Dua Hati Bersatu - T & E

Aku rasa aku kenal Totin ni dah lama. Asal usul perkenalan pun aku ingat-ingat lupa. Yang penting dari sekolah rendah lagi dah kawan dengan dia. Walau dia tua setahun dari aku, tapi sekolah agama kitorang sekelas. Jalan kaki sama-sama pergi sekolah, pergi Summit Parade, macam-macam lagila. Aku selalunya akan jalan kaki pergi umah Yun dulu, then barulah jalan kaki sama-sama pergi umah Totin lak terus la menuju ke sekolah. Hari-hari ok. Macam-macam lagilah aktiviti kitorang dulu. Chatting jangan cakapla. Memang xpert ok. Teringat dunia MiRC. hahahaha Sumpah lawak.

Tak sangka semua tu dah berlalu. Now masing-masing ada life sendiri. Ada kerja sendiri. Susah nak dapat spend time sama. Last kitorang hangout rasanya beberapa bulan lepas kot. Pergi layan Redbox sama-sama. Rindu all those time. Dah lama tak dapat sleepover sama-sama jugak. Kalau tak sure best. Banyak bende boleh buat. Masing-masing berebut nak cakap ok sebab kitorang memang kuat bercakap. hahahahaha~ Dahla cakap laju. 


Tarikh bermakna buat si cantik Totin - 16 July 2012. Mengikat tali pertunangan dengan her Mr.Right (insyaALLAH), Emmet. Membe abang aku gak... Tak sangka sangat. Dunia ni memang kecil kan? Baru perasan aku nampak katik di sisi Totin. Jangan nak suka sangat ye. Dia pakai heels ok dalam rumah. ahahhahahaa~


Totin with me posing duduk plak. Time ni rombongan pihak lelaki dah sampai. Kitorang kat atas kemain sakan bergambar ok. FYI, majlis diadakan around 12pm di rumah keluarga pihak perempuan di JB. Aku balik BP aritue semata untuk minah ni la... Sweet tak? Hihihihihiihi


Hantaran dari pihak perempuan. Tak faham aku apesal dia nak bagi kek pesen doctor tu kat Emmet. Patut Emmet la bagi kt dia... Aperlaaaaa... Lantak... Bedal je. Kek paling berat ok... Naseb la Ekin sebab kena bawak kek... ahahahahhaha~


See, all the dulang girls. Semuanya kawan-kawan baik Totin dari zaman sekolah lagilah. Diorang ada geng. Alien namanya. Bagus diorang ni. Ada yang doctor, cikgu, businesswoman.... Fuhhhhhhh, gempak ok....


Cuba cari barang tersembunyi.... Eh bukan barang tapi orang. hahahahaha~ Abang Totin  tibe-tibe datang menyelit ok... Dia memang camtu... Naseb homel hangat! :P


 You look so gorgeous dear... I'm happy for you...


Hantaran dari pihak lelaki... Cantik sangat kan? Fresh flower gitu.... I loikeee~


Masa ni dah macam pwincess dah aku tengok. Comel je turun tangga dayang-dayang stay tepi...


Siap ada tukang angkatkan and pegangkan kain yang meleret-meleret kat belakang tu ok... Sweet sangat...


Hantaran dari ke dua-dua belah pihak. Sorryla, gambar semua dari BB aku je. So ada yang clear ada yang tak clear. Cameraman sebok jerk....


Sarung cincin... Perghhhhhhhhhhhh, pelamin dia grand sangat. Cantik sey... Yang baju oren tu mak Emmet... 


The gorgeous and gonjeng pasangan... hahahaha~ Suka sangat buat muke macam tu kan? Comel je tau dia ni... Itulah tunang Totin tau. Sama padan kan? Macam Tutti dan Frutti... Jadinya Tutti Frutti... #eh #tibe-tibe 


Posing lagi... Letih tu pastila. Tapi sekali je seumur hidup kan? Jadinya mestilah nak posing banyak-banyak. Bukan selalu dapat macam ni...


 T______________________________T
Sampai hati abang cameraman durjanakan gambar ni. Mungkin dia tak reti snap guna BB. Maafkan lah dia ye... Tapi ni gambar paling aku suka....



Tahniah si cantik Totin 
Selamat menempuhi turun naik pasang surut perhubungan sepanjang bergelar darah manis...
Semoga kekal bahagia ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke akhir hayat....
Can't wait for your BIG day babe....
xoxo~


2 comments:

Sholihah said... [Reply to Comments]

akak selalu bc blog totin ni.. cntekkkkk... ^_^

schazaza said... [Reply to Comments]

hehehehe org feymes mestila selalu akak baca kan? hihihihihi memang cantik pun dia kan... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...