OwlByNd Raya Collection 2016 - MURAH WEY

Dah beli baju raya? Tudung raya? Haaaa... Dah gaji kan? Jomla cuci-cuci mata beli belah dengan kita... Tak dapat harga murah ni tau kat tempat lain... Meh tengok apa yang ada... Semua cun-cun... Kalau tak, takkanlah Nora Danish produce kan... Betul tak???


Paling penting semua ready stock... Stockist kita je tau yang ada stock setakat ni... Beli beli jangan tak beli...



 PRINTED DALLA SHAWL
 *ready stock available now*


PRINTED 'EY SQUARE
 *ready stock available now*


PRINTED DYRI SHAWL
 *ready stock available now*


PRINTED GEYSA SQUARE
 *ready stock available now*




PRINTED RAGNA SHAWL
 *ready stock available now*


PRINTED HELLA SQUARE
 *ready stock available now*


PRINTED SYNA SQUARE (MY FAVOURITE)
 *ready stock available now*


Material : Italian Baby Silk


Available in 2 sizes :

Shawl - 173cm x 60cm
Square - 114.3cm x 114.3cm


Price - RM 185/pc (free postage) 
*ship before 12pm everyday*


Text/whatsapp 019-743 4470


Hurry up!!! Grab yours now...


@owlbynd @noradanish @totinjamain @grandeur_my
#teamburunghantutotin #owlbynd #owlbynoradanish #owlbyndstokist #owlbyndmalaysia #rayawithowl #noradanish #printedshawl #hijabstyle #hijabfashion #sayajualmurah #sayajualonline #sayajualawakbeli


Thank you for your support...

Gardenia 30th Anniversary... #Gardenia30 #GardeniaKL

Sempena ulang tahun Gardenia yang ke 30 tahun, Gardenia menganjurkan contest "Spot, Snap & Win". Mudah je... Hanya cari LOGO 30th Anniversary di van/lori Gardenia then snap or selfie... Lepas tu post kat page Gardenia... Anda mungkin yang bertuah... Apa lagi? Cuba la...


Saya sudah.... Awak bila lagi?




VOTE FOR ME HERE!!!


Thank you~


SmartShopper Malaysia Sangat Membantu

Mungkin ramai yang dah tau dan mungkin juga ada yang tak tahu akan kewujudan SmartShopper ni... So arini aku nak share... Pada aku sangat membantu... Especially bila benda yang kita perlu beli setiap bulan tu mahal. Contoh, susu anak dan pampers. Aku la tu asal nak beli bukak dulu apps SmartShopper dekat phone then baru lah beli.... Pembelian yang bijak namanya ok... 



Ok ni contohnya. Kalau korang nak beli diapers anak, just buka apps atau tengok online kat mana murah diapers ni then bolehla beli. Macam aku beli MAMYPOKO kan... So sekarang kat Selangor paling murah is dekat TESCO... Siap ada tulis lagi tarikh promotion bermula dan berakhir. Kan bagus tu... So if korang nak beli apa-apa bolehla try guna SmartShopper


Also available in GooglePlay and also AppsStore


Harap dapat membantu korang menjimatkan duit yang sedia ada... Macam-macam korang boleh search dekat SmartShopper ni. Groceries ke toiletries ke semua ada...Tips membeli dengan bijak dari saya ini bukan ditaja ye... Sekian. Selamat mencuba...



ANDRA PANCAKES, ASIA CAFE (SS15)

 Malam minggu aritu kitorang pergi makan then lepas tu terus la pergi melepak kat Asia Cafe, SS15. Biras aku, adik dia meniaga banana pancake nutella kat situ... Korang kalau pergi Krabi confirm punye teringat-ingat pancake tu. Now, tak payah pergi jauh. SS15 je uols boleh dah makan... hihihihi




Yang ni pancake nutella only. Sebab aku tak makan pisang. Jangan tanya kenapa... hihihihi tapi pisang goreng or cekodok pisang aku boleh makan... Pelik tak pelik kan... Layan jela ye... Ada macam-macam menu yang lain.. Terpulang la korang nak perisa apa...




Ini stall dia... Betul-betul main entrance la kot... Yang ada signboard besar ASIA CAFE tu... Korang boleh nampak punya... Ramai budak-budak students situ beli pancake dia... Sorry, aku tak tau kenapa gambar semua jadi macam ni... Bikin panas je hati ni... Pandai-pandai la korang telengkan kepala ye... Minta maaf :)





Ini menu dia... Boleh follow IG @ANDRA PANCAKES untuk lebih lanjut... Selebihnya pergi try sendiri makan pancake depa ok... Cuba jangan tak cuba.. Deme meniaga suami isteri je uols... Bini sarat pregnant... Gigih dan kuat kan... Cayalah... Come and support their pancakes ok...



Mandi-manda di WET WORLD SHAH ALAM

Ni cerita dah boleh tahan basinya... Kepam sangat... Tahun lepas tu... Tapi sebab tak update-update so marilah layan cerita... 


Tak silap time ni cuti 31 Ogos tahun lepas. Kakak ipar ajak pergi Wet World Shah Alam. So memandangkan chef cuti bolehla pergi... Naik satu kereta. Naik Alza muat... Kak Ngah dan anak-anak 3 orang and kitorang je... Pagi-pagi dah gerak. Sampai Wet World dapat parking baik punya. Betul-betul depan pintu masuk.



Ini budak kecil belum sampai lagi dah tidur... Macam mana tu? Takpe kita bagi dia tidur dulu... Kang sampai kasi kejutla bangun... Tangan tu kalau tak naik ke kepala tak sah. Gentel label baju memang kegemaran dia... Sungguh mak dia ni tak faham...



Yeayy saya dah bangun... Sementara beratur beli tiket kitorang lepak tepi-tepi dulu... Sempatla melayan budak ni lari-lari and nak berkawan kononnya... Kejap je dah dapat tiket sebab datang awal kan... Lepas tu dia punya panjang beratur tu tak payah cerita la...



Kitorang sewa satu cabana tau... Selesa sikit nak lepak seharian kan... Dengan ada budak kecil kan so sesuai la. Kang nak tidurla nak susu la kan... Kitorang pilih cabana yang betul-betul sebelah Lazy River ni...Tapi sebenarnya nama dia lain... Aku pun lupe... Tak payah susah-susah nak kayuh ok... Akan ada satu wave besar tolak nanti... Seronok sangat...Tengokla mak budak tu... Kemain lagi enjoy siap ber-sunglasses...



Bapak budak time tu main dengan budak kecil ni... Tak reti lapar dan haus... Tak nak naik ok berhenti.. Tapi kepala dah terlentok-lentok dalam air.., Ngantok la tu... Bila pergi ramai-ramai ni syiok. Merasa la naik gelongsor itu ini... Gilir-gilir jaga Adam dengan kakak and anak buah...

Lama gak kitorang kat sini... Sampai petang tak silap...Lepas tu hujan pun dah start turun... Naseb baik kitorang sewa cabana so selamatla... Makan minum semua beli je kat dalam tu... Harga reasonable... Portion pun banyak tau... So kalau nak pergi boleh refer bawah ni. 

Harga tiket :

Dewasa - RM 25.00
Kanak-kanak - RM 20.00 (ikot ketinggian)


Operating Hours
​​Monday - Friday​:​01.00 pm - 07.00 pm
(Closed on every Wednesday)
​Saturday - Sunday​:​​10.00 am - 07.00 pm

Address
Wet World Water Park,
No. 3A, Persiaran Dato' Menteri,
Section 14,
40000 Shah Alam, Selangor.

Selamat mencuba korang....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...