Pengalaman Budget...

Aku rasa aku ni bukanlah kaki politik yang hari-hari tengok news pastu kutuk parti sana kutuk parti sini... No... Aku bukan kaki politik yang sebegitu. Cumanya aku rasa, aku ni patriotik... Aku bangga jadi anak Malaysia... Jadi marah and boleh gaduh kalau ada yang cuba-cuba kutuk Malaysia. Jadi tak faham dengan mereka mereka yang cuba kucar kacirkan negara Malaysia... Kadang-kadang aku fikir diorang ni takde kerja ke atau pun tak reti bersyukur??? Bagi aku, aku nak sebuah negara yang aman, damai, tenteram, membangun untuk anak cucu cicit aku suatu hari nanti... Itu sudah memadai.. Rezeki kurniaan Allah swt tu datang dari kerajinan dan usaha kita sendiri.... Kalau kita rajin usaha insyaALLAH melimpah ruah rezeki kita... Tapi kalau sebaliknya, jangan la duk tuding jari kepada pelbagai pihak dek kemalasan diri sendiri... 

*Ok, abaikan mukadimah aku tu*

Dulu, aku tak tahu kenapa, asal ada pembentangan budget je konpem aku ponteng tusyen ke sekolah agama ke atau apa-apa... Dari kecik sampaila universiti... Even masa kat Uni pun aku sanggup ni balik rumah sebab nak tengok pembentangan budget... Walaupun kadang-kadang memang takde kena mengena dengan aku, tapi aku rasa seronok and tumpang gembira atas apa yang dibentangkan untuk rakyat...Setiap kali pembentangan konpem-konpem ari Jumaat kan? Of coz la skang ni aku tak dapat nak tengok. Takkan nak ponteng kerja lak kan??? Sungguh tak berdedikasi aku ni. Jadinya,  solution aku ialah dengar radio. Macam sekarang ni, tak dapat tengok pembentangan budget live, dapat dengar kat radio pun kira ok laaa... Dak mencukupi bagi aku... Teringin jugak nak tengok live kat parlimen tu... Patriotik kan aku??? hahahahah *sila lempang aku* 


Diam tak diam dah budget 2013 dah sekarang... Dan aku rasa setiap tahun pun orang keje gomen tak pernah tak dapat apa-apa... Untung sangat-sangat... Dan kerajaan Malaysia selalunya cuba untuk "manjakan" orang keje gomen... Tak kesahla kau kerja pembantu am rendah ke office boy ke atau kerani cabuk sekali pun...Aku malas nak cite panjang. Kang aku lak kene banned... Sebabnya bila dah start cakap pasal bende-bende macam ni konpem aku akan naik hangin sikit....hahahahhaha~ Jadi baik aku stop dulu....


Mohon bersyukur duduk di dalam Malaysia...
Kesian anak cucu cicit kita nanti jika Malaysia macam Afghanistan ataupun Syria...
Aku tak sanggup nak imagine hidup macam mereka-mereka itu...


Okla... kembali sambung dengar Budget 2013...


Bye...
Good luck korang~!!!


p/s: papa, mama and abang, jangan lupa belanja ye kalau dapat good news :)



Perghhhhhhhhhh.... Sedapnya~!!!

Aku rasa setiap kali kalau ambil adik aku kat UM mesti kitorang akan ada je aktiviti makan...Mungkin sebab adik dia bila weekdays makan tak berapa nak best kat Cafe kan, so dia tend untuk makan sodap la bila weekends. Tapi aku suka... Sebab ada geng nak makan-makan... hehehehe~

So, masa 1st week lepas dia orientasi tu, aku pergi ambil dia bawak balik Puchong. Tapi sebelum tu haruslah jalan-jalan dulu pergi The Curve. Adik dia nak buat treatment backbone dia. Sekali dia belanja urut kaki. Best gilerrr.... Lepas settle semua marilah kita pergi makan... Padahal boleh je nak makan kat dalam Curve. Tapi nak jugak pergi Empire. Sebabnya aku mengidam pavlova.... Yeayyy!!!!


Haruslah bergambar dulu... Sedapnyeeee pavlova.... Yummyyyy~!!! Buat aku rasa lapar la plak ni... Air pun sodap... Gambar adik aku ni bape kali aku kena snap ok. Membe xpuas hati dengan senyuman dia... hahahahaa~ Abes dah gigi besi, redha jela...


Tengok gambar macam ni... Tak payah nak fikir pasal senyuman. hahahaha~ Aku rasa macam aku comel la plak time ni... Ke sebab baju aku tu striking sangat? hahahaah~ Pedulik... Ohhh, btw, aku minum air teh apa ntah... Lupe. Adik aku minum calamansi kot namanya...


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa... Gerwam tak tengok??? Ini dia fish and chips aku... Yummyyyy~!!! Delicious.... Perghhh, terbayang-banyang kerangupan dia....


This one lagi la superbbbb.... Carbonara bebeh!!!! Creamy sgt2... Aku suke siot cheesy and creamy semua ni... Meleleh air liur...


Air pilihan kami... Banyak "sampah" kan??? hahahaha~ Aku bukan bekenan sangat bende2 hijau dalam tu.... Tapi minum jelaa...


Dan ini motif utamanya... Pavlova...Makan sekali nak lagi... Tapi aku kan Melayu... Tak makan stoberi ok.. So tugas adik aku la nak settle kan stoberi tu... hihihihiihi Sedappppp sey....


Ok, tu jerk nak share...
Kalau korang nak try boleh la pergi Serai kat Empira Gallery Subang tu...
Apa lagi??? Sila cuba...


Bye~!!!


Sesi Mendaftar di UM

Maafkan aku blog... hahahaha~ Takley blah... Aku lately ni feel kurang nak update blog. Semenjak dua menjak tiga menjak nak update pasal raya tapi gambar semua takda terus potong stim. Tak lalu terus nak ngadap blog. Akhirnya, blog jadi mangsa pinggiran aku... hahahaha~ Sungguh tidak adil buat blog.... Tapi takpe, aku tengah try nk update macam-macam. Melambak gambar ok...Jadi haruslah aku update. Kesian yang jauh dimata tapi dekat dihati tu. Agaknya tiap-tiap hari stalk blog aku tapi tak de hasil... Now, rasakannnn!!!! *wink wink*


Ini cerita yang dah basi 3 minggu tak silap... Adik aku sampai dah mula kelas and macam-macam aktiviti dia join pun aku tak buat entry pasal masa daftar dia tu... hahahahaa~ *APTB* Adik aku sebenarnya sebelum ni foundation dekat Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa kat Lembah Pantai (IPBA). 2 tahun tak silap. Since gomen takde duit nak hantar fly ke German, so dia twinning kan program Bahasa German tu ke  UM. But still adik aku kene pergi IPBA gakla sometimes. So dia dapat kolej 9. Kolej 9 ni kat luar. Dekat dengan KFC 24JAM sebelah kolej MAHSA tu. Awal pagi dah gerak g PJ. Aku la uruskan semua sebab pama pergi dengar taklimat ibu bapa.



Budak ni isi borang pun blur. Naseb la aku ada pengalaman... Banyak la jugak borang yang dia kene isi... Sukan la, kolejla, akademikla and macam-macam lagi... Diorang makan semua sendiri... Hostel je disediakan untuk tahun pertama tak silap. Pastu pandai-pandai ko la nak hidup...



Boleh tahan pening la jugak nak isi borang. Paling aku tak paham, UM dah tampal list nama untuk kumpulan-kumpulan masa orientasi nanti... Kalau aku dulu pakai group 1, group 2 camtu kan? Tapi kat UM diorang pakai SEL ok.. Adik aku SEL16. Rasa macam penjara la plak kan? hahahahaa~ Lagi satu, UM tak panggil kad matriks ok... Tapi no pendaftaran. Jakun kejap aku. Dah macam no plat kete lak... hihihihihihi



Untuk adik.... Rajin-rajin belajar. Ingat pesan pama, ingat pesan abang kakak. We have done a lot of things for you... All we want is good result ok. Please enjoy your uni life, take care of your health, participate whatever you wanna do and be the best student ok. We are so proud of you :)


Love you dik....xoxo~


Bila Bosan...

Bukan nak kata apa la, tapi pada firasat dan pendapat aku, siapa-siapa pun akan serupa macam aku lebih-lebih lagi perempuan... hahahahhaa~ Nak tau apa??? Pantang nampak cermin konpem nak snap gambar kan??? Ye... Kita sama... Cuma tak serupa jela.... Kang kata serupa macam pelik lak kan??? hehehehe Tak kesah toilet ke, fitting room ke, mana-mana yang ada cermin la bantai snap gambar. Kalau ada geng lagi makin naik masing-masing nak snap gambar...



Tak caya???? 
Tengok gambar bawah ni... Sorang pun jadi....


Taraa.... Sementara tunggu pama pilih memilih apa lagi... Snap sudah... Nak nak butik ni bukan aku nye tempat kan... So tak kuasa nak memilih... Kita duduk and snap jela...


Tak cukup satu, kita snap lagi... Tak payah zoom lak... Kasi clear gambar... Sebab pakai iPod je kan...


Pastu bila dah snap gambar kat cermin kita try lain lak... Almaklumlah pama lama sangat kan? Jadinya kebosanan tu bertambah-tambah la... Lagi-lagi bila takde geng nak borak ke apa kan? Kita layan iPod je... Kali ni snap gambar sendiri guna camera depan.... hahahaahha~


Please... Bagi chance ok!!!
Jangan muntah~~~~ 


OHHHHHH dear... Paling comel and sweet la tu konon kan??? hahahahhaahha *tangan kt bahu, mata ke atas* 


Senyum lak... Nampak gigi.. Olololololo... somelnyeeeee!!! Anak siapa la ni? Untungla siapa dapat dia ni... hahahahahaha~ *boleh blah*

Mati la aku kene kutuk pasni....



Sorry la korang... Entry pun title Bila Bosan kan????
So, layankan jela bosan aku tu...
Kali ni je...



Ului Tapai Kakai...

Type tajuk entry ni buat aku tergelak dulu dah.... hahahahahaha~ Teringat bang bil ok... Siapa lagi kalau bukan Nabil. Nak jadi bapak orang dah wey... Tapi sumpah dia kelakar kan? Sangat kelakar ok... Urut tapak kaki jadi ului tapai kakai... Konon-konon ala-ala Thai la tu... Sengal metul... Aku lagi sengal sebab suka lawak dia... *gelakkan diri sendiri*

Sabtu baru lepas ni aku amek adik aku kt UM. Diorang baru abes orientasi. Maklumlah, kalau dah nama orientasi tu macam-macam la kena buat. Tidur tak cukup la, berlari sana sini la, semuanyalah... Tapi adik cakap dia happy an enjoy semua aktiviti tu. Paling tak ley blah ada senior cakap dia MIX...Muntah hijau aku. Hitam camtu kata MIX chinese. Giler ke apa... Ntah-ntah nak ngurat kot... hahahahaa~

Settle amek dia terus pergi the Curve. Dia nak buat treatment tulang belakang tu. Maklumlah dia kan tak sehat tulang belakang problem. Tak boleh lasak sangat. Tu yang kene pergi treatment. Masa book untuk treatment masih ada orang kat dalam. So kitorang set time and jalan-jalan. Sekali adik ternampak satu spa ni. Apa lagi, haruslahhh nak mencuba... Memandangkan dia lenguh-lenguh kaki semua, so dia nak buat foot massage je. Yerla nak buat urut badan tak sesuai untuk tulang belakang dia. Pastu dia cakap buatla sama. Dia belanja. Woot woot... Best sey....


Ini dia Circle Art of Massage... Korang pergi kat tingkat 2 tak silap. Level sama dengan Daiso.... hehehehehe ;D Orang-orang kat sini sangat friendly and welcoming....


Nampak tak aunty tu? Dia lah approach kitorang masa kitorang tengok-tengok bunting kat luar spa ni... Then terus la layan....


Muke bahagia hajat tercapai... Sampai tertidur-tidur plak dia... Punyelah sedap agaknya dapat urut kaki... 


Muda kan yang tukang urut kaki ni... hehehe Kitorang amek yang 30minit punya je. Sebab lepas tu treatment adik nye appoinment... Tak sempat lak. Dia charge 30minit RM39.90... Not bad kan? Siap ada jasmeen tea....

Muka happy and bahagia dapat rileks and urut kaki... Sekali sekala memanjakan diri apa salahnya... Dik, lain kali boleh belanja lagi.... hahahaha~



Tiga Tips dan Teknik Anda Untuk Menawan Hati si Dia...

Cheeewahhh.... Title post tak ley blah kan? Well, aku tibe-tibe semangat nak join contest ni. Naseb baik layak. Well well well... Contest ni dari Nuffnang. Ini fist time ok aku join. Korang kalau nak join contest ni pun boleh, janji korang nye status ahli Nuffnang tu Gliterrati la. Itu je.

Oklaaa, aku kan tak pernah nak bagi tips dalam perhubungan ke apa sebelum ni... Tapi kali ni biar aku bongkar rahsianya. HAHAHAHA Amacam? Misteri tak? Meh aku terus terang. Aku sebenarnya in LDR. Means Long Distance Relationship. Terbaik nye long. Sampai aku pun tak mampu nak beli tiket flight kalau nak jumpa dia. hahahahaaha Jauh ok. We didn't see each other since the day he left Malaysia around Feb 2011 until now...

Jadinya aku nak share tiga tips dan teknik yang aku applied sepanjang LDR ni untuk menawan hati dia...Sebenarnya dari awal relationship ni aku dah tanamkan dalam diri 4K; kepercayaan, kekuatan, kesabaran, ketabahan. Tapi aku bagi tips tiga jela ye. Pheeewitttttttttttttt~


Antara tips yang aku guna dan alhamdulillah so far so good :

1) Percaya

Since kitorang in LDR ni benda paling utama ialah percaya. Kenapa??? Korang cuba bayangkan, kalau berjauhan then ada perasaan ragu-ragu macam mana nak survive LDR tu kan... So bila kita percaya pada pasangan kita tu insyaALLAH perhubungan tu jadi mudah. Lagi satu, bila berjauhan ni percaya tu kene lebih sangat dan tak boleh mengongkong. Kalau kita kongkong pasangan kita, dia akan rimas. Bila rimas dia tend utk menipu la kan... SEBAB nya bila dia nak keluar lepak dengan kawan pun tak boleh konpem la dia tipu kita cakap dia tidur ke apa padahal pergi melepak... betul tak? So better bagi kebebasan kepada pasangan kita asalkan dia tahu batasnya... Dengan memberi kepercayaan secara tak langsung kita tak mengongkong pasangan kita tu. Dia pun akan lebih sayangkan kita dan tertawan dengan sikap terbuka kita tu...

2) Tabah dan Sabar

Ok, selain PERCAYA kan, kita kena tabah dan sabar bila in a LDR ni. Kenapa? Sebabnya bila berjauhan ni akan timbul masalah teknikal seperti kekangan masa, kekangan komunikasi, kekangan waktu bekerja dan macam-macam lagi kekangan la... Kat sini lah kita diuji kan? LDR ni lah yang mengajar kita untuk jadi lebih matang. Contoh, bila dia kerja, kita lak tidur. Bila dia tidur kita lak kerja kan? Sebabnya waktu siang dan malam sendiri dah berbeza. Belum lagi waktu bekerja yang memang tak leh nak ikot la kan... Lepas tu masa yang ada untuk SKYPE mahupun Whatsapp juga sangat terhad. Jadinya sebagai someone yang setia menunggu, kene sabar dan tabah menempuh perhubungan ni. InsyaALLAH dengan ketabahan dan kesabaran yang kita beri, pasangan kita akan lebih tertawan. Pasti dia berbangga dengan kita sebab boleh tabah dan sabar hingga ke saat ini.

3) Saling menghargai & bersyukur

Last sekali ni saling menghargai. Haaa.... tiba-tiba lak saling menghargai ni dah kenapa kan? Penting aku cakap menghargai ni. Lebih-lebih lagi bila berjauhan. Kita sama-sama kena saling menghargai satu sama lain. Sebabnya masa yang kita ada untuk spend sama sangat limited. Jadi walau dapat bercakap 10minit pun kita kena hargai. Sentiasa ucapkan terima kasih bila pasangan kita willing korbankan waktu tidur dia untuk SKYPE dengan kita. Walau sekadar ucapan terima kasih tapi pasangan kita pasni gembira dan rasa dihargai sangat. Yerla, dah jauh-jauh ni macam mana je nak hargai kan? Benda-benda simple macam ni la yang dititik beratkan...Kalau dia busy atau letih dengan bebanan kerja pun kita kene bersyukur. Sebabnya, walau dia busy dia masih sempat nak hantar whatsapp bagitau betapa busy dan letih nya dia. At least, dia dah korbankan masa dia hari sebelumnya untuk SKYPE kan? So, berilah dia some space untuk diri dia plak. Dengan begini, tentu si dia akan lebih tertawan dan rasa betapa bertuahnya dirinya ada someone yang really memahami diri dan keadaanya....


Aku rasa cukuplah setakat tu je tips untuk dikongsi bersama. Hope korang sedikit sebanyak dapat ilmu dari apa yang aku cuba sampaikan. Ramai kawan-kawan aku cakap aku kental dan giler kentang. Tapi hakikatnya??? Lu fikir lah sendiri... hahahaha Semua tips ni memang aku praktikkan dan masih lagi mengekalkan hubungan tu. 


InsyaALLAH berkekalan hendaknya...
Amin~


p/s: Doakan aku menang. Amin *tadah tangan*


Cauliflower & Broccoli with Garlic Cream Sauce

Ehem ehem... Aku macam dah lama tak post pasal masakan kan? Sorry laaa... Banyak gambar sudah hilang sebab BB ni buat hal lak. Ni pun gambar-gambar yang sempat diselamatkan. hehehehe Raya ke 3 aritue, adik beradik papa pakat nak serang rumah. So papa mintak pendapat nak masak apa. Knowing papa, he always want something different and the best for his tetamu la kan... So dia suruh aku buat western bagai. Aku cakap kat rumah BP takda grilled pan then sanggup ni pergi beli kat Parkson walaupun mahal. Aku beli kat IKEA murah je. hihihiihihhi

Takpa, kali ni nak share resepi Cauliflower and Broccoli with Garlic Cream Sauce ala-ala IKEA tu.....Hope korang teruja nak mencuba... hehehehe~


Bahan-bahannya adalah : 

1) Cauliflower (ikot nak besar mana)
2) Broccoli (ikot nak besar mana)
3) Butter
4) Chopped garlic
5) Garlic powder
6) Pepper
7) Fresh milk
8) Cooking cream/cheese cream
9) Salt
10) Tepung


Cara-cara membuatnya :

1) Sayur-sayur tu korang just celur je. Jangan lama-lama nanti warna die dah bertukar lak.
2) Panaskan periuk. Eh, periuk ke? Apa-apa yg sesuaila. Masukkan butter separuh. Kalau nak buat banyak letak la banyak. Then kacau-kacau butter tu sehingga cair.
3) Masukkan chop garlic. Tumis la kirenye dgn butter td tu...
4) Agak-agak dah naik bau n garing masukkan secawan fresh milk dan secawan cream tu. Then kacau
5) Bubuh garlic powder and pepper sesedap rasa. hihihihi
6) Bubuh garam sikit and kacau.
7) Sila kacau sehingga mendidih... Api slow je ye.
8) Kalau tak pekat campur tepung sesudu or dua sudu ikot banyak mana nak pekat.
9) Settle.... :)


Ok, tu je caranya. Bau dia tak hengat ok. Makan sayur-sayur yang dicelur bersama cream sauce tu. Sedap giler I tell you...


Itu je... Selamat Mencuba...
*lambai lambai*



Jejak Kasih....

Masa raya aritue, aku pergi jalan-jalan JPO sehari sebelum aku balik KL dengan the whole family aku. Sebabnya aku la... hahahaha~ Aku awal-awal sebelum balik BP dah cakap kat abang nati nak pergi JPO cari barang. So plan Sabtu raya dah seminggu camtu kitorang pergi beraya JB la. Then cakap kat papa tak kesah raya mana apa yang penting balik nak pergi JPO. So malam tu kitorang beraya umah Ain. Nak dijadikan cerita, ko paham-paham la kan, dah rancak borak tengok jam dah kul9lebih cmtu. Then papa bagi signal nak pergi JPO gak ke apa kan. Aku takda glabah mana yang sampai dan-dan tu jugak nak pergi. Konpem sampai JPO dah tutup. hahahahaha :) So dengan wajah keayuan hamba ni *puiiiii* aku pun relakan continue borak-borak kat rumah Ain. Cancel JPO.

Esok paginya Ahad aku bangun awal kejot abang sebab nak settle hal Samad. Nak tukar tayar and bla-bla sebab aku kan nak balik KL dah... Mama lak sebok ajak beraya la apa. So aku cakap, malas nak beraya. Kang tak plan apa last-last semua takde rumah. *Merajuk kununnye* Then papa bisik-bisik kat abang cakap lepas settle hal Samad pergilah JPO. Dah kat kedai tayar mama BBM "pama nak ikot pergi JPO boleh?" Chewahhhh... Pantang mama tu. So ok jela. Then reply "Bukan mama nak beraya ke?" hehehe *perli disitu* So mama reply "Papa cakap arini settle hal Sha je". Apa lagi petang tu terus lah ke JPO. Amacam??? Mukadimah panjang tak? hahahaha~

Then jalan-jalan dekat JPO abang ajak Ain join sekali... Jalan punye jalan sekali ada orang jerit nama aku. hahahaha Sekali pandang, kawan diploma UiTM Segamat dulu. Woot woot.... Zairatul Ain namanya. Apa lagi kecoh tak ingat la. Pastu masing-masing semangat nak snap gambar padahal tangan parkinson so gambar asek gegar je. Then nampak abang aku terus la jerit and pass BB kat die suruh snapkan. Dia yang blur pn tolongla snap sbb die pun tak kenal kan siapa... ahhahahahaa~



 Zaza & tuan Chot (2005 until now) insyaAllah

Chot??? Chot adalah monyet kecik soft toy kesayangan Aen yang aku suka giler sorokkan ok... Sampai nangesh-nangesh budak tu dibuatnya... Awak ingat lagi tak? Inilah dia pertemuan pertama kali setelah berapa tahun tak jumpa kan? Tau-tau je dia nak kahwin dah awal tahun depan. Sorry sangat-sangat awak. Time awak kahwin tu kita takda lak. Tak dapat la nak datang majlis awak tu....Semoga berbahagia hendaknya. Kita wish in advance ok.


Jejak kasih tak????
hahahahahhahahahaahaha~
ok, bye....



Perginya Seorang Sahabat...


Semalam, Ahad, 02092012... Tarikh yang benar-benar mengejotkan bagi aku. Malam tu aku tidur lewat sebab beraya. Then memang letih giler. BB sampai kong giler. Sampai umah terus charge kt dining hall. Kul4lebih bangun cari BB sebab macam ada dengar bunyi. Tengok ada byk notifications. Then sambung tidur ke tertidur??? Ntahla... Sedar-sedar pagi tengok ada miskol dari Yun dan Ili. Then ada BBM banyak... Yun cakap Dayah dah xde. Dia xcident. Sumpah aku tak faham... Sumpah terkejot yang macam terus blur. Dia punya tahap sedih sampai tak terkeluar air mata. Jantung laju dan rasa nak pitam... Lagi sadis sebab tak dapat nak balik BP and ziarah sebab uruskan hal adik aku daftar... Aku hanya mampu mengaji and baca yassin je dari jauh... Rasa macam mimpi pun ada... 


Ye, aku faham...
Ajal maut di tangan Allah swt.
Tak kira muda mahu pun tua...
Sehat mahu pun sakit...
Yang hidup kene teruskan perjuangan...
Yang tiada tetap pergi dan takkan kembali...
Persiapkan diri untuk hari itu nanti...
Kerana setiap yang hidup pasti mati...
Hanya kenangan dan gambar-gambar menjadi pengubat rindu...
Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali...
Al-Fatehah untukmu sahabat...


Sharifah Nur Hidayah Syed Salleh



T_______________________________T
*sorbssorbs*

Semoga tenang dan bahagia di sisi Nya...


P/s : Yun, kau jangan sedih lagi... Aku kan ada....Kau ada aku untuk curhat semua... Walau tak sama macam dia tapi aku selalu sudi utk kau Yun... Aku sayang kau... Aku taknak kau sedih macam ni...Please be strong...Kita semua sayangkan dia...

Banyak Benda...

Assalamualaikum semua... Selamat hari Isnin bagi yang kerja... Sorry sebab dah lama membiarkan blog ni tersadai begitu sahaja... Mulanya memang semangat. Tapi lepas sibuk itu ini busy ke sana ke mari then memory card bengong terus hampa... terus down... Terus tak rasa nak update apa dah... Nasib baik semangat yang hilang tu dah kembali... Alhamdulillah. Moga-moga aku gigih update entry-entry minggu ni...Lagi pun gambar-gambar raya adik dah update dalam Macbook dia... Syioknya...Ada Matcool. Eh??? Ke situ lak dia kan... hehehehe

Maaf entry kali ni penuh dengan perkataan dan ayat-ayat je. Takkan ada satu pun gambar akan disertakan ye. Harap korang maklum. Nati insyaALLAH aku kasik tayang gambar raya of coz... hihihiihihii~ Maklumlah, raya tahun ni semangat dia lain macam sikit. Harap-harap tahun depan pun lagi la semangat. Bukan sekadar makan pengat je. Sebab pengat kan manis... Aku ni muke je manis tapi tak suke pengat.. Cukupla senyuman manis yg aku ada... hahahahahahah~ *puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii*


Selamat Bekerja semua...
Semoga tabah dan kuat menempuhi dugaan hidup di dunia...
InsyaALLAH...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...