Hot FM - Hari Orientasi...

Macam biasa, hari-hari on the way pergi kerja, confirmed aku dengar Hot.FM. Cumanya semenjak dua tiga empat menjak ni, aku datang office awal and tak dapat dengar panggilan hangit. Rugi je rasa. Tapi happy sebab sampai office lengang and banyak parking... Biasalah kalau pagi-pagi kat Hot.FM tu mestilah AM crew. Fara, Faizal dengan AG. Lawak ok... Topik pagi ni ialah hari orientasi.


Aku tau semua orang pun ada pengalaman melalui zaman orientasi kan??? Haaaa... Aku pun sama. Ada yang best, ada yang tak best and ada yang tak boleh lupa sampai bila-bila. Betul tak? Eceh... Ngaku jela. Bukan nak marah pun. Meh sini aku share kisah aku pasal hari orientasi ni... Sedikit la ye. Kang banyak-banyak muntah darah lak korang...


Orientasi yang pertama bagi aku adalah masa tadika. Umur aku time tu 5tahun. Tapi masa ni sehari je tak silap. Biasalah, daddy's girl kan... Jadinya masa tadika papa la yang hantar aku and tunggu. Disebabkan kelas aku tu aku sorang je budak 5 tahun, jadinya aku adalah sangat takot ok. Malu sangat. Dalam kelas duduk tepi tingkap. Pastu mata perati je papa. Papa hilang je aku berlari keluar dari kelas. hahahahahaha~ Seminggu jugakla macam ni... Tapi cikgu time tu tak marah and biarkan je. Sebab aku kan paling kecik dalam kelas. Tenang sudah....


Then, hari orientasi paling bagi impak adalah masa aku pergi PLKN. Time tu aku kena dekat Kem Putra Putri, Alor Gajah, Melaka. Cheeewahhhhhhhhh... Kemain poyo lagi ingat nama kem.... The very first day kat PLKN, kitorang dah start orientasi. Lepas bagi group, semua pergi ikot group masing-masing. Masa ni aku group Delta. Tak kenal siapa-siapa. Aku kan pemalu. Tiba-tiba je aku disuruh perkenalkan diri di khalayak ramai. Time ni aku dah gelabah ok. Gigil-gigil lutut and kaki aku. Sumpah dulu aku pemalu sangat. Tak suka macam ni semua. Ketua Jurulatih aku bahan aku depan semua orang. Kesannya sampai sekarang. Alhamdulillah aku confident dengan diri aku.

Masa Universiti pula lagi la gelabah. Aku 
masuk UiTM dulu. Sama dengan si cantik Hanis Zalikha tapi aku senior dia la... Waktu orientasi paling penat ok. Dengan tak cukup tidur nya lagi. Lepas tu, orientasi ada banyak. Orientasi universiti lain, orientasi kolej lain, orientasi course lain. Bape banyak mahu orientasi da... Tapi sumpah kenangan sangat-sangat. Ko cakap jela apa, semua benda pun kena buat ok. Masuk parit la. Ketuk ketampi la. Kena baling telur la. Tidur pun sejam dua je. Sudahnya masa subuh semua sujud tak bangun-bangun. Rupanya tertidur daaa.... hahahahahahahhaa~ Malam-malam buta masuk hutan. Ekspedisi burung hantu katanya. Cuak giler.... Naseb takde yang histeria. Saikooooooooooooo~!!!


Banyak sebenarnya cerita pasal hari orientasi ni. Nak tak nak je nak cerita. Lenguh ok nak type panjang-panjang. Korang punya hari orientasi macam mana??? Cerita laaaa... Aku suke je dengar korang cerita.... Ewahhhhhhhh~!!!!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...