Susah kan sekarang ni nak jumpa kebaikan di mana-mana. Sampai nak percaya orang yang dalam kesusahan pun fikir dua tiga kali. Itu aku la. Tak tahu la korang macam mana. Lagi-lagi bila melibatkan pihak-pihak tertentu yang minta derma di kedai-kedai makan.Memang pada mulanya kita rasa kesian. Tapi ada ketika kita rasa ragu-ragu pula. Semuanya kerana ada pihak tertentu yang suka mengambil peluang atau mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Disebabkan itu, pihak yang betul-betul memerlukan menjadi mangsa keadaan. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Ceh, dah macam Karam Singh Walia la pula.
Aku pernah dengar seorang ustaz ni bercerita. Dia cakap kalau kita nak menderma pada mereka-mereka ini, kita derma je. Lepas derma zip your mouth. Jangan cerita or bercakap apa-apa pun pasal hal menderma itu. Bukan apa, dikuatiri niat kita menderma dengan ikhlas itu bertukar jadi tak ikhlas pula. Siap pekej mengutuk dan mengumpat lagi. Kan ke lagi buruk tu panahan nye. So kalau nak derma tu, just derma. Then thats it. Don't mentioned anything dah pastu. Topic lain pula ok. Sekadar perkongsian.
Cuma hari ni, pagi-pagi dah dapat positive vibes. Tengah driving suddenly kereta depan macam slow kan kereta then macam menghimpit ke moto di sebelah kiri bahu jalan. Ini dekat highway ok. So macam pelik la kan. Kenapa pula ni. Kawan dia ke, nak suruh berhenti tepi ke camtu. Rupanya pemandu kereta tu try nak bagitau pakcik tu yang stand/tongkat moto dia tak dinaikkan. Bila ditegur barulah pakcik tu perasan. Bahaya kan lagipun.
Anyway, kepada pemandu kereta wira aeroback itu, teruskan membuat kebaikan sebegitu walau dimana anda berada dan tahniah aku ucapkan kerana menjadi manusia yang prihatin insyaAllah. How abou you guys? Ada nampak or menjadi saksi kepada sebarang kebaikan? Its never too late to start ok. Bukan hanya orang lain yang perlu membuat kebaikan. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Kita sendiri yang patut mula melakukan kebaikan dan menyebarkan "positive vibes" ini kepada orang lain. Malaysians really need it. Peace...

0 comments:
Post a Comment