Mencari Ramli 2 & Peluang ke Old Trafford

Bismillah... 
Dengan harapan ada peluang untuk jejakkan kaki ke Old Trafford. Amin




Aku tau ramai antara korang penyokong Manchester United kan? Lagi-lagi bila MU juara liga baru-baru ni. Yang tak minat pun dan-dan tu jugak boleh minat kan? Haaaaa... Dah tau dah. Well, bagi menambahkan lagi minat korang dengan dunia bola sepak ni, aku nak share pasal program TV "Mencari Ramli 2"



Untuk pengetahuan semua, program TV "Mencari Ramli" musim pertama adalah pada tahun 2012, dimana 30 peserta diambil dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) untuk menyerlahkan lagi bakat mereka dalam sukan bola sepak. Dua peserta yang menang telah diserapkan dalam skuad Harimau Muda bawah 21 tahun dan seorang Juara yang juga seorang penyerang telah dihantar menyertai Kelab Bola Sepak Itali bawah 17 tahun, U.S Arezzo.



Kini, program "Mencari Ramli" muncul kembali dengan musim ke dua (2013) dengan lebih menarik lagi. Kali ini pencarian bakat dilakukan di 12 lokasi di seluruh Malaysia menerusi sesi jelajah pencarian bakat. 30 peserta berbakat akan dipilih untuk ke final dimana 2 orang pemenang akan dipilih oleh juri dan juga berdasarkan undian orang ramai untuk memenangi trip ke Manchester United Soccer School, melawat Old Trafford dan biasiswa 3 tahun bersama Frenz United Football Academy.



Jelajah ujibakat bermula dari bulan Februari sehingga Mei 2013. Antara sesi ujibakat yang telah di adakan di seluruh Malaysia seperti berikut :


State
Venue
Date
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May


Konsep program mencari Ramli ni sebenarnya adalah siri doku-realiti untuk mencari pemain bola sepak terbaik di seluruh Malaysia (bawah 16 tahun) yang akan di hantar ke Manchester United Soccer School untuk di asah dan di gilap bakat menjadi "Ramli", the next Malaysian football talent. Wowww~!!! Aku dah boleh imagine si "Ramli" ni nanti macam mana. hihihihii *gatey*


Korang mesti nak tau kan objektif program ni sebenarnya. Betul tak? Meh aku explain sikit objektif sebenar program ni. 


1) sebagai satu platform untuk pemain bola sepak muda merealisasikan impian bola sepak mereka.
2) membantu menaikkan taraf pemain bola sepak muda tempatan
3) supaya ibu bapa dapat lihat sendiri bakat dan potensi anak mereka serta memberi sokongan penuh dan padu
4) Untuk menaikkan semangat Team Malaysia menerusi program realiti ini.


Jangan tak tahu, TM pun join berkempen tau untuk program ni. Giler tak giler la... Sure heboh punyerla. Aku pula yang excited tau.


So, now, korang dah boleh imagine "Ramli" ni macam mana? Talent dan perwatakan dia macam mana semua? Ada dah dalam fikiran korang? Dalam fikiran aku sekarang, Ramli ni adalah spesies seperti berikut :



 Persis David Bechkam

Dahla hensem, bergaya, kacak, tendangan percuma dia hebat pula tu... Haaa, inilah "Ramli" yang aku bayangkan. Cumanya "Ramli" aku lagi muda la... Kata bawah 16 tahun kan? *nak sign please*



Ala-ala Wayne Rooney

Walau tak hensem dan sekacak mana, tapi pantas wooo.... Zup zap zup zap eh, dah gol??? Gitulah "Ramli" dalam bayangan aku... Berbadan sasa, pantas berlari dan pandai menyelinap lalu menjaringkan gol!!!!



Secekap David De Gea

Haaa, asek cakap and puji penyerang je kan? Kali ni mungkin "Ramli" tu secekap si David De Gea ni. Kurus  tinggi. Senang nak terbang-terbang tangkap bola. Rembat kencang macam mana pun still boleh selamatkan gawang punye lah... * I lap u Ramli* 



Inilah antara imaginasi aku tentang "Ramli-the most talented player". Haaa, taknak kalah kau. Semua pun macam hebat. Bayangkan kalau "Ramli" tu kombinasi ke tiga-tiga yang aku bayangkan tu??? Perghhhhhhhhhh.... Ramli most wanted terus aku cakap kau... woot woot~


Jadi korang, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri program realiti mencari bakat "Mencari Ramli 2" ni yang telah pun bermula pada 19 April 2013 yang lepas di TV3. Ingat tau, "Mencari Ramli 2" ni setiap hari Jumaat pukul 7.30 hingga 8.00 malam tau... 


Tengok, tengok, tengok jangan tak tengok... tengok.. tengok... Ewahhhhh... Cak pong cak pong!!!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...