Haaaa... Tajuk nak gempak. Asal pergi Sri Kembangan area mesti nak pergi Thai Garden. Aku sebab suka kerabu kangkung and ikan stim asam boi tu... Alamak, meleleh-leleh air liur laaa... Ok, ni kitorang pergi berbuka sini lepas balik hantar adik kat KLIA. Since dekat and senang nak tuju dari KLIA terus laju-laju booking siap-siap...
Haaaaa kau... Siap nama aku tu ada. Miss la sangat kan. Rasa macam geli ketiak je masa datang tu tengok meja tulis nama camtu... Kena bahan dengan abang aku ok... Tapi duliklaa, janji dapat makan. So aku booking untuk 10 orang. Pukul8 lebih macam tu aku cakap. Sudahnya dekat kul9 baru sampai. Yerla, uruskan adik aku tu dulu kan...
Sampai-sampai makanan semua diorang dah stanby. Duduk je terus diorang serve makanan. Laju je ok. Dengan air tembikai and fresh orange 2 jug... Sedapnye... Since kitorang 10 orang, so kitorang amek set B (6 orang) and set C (4 orang).
Ni set B kot aku rasa... Tomyam campur, puyuh pedas, ikan 3musim, kerabu kangkung, ayam pandan, telur bungkus and apa ntah lagi... Ommo ommo.. Menaip ni pun buat aku tertelan-telan air liur sendiri ok... MasyaALLAH puasa laaa... Tapi memang terbaek lahhh...
With my family, grandma and also family aunty.... Kemain meriah lagi tau. Naseb baik aku booking meja kat belah belakang so nampak view cantik. Takdela ganggu pelanggan lain kalau kitorang memekak pun... Memang best la...
Yang ni set C kot... Oh lupe nak cakap, sebenarnya, dua-dua (SET B & SET C) ikan itu dimasak 3 musim. Cuma aku tukar satu jadi ikan stim asam boi sebab nak kasi semua rasa dua-dua jenis masakan... Licin ok semuanya. Segan nak snap kelicinan makanan malam tu.. Nampak sangat kebulur...
Ni sebahagian lagi lauk-pauk yang ada.... telur bungkus, ayam pandan, kerabu kangkung dengan kailan ikan masin... Masing-masing seronok meratah lauk ok. Nasi tak abes... hihihihihi~
Ni dah nak last puasa ni masih lagi boleh cuba makan kat THAI GARDEN ni...Balik masjid pun boleh. Bukan apa, sempena nak raya ni THAI GARDEN akan tutup 2 minggu tau.... Haaa, kan lama tu. Ahad ni, 4 Ogos 2013 sampai la Khamis, 15 Ogos nanti... So kalau sesiapa nak try tapi terlepas peluang berbuka puasa kat sini, jangan risau. Korang boleh datang nanti lepas cuti raya ok... Sebab apa tau???
Jeng jeng jeng...
THAI GARDEN akan buka dari pagi sampai tengah hari lak pasni... Malam still macam biasa waktu operasi nya... Siap ada special menu untuk makan tengah hari ok... Nasi Kuning Ala Thai Ayam Berempah... Baca tajok die je dah buat aku tak sabar nak cuba ok...
Jadi korang, apa tunggu lagi... Mohlaaa try THAI GARDEN nya masakan ok... Serius tak rugi... Mana tau boleh terjumpa ke kan... hihihihiihhi Motif sangat kan...
Selamat Berpuasa lagi untuk beberapa hari kawan-kawan....
Semoga puasa kali ni membawa rahmat dan makna kepada kita semua....
Wassalam....
*libasshawl*
0 comments:
Post a Comment