Ramadhan & Terawikh - Kali Pertama

Takkkkk.... Bukan lah tahun ni kali pertama aku berpuasa dan berterawikh ye kawan-kawan... Cepat je korang nak serkap ye.... Takde la jahil sangat sampai macam tu sekali.... Tapi ni adalah kali pertama aku berpuasa, sambut Ramadhan dan berterawikh bersama suami... Ehem ehem... *tekak buat-buat gatal* Pertama kali aku pergi masjid solat terawikh bersama suami... Gigih balik office dengan kadar yang pantas sebab tak nak ketinggalan pergi masjid bersama walaupun solat dekat luar ruang solat wanita... Takpe, janji dapat berjemaah dan memeriahkan sambutan Ramadhan... Tak gitu???? hehehehe



Sempena Ramadhan pada tahun 2013 ni, macam tahun-tahun sudah juga, aku harap Ramadhan kali ni penuh bermakna dan berdoa kita semua dapat menempuhi Ramadhan dengan sempurna. Diberi kekuatan untuk beribadah dan meninggalkan larangan.InsyaAllah. And of course, setiap kali pun suka dengar lagu Harapan Ramadhan - Manbai ft Raihan tu. Perghhhh, terngiang-ngiang je... Nak attached video kat sini TAPI i is tak reti la.... Ajar please!!!! *winkwink*



Untuk permulaan dan kali pertama berpuasa sebagai suami (Wan) dan isteri (aku la of course) ni, kitorang plan untuk berbuka dengan makan kurma and minum air je dulu. Lepas tu jemaah Maghrib then belasah la nak makan apa pun. After that siap-siap pergi masjid untuk Isya' dan Terawikh. If balik tu nak ngeteh, singgahla mana-mana mamak yang menjadi pujaan hati. hahahahaaha~ Tadi kitorang try pergi masjid baru kat area Seksyen 13, Shah Alam tu. Alaaaaa, deret-deret Burger King and Extreme Park tu. Alhamdulillah, punyalah ramai jemaah tak kira lelaki mahupun perempuan. Sampai ke luar-luar sekali penuh ok... Aku tak bawak sejadah. Bantai solat kat simen tepi tangga kat tingkat atas. Naseb baik ada akak sebelah share sejadah dengan aku. Alhamdulillah... Terima kasih kak. *Macam akak tu baca blog aku* hihihihihi


Oklaaa,sampai sini dulu ok. Esok-esok insyaALLAH sambung lagi. Korang jangan lupa niat puasa sebulan ok malam ni. Esok-esok niat hari-hari pun boleh. Sahur jangan tak sahur. Kalau makan kul12 malam tu bukan sahur ye. Itu supper namanya. Sahur kena tidur dulu then bangun semula. Ada paham??? Ok anak-anak, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik semua. Selamat Berpuasa... Jangan ponteng and ngelat ok!!!



Sebelum mengundur diri, kasik chance tuan belog dan suami interprem kejap!!!



















Kali ni jerk....Bukan selalu pun....

























Boleh la eh????






















Bolehlaaa....






























Please.....








































Peduliklaaaaaaaaa... Blog aku kan... hahahahah~





Renung-renungkan dan selamat beramal.... *labuhkan tudung*
Assalamualaikum...
*senyum*


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...