang merah and sorang kelabu... Comel je...I love my shoes so much.... *winkwink*


Tak lama pastu add pun sampai... Kesian giler minah tu... Punyerla kitorang dari jauh nampak dia.. Dia lak boleh tak perasan kitorang... Lawak sey... Mule-mule kecoh semua sebok nak cerita... Then decide nak makan katne... Aku demand tak nak makan food court. Yana lak cakap "Jauh-jauh datang takkan food court je" hahahaha~ So layan la A&W since add pun agree...Dapnyeeeeee kan float??? Slurpppp....


"Hye, nama saya Umayr. Ini kali pertama ummy saya drive sorang-sorang bawak saya keluar jumpa kawan-kawan dia. Jadi saya agak cranky dan meragam semalam. Sebab semua kawan ummy comel sangat laaa...Saya gerwammm" hahahahaha~ Umayr monolog dalam diri... Buat muke pelik...


 "What are you doing ummy??? You should feed me not taking pictures with T-Aen" hahahaha Kesian Umayr... Sampai-sampai je kitorang gasak cubit pipi la snap gambar la... Mana tak budak tu cranky... Pandang je Ummy dia tu... Ntah apa-apa jela....


Thanks semua sebab sudi korbankan masa, tenaga, wang ringgit (ehem-ehem ada orang tu salah bawak purse) dan usaha untuk jumpa semalam... Zaza hargai sangat-sangat... Until we meet again insyaALLAH... PD maybe??? Mudah-mudahan la kan... Hopefully Umayr tak cranky next time...


"MODEL WANNABE"

#OOTD
TOP - Esprit
CARDIGAN - MNG
BOTTOMS - ZARA
ANKLE BOOTS - VINCCI


Ok korang.... Sorry tak dapat lama-lama semalam sebab birthday Nenek... Until we meet again ok...
xoxo~



Until We Meet Again...

Buat permulaan, aku semangat nak update cerita panas dari ketuhar (read as hot from the oven)... Macam ni ceritanya, one of the GJ dapat kerja baru nun jauh di Sabah sana. Takda la jauh mana pun... So last week we all ada buat farewell party untuk dia kat Chillie's Empire. Nati ye cite. Then semalam sepakat nak surprisekan die kat LCCT which tak bape nak surprise sebab somebody lupe dia naik kat LCCT ke KLIA... hahahahahaa~


Mehlaaa tengok drama di LCCT dengan kitorang...'
Layan ok~


Tengah hari buta tak bape nak buta sangat dengan matahari panas berdenting sey... hahahaha Jalan pun laju-laju jerk... Tapi aku sempat la snap perjalanan ahli rombongan menuju ke balas berlepas...


With Husna... Comelnyeeee kan? Sempat-sempatkan jugak snap gambar masa berjalan bawah gajah menyusur ni... Buat kenangan katanya....~


Sampai-sampai je terus cari parking yang memang hazab la... Since we all kejap je kan so parking la slumber kat tepi2 yang takde lot. Naseb baik tayar kereta tak kene klem... So Kak Nurul dia kol tanye Fadzrin kat mana semua since we all dah sampai kt LCCT. Dari jauh die duduk dgn family dia kat taste of Asia. So die greet kitorang cepat-cepat and entertain mak dia semula. So aku harusla sepantas kilat snap gambar together with him.... 


 Gambar paling comel together sebelum pergi jumpa mak Fadzrin salam-salam bagai.... Untungla yang kat belakang tu. Elok je gambar kan? Aku gak tangan gegel-gegel snap gambar... hahahahaha~


Tengok diorang ni menyenyeh nombor satu ok... Siot jerk... hahahaha Naseb you la Fadzrin dapat kawan-kawan happening macam ni... hahahah~ Last group pictures before he fly to Sabah.... Semoga berjaya ok~!!!


Tawa dalam tangisan sebenarnya ni... Nak tunjuk malu kan? Padahal dalam hati siapa je yang tau... hihihihi Sorry you. Bukan you baca pun kan? Tu pasal berani cakap cmni... hahahahaha~


" Izinkan ku pergi, mak..."
Perghhhhhhhhhhhh... Kaw-kaw tacing part ni kan??? Sedih je tengok nak berpisah dengan mak dia... Padahal, Sabah je pun...hahahahaah~ Anak bongsu macam ni la... Berat hati kan nak pergi... Tapi takpe... Pengorbanan insyaALLAH berbaloi-baloi....



Until we meet again Fadzrin...
InsyaALLAH~


Whatever....










TOO MANY THINGS TO SHARE BUT TOO LAZY TO WRITE






OK BYE...~


Jom Nikah....

Good day everyone...~!!! Sorry the morry the morning glory.... Sudah lama rasanya tak berblog... Kemain banyak lagi gambar and entry dalam draft... Nak upload ntah bila... Tapi takpela. Kita mula sikit-sikit dari arini... hehehehehe Mood nak beraya kan? Jadi nya kerja pun nak taknak jerk... Aku hutang banyak cerita ok... Takpe kan? hehehehe~

12 October 2012 yang lepas, budak office aku nikah... Dua-dua perantin lelaki dan perempuan adalah kawan office. Jadi, adalah diwajibkan untuk hadir ke semua jemputan mereka. Kita mulakan dengan nikah. hahahaha~ Aku rasa, bila Afie (perantin pompuan) ni agihkan kad kahwin, dengan aku-aku sekali kene tempias ok. Korang cuba bayangkan, balik lunch, jalan nak masuk office lalu lobby, tibe-tibe Kak Farah, receptionist boleh lak cakap cmni "zaza bila nak kahwin?" Omg~!!!! Terkamjat aku ok... Tiba-tiba dapat soalan begitu. Berlari aku naik atas. Tak jadi naik lift. hahahahaa~ Pastu Kak Yana dah mula kira-kira bape lagi anak dara kat department aku tak kahwin lagi....hahahahaa~ Thanks Afie susah-susah je hangatkan isu kahwin ni dekat office...


Me with Kak Kuna... Semangat kaw-kaw pergi nikah Afie. Dia cakap must be there by 8.00pm. Kelam kabut kitorang bersiap ok... Gilos laaaaaaaaaa~ Naseb sempat sampai... Meriahhhh uolss... Time nikah kitorang bawak satu hadiah dulu... Ada banyak hadiah sebenarnya.... hehehehe~


Geng-geng office yang turut semangat nak tengok Afie and Juju (Perantin Lelaki) nikah... hehehe Bawak kaum ok... Makanan memang superbbbb... I loikee.. Kampung style sangat... Masakan jawa Selangor gitu....


Sampai-sampai terus naik atas rumah jumpa bakal perantin.... Semangat aku... Gambar candid tp sempat posing. I loike... Bakal perantin is yang sebelah kiri eh silap belah kanan sekali...Muke semangat kaw-kaw....


The three sisters... Just like a mountain  in Australia.... woot woot...Semua belum berkahwin ye...Mari kita tengok siapa yang dulu.... hahahahha~


Comel sangat gambar-gambar pre wedding diorang... Sweet sangat. Suke sey tengok...Nak jugak please macam tu... *dushhhhhhhhhhhhh* Berangan....


Group photo with the kakak-kakak and also adik-adik....Cheeeewahhhhhhhhhh~ Bakal perantin sikit je nampak... Yang lain hoverrrrrrrr kemain.....


Us... All the gegurls a.k.a dayang-dayang bak kata Afie... Afie macam tak nervous je malam tu... Cool je sey... Padahal tak senang duduk dah aku tengok....


Selamat diijab qabul.. Alhamdulillah dengan sekali lafaz je. Time ni aku dipaksa teman Afie ok... Dah macam aku lak yang nak nikah die punye nervous tu... Mengarut sey... haahhaahaa~


Amek berkat katanyaaaa.... Amin~ Mudah-mudahan.... InsyaALLAH
*senyum*


Kitorang berempat tak sah kalau takde posing-posing... Mengalahkan perantin sangat.... Kecoh ok bilik perantin malam tu... hahahaaha Naseb tak roboh tau... Aku suke pic ni.. Semua comel tapi kak Nurul kepala terpotong sikit...Siapa suruh tinggi sangat kan???? hahahahha


Lagi sekali self-timer.... hehehe Ubah posisi lak... Macam comel lak selang seli kaler bajunye... heheheh sweetnyeeeeeeeee....


Ok... Layan lagi gambar kitorang... Ni siapa punye majlis sebenarnya ni??? Mana perantin??? Apesal gambar perantin sikit je??? hahahahaa Tanye kak Nurul ok.. Dia yang tukang snap gambar... hehehehe Nak tunggu aku memang takde makna... I kan pemalu uolsss....



Tapi....






Pic of the day...Eh silap, NIGHT...





















Jeng jeng jeng....













































Ok, bye....
*Kesian bakal future husband kalau dapat isteri perangai macam ni*



Terima tak????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...