Selepas Genap Sebulan....

Semalam genap sebulan umur aku 25 tahun sebulan. Cehhh, perlu ke mention kan? Takpa sebab ada cerita disebaliknya. Semalam jugak kul5lebih pagi dah kena bangun sebab ada larian NTV7 tu kan? Dah janji dengan yang lain-lain nak meet up kat office pukul 6.15 pagi... Aku ingat aku la paling lewat rupanya Husna yang paling lewat la... Dia patah balik sebab tertinggal bib. Aku sampai office baru teringat pasal bib. Memang tak dapat la nak patah balik kan? Jauh der!!! Jadi slumber yaya la pasrah kononnya kalau takda bib tak dapat redeem goodies. Lantaklaaa... Dah tertinggal kan, nak buat lagu mana lagi... Sementara tunggu Husna tu kitorang pun lepak-lepak snap gambar dulu bersama dengan yang ada. Tibe-tibe masa tengah nak pakai kasut camtu, Kak Kuna kuarkan something dari beg dia... Rupanya hadiah untuk aku ok... Dia cakap dia sengaja nak bagi hadiah lewat sebulan. Boleh???? Aku of coz la malu sebab dia bagi depan semua orang kan? Slumber terus nak simpan hadiah dalam kete. Sebab malu sangat-sangat la. Diorang semua paksa bukak jugak. Adeh, suke nak buat aku blushing tau.


Ini dia hadiah yang Kak Kuna bagi... Super happy and excited about it... Malu sangat ok nak tengok and bukak hadiah depan semua orang. Yerla, sebab mata semua tertumpu kat aku... Dah macam apa je. Gegel ok aku... Biasalah, aku ni kan kalau benda-benda macam ni konpem nebes and mulalah parkinson... Adehhhh.... Kesian dengan diri sendiri....


Kalau tengok dari wrapping tu kan, korang agak aku dapat hadiah apa? Cubalaa teka... hihihihihi Aku mula-mula dapat kan and pegang aku ingat buku ok. Sebab Kak Nurul kan aritue birthday aku bagi buku kan, so aku fikir Kak Kuna pun mesti sama la jugak...Akan tetapi....










Sekali aku bukak and tengok....






















JENG JENG JENG....


































Sungguh tak aku sangka....


























AKU DAPAT INI!!!!!! HOOREYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY...
*lompat terjun swimming pool*


Happy giler aku. Tak terfikir langsung yang dia akan bagi aku benda ni. Diorang cakap sebab aku ni kalau karaoke semua lagu Adele aku nyanyi. Dah macam aku ni Adele Malaysia. So diorang rasa Album Adele paling layak untuk dijadikan hadiah... Memang aku suka ok...


Dalam album Adele Live at ROYAL ALBERT HALL ni ada satu DVD and satu CD.... Tu yang korang nampak tu adalah DVD nya. Aku belum tengok lagi... CD nya dah letak kat kereta. Sejak dapat memang asek dengar jela... Excited kaw kaw!!!


Kak Kuna, terima kasih banyak-banyak... Zaza suka giler dengan hadiah ni.... And happy birthday to you. Arini birthday kak Kuna tau. Dan aku tak beli lagi hadiah untuk dia... Tunggu sebulan lepas birthday barulah bagi...hahahaha keji tak? 


FEDULIKKKKKKKKKKKKKK.....!!!!
Ok, bye...
Say No to Monday Blues....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...