Sembang Jumaat...

Fuhhhh... Agak berabuk jugakla blog aku ni kan??? Sorry semua. Aku kind of busy lately then pergi holiday so memang tak layan blog la... Maaf ye. Later aku update pasal holiday ye. Kali ni tak banyak gambar sangat sebab pergi dengan pama n nenek je jadiknya aku jela keje snap gambar diorang. Papa asal snap gambar aku manjang blur. Sudahnya aku fed up. Terus cakap " Tak payahla pa... Sha snap lain kali je ". Haahaahaaa Maksudnye apa? Nak kene pergi lagi la tu... *kenyit mata kat orang tu* hihihiihihihi



Ok ok... Aku rasa arini aku nak merepek sikit. Bukan la merepek apa cumanya aku nak luahkan pandangan je dengan korang semua. Sembang harini pasal isu hari tua. Yes, semua orang pun akan menempuh hari tua insyaALLAH jika diberi kesempatan. Cumanya setiap yang ditempuh ke usia tua tu berbeza-beza. Ada yang bertuah sebab keluarga ada disisi dan ada juga yang kurang bertuah sebab hanya menumpang kasih di rumah orang-orang tua. Kadang-kadang aku terfikir, takdir ke semua tu atau itu hanyalah rezeki masing-masing??? But after all, kita tak boleh sesekali menyalahkan takdir. Apa-apa pun haruslah diri sendiri dulu yang dipersalahkan... Muhasabah diri. Apa keburukan dan kekhilafan kita sebenarnya sampai diduga sebegitu. Tapi haruslah memanjatkan kesyukuran sebab setiap yang diduga tu ada hikmahnya dan mungkin juga untuk dinaikkan darjat iman kita...



Kenapa aku cakap semua ni??? Sebabnya aku pun akan tua jugak. Dan aku pun ada ibu bapa. Aku takot kalau-kalau aku jadi anak yang tak tau mengenang jasa ibu bapa dan abaikan tanggungjawab ke atas mereka. Itu antara perkara-perkara yang aku risau. Sebolehnya dan semampunya aku akan cuba buat yang terbaek untuk mereka. Bukan la mengharapkan balasan untuk aku dilayan sebegitu di usia tua kelak tapi memang itu yang mereka layak dapat dari aku. Walaupun tak mampu bagi harta benda dan duit banyak tapi cukuplah kalau dapat beri perhatian dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka. Membahagiakan mereka sehabis boleh... Mungkin sekarang aku boleh cakap semua ni tapi akan datang bila aku ada keluarga aku sendiri, macam mana kalau aku berubah??? Parents aku, parents in law aku (insyaALLAH) semua aku kena jaga segalanya... 



Banyak contoh-contoh kita boleh tengok sekarang. Tak kesah la dalam tv ke FB ke atau pun kat keratan surat khabar. Banyak kes-kes yang berlaku antara anak-anak dan ibu bapa. Ada ibu bapa yang rumahnya hanyalah di tepi kaki lima sedangkan anak-anak berumah banglo. Sedih kan camtu??? Ada juga anak-anak yang sanggup tipu ibu bapa hanya untuk hantar mereka ke pusat jagaan orang-orang tua... Kecewa dan hancurnya hati aku kalau anak-anak aku berbuat begitu pada aku. Betul la orang cakap, ibu bapa berdua boleh jaga anak seramai mana sekali pun tapi belum tentu anak yang ramai tu boleh jaga ibu bapa yang hanya satu tu... Nauzubillah....Selisih...



Aku berdoa, berharap dan berusaha untuk jadi anak yang terbaik untuk keluarga aku... Bila ada in laws insyaALLAH akan begitu juga. Bagi yang nak berkahwin, aku rasa, bawaklah calon jumpa parents dulu. Kalau parents tak suke, tak setuju atau menghalang janganla kita bantah dan memberontak. Ibu bapa tiada penggantinya. Sedangkan calon tu kita boleh lagi cari and usahakan. Apa jadi kalau kita teruskan jugak which means kita kahwin gak??? Perkahwinan tanpa restu ibu bapa tak berkat. Macam mana nak hidup bahagia dengan calon pilihan kalau macam tu??? Sekarang mungkin kita tak paham. Nati bila ada anak-anak kita sendiri akan alami semua ni.



Jadilah anak-anak yang boleh ibu bapa harapkan meniti hari tua mereka. Tak kesah macam mana sekali pun mereka di hari tua, cubalah untuk membahagiakan mereka dan menerima mereka seadanya. Kerana mereka jugalah, kita ada apa yang kita berada sekarang. Kerana mereka juga, hidup kita mudah dan senang alhamdulillah... Semoga kita semua jadikan apa yang berlaku di tv mahupun di dada akhbar sebagai contoh dan pedoman... InsyaALLAH...



Selamat mencuba untuk jadi yang lebih baik...
Sabar dan tabah...
Menerima dan bersyukur...
Renung-renungkan...
Dan selamat beramal...



Assalamualaikum....

*gaya ustazah*
mihmihmihmihmih...




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...