Aku rasa aku ni bukanlah kaki politik yang hari-hari tengok news pastu kutuk parti sana kutuk parti sini... No... Aku bukan kaki politik yang sebegitu. Cumanya aku rasa, aku ni patriotik... Aku bangga jadi anak Malaysia... Jadi marah and boleh gaduh kalau ada yang cuba-cuba kutuk Malaysia. Jadi tak faham dengan mereka mereka yang cuba kucar kacirkan negara Malaysia... Kadang-kadang aku fikir diorang ni takde kerja ke atau pun tak reti bersyukur??? Bagi aku, aku nak sebuah negara yang aman, damai, tenteram, membangun untuk anak cucu cicit aku suatu hari nanti... Itu sudah memadai.. Rezeki kurniaan Allah swt tu datang dari kerajinan dan usaha kita sendiri.... Kalau kita rajin usaha insyaALLAH melimpah ruah rezeki kita... Tapi kalau sebaliknya, jangan la duk tuding jari kepada pelbagai pihak dek kemalasan diri sendiri...
*Ok, abaikan mukadimah aku tu*
Dulu, aku tak tahu kenapa, asal ada pembentangan budget je konpem aku ponteng tusyen ke sekolah agama ke atau apa-apa... Dari kecik sampaila universiti... Even masa kat Uni pun aku sanggup ni balik rumah sebab nak tengok pembentangan budget... Walaupun kadang-kadang memang takde kena mengena dengan aku, tapi aku rasa seronok and tumpang gembira atas apa yang dibentangkan untuk rakyat...Setiap kali pembentangan konpem-konpem ari Jumaat kan? Of coz la skang ni aku tak dapat nak tengok. Takkan nak ponteng kerja lak kan??? Sungguh tak berdedikasi aku ni. Jadinya, solution aku ialah dengar radio. Macam sekarang ni, tak dapat tengok pembentangan budget live, dapat dengar kat radio pun kira ok laaa... Dak mencukupi bagi aku... Teringin jugak nak tengok live kat parlimen tu... Patriotik kan aku??? hahahahah *sila lempang aku*
Diam tak diam dah budget 2013 dah sekarang... Dan aku rasa setiap tahun pun orang keje gomen tak pernah tak dapat apa-apa... Untung sangat-sangat... Dan kerajaan Malaysia selalunya cuba untuk "manjakan" orang keje gomen... Tak kesahla kau kerja pembantu am rendah ke office boy ke atau kerani cabuk sekali pun...Aku malas nak cite panjang. Kang aku lak kene banned... Sebabnya bila dah start cakap pasal bende-bende macam ni konpem aku akan naik hangin sikit....hahahahhaha~ Jadi baik aku stop dulu....
Mohon bersyukur duduk di dalam Malaysia...
Kesian anak cucu cicit kita nanti jika Malaysia macam Afghanistan ataupun Syria...
Aku tak sanggup nak imagine hidup macam mereka-mereka itu...
Okla... kembali sambung dengar Budget 2013...
Bye...
Good luck korang~!!!
p/s: papa, mama and abang, jangan lupa belanja ye kalau dapat good news :)
0 comments:
Post a Comment