Breakfast di Tous Les Jours, Empire Subang

Aku dah tak boleh nak kira berapa kali kitorang layan breakfast or brunch dekat TLJ, Empire ni. Maklumlah ini kira paling dekat la nak pergi. Best pun best... Perghhh giler poyo ayat. Makan penampor je ni kang... Takdela, kebiasaannya bila takde orang datang rumah or takde aktiviti apa-apa weekend, memang akan pergi brunch or breakfast omputih la senang cita walaupun sebenarnya bugis kacuk melayu kan... hahahaha Lantakkk....


Public holiday and weekend memang fullhouse. Even korang datang almost kul12 tengah hari pun waiting list ok. Sometimes ada corporate event kat dalam so memang kawasan penuhla kat dalam tu. Fully occupied gitu. Breakfast kat sini ada macam-macam. As early as 7.30am tau. Tak nak ramai and menunggu silala terus ke sini lepas subuh. hahahaha Confirm tak payah nak tunggu kan...


Antara menu yang selalu kitorang order - TLJ Breakfast, TLJ Benedict, Garlic Baguette with Mushroom Soup, Peach Danish, and Croque-Monsieur. Rajin makan je sampai tak menyempat nak snap gambar tau. Nampak sangat kelaparan masing-masing dan tak sabar nak makan.


Kalau rasa nak air-cond and non smoking area silalah duduk dalam. But kene menunggu la sometimes. Kalau nak duduk bahagian luar silakan. Memang akan ada je tempat kosong.


TLJ Egg Benedict... Yummyyyyy. Ishkkk teringat-ingat la pula.


Sorry aku cilok gambar outlet ni dari website TLJ. Takde gambar yang disnap sendiri. Apa lagi??? Weekend ni ajakla family members or kawan-kawan hangout breakfast kat TLJ. Mesti best



Lot GK08, Ground Floor, Empire Shopping Gallery
Jalan SS16/1, Subang Jaya,
47500 Selangor
Tel : +603-5036 7750
Opening Hours:
7.30am – 10.30pm (Daily)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...