LISA SURIHANI PREGNANT

* Just a short update... :)


Alhamdulillah... Akhirnya si cantik manis pujaan ramai mengandung... Sungguh, sungguh aku rasa happy and excited untuk Lisa & Yusry. Dahla memang dua-dua suka babies... Alolololo, sure adorable... Ini adalah zuriat pertama buat Yusry yang pernah berkahwin sebelum ni dengan Erra Fazira. Tertutup jugakla mulut tempayan yang suka membuat cerita pasal hal rumah tangga Lisa & Yusry. Takpela.... Mulut tempayan mana boleh tutup kan... hihihihi


Tahniah buat Lisa & Yusry. Semoga dikurniakan zuriat yang sehat, sempurna serta beriman. Jaga kesihatan baby dan diri juga buat Lisa. Kesian Lisa tengok IG dia lately ni asek tak sehat je. Rupenya preggy. Tak sabar nak tunggu Lisa bersalin... Hover kan??? ASTRO ke mana-mana pihak tolongla nanti buat program untuk mereka. Macam Pureen Chak Chak Che Ta & Zin Saidin tu... I loike....


Enjoy your pregnancy journey Lisa....

Batu 3, Shah Alam Banjir (Depan Kilang Gula CSR)

Perghhh... First time sepanjang duduk Shah Alam aku lalui banjir kat area Batu 3 ni. Memang menahan la pagi-pagi nak pergi kerja and hantar Adam rumah babysitter kemain jem lagi. Pelik betul. Ingatkan pagi ni air dah surut. Rupanya nan hado. Air still stuck kat area depan gula tu. Memang berejam ok nak lepaskan traffic light depan tu... Kalau nak u-turn pun still kene redah gak banjir... Nak pergi rumah babysitter lalu depan CSR tu memang tak lepas. Air naik tinggi. Tak berani aku la... Kang mati enjin dah satu hal plak.


Aku keluar rumah macam biasa arini. Tapi lagi awal la. Keluar je simpang rumah terus dah nampak berderet kereta. Ingatkan ada polis traffic jaga. Tapi macam pelik plak. Sebab kereta dari flyover kemain laju je lalu. Lepas dia, memang dia je jalan. So macam tak logik plak kalau polis yang jaga. Yang kereta dari arah aku ni tak gerak-gerak... Time ni Adam cool lagi... Dia macam amek feel nak tidur. Maklumlah pagi-pagi dah bangun bentang sejadah kat masjid. ahahahahaha Lepas 3 kali ke 4 kali hijau still tak bergerak, aku dah nervous dah... Mau taknya, Adam tu bukan boleh kereta tak bergerak lama-lama. Memang betul. Kejap je lepas tu dia menangis dah ok... Non-stop. Lagi aku tengok die lagi dia tarik suara tu. Kalah persembahan vokal terbaik Dayang Nurfaizah. Hahahaha Aku tabahkan jela hati dengar. Nak buat macam mana kan... Nak berhenti tepi tak boleh. Dengar jela dia nangis.


Last-last aku potong que (sorry, terpaksa sebab Adam nangis kuat) and pancong kat depan. Redah banjir slow-slow. Tukar laluan ke arah terowong Subang tu. Lalu jalan jauh untuk hantar Adam. Sampai rumah babysitter pun dia nangis lagi ok. Babysitter cepat-cepat ambil dia. Kesian sangat... Kesudahannya aku sampai office pun lambat la. First time tak masuk highway. Sabar jela... Naseb traffic tak berapa nak padat lalu jalan biasa. Harap-harapla balik kerja ni dah surut banjir nye. Kalau tak memang STRESS.


p/s : Sorry, takde gambar banjir. Tak keruan nak snap gambar. huhuhuhuh

MAJLIS AKAD NIKAH DI BUKIT BADONG, IJOK

Selepas je aku kahwin in 2013, terus ramai sepupu-sepapat sebalah mama ikut jejak langkah aku.... Perghhh, rasa diorang kecil je lagi. Rupa-rupanya dah dewasa dah mereka. Masing-masing dah ada pilihan hati masing-masing... Kali ni, Faiz anak kepada busu pula yang menamatkan zaman bujang. Bertemu jodoh dengan orang Ijok. Okla tu Selangor jugak.



Majlis nikah di Masjid Baru Bukit Badong pada Sabtu, 6November2013. Nikah Sabtu dan sanding Ahad. Pak Imam cakap nikah lepas Asar. So memang kelam kabut jugakla aku tengok. Masing-masing takde pengalaman kan... Jadi macam tertanya-tanya jugak la whats next gitu...



Ini budak kecik kejap je dia diam. Lepas tu tak senang duduk. Merengek. Dia bukan boleh panas sikit. Peluh berjurai macam dia je yang nervous nak nikah. Naseb ada banyak kipas kat dalam masjid. Terpaksa la mummy dia ni dokong dan dodoi. Last-last ketiduran... Syabas anak. Mummy suka awak tidur. Kang kalau tak tidur cranky pula. Tengok la muke sememeh dia. Peluh sakan.



Yang ini ibu dan adik pengantin... Alhamdulillah dengan sekali lafaz Faiz dah jadi isteri kepada Zila. Semoga kekal bahagia dunia akhirat bersama, InsyaAllah... Ohhh lupa nak cakap, nikah kat masjid tapi makan-makan dekat rumah pengantin perempuan. Dekat je lagipun. Kitorang memang kehausan dan kelaparan. Sampai-sampai je memang cari air dulu la... Haussss!!!



Yang ni tak payah pelawa makan pun dia dah makan dulu. Lagipun si kecik ketiduran dapatla menikmati lauk pauk kenduri yang terbaik. Dekat kul6 petang time ni. Tibai makan nasi puteh. Lauk ayam goreng berempah, sayur lemak labu, sambal belacan, ulam-ulaman dengan ikan kering. Memang terangkat la. Usahkan mak mertua lalu belakang (yerla, siapa suruh lalu belakang kan) tak nampak, mama sendiri duduk sebelah pun buat tak nampak je ok. hahahaha


Sekian... SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!



KL STEAMBOAT DAH TUTUP??!!?? Takpe FLAMING STEAMBOAT ADA

Perghhhhhhh... Betul ke KL STEAMBOAT ni dah tutup? WHY WHY WHY? I is sad T_________T Sebab apa tau aku sentap macam ni? Sebabnya malam tadi gigihla konon nak pergi makan kat KL STEAMBOAT. Wan nak makan steamboat tapi taknak Johnnys. Aiyak.... Dia nak Flaming tapi aku cakap Flaming dah selalu pergi. Kita try KL STEAMBOAT la pulak... Then dia agree. Terusla bersiap lepas maghrib and keluar menuju ke KL STEAMBOAT. Area Paradigm Mall sahaja. Tak jauh pun.


Masa on the way tu aku dah niat (chewah niat) dah kalau tutup kita pergi FLAMING SHAH ALAM area Jalan Kebun/Jalan Bukit Kemuning tu.... Sekali dah sampai ni cari-cari kedainya jumpa tapi tutup... Sunyi sepi gelap. Nampak memang macam takkan bukak lagi sampai bila-bila. Ke aku silap timing??? Advise please. uhuhuhuh Okla aku bersangka baik. Mungkin memang semalam KL STEAMBOAT off day so dia tak meniaga la... Kalau betul dia off day pasni ada peluang la nak try lagi...


Since sentap dengan penutupan KL STEAMBOAT, kita terus jela ke FLAMING SHAH ALAM. Wan suka Flaming sini sebab lebih rasa cosy dan tak semak macam kat SUNWAY tu... hihihihihi Memang betul pun. Aku bawak Adam kan jadi tak sesuaila kalau crowded and semak macam kat SUNWAY. Sampai-sampai je lega sebab still ada meja kosong and FLAMING dibuka sampai MIDNIGHT!!! Yaaahooooo. Boleh tibai makan lama-lama...


Macam biasa bila ada anak kecil ni tak boleh buruk makan ye. Anak priority. Jadi aku jaga and layan Adam and Wan masak steamboat and pilih-pilih makanan. Aku order and remote je die suruh ambil apa. hehehehe I loike... Tapi dapat makan sama-sama kejap je. Lepas tu Adam dah boring. Aku pula tak bawak iPad dia. So memang kena bergilir la makan. Budak tu tak boleh panas-panas ni. Mula la buat kerenah. So bawak dia keluar jalan-jalan depan kedai. Dia suke la sebab ada budak-budak lain main lari-lari kan kat depan tu... Settle...


Then turn aku plak makan... Sedap and fresh giler udang and ketam malam tadi. Memang manis and berlemak la senang cerita. Dengan aku aku sekali menternak lemak malam tadi. hahahaha Takde hal. Aku makan untuk Adam lagipun (alasannnnnnnn sangat kan) Memang puas dan berbaloi la makan malam tadi. Nasi goreng pun sedap... Memenuhi citarasa la. Aku sampai repeat makan ice cream 2kali ok. Banyak pilihan ice cream dia... Bagus...


So korang, siapa nak pergi FLAMING SHAH ALAM landmark dia GIANT BUKIT KEMUNING tu. Kalau lalu LKSA exit Jalan Bukit Kemuning senang... Bangunan kedai area KFC/PIZZA HUT DRIVE THRU tu... Dibuka setiap hari ye. Tutup sampai kul12 malam. Rasa nye dia buka kul5 petang kot... Selamat mencuba...


p/s: akibat kegelojohan untuk mentekedarah, tiada sekeping gambar pun berjaya ditangkap... hahahaha


HAPPY HAPPY NEW YEAR!!!

Lam tak update kan? Tahu tahu dah 2015??? What??? *BUATBUATTERKEJUTPULA* Sorry... Busy dengan hal-hal remeh dan masa depan... Semoga Diperkenan Nya


Alhamdulillah diam tak diam dah 2015 dah... Itu pun masih tersasul-sasul lagi tulis 2014. hahaha Nampak sangat dah meningkat usia... Syukur kerana masih lagi berpeluang untuk menikmati keindahan dan kekurangan duniawi... Masih diberi peluang untuk perbaiki dan muhasabah diri... InsyaALLAH...



Apa azam korang 2015 ni? Apa??? Nak beranak lagi??? hahahhaa Bagusla kalau niat begitu... Aku insyaALLAH akan turut serta tapi bukan tahun ni la... Tahun tahun akan datang insyaALLAH... Mesti semua sibuk uruskan anak sekolah kan? Ada yang sibuk uruskan hal taska la transit la... Macam-macam hal...



Apa-apa sekali pun, semoga 2015 kali ni lebih memberi makna pada kehidupan kita dunia dan akhirat... Apa yang berlaku 2014 harap dapat sedikit sebanyak dijadikan tauladan dan sempadan... Yang baik kita teruskan dan yang kurang baik kita jauhkan... Sama-samalah kita usaha untuk berebut rumah yang paling tinggi di atas sana nanti - Syurga. Aminn~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...