REVIEW - FLAT ABOVE FOODSBURY #FOODSBURY #SEKSYEN9

*ini bukan iklan berbayar*



Ini review ikhlas dari kami sekeluarga...
:)


Mulanya aku tak terfikir pasal Foodsbury mahupun FlataboveFoodsbury ni #flatspace tau... Sebab plan asal konon nak sewa dekat The Picnic table for the party since aku memang nak tema ala-ala picnic la kononnya... Masa kitorang side visit ke Picnic Table, tempat memang cantik tapi idoklaa besar mana.... Macam congested jugaklaa kalau semua datang kan... Maklumlah family besar kot... Mana nak duduk mana nak melepak nanti kan... Paling tak boleh terima, no outside food ye. Hanya kek je boleh. Ko gilo ke apo... Aku buat party petang takkan nak makan sandwiches semata. Taula tempat korang memang menu SimplySandwiches kan... Tapi orang tua like my grandma tak reti ok semua tu sangat. Mesti nak kuih-kuih melayu dengan kopi ke teh ke kan... Harga pun masyaAllah... So lupakan jela... Chef a.k.a Wan pun tak proceed with the place.


So, we move on finding a new space for rental dengan hanya menggunkan IG. hahahaha Bini sapo la ni punya keje. Main cari tempat kat IG je... Aku just seach by hashtags #spaceforrental lebih kurang camtulah... Pastu keluar la pasal #flatspace #spacerental #flatabovefoodsbury ni... Terus la macam ting ting ting... Why not kan? So whatsapp la mereka and tanye itu ini... They respond dengan cepat and tarikh yang kitorang nak tu alhamdulillah available... So proceed!!! Yeay....


From there, kitorang pun pergi side visit tengok tempat semua.. Alhamdulillah memuaskan hati... Besar and of course kena ada aircond... Si bujang tu kuat peluh... ahhahaha anje angat tau... So bincang-bincang and ask for quotations. Dont worry, dekat sini boleh bawak makanan luar or even nak order dengan mereka pun boleh... Kitorang order kuih-kuih, air, semua dengan diorang... Siap dapat free air, utensils semua la.... I loike... Service pun meletop gitu... Lebih kurang je diorang tu... Ada toilets (MALE & FEMALE) and even SURAU... So, a BIG YES for them... Balloons semua or party things also can order with them #partypoppers tak silap namanya...


Anyway, sesiapa yang berminat, boleh refer below address ok :

 
#flatspace #spacerental #flatabovefoodsbury is at the 1st floor. Ada balcony ok....


p/s: sorry, gambar tak sempat transfer...

MIAMI GRILL, SUNWAY PYRAMID - BIRTHDAY PAPA

Ok, ni cerita basi.
Alang-alang free ni bolehla sekali gus update... hehehehe



Ni cerita bulan FEB aritue. Kebetulan family aku naik KL that weekend ngam-ngam on birthday papa. So dah pakat-pakat and plan untuk celebrate kat MIAMI GRILL je sebab mama cakap kalau boleh semua orang ada la... Since wan kerja so nak dia join kene pergi tempat dia la... Siap beriye pakat tema puteh nak sama dengan chef tu... hahahaha Layankan... Aku yang xde baju putih ni gigih la pergi beli ok...


 
Dekoration tema Hitam and Gold... Cantik kan combination colour ni... Sesuai laaa untuk birthday papa...


Kemain papa terkejot sebab dia memang tak tahu menahu idea nak plan birthday celebration dia. Siap tak perasan pun diorang satu kereta pakai baju puteh... Aku, adik and Adam datang naik kete lain... Senang nanti nak balik umah masing-masing... I'm glad that papa happy sesangat semua dapat join makan sesama... Gigih kan deco bagai... Makanan tak sempat nak snap. Sebab time tu dah 9 lebih malam kot... Naseb baik owner tak halau and let us spend time kat situ.... Syiok...

FAMILY POTRET (",)


Happy Birthday Pa... Semoga murah rezeki, panjang umur dan sehat selalu. Terima kasih kerana selalu beri and jadi yang terbaik untuk kami semua... Love you.

LOVE YOUR HUSBAND - MOON PUNYE BLOG

Semalam buka blog kak Moon and terus baca bende ni....
Lawak pun ada kan...
hihihihihi




No matter what, who, where, why and who you are, you are always be my sweetheart hubby... :)

Adam Turns 1 - Alhamdulillah

Alhamdulillah Adam dah setahun... So sempena setahun ni kitorang konon plan macam-macam la.... So tanye dengan Wan, nak party or holiday. Since dia pun kerja sepanjang masa, elokla kita party ada-ada je dengan kaum keluarga... Bukan happening dan besor mana pun. Just nak happy-happy potong cake and celebrate dengan atok nenek moyang sekali. Maklumlah, cucu pertama, cicit dari cucu kesayangan sanggup nekmak redah ke KL gitu... Syukur sangat-sangat atas peluang yang Allah swt berikan untuk melahirkan, menyusukan, menjaga dan mendidik Adam... Akan diusahakan sebaik mungkin...


Untuk party macam biasalah, kaum bapa tahu hulur budget je. Yang kena jaga budget dan buat kerja-kerja remeh ni of course la kaum mak... Memang mummy suka pun buat camni... Sorry semua party just for family members and close relatives sajo... Itu pun dah 50 orang gak la...


Ok, ini details pasal party Adam. Bolehla korang riki-riki harga ye. 


Sticker for goodies from IG @shahnadcreativedesign (kawan sekolah den ni)


Helium balloons from #flatpoppers IG @flatabovefoodsbury


Party at #flatspace IG @flatabovefoodsbury (kitorang sewa tempat ni)


Birthday cake (RED VELVEL WITH CREAM CHEESE) tempah dekat IG @niejamuhaimi punya kawan. Korang tanye la die sendiri ye...


Goodies popcorn from IG @doorgiftpopcorn


Cotton candy and mini cheesetarts tempah dengan IG @niejamuhaimi




Happy Birthday Adam Harith...
Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada Allah swt serta ibu bapa
sehat selalu, ditetapkan iman, mendengar kata serta bijak...
Cepat-cepat cakap ye nanti kita belajar ngaji...

Mommy and Daddy love you...






SROTTTT.... SROOOTTTTT....HACHUMMMMMMM

Yeahhh... I'm not feeling well.


Finally body and mind need some rest. But as a mother, there's not even a day without working a.k.a MOTHERHOOD...



Hope will recover soon and as fast as possible...





Till then... Get well soon mummy - ADAM

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2014 #ABPBH2014

Tengok tak aritu #ABPBH2014 Ahad malam? Aku tengok-tengok tak tengok sangatla... Camne tu? Sebabnya tengok sambil buat macam-macam.... Iron baju kerja la, lipat kain laa... So okla dari tak tengok kan... PALING suka persembahan yang ada Black, Hazama, Akim dengan Azlan tu.... Perghhhhh, meremang bebulu semua... Yerla, lagu tu tribute untuk Tan Sri SM Salim kan...


Ntah kenapa last week kat office ada cakap pasal SM Salim ni. Kitorang wonder sehat ke dia, masih ada lagi ke apa. Sebab serius macam takde dengar pasal die. Tup tup dia dapat anugerah Khas tu... I loike... Alhamdulillah masih sehat... Cuma tak berapa kuat kakinya la... Duduk wheelchair... Nyanyi pun boleh lagi... Memang minat la lagu-lagu dia... Oldskool kan aku? hahahahahah


Highlight of the #ABPBH2014 ni of course la kemenangan Shaheizy Sam... Giler ko tiga kali dapat kereta percuma... Siapa taknak kan? Ramai cakap family dia undi dia beli paper byk2... Dah tu kenapa? Tak boleh eh? Kata pun undian kan... Dah diorg beli paper, vote sudah.... Kalau korang nak artis kegemaran korang menang pun boleh... Janji korang beli dan vote. Jangan cakap je lebih...


Ok la... Nati will update about Adam turns 1 soon... BYE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...