Hari Minggu Saya - ADAM HARITH

Pada hari minggu yang lepas, penuh dengan aktiviti. Jumaat malam Sabtu mummy and daddy Adam berebut-rebut nak tengok tv. Mummy nak tengok muzik-muzik separuh akhir #MM29SF and daddy nak tengok Maharaja Lawak Mega (MLM). Nasik baik #MM29SF start pukul9 malam and MLM start pukul sepuluh. So sempat la tengok kejap-kejap bila dua-dua dah start. Tapi kan, daddy bukan tengok sangat pun. Dia tidur tapi taknak mengaku masa mummy kantoikan dia...Tetap lawak mata nak tengok MLM. Last-last tv yang tengok daddy. hihihihi Apa pun tak boleh.



Hari Sabtu daddy work as usual. Adam tinggal dengan mummy and maksu. Maksu sejak balik German dia busy and kepala tingtong lagi. Jadi dia banyak duduk dalam bilik je. Mummy la yang layan Adam. Mummy ajak tengok kartun then mummy suka nyanyikan lagu ABC dan ALIF, BA, TA untuk Adam. Kadang-kadang mummy bacakan buku cerita. Adam excited sampai terkoyak buku tu. Naseb mummy tak marah. Cuma mummy cakap buku untuk baca bukan untuk koyakkan... Adam diam je sambil picit-picit and garu tapak tangan sendiri... Tengah hari daddy balik bawak nasi minyak and baryani yang dia masak. Nak pergi umah toklong dekat Alam Suria. Adam nak jumpa kakak Yaya lagipun. Adam mummy dah siapkan awal-awal tapi bila nampak mummy dah pakai tudung adam nangis-nangis nak ikot mummy. Adam ingat mummy nak tinggalkan adam. Tapi sebenarnya mummy and daddy memang bawak adam sekali. Lepas jumpa kakak Yaya, adam balik rumah atok dan wan kat Sg Buloh tu. Bila balik sana, semua nak kerumun Adam. Habis pipi Adam kene cium dan gomol. Tapi Adam suke sebab semua nak main dengan Adam. Ada abang-abang dengan kakak yang asyik-asyik nak dokong Adam je. Adam ketawa melekek-lekek sebab diorang baling-baling bantal Adam. Adam ingat bantal tu boleh terbang. Itu yang Adam suke sangat. Atok sampai tertumpahkan ubat dia habis semua kat lantai sebab berebut nak tengok Adam ketawa kuat-kuat. Kesian Atok. Naseb baik atok sempat tengok Adam gelak. Mummy bagi susu terus Adam minum sebab haus tau gelak banyak-banyak. Macam paham je mummy ni tau. Terima kasih mummy. Malam tu jugak balik rumah sebab daddy kerja on Sunday. Masuk je kereta Adam terus tidur. hihihhihi Kasi peluang mummy and daddy dating dalam kereta.



Ahad cuaca best jadi mummy bawak pergi swimming and main kat playground to kill time before daddy balik kerja. Dah lama tak dapat swimming sebab cuaca tak baik. Kali ni dapat swimming Adam tak sabar nak terjun. Mummy cepat-cepat pakaikan neck float sebelum Adam terjun sendiri. hihihihihi Puasla Adam kick the water ditemani mummy. Lama jugak mummy layan. Adam tak puas lagi sebenarnya tapi dah sejuk la. Mummy ajak main buai and slide pula lepas swimming. Ramai aunties kat situ tengok-tengok Adam. Ada ke dia cakap Adam macam Cina sebab sepet... Aperla. Sorry ye. Bukan macam Cina tapi macam Jepun kot sebab mummy asek tengok bos-bos Jepun dia kat office. hihihih Logik tak? Masa kat rumah Adam dah tak sabar nak tidur. Adam nangis kuat-kuat sebab Adam haus. Adam nak tidur tau mummy. Naseb baik mummy dah tau timing. Terus dia bagi susu and Adam pun tidur dengan lena. Syiok tidur pakai bedung zip yang mummy beli tu. Daddy ajak keluar pas Zohor tapi cuaca mendung terus kita semua tidur berjemaah. Lama sangat Adam tidur. Bangun-bangun terus mummy siapkan Adam. Mummy cakap nak pergi jumpa kawan Adam, Hannah kat KL. Hannah muda 2 bulan dari Adam. Geram Adam tengok dia. Mata dia bulat je. Dapatla main kejap sebelum daddy ajak balik.



Balik tu terus pergi IKEA sebab daddy cakap dah boleh beli kerusi makan (high chair) untuk Adam. Seronok dapat jalan-jalan dengan mummy and Daddy. Kadang-kadang oma dengan opa datang sini. Lagi la best sebab Adam tak pergi rumah ibu. Oma dengan opa je jaga. Nek mak pun datang jugak sekali sekala. Tak lama lagi Adam ada kawan baru. Uncle Mim and Aunty Ain nak dapat baby. Tak sabar nak jumpa dia. Okla, nanti ada masa Adam cerita lagi ye.



Bye
ADAM HARITH

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...