Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Ewahhhhhhhhh..cakpong cakpong.
Perghhhhhhhhh... Nostalgia sungguh lagu ni. Dari sekolah dulu bila hari guru je konpem semua cikgu-cikgu nyanyi lagu ni. Dengan aku-aku sekali nyanyi ok. Naik hafal dah. Tapi jadi cikgu nya tak jugak. Maaf ye, aku tak sambut Hari Guru ni untuk diri sendiri... hihihihi
Memandangkan mama aku cikgu, jadinya setiap kali Hari Guru maka penuhla rumah dan kereta dia dengan hadiah-hadiah dari anak muridnya. Kadang tak terlarat nak tolong bukakkan hadiah tau. Tapi dia punya happy tu speechless la. Memang happy sangat tengok dia. Bangga sebab ramai anak murid yang sayang and ingat dia. Sampai yang dah kerja pun tiap-tiap tahun wish and datang rumah raya. Besar kan jasa guru-guru ni...Tak terbalas sampai mati wo...
Dari aku tadika sampai habis sekolah, aku tak pernah miss bagi hadiah untuk guru-guru yang mengajar aku. Sebab mama aku cikgu, jadi dia lebih memahami dan menghargai rakan-rakan seperjuangan dia. Katalah aku ada 7 cikgu yang mengajar aku termasuk guru kelas kan, semua tu aku bagi hadiah ok. Gigih mama beli hadiah and sampulkan. Siap pesan mesti bagi cikgu-cikgu semua hadiah ni esok. Tanda pernghargaan. Sebenarnya bukan nilai tu yang jadi ukuran, tapi niat dan ingatan tu yang bermakna.
Macam mama, dia mengajar kat sekolah yang rata-rata muridnya dari keluarga susah. Duduk kat kuala sungai, pasar, and macam-macam la. Pergi sekolah naik sampan pun ada tau. Baju dengan kasut diorang tak payah cerita la. Keladak habis. Kesian kadang-kadang. Tapi diorang usaha nak jugak bagi hadiah masa Hari Guru. Walaupun sabun buku FAB nilai RM1.00 pun mama hargai sangat-sangat. Bagi tisu kotak pun ada. Punyalah ingat kat cikgu-cikgu kan... Bertuah mama...
Tapi sekarang sambutan dah tak sama macam dulu. Mak bapak sekarang kesedaran dan penghargaan dekat guru-guru ni kurang sangat. Anak-anak tak siap homework cikgu yang dimarah dan diherdiknya. Kata cikgu macam-macam. Padahal cikgu ni lah yang mengajar and jadikan anak dia pandai. Kesian aku tengok kadang-kadang. Tapi tak semua parents macam tu. Ada yang betul-betul menghargai sampai anak-anak dia semua dah habis belajar pun still ingat kat mama and datang beraya rumah.
Walaupun aku anak cikgu, dan mama pernah mengajar aku, sumpah aku selalu kena denda lebih dari murid lain. Sebab mama taknak orang cakap dia pilih kasih. Contoh kalau test or exam, salah satu sebat satu kan, aku salah satu kene sebat dua ok... Giler ko!!! Boleh menjejeh air mata kat kelas tau. Lepas tu memang aku tak bertegor la dengan mama kat rumah. hahahahaahaaha~ Tapi memang banyak kenangan sangat-sangat. Rindu zaman sekolah.
Okla, taknak cerita panjang. Mahu korang pun letih nak baca. Akhir sekali, selamat hari guru untuk semua para pendidik dan tenaga pengajar di Malaysia especially to my mom. Terima kasih ma kerana berkat kene sebat, kene marah, kete rotan, kene bebel semua tu I am what I am today. Jadi manusia yang berguna insyaALLAH. Tak terbalas semuanya. Terima kasih sangat-sangat... Hadiah claim kat papa eh??? #eh #tibetibe
ok, bye...
0 comments:
Post a Comment