Dream Trip to Macau

Nak menang percutian impian ke Macau? 


Woot woot... Siapa yang tak nak kan percutian yang ditaja 100%... Betul tak? Well, aku pun teruja nak dapat percutian yang 100% ditaja ke Macau... And of course semua pun nak jugak kan? Betul tak? *angguk-angguk*


Macau adalah wilayah pentadbiran khas China. Bahasa rasmi negara itu ialah Portuguese and Chinese tapi bahasa Kantonis la yang menjadi perantaraan kat sana. Confirm kalau mak aku pergi ni dia fasih and boleh bergaul mesra dengan orang sana. hahahahaha


There are 3 Most Amazing Things that makes me want to visit Macau. They are :


1) JJCM. Jalan-jalan Cari Makan la.


Aku kan pencinta tart telur jenis Portugis (Portuguese egg tarts) tu tau. Kalau kat Selangor/KL ni sekadar beli kat Baker's Cottage saja. Tapi kalau dapat makan yang original dan popular kat Macau tu sedapnya la hai... Perghh, meleleh air liur ni mengenangkan kelazatan tart telur tu. Dahla aku suka tengok rancangan masakan kat ASTRO  tu kan... Tengok diorang jalan-jalan kat mana entah pastu makan tart telur tu... Bestnya kalau dapat merasai semua tu... Nak please.... 


2) Bungy Jump


Woahhh, benda yang paling aku teruja giler nak buat kalau pergi Macau ni sebab Bungy Jump. Aku memang jenis adrenaline junkies la rasanya. Semua yang challenging ni aku suke. Lebih-lebih lagi bila aku tengok Amazing Race pergi Macau then buat Bungy Jump ni. Seronoknya... Nak jugak... Tak pernah lagi aku try buat bungy jump ok... Kalau dapat for sure memori sangat. Bungy Jump dari Macau Tower, "The World's Highest Bungy Jump Facility"


3) Macau Grand Prix


Sebagai peminat setia F1 dan MotoGP, of course la Macau Grand Prix ni tak ketinggalan dalam list aku. Bunyi deruman enjin setiap kali lalu tu rasa seronok dan mengujakan ok... VrooooommmmVrooooommmmm memang suke sangat-sangat la... Lebih-lebih lagi Macau Grand Prix ni merupakan Asia's Most Legendary Race yang akan menjadi sesuatu yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila.


Dan aku rasa Nuffnang patut hantar aku sebab aku betul-betul nak experience the 3 MOST AMAZING THINGS yang aku list tu and aku akan dokumenkan perjalanan aku tu dari A-Z (aku jenis documentation punye orang) kat blog ni sebagai kenang-kenangan dan guide untuk orang lain yang nak ke sana dan alaminya sendiri...


Korang boleh tengok sendiri details kat Macau Government Tourists Official's website and also official Facebook Page


This contest is brought to you by Macau Government Tourist Office (MGTO) and Nuffnang Malaysia


p/s : Please let it be me!!! uhuhuhu 

4 comments:

Melvin Paul said... [Reply to Comments]

Entry yg baik! Good luck ya!
http://memyselfandmelvin.blogspot.com/

Chengy Wong said... [Reply to Comments]

All the best! Hope you'll get the chance to experience Macau.
http://chengywong.blogspot.com/

Schazaza Zober said... [Reply to Comments]

@Melvin Paul thank you...

Schazaza Zober said... [Reply to Comments]

@Chengy Wong hopefully... thanks anyway

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...