Tiga Tips dan Teknik Anda Untuk Menawan Hati si Dia...

Cheeewahhh.... Title post tak ley blah kan? Well, aku tibe-tibe semangat nak join contest ni. Naseb baik layak. Well well well... Contest ni dari Nuffnang. Ini fist time ok aku join. Korang kalau nak join contest ni pun boleh, janji korang nye status ahli Nuffnang tu Gliterrati la. Itu je.

Oklaaa, aku kan tak pernah nak bagi tips dalam perhubungan ke apa sebelum ni... Tapi kali ni biar aku bongkar rahsianya. HAHAHAHA Amacam? Misteri tak? Meh aku terus terang. Aku sebenarnya in LDR. Means Long Distance Relationship. Terbaik nye long. Sampai aku pun tak mampu nak beli tiket flight kalau nak jumpa dia. hahahahaaha Jauh ok. We didn't see each other since the day he left Malaysia around Feb 2011 until now...

Jadinya aku nak share tiga tips dan teknik yang aku applied sepanjang LDR ni untuk menawan hati dia...Sebenarnya dari awal relationship ni aku dah tanamkan dalam diri 4K; kepercayaan, kekuatan, kesabaran, ketabahan. Tapi aku bagi tips tiga jela ye. Pheeewitttttttttttttt~


Antara tips yang aku guna dan alhamdulillah so far so good :

1) Percaya

Since kitorang in LDR ni benda paling utama ialah percaya. Kenapa??? Korang cuba bayangkan, kalau berjauhan then ada perasaan ragu-ragu macam mana nak survive LDR tu kan... So bila kita percaya pada pasangan kita tu insyaALLAH perhubungan tu jadi mudah. Lagi satu, bila berjauhan ni percaya tu kene lebih sangat dan tak boleh mengongkong. Kalau kita kongkong pasangan kita, dia akan rimas. Bila rimas dia tend utk menipu la kan... SEBAB nya bila dia nak keluar lepak dengan kawan pun tak boleh konpem la dia tipu kita cakap dia tidur ke apa padahal pergi melepak... betul tak? So better bagi kebebasan kepada pasangan kita asalkan dia tahu batasnya... Dengan memberi kepercayaan secara tak langsung kita tak mengongkong pasangan kita tu. Dia pun akan lebih sayangkan kita dan tertawan dengan sikap terbuka kita tu...

2) Tabah dan Sabar

Ok, selain PERCAYA kan, kita kena tabah dan sabar bila in a LDR ni. Kenapa? Sebabnya bila berjauhan ni akan timbul masalah teknikal seperti kekangan masa, kekangan komunikasi, kekangan waktu bekerja dan macam-macam lagi kekangan la... Kat sini lah kita diuji kan? LDR ni lah yang mengajar kita untuk jadi lebih matang. Contoh, bila dia kerja, kita lak tidur. Bila dia tidur kita lak kerja kan? Sebabnya waktu siang dan malam sendiri dah berbeza. Belum lagi waktu bekerja yang memang tak leh nak ikot la kan... Lepas tu masa yang ada untuk SKYPE mahupun Whatsapp juga sangat terhad. Jadinya sebagai someone yang setia menunggu, kene sabar dan tabah menempuh perhubungan ni. InsyaALLAH dengan ketabahan dan kesabaran yang kita beri, pasangan kita akan lebih tertawan. Pasti dia berbangga dengan kita sebab boleh tabah dan sabar hingga ke saat ini.

3) Saling menghargai & bersyukur

Last sekali ni saling menghargai. Haaa.... tiba-tiba lak saling menghargai ni dah kenapa kan? Penting aku cakap menghargai ni. Lebih-lebih lagi bila berjauhan. Kita sama-sama kena saling menghargai satu sama lain. Sebabnya masa yang kita ada untuk spend sama sangat limited. Jadi walau dapat bercakap 10minit pun kita kena hargai. Sentiasa ucapkan terima kasih bila pasangan kita willing korbankan waktu tidur dia untuk SKYPE dengan kita. Walau sekadar ucapan terima kasih tapi pasangan kita pasni gembira dan rasa dihargai sangat. Yerla, dah jauh-jauh ni macam mana je nak hargai kan? Benda-benda simple macam ni la yang dititik beratkan...Kalau dia busy atau letih dengan bebanan kerja pun kita kene bersyukur. Sebabnya, walau dia busy dia masih sempat nak hantar whatsapp bagitau betapa busy dan letih nya dia. At least, dia dah korbankan masa dia hari sebelumnya untuk SKYPE kan? So, berilah dia some space untuk diri dia plak. Dengan begini, tentu si dia akan lebih tertawan dan rasa betapa bertuahnya dirinya ada someone yang really memahami diri dan keadaanya....


Aku rasa cukuplah setakat tu je tips untuk dikongsi bersama. Hope korang sedikit sebanyak dapat ilmu dari apa yang aku cuba sampaikan. Ramai kawan-kawan aku cakap aku kental dan giler kentang. Tapi hakikatnya??? Lu fikir lah sendiri... hahahaha Semua tips ni memang aku praktikkan dan masih lagi mengekalkan hubungan tu. 


InsyaALLAH berkekalan hendaknya...
Amin~


p/s: Doakan aku menang. Amin *tadah tangan*


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...