MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 #MLM2014 - Minggu ke 6

Untuk minggu yang ke 6 ni memang tak sempat nak tengok. Naseb baik balik rumah mama so boleh record and tengok bila-bila. hehehehe Kitorang semua busy rewang buat goodies and kemas rumah untuk kenduri and majlis adik sekali dengan aqiqah cucu-cucu pama. Alhamdulillah syukur. Segala berjalan dengan lancar. Hujan ngam-ngam turun dengan lebatnya lepas je majlis habis.  



TEMA MINGGU INI :

MUZIKAL KOMEDI



Memang lawak ok... Aku kat rumah pama asek la ulang balik tayangan. Balik-balik tengok JALUR sebab diorang nyanyi best. Then tengok Nabil... Pastu SYJ. hahahaha Sambil type ni pun boleh teringat-ingat...



BOTTOM 3 THIS WEEK :

1) SHAKE
2) CHOMEY
3) TAK INGAT - hahahaha rasanya macam SYJ ke ZERO. Gitulah...


Say bye bye to CHOMEY


TQ NUFFNANG~!!!


Wahhhhh, arini bila buka Nuffnang je tengok ada banyak campaign yang tengah on going... Gembira and terus bersemangat arini tau... Walaupun baru beberapa ketul dan tak sampai 100 pun campaign yang tengah on going, tapi tetap happy yang amat... hehehehe


Thank you so much NUFFNANG....Bagila banyak lagi pasni... Terus termotivate tau nak rajin-rajin update...

Kalau korang camne? Mesti teruja and happy gak kan? Tak pe, korang punye confirm lagi gempak and banyak campaign yang tengah on going... Selamat berblog semua!!!


MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 #MLM2014 - Minggu ke 5

Seperti kebiasaannya pun, aku dan Wan akan menunggu la nak tengok #MLM2014 setiap minggu... Minggu ni temanya BEBAS... Minggu lepas kan PARODY. So minggu ni ada yang best dan ada yang lawak hambar la... Macam SHAKE tu aku rasa dah patut tersingkir dah kot... WALA pun memang patut tersingkir. ahhahaha Kumpulan ZERO tu paling aku suka la minggu ni. Slumber je main kompang pun boleh jadi lawak.... Patut Fazura pun suka dan gelak tak hingat. Ok jom layan keputusan untuk malam minggu ke 5.



Man of the Match untuk #MLM2014 minggu ke 5 :

ACEH (BOCEY)


BOTTOM 3 :

1) WALA
2) EKZOS
3) SYJ


Since minggu lepas tiada penyingkiran, minggu yang ke 5 ni of course la sekali dua ok penyingkiran...


Dan kumpulan yang tersingkir adalah :

WALA & EKZOS


FUHHH, LEGA...Saingan makin sengit!!!

MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 #MLM2014 - Minggu ke 4

Macam biasa setiap minggu sebolehnya taknak terlepas tengok #MLM2014. Sebelum kul10 malam dah siap-siap tukar channel. hehehe Takot terlepas tau.... Naseb baik kat rumah ni semua pun nak tengok #MLM2014. Jadinye takde la berlaku pergaduhan berebut remote nak tengok cerita lain. I loike....


TEMA MINGGU INI :

PARODY


MAN OF THE MATCH - ABAM (SI COMEL AHLI BOCEY TU)


BOTTOM 3 THIS WEEK :

1) EKZOS
2) WALA
3) JALOR

*aku rasa kumpulan SHAKE patut masuk bottom 3 tau... Hishhh, sakit plak hati kita ni wak....


KEPUTUSAN MINGGU KE 4 


JENG 

JENG 

JENG


TIADA PENYINGKIRAN

*pandai ASTRO buat DUIT GIMIK... hahahaha

Dugaan & Ujian Allah swt

Dalam dunia ni memang ada bermacam jenis dugaan dan ujian. Tak kisahla dekat mana-mana pun. Kadang dalam kereta nak pergi kerja pun kita sebenarnye di duga dan di uji sama ada kita sedar atau tidak je. Kehidupan seharian pasti ada semua ni. Takda masalah pun sebenarnya satu dugaan dan ujian. Allah swt nak tengok sama ada kita bangga dan riak atau tidak bila tak ditimpa sebarang masalah. Bila kita jauh dari Allah swt kadang kita tak ditimpa sebarang masalah. Bila dekat dengan Allah swt pula kita ditimpa masalah. Jangan takot jika kita selalu ditimpa masalah... Sebabnya Allah swt uji dan duga kita sebab Dia tahu kita mampu hadapi sesuatu masalah itu. Semakin dekat kita dengan Allah swt semakin banyak dugaan dan ujian yang kita akan terima. Jangan sesekali kita berkecil hati atau marah dengan dugaan dan ujian yang Allah swt beri. Bersangka baiklah selalu dengan setiap apa yang Allah swt berikan. Bersyukurlah jika diduga dan diuji. Bukan semua orang dapat nikmat yang sedemikian. Jadi kita sentiasalah mendekatkan diri pada Allah swt tak kira jika diduga dan diuji atau pun tidak...



Ingat, Allah swt sentiasa beri yang terbaik kepada umatNya.
Allah swt sentiasa ada bersama kita di kala susah atau pun senang.
Allah swt duga dan uji kerana Dia sayangkan kita.
Maka, bersangka baiklah...



"Robbana Atina Fiddunya Hasanah Wa Fil Akhiroti Hasanah Waqina Adzabannar"
Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan perihalah kami dari seksa neraka...




Sekian, dari Oztajah Adam

Kebaikan di Depan Mata

Last weekend aku spend time one day dengan adik aku. Even hari-hari jumpa kat rumah, tak sama ok dengan keluar berdua. So since Adam kat rumah ibu, jomla kasi settle hal dia nak bertunang tu. Aku just naik komuter sampai KL Sentral. Then jumpa dia kat sana. Destinasi yang nak dituju ialah SOGO & JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN (TAR). From komuter have to change naik PUTRA LRT ke Stesen Bandaraya. Tapi dekat Stesen Masjid Jamek kene change line.


Masa keluar dari train nak naik atas tukar line untuk ke Bandaraya nye stesen, terserempak dengan satu pakcik ni guna wheelchair. Tapi canggih punya la sebab ada controller. Dia try nak naik atas guna lift yang disediakan. Malangnya semuanya tengah under maintenance and tak boleh guna. Kesian pakcik tu. How dia nak naik atas kan... So we all nak naik atas tu memang jalan belakang dia la. Masa nak naik escalator tu, adik aku terus je dia tolak wheelchair pakcik tu and tolong support wheelchair untuk sampai ke atas with another one guy. Aku kind of shock sebab tak sangka she will do that... Alhamdulillah.


Sambil dia support tu sempat la dia borak dengan pakcik tu. Pakcik tu cakap dia tak kuat nak support wheelchair tu sorang-sorang sebab berat. So dia perlukan orang untuk tolong dia. Sampai atas terus dia pergi mana tak tau. Kitorang terus la pergi naik train on the other side untuk ke Stesen Bandaraya. One thing yang aku realize, buat baik ni tak perlu tunggu orang lain yang mulakan. Kita dan diri kita sendiri kene pupuk dan mulakan then barulah orang lain akan ikot.


Thank you my dear sister. You have such a kind heart. Hope I will do the same too next time.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...