Rushing...

Korang... Aku rasa penat weh.... Mana tak penatnya. Aku balik BP weekend aritue. Malam tadi baru sampai... Macam-macam ok nak buat bila balik BP kali ni. Nak kejar spend time dengan keluarga, membe, nenek and attend kawan tunang lagi... Fuhhhhhhhhhhhh, rasa macam tak cukup masa je semuanya tau. Tapi alhamdulillah settle la jugak...

Jumaat aku EL. Aku follow abang aku balik BP. Patutnya Jumaat la appoinment gigi tapi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan, jadi postpone Sabtu pagi la. Sebelum pergi klinik gigi lepak dulu jumpa membe. Then dia ikot pergi klinik gigi. Balik klinik gigi sambung lepak gak sebab ada membe lain nak join. Fuhhhhhhhhh, ramai membe aku ni rupenya kan? hahaahaha Then kelam kabut rushing nak balik rumah sebab family maklong datang. Konon nak gerak pergi JB lepas Zohor tapi sebab ada tetamu kan? So lajak sikit la...

Main-main dengan baby kak long then naik atas tengok tv. Sekali tertidur ok. Lepas Asar baru la pergi JB. Dapat jumpa and borak dengan pama masa Subuh  and breakfast je tau. Pastu mama ada kursus. Papa sebok hal dia. Sampai JB terus cari tiket nak balik KL untuk Ahad. Motif pergi JB sebab ada kawan tunang. Siapa kawan tu nanti aku cerita ok.... Bagi aku chance bebel je dulu ni. hihihihihi

Ahad bangun terus siap-siap nak pergi rumah membe. Abang and adik ikot sekali. Sebabnya membe aku ni tunang dengan kawan abang. Elok sangat lettew. Lepas majlis settle semua so mintak diri la sebab nak balik KL kan... Tiket kul5. Sebelum tu balik rumah mak usu rileks kejap then spend time dengan tokmak. Tak puas sangat tau balik kali ni....

Malam tadi baru sampai sini. Now penat and letih la jugak. Gambar aku tak transfer lagi. Kang dah transfer semua aku roger ok...



Selamat bekerja kawan-kawan....
Jangan malas-malas ok...
xoxo~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...