Kepentingan CARSEAT kepada diriku

Amboi tajuk kemain serius.... Ok mak-mak sangat kan.... Xpe just sharing...



Ramai yang sedar akan kepentingan CARSEAT... Termasuklah aku. Tapi sejauh manakah ibu bapa yang betul-betul mempraktikkan CARSEAT untuk anak mereka? Yang itu yang kita kena kupas.... Pengalaman sendiri untuk anak pertama, Adam, seawal usia 2 bulan telah didedahkan dengan CARSEAT. Tak boleh wo takde CARSEAT. Parah mak dia ni nak drive.


KENAPA???


Semasa hamil lagi memang dah set akan beli CARSEAT untuk kegunaan anak. Ini kerana kebanyakan masa hanya aku yang akan drive kereta ke mana-mana. Dan dengan automatiknya selaku driver, aku sangat memerlukan carseat untuk Adam... Takkan nak drive sambil kendong baby pula kan... Bahaya... So the very 1st day I started working after confinement, was the very first day just the two of us in the car... Masa ni Adam banyak tidur dalam CARSEAT and tak berapa mencabar sangat. Baby lagi kan... 2 bulan baru apa reti kan... Plus, rumah babysitter quite dekat dengan rumah. So perjalanan tu pendek... 


TAPI.... LANGIT TAK SELALUNYA CERAH....




There are of course ups and downs dalam membiasakan Adam duduk carseat. Even until now, aku still hadapi waktu dan ketika di mana si kecil ini refuse duduk carseat... Especially traffic jam, memang sangat menguji kesabaran... Bulan puasa traffic jam adalah double triple hebat dari hari biasa. Perjalanan sekangkang kera dari rumah babysitter boleh mengambil masa berejam ok... Memang boleh stress. Sebab baby apa tahu. Adam tahu menangis jela... Tak selesa barangkali. Ini masa baby... Sekarang??? Dah pandai cakap....Mula la kan alasan macam-macam... Dan pandai keluarkan tangan dari seat belt tu...



" Mi... akot mi akot...." alasan untuk keluar dari car seat. Konon takot...

Aku reply balik :

"Takot??? Nah... takot baca yassin.." Sambil hulur hp yang dah dipasang surah Yassin...

Macam kelakar kan... Ada ke cakap macam tu dekat Adam... But yet itulah apa aku buat sometimes. Nak alih perhatian dia. Nak legakan hati sendiri... Yerla kalau malam-malam cakap takot camtu seriau jugak kan...


APA TINDAKAN???


Well normally, aku try seboleh mungkin untuk tidak kalah dengan Adam. Macam-macam la yang aku buat. Bagi iPad, hp, books, lego, zikir, nyanyi ABC or apa-apa.... Then I will say this :

"Adam, mummy minta maaf. Mummy tak boleh angkat Adam sekarang. Mummy janji, mummy akan angkat Adam bila sampai ye. I'm so sorry"


BERKESAN???


Of course la tak kadang-kadang.... Ada masa nanti lama-lama dia akan tidur sendiri... Ada masa dia akan ok bila aku borak-borak dengan dia. Nyanyi ABC songs, alif ba ta, 1 2 3 and many more....

Tapi percayalah, bila hanya anda dan anak di dalam kereta insyaAllah kita boleh tahan tangisan or pujuk rayu dia...


Benda akan jadi problem bila ada orang lain dalam kereta. Contoh atok dan nenek. Perghhhhhhhhhh, confirm lah diorang stress kan dengar anak kita nangis. Tambah stress bila long distance... Orang lain mungkin tak boleh tahan untuk melalui situasi ini. Kita la yang main peranan. Kene betul-betul sabar and kuatkan hati.... Atok nenek memang tak boleh dengar cucu nangis.INI FAKTA!!! 


So, kene pandai rancang perjalanan. Ada tempat untuk berhenti please stop even tak penat or tak perlu berhenti. Si kecil perlukan anda. So think about this little one. Then continue the journey again... Try to provide his/her favourite toys. Jangan kacau atau ganggu dia bila dia tengah seronok or leka... Nescaya bergegar lagi sekali kereta dengan tangisan mereka...


Paling penting, CARSEAT penting bukan sahaja untuk kemudahan ibu bapa, atau keselamatan anak, malah untuk keselesaan anak yang optimum gitu....


Perjalanan paling mencabar :

From Sg Buloh - Kuala Selangor - Sg Besar - Rompin

Aku tewas... 
First time driving sambil kendong anak... (on/off)
Bila tidur nyenyak letak balik dekat car seat...
Lenguh kaki, lenguh badan and lenguh everything...
Letih minda, letih everything...
Yet, awesome experience.


Terima kasih anak atas semua adventure ini... 
Hope we have more adventures in future together...
InsyaAllah...



Pesanan dari mak travel most of the time berdua saja...


p/s : eh, baru perasan semua gambar Adam tidur. Tapi sebelum tidur tu, dia punya mengamok.... Urut dada...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...