PRU13 - For Better or For Worst

Amboi amboi, tajuk tak menahan kan? Sempena PRU13 kali ni, haruslah aku nak gebang juga pasal PRU13 kali ni....Bukan bukan... Bukan nak pancing undi korang semua... Cuma diri sendiri risau tentang naseb negara lepas PRU13 ni. Aku berdebar ok. Cuak sangat-sangat. Persoalan yang bermain difikiran aku sekarang ni ialah adakah lepas ni negara kita bertambah baik atau bertambah teruk? For better or for worst?  Haaa... Siapa nak jawab tu??? Jadinya marilah kita semua bersedia. Berfikir secara rasional. Muhasabah diri. Kita semua manusia biasa. Bukan malaikat. Bukan juga manusia lindungan bulan macam Sailormoon tu... Yang silap ditegur dan perbaiki kesilapan. Bukan dikutuk dikeji. Yang baik teruskan dan jangan alpa dengan apa yang ada sekarang. Bersyukur dengan setiap nikmat kurniaan Allah swt. Rezeki ada dimana-mana dan dalam macam-macam bentuk.Usaha, doa dan bertawakal la untuk rezeki Allah swt itu. Bukan mengutuk, mengeji dan menjatuhkan sesama manusia. Lagi-lagi sekaum dan seagama. Malulah dengan bangsa dan agama lain. Kita patut jadi contoh sebenarnya. Bukan sebaliknya.



Time-time macam ni rasa nak nangis tengok dokumentari Kemerdekaan dulu. Bagaimana pejuang-pejuang negara menggadai nyawa demi kedaulatan dan kemerdekaan sebuah negara bernama Malaysia yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Aku bangga dilahirkan selepas kemerdekaan. Tak dapat bayangkan diri ini jika dilahirkan ketika perang Jepun atau British dahulu. Makan ubi rebus dengan gula. Nasi gaul garam. Atok nenek moyang kita dahulu hidup susah. Sanggup bergadai nyawa demi mencapai kemerdekaan. Apa kita semua lupa tentang sejarah Tanah Melayu/Malaysia suatu ketika dahulu? Sedih tengok kita semua perang sana perang sini.... Kesian anak bangsa kita akan datang...  



Walau apa pun keputusan PRU13 nanti, sama-samalah kita berdoa agar kita semua dapat hidup dalam sebuah negara yang harmoni, aman damai, saling hormat-menghormati antara satu sama lain tak kira apa bangsa dan agama sekalipun, bersatu padu, dan bersyukur dengan setiap apa yang terjadi. Berfikiran positif. InsyaALLAH hidup kita semua akan tenang dan bahagia. Walau mungkin fahaman politik kita berbeza, tapi kita tetap bersatu hati bersama. Walau parti apa sekali pun yang menang nanti, kita sama-sama terima dan redha dengan ketentuanNya. Pilihan ditangan kita semua. Harulah bijak memilih. Bukan bijak berkata-kata sahaja as action speaks louder than words you know. 



Untuk itu, marilah mari. Kita mengundi. Jalankan kewajipan pada negara... *menyanyi sambil ketuk jari dekat stereng kereta*
Selamat mengundi kawan-kawan semua. 
Semoga perjuangan atok nenek moyang kita ke arah Kemerdekaan dulu tidak sia-sia.
Semoga hidup kita masyarakat Islam dan Melayu khasnya tidak dianaktirikan di negara kita sendiri.
TAKBIR!!!!! Allahuakbar...
Renung-renungkan dan selamat beramal...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...