Tinggal La Dua...


Masa aku sekolah menengah tingkatan 4 and 5 dulu, aku ada geng baik... Baik dalam macam-macam hal la. Baik ponteng sekolah, chow kelas, baik siap homework semua la baik dengan geng ni la... Aku, yun, cik lam, fatin, and linda. Arwah dayah kelas lain jadi kitorang jarang dapat ponteng sama. Tapi asal ada peluang konpem arwah dayah akan datang menyelit kat kelas. *Rindunya...al-fatihah* Aku dulu jadi macam mastermind la bab-bab yang nakal ni. Tapi aku kire baik sebab kalau nak nakal tu aku buat sorang-sorang je. Tapi budak-budak ni bijak, dia tau punye taktik aku. Since kitorang masing-masing duduk area tepi pintu kelas, memang senang la menyelinap keluar. 

Sampai kitorang form 5 pun perangai ni menjadi-jadi. Tapi bukan semua kelas pun kitorang chow. Kelas-kelas cikgu yang terpilih je... Macam fizik, fizik, fizik... ehhh, bapa banyak kali fizik ni??? Sebabnya cikgu fizik ni asal aku tanya dia marah, dah tu suruh baca textbook. Biol apa??? Baik aku study sendiri. Sebab tu asal kelas dia aku tawaf keliling sekolah. ahahaahah~ Masa form 5 ni, aku macam biasa duduk sebelah fatin. Yun and cik lam sebelah kiri aku. Linda duduk depan aku sebelah dengan jepun. Time takde cikgu kitorang buat concert sambil buat homework. Diorang kalau aku nyanyi lagu jiwang-jiwang suka buat-buat terperanjat. " Eh, minah salleh ni tau jugak lagu melayu kan??? " Kongajo namanya tu... Main kasar kan??? Dari sekolah sampai ke tusyen semua sama-sama...

Tapi skang cik lam dah kahwin. Dah ada anak satu. Nak masuk dua dah insyaALLah. Fatin pun dah kahwin. Anak satu. 1st December aritue Linda plak kahwin. Dayah dah takde. Dia dah pergi jauh. Tapi kitorang selalu rasa dia ada. Kadang-kadang borak-borak macam dia ada join sekali. Now, tinggal aku dengan yun je yang belum berkahwin... Walaupun geng dah makin kurang, tapi asal ada peluang kitorang cuba untuk get together. Macam skang, aku dengan yun jela yang selalu gak meet up sebab dekat. Yang lain tu kitorang whatsapp or fb je...



Aku dan yun. Kali ni, kitorang gathering kat rumah Linda. Aku, yun, cik lam dengan fatin. Linda konpem konpem ada sebab tu kan majlis dia...hehehehe


Aku, yun dan cik lam... Semua pakai speck. Linda pakai speck, fatin pun pakai speck. Tapi fatin skang poyo buat-buat tak rabun. So dia xpakai speck konon lagi cun la kan??? Padahal rabun!!!


Dekorasi kat bilik perantin Linda. Jumaat malam sebelum Linda nikah, aku dengan yun lepak bangi rumah kakak lam. Kitorang sleepover sama ok... Best giler. Masing-masing kepoh gaya taknak tidur. Padahal anak lam selamat la tidur. Terima kasihla Chenol sebab takde malam tu. Dapatla kitorang tidur dengan anak bini ko...


Semangat giler ok kitorang nak pergi nikah linda. Malam tidur lambat sebab ngobrol je orang jawa cakap. Then pagi-pagi dah bangun sebab takot lambat. Sebelum pukul9 dah sampai Seremban. Tengok linda baru nak pkai lense. Cantik inai dia kan???


Linda cakap tema kuning. Tapi cik lam ni mengada. Baju kuning takde hijau biru yang dia tibai... Lantakla labu... Janji ko bahagia... Kesian gak Linda time pagi tu sebab semua pun kelam kabut. Catering tak sampai-sampai... Make up pun aku yang tolongla dengan kakak dia...


Angah (suami Linda) ceh... Time ni kemain malu-malu lagi tau. hahahahha Kitorang suruh hold lama-lama sebab nak snap gambar... Happy moment ever. Hanya sekali lafaz alhamdulillah selamat linda jadi isteri angah...

Selesai majlis nikah Linda... Nati aku update yang pasal bersanding lak ye...


Sekarang, tinggal la dua orang je yang belum berkahwin. Aku dan yun. Kalau sekarang asek berkepit je nati kalau salah seorang kahwin camne la agaknya yang lagi sorang tu...Tapi kan yun, aku insyaALLAH selagi boleh dan mampu akan aku usahakan untuk tolong or jumpa kau... Aku selalu ada untuk ko... Apa-apa pun ok...


*lap hingus*
bye...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...