Trip to Kota Kinabalu - Day 1

 Awal tahun aritue, lepas majlis pernikahan Totinx, aku terbang ke Kota Kinabalu... Berjalan je sebenarnya aku ni. Masa hujung tahun lepas, aku pergi Jakarta and now pergi Sabah lak. Cerita pasal Jakarta tu nanti la aku update eh??? Memang basi sangat dah... Hehehehe~ Nampak sangat dah basi ceritanya. Tapi layankan jela ye... Kitorang punya flight from Senai Airport, JB. Pagi lepas subuh baru gerak dari rumah. Kitorang yang nak berjalan, tapi pama yang risau sebab kitorang slumber je lambat-lambat.... hahahaha Kesian pama... Ohhh, trip kali ni aku ikot geng-geng abang aku. Sekali temankan kak Ain... Nanti dia tidur sorang pulak kat hotel... Aku share cerita by day ok... Hopefully korang enjoy~!!!



Muka penat kena bangun awal nak pergi JB... Malam tu dah la balik lewat sebab pergi majlis nikah Totinx. hehehehe Kitorang punya flight to KK adalah yang paling awal sekali... So layankan jela. Takde delay pun alhamdulillah... Kitorang pergi 3hari2malam je... Cuti umum kan... So jimat la cuti tahun aku.... hihiihihihi



Muka excited nak bergambar dekat belon. Maklumlah, nak tunjuk orang jauh... hihihihi Now not anymore la.... Dokek dah... Woot woot~!!!



Setiap kali terbang pun sure aku akan snap gambar macam ni... I dunno why. Tapi perasaan snap gambar macam ni best la... Sungguh tak paham kan??? Tak paham sudah... :P Macam tenang kan...




Yang pasti, ke mana jua aku pergi, Mr Musyuk konpem la ikot. Tiket free gitu untuk dia. So apa ada hal nak bawak dia kan? Seronok dia dapat jalan-jalan sama-sama....hehehehe~ 



Sampai KK, kitorang terus jumpa membe Epul kat sana. Dia la yang sewakan kereta dekat kitorang. Sepanjang berada kat sana, dia charge kitorang RM400 ke RM500 tak silap. Murah kan? Mungkin sebab diorang ada mintak tolong uruskan tanah dekat semenanjung tu yang bagi diskaun. Lagi pun abang yang kitorang sewa kete ni Askar gitu... Kitorang stay dekat Courtyard Hotel, 1Borneo. Best la sebab turun hotel je shopping complex gitu...


Ni bilik aku dengan kak Ain... Tak besar dan tak kecik... Cukup la nak solat ke apa semua pun muat je kat bilik ni... Semua pun still baru. Iron board semua complete ok... Tak payah kol mintak dekat receptionist.



Ni toilet kat bilik kitorang... Clean and clear kan??? hehehehe Lepas check in hotel kitorang rehat-rehat kejap, mandi and solat semua then nak keluar semula jalan-jalan. Senang trip free and easy camni. Sebab semua pun depends dengan kita kan... Drive sendiri je. Ikot peta. Tak jumpa tanya orang.. Settle~!!!



Tempat pertama kitorang pergi is Rumah Terbalik (Upside Down House). Rumah ni terletak di Kampung Telibong, Tamparuli di daerah Tuaran. Senang je nak pergi sini. Ikot je sign board nak pergi Mount Kinabalu. Nanti jumpa tempat ni belah kiri.



Rumah ni unik la sebab semuanya terbalik... Dekat South East Asia ni ada satu je ok. So bolehla korang visit walaupun tak seberapa je keluasan tempat ni... Boleh dijadikan kenangan gitu... Dalam dunia tak silap ada 6 ke 8 biji rumah terbalik ni... So special kan...



Oh ye, entrance fee masuk sini : 

Dewasa (with MyCard) - RM 10.00
Dewasa (without MyCard) - RM 18.00
Kanak-kanak - RM 5.00
Infant (3years below) - FREE



Settle pergi Rumah Terbalik, kitorang decide nak jalan-jalan KK je sebab dah lewat lak nanti kalau nak pergi ke Poring Hotspring ke apa. Esok je pergi. So, kitorang pergi pasar Philippines untuk beli apa yang patut and also dinner. Survey dulu barang apa yang nak dibeli untuk ole-ole balik Johor...



Yummy~!!! Seafood is a must... Kitorang makan dekat gerai-gerai dalam pasar tu je... Nak merasa la kononnya makan kat situ... Tibai order macam-macam ok... Udang, ketam, sotong, ikan and also rumpai laut seakan kerabu gitu... Sedap woooo~!!!!



Epul yang beriya makan... Konfiden je ketuk ketam pakai botol sos cili Maggi. hahahahaa Slumber rock sudah... Sempoi kan kitorang??? Lepas tu ada tourist from China duduk meja sebelah kitorang and nak makan sama macam kitorang makan. Naseb baik Kak Ain fluent cakap Mandarin... Tak pasal tolong diorang pilihkan makanan and borak-borak semua... Ada gak yang pandai speaking... Tapi Mandarin lagi senang diorang paham la...


*akan bersambung....*
=D

Canopy Walk di FRIM

Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... I'm back... Sorry kawan-kawan. Aku lama sangat tak update blog. Bukan tak nak update tapi belum berkesempatan je. So arini aku gagahkan juga. Lagipun semalam aku post gambar dekat FRIM... Amboi, kemain ramai lagi tanye dekat mana la, berapa RM la.... Meh la aku share pengalaman pergi canopy walk ni... Sharing is caring *mata ke atas, mulut senget* hahahahaha ;D



FRIM terletak di Selayang. So, korang boleh je anytime pergi sini. Bukan jauh pun. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan disini... Lebih kurang macam Taman Botani (Bukit Cherakah) Shah Alam tu je. Tapi much bigger la... Aku pergi FRIM ari Ahad. Since cuti sekolah baru mula, so ramai la parents bawak anak-anak mereka datang sini. Yang main basikal pun ada. Jogging pun. Tapi aku pergi sini untuk trekking and canopy walk of course. Masuk FRIM with kereta dengan 2 orang makhluk di dalamnya is RM 6.00. Then boleh la masuk dan pergi parking kat area Zone D tak silap. Near information counter FRIM. Lepas tu, silalah jangan malu bertanya nanti sesat jalan ye. Pergi la ke kaunter informasi (wow, so Malay disini) untuk ambil peta dan juga buat bayaran untuk canopy walk. Local people RM 5.00 seorang sahaja. If korang tak beli dekat sini, pasti menyesal. Sebabnya hanya kat sini je boleh beli. Kang dah beriye mendaki naik atas sekali lupa nak beli memang meleleh je la tengok orang lain pergi kat canopy walk tu.... Masa aku pergi tu kesian budak kecik (chinese lelaki) ok. Bapak dia main redah je naik atas tu tapi tak beli tiket. Nangis-nangis anak dia tau. Tapi apakan daya... Den tak sanggup nak bagi tiket den to them... So sorry. Please google first and get information before you go to any place ok...



Untuk pergi ke Canopy walk ni, of course la ada laluan atau trail sikit. Baru la adventure gitu... Dari jalan besar (landmark : kolam ikan dan masjid) dekat dalam FRIM tu ke canopy walk trail is 900meter. hehehehe Boleh kecik peha i tell you... Lepas tamat 900meter of course la kena hiking plak sikit... Dalam 500meter tak silap. Mengah gak la aku ni... Maklumlah dah lama tak trekking or hiking... Trail untuk ke canopy walk ni curam sikit la...Berhati-hati jela. Kalau ada tongkat ke payung pun boleh bawa untuk tolong korang daki... Tapi aku takde. So slumber la ok...



Kenapa kena daki??? Sebab canopy walk ni 300 meter above the sea level and 30 meter above ground level... Kalau yang gayat, tak digalakkan la. Kang buatnya pengsan kat atas siapa nak tolong bawak ke bawah... Gilos~!!!! hehehehehe Canopy walk ni dalam 150meter panjang. So korang boleh menikmati view KL and also pokok-pokok yang segar. Lagi satu, canopy walk ni buka dari pukul 9.30 pagi sampai 2.30 petang sahaja ye adik-adik. Jumaat dan Isnin tutup. Last pendaftaran untuk canopy walk is 1.30 petang. Habis je canopy walk, akan trekking turun plak. Then akan jumpa la air terjun and tempat picnic semua... Best woooo~!!!!


Weekend bila-bila korang free, boleh la beraktiviti sebegini...
Boleh la get together dengan kawan-kawan disamping dapat kuarkan peluh tu...
Apa lagi, pakat ramai-ramai and serbu FRIM la!!!



Akhir kata :

Lets keep fit and vote for healthy lifestyle... ;D



p/s : aku bukan ditaja FRIM untuk entry ni. cuma aku suka share info sebegini. TQ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...