All My Bags Are Pack....


And I am ready to go....



*woot woot*



Pergi mana???




Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....





*haishhh... Pergi jalan memang rajin. Tang nak update tu kemain malas lagi kan...*



p/s: Berharap tahun ni banyak lah trip...

The Street Cafe (HALAL KOREAN FOOD)


Yuuuuhuuuuuuuuuuuuuu... Bertemu lagi dalam acara JJCM bersama saya, schazaza.... Chewahhhh~!!! Konon berangan nak jadi pengacara...Aritue balik kerja hari Sabtu amek adik kat TBS... Tunggu die naik kematu tau hati ni... Bus dia tibe-tibe lembap lak... Sabar jela... After that pergi Shah Alam amek baju. Pastu menggelupur kelaparan ok... Terus la tokak den ni macam-macam nak makan... hahahaha~ Dasar.... 


Pusing punye pusing, pikir punye pikir last-last kitorang pergi makan Korean Food. Mula-mula ingat nak tibai sushi king je... Tapi memandangkan esok nak pergi makan Japanese food dengan department terus cancel. Haruslah idea makanan Korea itu diterima pakai walaupun hazab nak parking. Maklumlah malam minggu kan... Semua kemain nak lepak Asia Cafe tu... Mencihh tau...Sanggup la parking jauh and jalan kaki janji dapat makan...



This one adik punya. Bulgogi Bibimbap. Yang ni pun sedaplaaa... Rambang mati sey nak makan apa bile tengok menu dia... Macam-macam. Kalau nak menu yang banyak korang pergi try dekat SS15 ni ok... Sunway Pyramid tak banyak sangat...


Kimchi...Aku tak minat sangat masin-masin ni. Tapi tibai dengan Bulgogi sedap je... hehehehe Dah kata lapar kan, haruslah semua pun tibai...



Chicken Toboki (Korean Rice Cake with Chili Sauce) 

Yang ni sumpah aku suke giler... Adik aku cakap pedas tapi bagi aku biasa je... Siap hirup lagi ok... Punyelah suke kan... hehehehe


Jajang Noodle...Yang ni kitorang tapau je. Giler kau banyak sangat benda nak makan ok... Tak mampu nak abeskan semua... hahahaha Masa order kemain tamak lagi kan... Padan muke...


Mine.. Bulgogi (BBQ Beef) Sodapppp uols i tell you... Yang ni set. Ada soup and side dishes la... Tapi aku xsnap lap gambar nye... Sorry ye... Tapi bestlaaaa....



Setelah kekenyangan, kita posing la sikit. Feeling korea gitu... Melampau cahaya keimanan dan suci muke aku ni... hahahahaa~ Tapi effect dia memang cantik kan??? Wel... Bagi peluang please... hehehehe~



Bergambar kenangan di luar cafe ni sebagai kenangan kononnya... Macam la tak boleh pergi lagi. Takla, sebenarnya nak tunjuk tempat ni jalan-jalan cari makan pernah datang ok... Sila pergi...


Bagi yang teruja dan ingin mencuba, boleh la pergi ke lokasi berhampiran anda. Alamat seperti di bawah :



The Street Cafe, Sunway Pyramid
Lot 197 Asia Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall
Tell : 016-360 0712


The Street Cafe, SS15 Subang (Near Asia Cafe)
No.28 Jalan SS15/8 Subang Jaya, 47500 Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5632 5328




Selamat mencuba kawan-kawan~!!!!


Isu Perhentian Trip...

Ok laaa... Memandangkan ramai yang email aku tanye pasal trip ke Pulau Perhentian tu, mehlaaaa aku explain lagi pasal trip ni... Chewahhh... Macam bagus je gayanye kan???? Of coz la... hikhikhikhikhik 


Ok, macam kitorang pergi last year tu, kitorang mintak quotation dekat SEALIFE SERVICES... So korang kalau nak pergi, boleh mintak quotation kat diorang...Bila email or kol diorang tu boleh la nyatakan perkara-perkara seperti yang berada di bawah ni :


SEALIFE SERVICES
012-449 6540


1) Function type (snorkeling ke free and easy ke)
2) Accommodation (pilih la nak resort mana, Shari-La kalau kes aku)
3) Durations (3hari 2malam ke, 4hari 3malam ke)
4) Date (nyatakan tarikh bila korang nak pergi tu)
5) Room (jenis bilik, twin ke quad ke)
6) Group size (berapa orang nak pergi, 3dewasa 3kanak-kanak ke)


Boleh kol untuk tanye pasal candat sotong trip too... Tapi if candat sotong, bulan April la kot baru mula musimnya... Tanye je ok kat depa... InsyaALLAH boleh membantu...


Ok, lagi apa eh??? Anyway, if ada apa-apa soalan yang ragu-ragu boleh la email aku untuk tanye lebih lanjut... InsyaALLAH aku sedia membantu... Korang cepat-cepat booking... Sebelum pulau bukak lagi bagus ley dapat harga murah....



Email aku - izzah.zober@gmail.com (introduce yourself and just call me zaza)



Gooc luck~!!!



Sembang Jumaat - 2

Minggu ni aku ada sedikit berada di awangan. Jadinya blog dipinggirkan. Banyak nak update end up delete entry and tak jadi update. Apa masalah pun tak tahu la... Jadinya minggu ni kalau korang tengok langsung takde update... hihihihi Maafkanlah tuan punya blog ye... Takde feel nak update kononnya. Arini mehla kita update... Walau sekadar sembang sahaja...Layankan jela... Yang baik boleh ambil dan yang keruh tu buang jauh-jauh ok... *peace*



" Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan yang anda miliki sekarang. Jangan sesekali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang "



Arini aku nak sembang pasal motivasi diri...Bukan diri siapa-siapa pun. Motivasi untuk diri aku sendiri jugaklaaa... Sebagai ingatan dan juga kenangan gitu...Setiap orang ada jatuh bangun dalam life diorang. Tak kesah la besar mana atau kecil mana sekalipun dugaan yang dilalui, siapa-siapa pun pasti akan merasa berada di bawah. Hidup kita kan ibarat roda... Bila dekat atas jangan sesekali lupa yang berada di bawah... Sebab kita juga suatu hari nanti akan berada di bawah. Dan bila kita berada di bawah, jangan terlalu mengagungkan yang berada di atas. Sebab kita sendiri akan merana dan kecewa dengan kehidupan orang lain...



Sebagai contoh, perpisahan. Kita selalu mengimpikan untuk hidup bersama-sama orang yang kita cintai... Sehidup semati SHERASHI BERSHAMA kononnya. Tapi dalam masa yang sama kita selalu dihantui dengan ayat-ayat seperti menyintai tak semestinya memiliki dan memiliki itu tak semestinya menyintai....Bagi aku, semua ni rezeki masing-masing. Bukan yang tak memiliki tu takde rezeki maksudnye. Semua pun ada rezekinya. Cuma bagaimana kita anggap ia sebagai rezeki lah yang membezakannya. Ada yang menyintai macam nak gila tapi lepas kahwin menderita sebab suami kaki pukul... Well, ini juga rezeki. Rezeki Allah swt bagi pada kita untuk menduga dan menaikkan darjat keimanan kita. InsyaALLAH. Ada juga yang tak pernah menyintai, tapi alhamdulillah lepas kahwin bahagia dengan jodoh yang ditentukan ibu bapa... Rezeki jugak kalau jodoh itu ibu bapa yang tentukan. Mungkin lebih berkat jodohnya. InsyaAllah. Macam-macam sebenarnya.... Bukan mudah untuk hadapi semuanya. Tapi bagaimana kita mengatasi dan melaluinya sebenarnya yang akan membezakan kita dengan yang lain...



Kalau kita tak dapat bersama (bernikah) dengan orang yang kita nak, janganlah terlalu bersedih... Allah swt lebih mengetahui apa sebenarnya yang kita layak dapat. Dia yang lebih mengetahui diri kita. Sekurang-kurangnya, sepanjang tempoh bersama (berkawan) itu kita telah berikan yang terbaik untuk pasangan kita tu. Takkan wujud rasa menyesal kerana tak pernah dapat memilikinya... Bersyukurlah dengan setiap peluang yang kita dapat ketika bersama dengannya....Hargai dirinya, sayangi dirinya sebagaimana kita menyayangi diri kita, jangan mengharapkan balasan yang setimpal, sentiasa ikhlas untuk melakukan yang terbaik untuk pasangan kita, serta redha dan menerima apa jua yang telah ditetapkan untuk kita...



Kenapa perlu begitu??? Kerana kita sendiri tak pernah tau akan datang kita bagaimana, hubungan kita itu bagaimana, keadaan akan datang nanti bagaimana... Untuk kehidupan yang lebih tenang dan insyaALLAH sempurna, wajarlah kita untuk berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dengan pasangan masing-masing... Ikhlas dalam setiap perbuatan... Ye, aku tau bukan mudah. Sebab aku sendiri pun belum tentu dapat lakukannya. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba dan terus mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang yang positif, ikhlas dan bersangka baik....Jadi, dari awallah kita kene menghargai dan bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki... Sekurang-kurangnya, memori dan kenangan bersama yang dah pernah kita lalui akan terus diingati...



Kadang-kadang, bila tak dapat bersama sehidup semati tu sebenarnya baru kita sedar akan sesuatu... Selagi bersama, kita mungkin takkan nampak. Mungkin perpisahan itu yang akan mengajar kita jadi manusia yang dihormati, disegani, berjaya dalam apa jua yang kita lakukan, bersemangat untuk meneruskan kehidupan, menghargai setiap yang kita miliki sekarang dan sebagainya... Kita jadi manusia yang lebih baik mungkin. Pucuk pangkal adalah diri kita sendiri... Bagaimana kita menerima sesuatu perpisahan itu dan lalui nya sehari-hari.. Jika penerimaan dan cara kita betul, insyaALLAH kita sendiri tenang dan bahagia dengan setiapnya... Jika sebaliknya, kita juga yang sengsara dan hidup dalam kegelapan... Kita semua ada pilihan.. Setiap pilihan ada risiko masing-masing... Dan buatlah pilihan dengan yakin dan hargai pilihan itu...Berani untuk menghadapi risiko dalam pilihan yang dibuat... Gunakanlah setiap pilihan itu sebaiknya... Hidup ini ada plihan...Itu pasti...



" Sometimes it takes a painful experience to make us change our ways "




*peace no war*



p/s: terima kasih kerana beri diri ini menghadapi, melalui dan merasanya semuanya...terima kasih banyak-banyak

Cendol Pak O Terbaek...


Sorryla ye. Aku ni kalau tak cerita pasal makan memang tak sah. Melambak sebenarnya gambar makanan tapi nak update and buat entry kt blog tak terbuat ok. Ni pun pilih gambar yang mengiurkan la. Buat aku meronta-ronta nak balik BP this week and pekena cendol.. Sedapnyaaaa...Minggu weekend yang Krismas aritue aku balik BP. Dayana kahwin. Kawan sepermainan tennis aku dari kecik sampai la sekarang. Sekelas masa sekolah menangah. Saudara belah bapak aku. Perghhh, complete pekej la. Sorang-sorang pusing town masa Sabtu pagi tu terus rasa tekak haus. Dapat cendol nikmatnya. So ke Jalan Omar la kita.



Cendol biasa. RM1.00 je. Kau mampu tahan air liur tengok gambar mengiurkan macam ni??? Perghhhhhh... Aku ni merembes rasanya air liur dah ni... Giler ahhh.... Sedapnyaaa... Esok pas keje nak balik BP. Sabtu ley la pekena cendol ni... Yummmyyyy~



Hamek kooooo... Sampai muncung-muncung mulut nak makan cendol ni. Punyela sodap kan??? hehehehe Ane kat cendol ni pandang-pandang senyum-senyum. Mentang-mentang aku sorang je makan cendol ni takde pasangan kemain dia amek peluang. Bila bayar kemain nak keruk lagi tangan aku... Gateyyy!!!




Naseb baiklah cendol ko sodap...
Kalau tak, mahu aku pui ko kat situ gak... 
hahahahahah~
Emosi lak tibe-tibe...
Pasal tak dapat cendol la ni kat sini...
Cisssssssssssss....



Ok, BYE...~


SEM RETRO NIGHT 2012


Sekarang aku cuba untuk update as many as i can ok... At least sehari satu entry la... Cume weekend jela tak kot. Aku kan weekend langsung banyak benda nak buat... Cheewahh, kalah orang berkeluarga I tell you... Hebat tak hebat la kan??? heheheh Weekend la nak jumpa kawan la, balik hometown la, kenduri kahwin la apa la.. Semuanya weekend. Tu pasal aku rarely update blog during weekends. I love my weekend so much you know... Tu yang asal weekend je sepi la blog aku ni...



Aritu masa 14th December 2012 ada annual dinner office aku. Buat pertama dan julung kalinya aku jadi committee la... So merasa la aku macam mana busy nye nak handle annual dinner company ni semua. Tapi aku enjoy la... Ini invitation card. Semua orang yang hadir akan dapat. Ada sekali tertera nombor bertuah. Cantik tak??? Ni idea aku...hehehehe~



Ini plak door gift untuk Annual dinner. Since 2012 is Sharp 100th Years Celebrations so we all bagi bantal kusyen and ada sulam nya sekali la.. Jenuh memikir ok nak bagi apa as door gift. So tibai la bagi bantal kusyen. Not bad la kan??? Budget sekepala pun ciput je...



Persiapan untuk annual dinner ni makan minggu gak la... Almost every week keluar survey and beli barang ok. Pergi KL bagai. Pergi Subang. Pergi Klang. Semuala pergi. Merata. Ni gambar masa on the day itself. Pagi lagi kitorang dah pergi hotel untuk prepare apa yang patut. Sempat la posing dulu kan??? hehehehe Jenny sebokk je kat belakang tu. Tak senang betul... 



Haaa... Ni barulah ada peluang gambar sorang-sorang. hihiiihihi Comel je kan??? Tapi korang jangan nak terpedaya la... Ini semua ilusi optik semata ok... Hakikatnya, menangis aku ok... hahahaha~



Ini Fan... Kelakar ok dia ni. Boleh tak dia suka tengok cerita P.Ramlee bagai. Siap ingat ok dialog and scene semua. Aku pun kalah. Thanks Fan tolong snap gambar I. Yet gambar you lagi cantik kan I snap. hehehehe~



Taraaaaaaaa... Since tema pun retro, aku tibaila pakai kebaya ala Saloma ni. Last minute nye baju. Tahun berapa nye baju pun aku tak tau. Ni pun Yun yang amekkan kat rumah BP. Last aku pakai time degree dulu. Giler ko, muat lagi ok... hahahaha~ Bangga aku...



 Bersama kak Farah dengan Kak Fifa... Kitorang jaga attendance time ni. Sempat la posing sementara belum ramai lagi yang datang... Meriahhhh uols I tell you...hehehehe~



Ohh, lupe. Dinner ni kat Grand Dorsett Subang. Since nak dekat Krismas so hotel decorations haruslah ada pokok Krismas. hehehehe Apa lagi, snap la gambar bersama pokok krismas. Saling tak tumpah kan??? ahaahahha Hampir sama je aku dengan pokok tu... Hampehhh!!!!



Emcee kitorang malam tu Dee Jangan Ketawa... Korang kenal dia tak??? Meriah ok. Lawak pun ada. Caption untuk gambar ni " Bagai Menara KL dengan Bangunan SEM". hahahaha Nampak sangat Dee ni tinggi macam hapa je... Padahal abg Eman yang kurang tinggi sebenarnya... Cheewahhhh~



Grand Entrance naik Vespa ok. Sungguh Retro sangat kan??? hahahaha~ CEO dengan MD naik Vespa tu masuk ballroom. Giler laaaaaaaa....Terbaik la kan... Luckily diorang pun suke je...



Ni Arif. Budak design. hehehe Kemain semangat lagi dia dengan rambut afro bagai tu... Posing wa cakap lu tak menahan.... Rambut pelesu tu geli ok... Tapi dia slumber badak je pakai...



Ramai-ramai committee members, abg Eddie paling bertuah ok. Dia dapat TV LED32inch. Dahla dia baru balik dari SMM Batu Pahat. Dengan tak mandi apa terus pergi dinner. Sampai-sampai je terus join dinner. Angkat-angkat hadiah atas pentas sekali dia dapat.... Bile cakap "abg, zaza nak tv tu" kat dia, slumber dia reply "Boleh, tp kahwin dgn abg dulu". Cehhhh... siot je...



Ini dia committee dinner untuk malam tu...Ramai kan??? Meriah. Semua pun sporting je. Syiokla kalau bekerja dengan diorang semua. Yang paling comel tu tentu la yang budak baju hijau tu kan??? Aku malas la nak explain banyak-banyak...










Tapi kan korang. Ada yang paling comel ok malam tu. Harap korang tak muntak hijau....

























































Siapa bilang gadis melayu tak menawan... Pheeewitttttttttttttttt~
Comel la sangat kan??? Please la bagi peluang ye....




Ok, bye...


New Year Celebrations With Girlfriends - Last Part

Ok ni last part... Bapak banyak part kan??? Takpe... Korang pun sure tak sabar nak tunggu last part. Asek refresh je blog aku kan??? hahahahha Poyo... Berangan sangat. Ntah siapa je baca blog aku ni... Banyak merepek je lebih... hehehehe~ Takpela arini aku semangat update blog. So abiskan jela semua arini. Esok esok boleh update cerita lain... Eh??? Masalahnya ada ke cerita lain ni??? hahahahaha~ Takpe... Layankan jela aku ye....



Tepat pukul 12.00 malam kitorang terpekik betiga dalam bilik lompat-lompat bagai sambil meriah tengok bunga api dari dalam bilik je ok... hahahaha Sebelum kul12.00 malam tu masing-masing sebenarnya dah ngantok bagai siap baring-baring kat katil and senyap je. Pastu dah nak pukul 12.00 malam yan la semangat giler suruh bangun pergi tepi tingkap and tengok bunga api. Wish masing-masing and peluk-peluk bagai...Ohhh no, i miss u guys so much la...



See, korang tengok la sendiri view dari bilik aku ni... Kemain cantik lagi kan... Duduk tepi tingkat and nikmati view bersama-sama. Indah sangat moment tu. Ada video sebenarnya tapi kang letak korang boleh pekak dengar suara kitorang masing-masing memetir ok... Padahal 3 orang je tu... Clear view kan??? Yang depan tu swimming pool Hyatt Hotel. Kalau New Year 2014 dapat stay Hyatt pun best gak... Lepak kat pool...



 Lagi view dari bilik kitorang. Tak payah nak dongak-dongak ok... Same level je mata korang dengan bunga api tu... Cantiknyaaaa... Lama ok.... Best sangat. Tak sia-sia kitorang spend time kat sini... Memang indah la...Korang should do the same too. Sekali sekala check in memana dengan your girlfriends. Bukan boyfriends ok. Bahaya tu...



Kek red velvet ni terbaik dari Wondermilk Publika ni yan yang beli. Sedap gilossss. Aku makan paling banyak ok... Yummy!!! Licin la kek ni aku kerjakan... Sweet kan siap ada lilin bagai. Siap tiup sama-sama tu yang paling tak ley blah... Hape-hape je perangai masing-masing...



Ni ada lagi cuppies pun dari Wondermilk Publika tau. Sedappp wooo. Mula-mula rasa macam sayangnya nak makan sebab comel sangat tapi sebab lapar tibai la jugak. Habis ok kitorang makan bertiga. Belum lagi melantak eskem Baskin Robbins ok... Malam tu memang tak de nye nak diet bagai ni... Kem salam je la...



Ni last la aku selitkan gambar bunga api. Banyak ok gambar bunga api. Cantik-cantik lak tu semuanya... Sampai lompat-lompat jerit-jerit keriangan kitorang pop-pop kan semua party poppers yang kitorang beli tu.. Pastu main spray-spray. hahahahha~



Hasil daripada sambutan new year kami. Betul betul bersepah kan??? Nasebla siapa yang bersihkan bilik kitorang tu esok pagi... Konpem mengucap panjang. Tapi untung ok. Kitorang tinggalkan balloons yang bersepah kat lantai tu dengan makanan sikit... Ok what... Upah la kan kirenya... ehhehehe~ Lupa nak tinggalkan notes je... 



Sampai ke cermin tingkat sofa dinding semua ada sampai poppers dengan spray party tu ok... hahahaha~ Belum lagi kat kepala and baju kitorang semua. Sampai ke toilet pun ada ok... hahahaha Betul-betul party la senang cite. Tapi party yang sehat laa... hehehehe~



Tengok Mr Musyuk ni tersadai dah dia. Takde siapa yang peduli. Sampai aku nak membuta baru teringat dia. Tu pun sebab takley tidur kalau tak dapat bau dia. Kalau tak sampai ke pagi and nak check out baru aku ingat dia agaknya... Kesiannya dia... Sorry baby...Tapi okla sebab aku bawak die ke mana sahaja aku pergi ok...



Bile habis je sambutan new year tu around 12.30 camtu macam hazab aku tengok kat bawah. Dah macam semut sey. Semua orang and kenderaan bergerak macam siput. Pin sana pin sini. Memekak ok. Belum lagi yang tiup vuvuzela ke apa namanya tu... Bingit laaaa... Pastu terus la tukar uniform tidur and membuta... Nak membuta pun sempat lagi memekak ok... 



Aku paling bangun awal ok... Kul4 pagi terjaga main iphone sambil tengok pemandangan kotaraya. Chewahhh. Rasa macam best je... Dah 2013 rupanya kan??? Pejam celik je... Tak sangka betul. Bangun pagi terus tanya diorang nak breakfast ke tak. Terus yan bangun and cakap "Nakkkkk, laparrrrrrrrrrrrrrrr!!!" Amboi, asal lapar dia lah no satu. Tapi keding je. Tensyen aku. Ni view dari tempat kitorang duduk masa breakfast. Lama giler kitorang makan and lepak...



Pagi yang indah di tahun 2013 dengan kesayangan... Sarapan pagi pertama di tahun 2013 dengan kawan yang tersayang... Kami akhiri 2012 kami bersama dan mulakan 2013 juga bersama. Something yang bukan selalu dapat buat dan akan menjadi kenangan terindah sampai bila-bila. Alhamdulillah. Syukur pada Mu ya Allah kerana pertemukan aku dengan mereka. Semoga persahabatan ini terus berkekalan hingga akhir waktu insyaALLAH. Andai suatu hari nanti aku hilang ingatan, aku harap aku masih boleh cakap macam ni bila jumpa korang " Eh, macam kenal la. Tapi dimana ya???". Well, at least still ingat muke korang kan...



Sayang korang sangat-sangat...
Nanti jumpa di hari bahagia Yan ok...



*TAMAT*
Fuhh.... lega....



Fanatik Eminem...

Ye, aku memang fanatik Eminem atau nama betul dia Marshall Bruce Matters III or slim shaddy. Perghhh, ingat lagi siot nama betul dia. Bagus la aku ni. Even until now pun aku still minat dia. Kalau korang check lagu-lagu dalam hp aku konpem jumpa lagu-lagu Eminem. hahahahaha Siap boleh hafal ok... Kadang aku pun tak paham apesal minat sangat kat dia. Maybe aku respect dia sebab dia rapper kulit putih yang setanding dengan rapper kulit hitam kot... Power ok. Sampai Dr.Dre semua pun respect dia. Giler ah... Eh, aku cite pasal Eminem ni korang kenal ke???  Meh aku tepek gambar dia...



Amacam??? Hensem tak??? hehehehhe Bukan hensem punye pasal aku minat dia ok... Aku suke lagu-lagu dia. Even movie yang die berlakon pun aku layan...Semuanya la aku layan as long as it is Eminem.



Ini semua antara gambar-gambar yang aku kumpul poster dia. Zaman sekolah muda remaja kan sanggup beli magazine untuk dapatkan poster Eminem ni. Pastu aku exchange dengan kawan-kawan kalau dia ada poster Eminem and aku ada poster artis yang dia minat.



Perghhh... Renungan dia tu tak menahan sey. Aku tengok cerita 8mile lakonan dia tu berpuluh kali. Boleh hafal la plot cerita dalam tu. Siap beli dvd bagai. Rosak DVD aku download lak... Nampak sangat fanatiknya... Tapi takde peluang nak jumpa dia... Cheewwahhhhh~



Gambar ni paling menggoda la aku rasa... Perghhhh... Boleh pitam aku kalau dia pose macam ni depan aku face to face. Giler ahhhh...Tak ley blah la kan aku ni...


Well, masa aku type ni pun aku tengah layan lagu-lagu Eminem ni. Lagu Cleaning Out My Closet, The Real Slim Shady, Just Lose it, Stan (Feat Dido) is my all time fevret, Mockingbird, and macam-macam lagi la... Sebut banyak-banyak pun bukan korang tahu... hehehehe~



You see I'm just Marshall Mathers
I'm just a regular guy
I don't know why all the fuss about me
Nobody gave a f**k before
All they did was doubt me
Now everybody wanna run their mouth
And try to take shots at me



Cause I'm slim shady, yes I'm the real shady
All you others slim shadys are just imitating
So won't the real slim shady please stand up
Please stand up, please stand up



My tea's gone cold I'm wondering why I?
Got out of bed at all
The morning rain clouds up my window
And I can't see at all
And even if i could it'd all be gray
But your picture on my wall
It reminds me that its not so bad
Its not so bad...


Perghhhhhhhhhhhh... Repeat again and again and again ok. Korang jangan menyampah lak. Bagi la aku peluang feeling dengan Eminem ni. Bukan dia tau pun aku minat kat dia... Tapi takpela. Aku suke lagu dia... Feeling siottt~!!!


Ok, bye... 
*sambung nyanyi lagu Eminem slow-slow*



New Year Celebrations With Girlfriends - Part 3

Tak menahan kan??? Celebrate NEW YEAR pun dah gempak macam apa je sampai part 3 pun tak habis lagi. hahahaha Nampak sangat banyak gambarnya... Ni pun update lagi sebab Yan dah update blog dia pasal New Year in just one entry... OMG???? Nampak sangat aku banyak benda nak dikepohkan... Bukan, dia tu busy tu pasal la update semua dalam satu entry. If not 2 kali 5 je dengan aku punye banyak entry pasal benda ni... hahahaha~



Pemandangan dari bilik kitorang 1213. Time ni masih lengang lagi. Sebab baru maghrib kot time ni. Tapi kat bawah tu dah mula la nampak orang jalan kaki menuju KLCC. Macam semut ok tengok dari atas. Dengan bising and kecohnya tak dapat bayangkan. Sure rimas giler. Peluh jangan cakapla aku rasa kan... Konpem lencun. hahahahah~ Masa ni berharap la fireworks tu betul-betul nampak clear dari bilik kitorang.



Kitorang semangat deco bilik ni ok. Alihkan sofa and meja. Set tempat makan and balloons semua. Oh ya, balloons yang melampak kat lantai tu kitorang tiup. Ehem, lebih aku and yan je la tiup. Yun tiup bapa biji dah semput. Siap bunyik-bunyik ok dia tiup. Tak paham aku. Orang tiup rileks je. Tak de pun bunyik apa-apa. Ni siap bunyik bagai dah macam apa je. hahahaha~



Kesian Mr Musyuk ni. Bosan dah tunggu kitorang bersiap. Sampai terdampar dia sorang-sorang kat sofa...Kebosanan menunggu awek dia semua bersiap. Naseb ko la kan dapat awek camni. hahahaha Comel je dia kan??? Geram je tengok....



 Mana nya tak lama bersiap. Sekali buat sesuatu setiap kali tu nak posing bergambar. Tengok la minah ni berangan jadi bibik. Kat hotel beriye la nak iron tudung la hape. Padahal kat umah sendiri semua bibik yang buatkan... hahahaha~ Tapi sungguh lawak ok. Ada iras-iras bibik la gaya... Pitam aku kalau bibik aku pesen macam dia...hahahahha



Dua-dua ni elok sangat la tu rupe. Berangan konon bibik. hahahahah Aperlaa, jadi bibik pun nak berangan. Macam best je gaya jadi bibik kan??? Pastu snap gambar. After snap tengok balik and gelak guling-guling. Motif sangat kan??? hahahaha Tapi serius best sangat tau.



After semua orang bersiap barulah menggila snap gambar. Mentang-mentang banyak cermin dalam bilik tu semua pun kitorang tibai posing la... Sebab nak countdown lama lagi kan? So penuhkan aktiviti la dulu dengan posing sakan... Korang tadah jela and tahan muntah tengok gambar kitorang ok...



Masing-masing bila dah berjumpa keluarla perangai yang ntah hapa-hapa ni. Dah tak pedulik apa dah. Snap pakai iphone pun jadi wey. hahahaha Langsung tak keluar camera ok. Semua nya ihsan dari iphone dan juga samsung Yan... hehehehe Kerlassss ok...



 Muke masing-masing paling senonoh la kan time ni. Berdiri depan meja solek pastu snap gambar tak benti. Pastu gelak pastu excited pastu nak lagi snap. hahahahaha Boleh pitam ok??? Naseb la semua pun memang giler bergambar and sporting je. Ada gambar dalam toilet lagi macam hape je.... Siap jadikan shower, telefon semua sebagai props. Boleh sewel jadinye...



 "Shuhhhhhhhhhhh... We are trying to party tonight"
hahahaha Tak leh blah. Pastu adik aku komen, "Tak payah nak party sangat eh? I'm studying for my finals." Pedulik la kan??? Zaman aku final exams dah berakhir. Alhamdulillah. Jadi bagilah aku peluang kan...hehehehe~



Alolololo... sweetnye. Selain celebrate new year sama. Kitorang meraikan bakal bride to be ni la. Tak lama lagi dah. Pasni jumpa terus time nikah dia. Alahai... sunyinya pasni. Yun ada aku and aku ada yun. Tu jela. Naseb dekat. Apa-apa semua nak buat sama-sama. Nak betulkan kete pun nak ajak teman. Manje sangat masing-masing. Dah jumpa pun nak BBM lagi. Tak paham aku. Tapi yerla, dah memang camtu life kitorang. Happy together insyaALLAH...



Dan untuk perempuan yang diraikan ini...

"SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA HENDAKNYA DENGAN PILIHAN HATI. SEMOGA SABAR, TABAH, KUAT TAHAN DAN SETIA DALAM MENGHADAPI ONAK DAN DURI ALAM PERKAHWINAN. JAGA DIRI AND JANGAN LUPA KITORANG. BAHAGIA KAU, BAHAGIA AKU DAN YUN.InsyaALLAH"

T___________________________________________T



*AKAN BERSAMBUNG LAST PART*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...