Flaming Steamboat - A Small Gathering

Khamis lepas, plan asal konon nak balik BP sebab nanti boring weekend panjang takde apa nak buat. Sebab adik pun balik BP. Lepas tu terus lupakan hasrat nak balik BP sebab teringat ada dinner date dengan Husna, Iqbal, and Abg Eman. So petang Husna remind lagi dinner malam tu kat mana and suruh ajak Wan sekali. So aku pun balik rumah siap-siap. Lepas Isya' terus keluar pergi Flaming Steamboat Seksyen 33, Jalan Bukit Kemuning tu.... Dah keluar boleh pulak tertinggal wallet la apa la... So patah balik. Sempat la whatsapp dengan Husna bagitau dia patah balik sebab tinggal wallet. 


Aku : Husna, sorry lambat sikit. Wallet tertinggal lak ni.

Husna : Tak payah patah balik. Nanti you cuci pinggan je ok.

Aku : Xpe, nanti I tumpang u and Iqbal balik. Biar Wan cuci pinggan

Husna : Good Idea. Tinggal jela Wan tu...


hahahahahaha Agak keji perbualan masing-masing di situ kan??? Tapi sumpah lawak. But aku memang patah balik amek wallet la... Takdenye takde wallet kan... Sampai-sampai rupenye diorang semua dah naik atas. Siap dah pergi amek makanan lagi. Aku macam biasa duduk dulu borak dengan Husna. Wan plak monitor makanan-makanan yang ada. Membe kan suke begitu... Layan...




Tak tau pun diorang sebenarnya plan untuk surprise kan kitorang. Party bujang kononnya... hahahhahaha Terkantoi tau mulanya. Sebab belon tu diorang sorok bawah meja. Tiba-tiba belon keluar dari bawah meja ok. Tanjat gegurl. Terus tersipu malu... hihihihihiihih



Ibu mengandong gigih nak celebrate husband and wife to be ni... Thank you korang... Tak celebrate pun takpe sebenarnya. Dapat gathering macam ni dah happy sangat dah.... Susah-susah je... Asal snap gambar je Husna suruh snap lagi sebab dia tembam. Alolololo, preggy memang la tembam. Tembam pun comel laaa... Don't worry.



Dah kenyang semua mohla kita sesi bergambar bersama. Photoshoot percuma ok. Dengan berbekalkan camera instax Fujifilm 8 dengan camera handphone S3 je... hahahahha Terima kasih staff Flaming sebab sudi tolong snapkan gambar ni. Background tu percuma je ok. Cantik je gambar ni... hahahahaha~


Aku rasa korang yang baca blog Totinx of coz dah tau aku akan menamatkan zaman bujang weekend ni... Sorry, tak dapat ajak semua. Tak hot mana pun nak ajak-ajak korang... hihihihhi Nanti korang tunggu update ok... 


p/s : aku masih bekerja lagi ni... Belum cuti. Bakal pengantin ni masih slumber lagi ni. Lek luh... Sap kok tang luh....


The New Look...

Wah, tajuk taknak kalah. Nak gempak je kan. Sepak kang baru tau. hihihihi Well, korang sure perasan akan perubahan blog aku ni kan??? Please la tolong perasankan bagi yang tak perasan tu. Kecik hati ahkak tau. Anyway, kalau dulu korang tengok blog aku, coklat je semua. Budget macam mendamaikan la tu kaler coklat kan?? Puiiii... Jangan mimpi. Tapi aku macam dah bosan dengan layout yang lama. So aku decide untuk tukar yang baru. Ini kalilah!!!!
:P


Google sana google sini... Tengok blog itu tengok blog ini. Sekali kan, aku tengok Peej punye blog. Wahhhh, dia sudah tukar jugak la. So aku pun meluap-luap dan terlonjat-lonjat ingin tukar layout juga. Tujuan nya adalah untuk bagi aku semangat untuk aktif blogging. Aku kan suke bercerita. Cuma nya takkan nak cerita kat semua orang kan... Letih air liur wey. Baik aku type je kat blog. hihihihihi Aku tengok punye tengok punye tengok, Peej ada bagi bagitau dengan siapa dia buat semua tu... So aku pagi lagi??? Terjahhhhhhhhhhh~


Memperkenalkan, hasil kerja dan usaha bagi baik pulih blog aku... Jeng jeng jeng.... Taraaaaaaaaaaaaaaaaa...




Haaaaaaa... dia lah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membaik pulih blog aku ni. Aku mana reti wey nak buat tu semua. So haruslah aku suruh orang lain yang buatkan. Aku just cakap nak macam mana sekian sekian then taraaaaa sudah siap... Siapa-siapa yang berminat bolehla cari dia. Respon pun cepat je. Aku just chat and email je dengan dia. So senang dan mudah la... Apa tunggu lagi???? Pergilahhhh cari dia.... 


Aummm... Lapor la!!!
Bye



Mencari Ramli 2 & Peluang ke Old Trafford

Bismillah... 
Dengan harapan ada peluang untuk jejakkan kaki ke Old Trafford. Amin




Aku tau ramai antara korang penyokong Manchester United kan? Lagi-lagi bila MU juara liga baru-baru ni. Yang tak minat pun dan-dan tu jugak boleh minat kan? Haaaaa... Dah tau dah. Well, bagi menambahkan lagi minat korang dengan dunia bola sepak ni, aku nak share pasal program TV "Mencari Ramli 2"



Untuk pengetahuan semua, program TV "Mencari Ramli" musim pertama adalah pada tahun 2012, dimana 30 peserta diambil dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) untuk menyerlahkan lagi bakat mereka dalam sukan bola sepak. Dua peserta yang menang telah diserapkan dalam skuad Harimau Muda bawah 21 tahun dan seorang Juara yang juga seorang penyerang telah dihantar menyertai Kelab Bola Sepak Itali bawah 17 tahun, U.S Arezzo.



Kini, program "Mencari Ramli" muncul kembali dengan musim ke dua (2013) dengan lebih menarik lagi. Kali ini pencarian bakat dilakukan di 12 lokasi di seluruh Malaysia menerusi sesi jelajah pencarian bakat. 30 peserta berbakat akan dipilih untuk ke final dimana 2 orang pemenang akan dipilih oleh juri dan juga berdasarkan undian orang ramai untuk memenangi trip ke Manchester United Soccer School, melawat Old Trafford dan biasiswa 3 tahun bersama Frenz United Football Academy.



Jelajah ujibakat bermula dari bulan Februari sehingga Mei 2013. Antara sesi ujibakat yang telah di adakan di seluruh Malaysia seperti berikut :


State
Venue
Date
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May


Konsep program mencari Ramli ni sebenarnya adalah siri doku-realiti untuk mencari pemain bola sepak terbaik di seluruh Malaysia (bawah 16 tahun) yang akan di hantar ke Manchester United Soccer School untuk di asah dan di gilap bakat menjadi "Ramli", the next Malaysian football talent. Wowww~!!! Aku dah boleh imagine si "Ramli" ni nanti macam mana. hihihihii *gatey*


Korang mesti nak tau kan objektif program ni sebenarnya. Betul tak? Meh aku explain sikit objektif sebenar program ni. 


1) sebagai satu platform untuk pemain bola sepak muda merealisasikan impian bola sepak mereka.
2) membantu menaikkan taraf pemain bola sepak muda tempatan
3) supaya ibu bapa dapat lihat sendiri bakat dan potensi anak mereka serta memberi sokongan penuh dan padu
4) Untuk menaikkan semangat Team Malaysia menerusi program realiti ini.


Jangan tak tahu, TM pun join berkempen tau untuk program ni. Giler tak giler la... Sure heboh punyerla. Aku pula yang excited tau.


So, now, korang dah boleh imagine "Ramli" ni macam mana? Talent dan perwatakan dia macam mana semua? Ada dah dalam fikiran korang? Dalam fikiran aku sekarang, Ramli ni adalah spesies seperti berikut :



 Persis David Bechkam

Dahla hensem, bergaya, kacak, tendangan percuma dia hebat pula tu... Haaa, inilah "Ramli" yang aku bayangkan. Cumanya "Ramli" aku lagi muda la... Kata bawah 16 tahun kan? *nak sign please*



Ala-ala Wayne Rooney

Walau tak hensem dan sekacak mana, tapi pantas wooo.... Zup zap zup zap eh, dah gol??? Gitulah "Ramli" dalam bayangan aku... Berbadan sasa, pantas berlari dan pandai menyelinap lalu menjaringkan gol!!!!



Secekap David De Gea

Haaa, asek cakap and puji penyerang je kan? Kali ni mungkin "Ramli" tu secekap si David De Gea ni. Kurus  tinggi. Senang nak terbang-terbang tangkap bola. Rembat kencang macam mana pun still boleh selamatkan gawang punye lah... * I lap u Ramli* 



Inilah antara imaginasi aku tentang "Ramli-the most talented player". Haaa, taknak kalah kau. Semua pun macam hebat. Bayangkan kalau "Ramli" tu kombinasi ke tiga-tiga yang aku bayangkan tu??? Perghhhhhhhhhh.... Ramli most wanted terus aku cakap kau... woot woot~


Jadi korang, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri program realiti mencari bakat "Mencari Ramli 2" ni yang telah pun bermula pada 19 April 2013 yang lepas di TV3. Ingat tau, "Mencari Ramli 2" ni setiap hari Jumaat pukul 7.30 hingga 8.00 malam tau... 


Tengok, tengok, tengok jangan tak tengok... tengok.. tengok... Ewahhhhh... Cak pong cak pong!!!



Cantik Tak Kak Ton???

*Pang*
Sepak kang... Cantik tak cantik tak... Geram je...
hahahahahhahaa~
Korang tengok tak iklan tu??? Aku mula-mula masa dengar orang cakap cantik tak kak Ton aku macam blur... Eh, ni pengaruh cerita or movie apa ni??? Rupanya iklan ok... hahahaha Nampak sangat aku tak tengok iklan. Asek layan movie and sports channel je kan... Gitulah nampaknya....


Eh, dah tersasar sekejap. Sebenarnya aku nak cakap pasal blog aku ni. Hehehehe Nampak tak ada perubahan? Amacam? Lebih better tak? Senang nak baca and menarik tak? Well, aku suke dengan layout baru ni... Terang mata aku nak tengok blog sendiri. Kalau tak kelam je sebab semua coklat kan... hihihihiihi Nak update pun rasa damai je... Semangat tau nak update. But sekarang iphone tengah down plus takde internet kat rumah so aku is susah nak update blog skang....


Nati aku cerita eh camne blog ni boleh berubah tibe2 sampai terperanhat gegirl... hehehehe Motif sangat kan???? Okla jom keje... Korang jangan ngelat-ngelat ok... Semangat bekerja harus lah diteruskan... Selamat bekerja kawan-kawan... Lap uols!!!!


ok, bye~

Selamat Hari Guru

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Ewahhhhhhhhh..cakpong cakpong.


Perghhhhhhhhh... Nostalgia sungguh lagu ni. Dari sekolah dulu bila hari guru je konpem semua cikgu-cikgu nyanyi lagu ni. Dengan aku-aku sekali nyanyi ok. Naik hafal dah. Tapi jadi cikgu nya tak jugak. Maaf ye, aku tak sambut Hari Guru ni untuk diri sendiri... hihihihi


Memandangkan mama aku cikgu, jadinya setiap kali Hari Guru maka penuhla rumah dan kereta dia dengan hadiah-hadiah dari anak muridnya. Kadang tak terlarat nak tolong bukakkan hadiah tau. Tapi dia punya happy tu speechless la. Memang happy sangat tengok dia. Bangga sebab ramai anak murid yang sayang and ingat dia. Sampai yang dah kerja pun tiap-tiap tahun wish and datang rumah raya. Besar kan jasa guru-guru ni...Tak terbalas sampai mati wo...


Dari aku tadika sampai habis sekolah, aku tak pernah miss bagi hadiah untuk guru-guru yang mengajar aku. Sebab mama aku cikgu, jadi dia lebih memahami dan menghargai rakan-rakan seperjuangan dia. Katalah aku ada 7 cikgu yang mengajar aku termasuk guru kelas kan, semua tu aku bagi hadiah ok. Gigih mama beli hadiah and sampulkan. Siap pesan mesti bagi cikgu-cikgu semua hadiah ni esok. Tanda pernghargaan. Sebenarnya bukan nilai tu yang jadi ukuran, tapi niat dan ingatan tu yang bermakna. 


Macam mama, dia mengajar kat sekolah yang rata-rata muridnya dari keluarga susah. Duduk kat kuala sungai, pasar, and macam-macam la. Pergi sekolah naik sampan pun ada tau. Baju dengan kasut diorang tak payah cerita la. Keladak habis. Kesian kadang-kadang. Tapi diorang usaha nak jugak bagi hadiah masa Hari Guru. Walaupun sabun buku FAB nilai RM1.00 pun mama hargai sangat-sangat. Bagi tisu kotak pun ada. Punyalah ingat kat cikgu-cikgu kan... Bertuah mama...


Tapi sekarang sambutan dah tak sama macam dulu. Mak bapak sekarang kesedaran dan penghargaan dekat guru-guru ni kurang sangat. Anak-anak tak siap homework cikgu yang dimarah dan diherdiknya. Kata cikgu macam-macam. Padahal cikgu ni lah yang mengajar and jadikan anak dia pandai. Kesian aku tengok kadang-kadang. Tapi tak semua parents macam tu. Ada yang betul-betul menghargai sampai anak-anak dia semua dah habis belajar pun still ingat kat mama and datang beraya rumah.


Walaupun aku anak cikgu, dan mama pernah mengajar aku, sumpah aku selalu kena denda lebih dari murid lain. Sebab mama taknak orang cakap dia pilih kasih. Contoh kalau test or exam, salah satu sebat satu kan, aku salah satu kene sebat dua ok... Giler ko!!! Boleh menjejeh air mata kat kelas tau. Lepas tu memang aku tak bertegor la dengan mama kat rumah. hahahahaahaaha~ Tapi memang banyak kenangan sangat-sangat. Rindu zaman sekolah.


Okla, taknak cerita panjang. Mahu korang pun letih nak baca. Akhir sekali, selamat hari guru untuk semua para pendidik dan tenaga pengajar di Malaysia especially to my mom. Terima kasih ma kerana berkat kene sebat, kene marah, kete rotan, kene bebel semua tu I am what I am today. Jadi manusia yang berguna insyaALLAH. Tak terbalas semuanya. Terima kasih sangat-sangat... Hadiah claim kat papa eh??? #eh #tibetibe

ok, bye...




PRU13 - For Better or For Worst

Amboi amboi, tajuk tak menahan kan? Sempena PRU13 kali ni, haruslah aku nak gebang juga pasal PRU13 kali ni....Bukan bukan... Bukan nak pancing undi korang semua... Cuma diri sendiri risau tentang naseb negara lepas PRU13 ni. Aku berdebar ok. Cuak sangat-sangat. Persoalan yang bermain difikiran aku sekarang ni ialah adakah lepas ni negara kita bertambah baik atau bertambah teruk? For better or for worst?  Haaa... Siapa nak jawab tu??? Jadinya marilah kita semua bersedia. Berfikir secara rasional. Muhasabah diri. Kita semua manusia biasa. Bukan malaikat. Bukan juga manusia lindungan bulan macam Sailormoon tu... Yang silap ditegur dan perbaiki kesilapan. Bukan dikutuk dikeji. Yang baik teruskan dan jangan alpa dengan apa yang ada sekarang. Bersyukur dengan setiap nikmat kurniaan Allah swt. Rezeki ada dimana-mana dan dalam macam-macam bentuk.Usaha, doa dan bertawakal la untuk rezeki Allah swt itu. Bukan mengutuk, mengeji dan menjatuhkan sesama manusia. Lagi-lagi sekaum dan seagama. Malulah dengan bangsa dan agama lain. Kita patut jadi contoh sebenarnya. Bukan sebaliknya.



Time-time macam ni rasa nak nangis tengok dokumentari Kemerdekaan dulu. Bagaimana pejuang-pejuang negara menggadai nyawa demi kedaulatan dan kemerdekaan sebuah negara bernama Malaysia yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Aku bangga dilahirkan selepas kemerdekaan. Tak dapat bayangkan diri ini jika dilahirkan ketika perang Jepun atau British dahulu. Makan ubi rebus dengan gula. Nasi gaul garam. Atok nenek moyang kita dahulu hidup susah. Sanggup bergadai nyawa demi mencapai kemerdekaan. Apa kita semua lupa tentang sejarah Tanah Melayu/Malaysia suatu ketika dahulu? Sedih tengok kita semua perang sana perang sini.... Kesian anak bangsa kita akan datang...  



Walau apa pun keputusan PRU13 nanti, sama-samalah kita berdoa agar kita semua dapat hidup dalam sebuah negara yang harmoni, aman damai, saling hormat-menghormati antara satu sama lain tak kira apa bangsa dan agama sekalipun, bersatu padu, dan bersyukur dengan setiap apa yang terjadi. Berfikiran positif. InsyaALLAH hidup kita semua akan tenang dan bahagia. Walau mungkin fahaman politik kita berbeza, tapi kita tetap bersatu hati bersama. Walau parti apa sekali pun yang menang nanti, kita sama-sama terima dan redha dengan ketentuanNya. Pilihan ditangan kita semua. Harulah bijak memilih. Bukan bijak berkata-kata sahaja as action speaks louder than words you know. 



Untuk itu, marilah mari. Kita mengundi. Jalankan kewajipan pada negara... *menyanyi sambil ketuk jari dekat stereng kereta*
Selamat mengundi kawan-kawan semua. 
Semoga perjuangan atok nenek moyang kita ke arah Kemerdekaan dulu tidak sia-sia.
Semoga hidup kita masyarakat Islam dan Melayu khasnya tidak dianaktirikan di negara kita sendiri.
TAKBIR!!!!! Allahuakbar...
Renung-renungkan dan selamat beramal...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...