Hot Chat (HotFM) - Malunyerrrrr!!!!

Aritue tak silap Jumaat kot. Macam biasa aku hari-hari dalam kereta nak pergi kerja pun dengar HotFM.. Sumpah lawak... Hot chat pasal Malunyerrrrrrrrrrrrrrrrrr... Ramai yang telefon and share kisah yang memalukan... Aku dalam kereta tukang gelak jela... hihihihiihi Ada yang kol cakap tersalah masuk tandas la... Lepas tu ada yang kol bagitau malu sebab terkencing dalam seluar la and macam-macam lagi... Well, aku rasa semua orang ada melalui fasa memalukan macam ni... Dan aku??? Of course la tak terkecuali.... hihihihiihi Salah satu kisah yang memalukan aku...



Masa tu aku praktikal.... Jadinya bila time nak jumpa advisor kenalah datang balik UiTM untuk settle kan.. Kebetulan kali ni kena jumpa lama maka aku dengan kawan-kawan decide nak tidur dekat Segamat. Kitorang book hotel je kat bandar Segamat tu. Tak silap aku nama hotel tu Golden Lake. Sebelah Nirwana. Amboi ingat sey... Then malam tu ada kawan aku yang still la study kat Segamat. So decide nak jumpa. Dia pun ambil la aku kat hotel and terus pergi makan. Makan kat area Buloh Kasap ke mana ntah tak ingat... Macam biasa turun kereta and cari tempat duduk order makan. Kawan aku ni bawak kereta Wira warna gelap tau. So bila malam sumpah la tak jelas warnanya. At the same time, kat kedai tu banyak la geng-geng mat kereta makan kat situ. Makan punye makan and borak-borak pastu nak balik la sebab dah lewat sangat kan... Masa nak balik tu aku pun jalan jela menuju ke kereta... Slumber bukak pintu kerata and masuk dalam kereta tu... Pastu pandang sebelah (driver) tengok kawan aku tak masuk lagi. Sekali aku pandang ke luar tengok kawan aku kat kereta sebelah and panggil aku ok... OMG~!!! T__________________________________________________T 
Aku salah masuk kereta. Dan tuan kereta yang aku salah masuk tu is mamat kereta yang duduk betul-betul berhadapan dengan kereta dia. Berlari aku masuk dalam kereta kawan aku... Malu giler!!! Diorang siap gelakkan aku macam cikai sey... Hampeh betul. Yang kawan aku ni punye nak gelakkan aku sampai terketar-ketar nak start enjin. Orang makin nak cepat dia buat hal lak...


Sampai sekarang aku still ingat lagi memori memalukan ni... Dulu memang malu sangat la. Now bila ingat balik rasa sumpah kelakar sangat la kau ni kan.... Rasa nak gelakkan diri sendiri lama-lama jugak!!! 


Korang pernah alami peristiwa memalukan macam aku??? Kalau ada share la....
xoxo~


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...