KL STEAMBOAT DAH TUTUP??!!?? Takpe FLAMING STEAMBOAT ADA

Perghhhhhhh... Betul ke KL STEAMBOAT ni dah tutup? WHY WHY WHY? I is sad T_________T Sebab apa tau aku sentap macam ni? Sebabnya malam tadi gigihla konon nak pergi makan kat KL STEAMBOAT. Wan nak makan steamboat tapi taknak Johnnys. Aiyak.... Dia nak Flaming tapi aku cakap Flaming dah selalu pergi. Kita try KL STEAMBOAT la pulak... Then dia agree. Terusla bersiap lepas maghrib and keluar menuju ke KL STEAMBOAT. Area Paradigm Mall sahaja. Tak jauh pun.


Masa on the way tu aku dah niat (chewah niat) dah kalau tutup kita pergi FLAMING SHAH ALAM area Jalan Kebun/Jalan Bukit Kemuning tu.... Sekali dah sampai ni cari-cari kedainya jumpa tapi tutup... Sunyi sepi gelap. Nampak memang macam takkan bukak lagi sampai bila-bila. Ke aku silap timing??? Advise please. uhuhuhuh Okla aku bersangka baik. Mungkin memang semalam KL STEAMBOAT off day so dia tak meniaga la... Kalau betul dia off day pasni ada peluang la nak try lagi...


Since sentap dengan penutupan KL STEAMBOAT, kita terus jela ke FLAMING SHAH ALAM. Wan suka Flaming sini sebab lebih rasa cosy dan tak semak macam kat SUNWAY tu... hihihihihi Memang betul pun. Aku bawak Adam kan jadi tak sesuaila kalau crowded and semak macam kat SUNWAY. Sampai-sampai je lega sebab still ada meja kosong and FLAMING dibuka sampai MIDNIGHT!!! Yaaahooooo. Boleh tibai makan lama-lama...


Macam biasa bila ada anak kecil ni tak boleh buruk makan ye. Anak priority. Jadi aku jaga and layan Adam and Wan masak steamboat and pilih-pilih makanan. Aku order and remote je die suruh ambil apa. hehehehe I loike... Tapi dapat makan sama-sama kejap je. Lepas tu Adam dah boring. Aku pula tak bawak iPad dia. So memang kena bergilir la makan. Budak tu tak boleh panas-panas ni. Mula la buat kerenah. So bawak dia keluar jalan-jalan depan kedai. Dia suke la sebab ada budak-budak lain main lari-lari kan kat depan tu... Settle...


Then turn aku plak makan... Sedap and fresh giler udang and ketam malam tadi. Memang manis and berlemak la senang cerita. Dengan aku aku sekali menternak lemak malam tadi. hahahaha Takde hal. Aku makan untuk Adam lagipun (alasannnnnnnn sangat kan) Memang puas dan berbaloi la makan malam tadi. Nasi goreng pun sedap... Memenuhi citarasa la. Aku sampai repeat makan ice cream 2kali ok. Banyak pilihan ice cream dia... Bagus...


So korang, siapa nak pergi FLAMING SHAH ALAM landmark dia GIANT BUKIT KEMUNING tu. Kalau lalu LKSA exit Jalan Bukit Kemuning senang... Bangunan kedai area KFC/PIZZA HUT DRIVE THRU tu... Dibuka setiap hari ye. Tutup sampai kul12 malam. Rasa nye dia buka kul5 petang kot... Selamat mencuba...


p/s: akibat kegelojohan untuk mentekedarah, tiada sekeping gambar pun berjaya ditangkap... hahahaha


1 comments:

abahomestay said... [Reply to Comments]

Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...