Cuti-Cuti Port Dickson, PRIMALAND RESORT & CONVENTION CENTRE (PRCC)

Few months back, pama dengan abang and kak ain pergi jalan-jalan Utara dan Langkawi. Tapi kitorang and adik tak dapat nak join sebab percutian last minute ni memang susah sikit since Wan kerja takde orang back up kan... So kitorang just hye hye bye bye jela... hihihihi Tapi, since nak jugak cuti-cuti dengan pama so kitorang pun plan cuti-cuti dekat-dekat jela janji ada pantai... So mana lagi haruslah ke Port Dickson. Adik pun kebetulan tengah nak final so dapatla release sikit and refresh otak...



Bila dah decide nak pergi PD, aku pun search and cari mana tempat yang availabe. Kitorang pergi Ahad and balik Isnin. Last-last decide untuk tidur dekat PRIMALAND (PRCC) je sebab itu yang available, affordable and adik nak main water park. So lets la kan layankan... Aku booking through AGODA.COM saja. Mudah dan cepat. Booking apartment dua bilik je. Cukup la untuk kitorang berlima. Ada hall semua dan paling penting ada peti ais. Please abaikan keseronokan kami bermain gelongsor itu. Adam duduk tepi mandi dengan Oma ye diam-diam...hehehehe



Since Sunday ramai orang check out lambat, so tak dapat la kitorang nak check in awal. Jadinya kitorang pergi melepak dekat blue lagoon. Syiok juga. Dah lama tak pergi area situ. Dah lain dah sekarang. Lepas tu pergi kat pantai untuk sesi bermain pasir dan bergambar sakan... hehehehe Nasib baik suami den layankan sajo. Adam tidur dalam kereta dengan oma dan opa dia... So dapatla main panas kejap tengah hari buta bergambar tepi pantai...



Malam tu kitorang pergi dinner makan seafood dekat sebelang Mayang Sari Resort tak silap nama tempat tu... Alhamdulillah puas hati makan. Tak sempat dan tak menyempat nak snap gambar ok. Lepas tu boleh plak ada open karaoke. Nasib baik adam slumber tidur sebab kepenatan mandi kolam petang tu kan... Lega. Dapat dinner dengan penuh nikmat... hehehehe Udang goreng tepung dia sedap sungguh... Bukan udang salut tepung ye... Kalau salut tepung tu dah macam cekodok la pula. Later tu, saja pergi town lepak Starbucks Waterfront PD. Syiok dan meriah la situ. Ada macam-macam aktiviti. Siap ada bubbles besar tu sekali...


Esoknya sambung lagi main water park sampai lebam. Then kul12 camtu baru siap-siap nak check out... Kemain ramai lagi orang nak check out. Naseb baik kitorang dah bayar online siap-siap. Jadi bila check out tinggal pulang kad and kunci je. Then settle. Berakhirla cuti-cuti yang dekat dengam pama and adik. First time buat adam mandi water park. Alhamdulillah dia suka and layan...









And...











Thank you buat suami yang sudi melayan isteri nak cuti-cuti spend time dengan family... Next time boleh repeat lagi... InsyaALLAH :)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...